Thursday, October 6, 2016

Banyaknya buah-buahan di Malaysia

Dulu sewaktu alamarhumah mak mertua hidup lagi,  monyet tidaklah semeriah sekarang. Bila mak sudah dijemput Izrael, musim buah tidak terkawal lagi. Setiap pagi kelihatan di bawah pokok rambutan penuh dengan kulit rambutan bagaikan karpet merah/kuning. Buah mata kucing langsung tidak dapat merasa. Beruntung lagi kami yang tinggal di JB ini buah mata kucing masih meriah lagi sebab yang memetik tidak akan mengambil mana yang muda. Sebaliknya jika monyet yang makan  habis semuanya dipukul rata, bersih menjadi habuan dia bersama anak-cucu-cicit.

Cempedak - Sebiji ini mampu menghasilkan semangkuk besar cempedak goreng. Nasib baik ramai anak-anak mengaji yang tolong makan. Kalau kami makan sendiri sudah pasti tidak habis. Siap potong dulu bimbang sampai rumah isinya tidak banyak sebab sebelum ini Kak Reen bawa balik dua biji isinya sedikit dan kurang manis.
Merah - Makan suka tapi yang membuat malas semut punyalah banyak mengharung. Kena tuang di dalam sink dan siram dengan air banyak-banyak baru selesa mahu makan
Manggis - Agak kurang sekarang berbanding ketika almarhumah mak mertua ada. Berkongsi dengan tupai dan monyet yang tidak terkawal terutama di siang hari tidak ada sesiapa di rumah.
Keladi - Ini membeli di Air Hitam

Durian - Monyet tidak mengganggu tetapi tupai berjoget lambak dengan durian ini. 
~~ Musim buah juga buat ramai anak-anak mengaji yang batuk dan demam.~~


36 comments:

AtieYusof said...

Malaysia kaya dengan pelbagai buah-buahan... tinggal pilih shj. Atie dgn Pae suka manggis dgn rambutan kak... durian jarang2 makan.. hehe.. tapi tulah bila terlalu byk mkn, batuk plak... :)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Dah musim buah di JB ye kakzakie..
Disini dah makin kurang..
Hendaknya buah manggis tu..
Durian pun dah tak meriah..

Betul tu kak , kena redha berkongsi rezeki dengan si haiwan ni..
tetapi kekadang kita tak dapat langsung huhuhu..
Hendaknya buah rambutan tu belum sempat merah dah di makannya..
Kulit berterabur atas tanah..
Kita tukang sapu sampah jer lah..
Makin menjadi2 banyak si Monyet ni ..
Dulu2 masa almarhum abah hidup boleh lah disesah dengan penyapu lidi..
Sekarang anak2 kakak takut sebab bilangan monyet yg banyak tu..

Amy Hilmirda Daud said...

Kenduri sakan monyet-monyet tu kak bila tak de yang menjaga :)

Nieyla Nadia said...

Monyet x usik durian sebab berhati-hati dgn kulit durian yg tajam tu..hihihi..
bestnya...dlu masa kecil² ada la rumah kawan² dekat kampung pokok manggis,pokok jambu merah macam² ada..skrg nie xde dah kak..semua kawasan tu dah buat perumahan da...

Mummydearie said...

Bestnya kak. Macam-macam buah boleh main petik aje gitu. Lama dah tak makan manggis. Hari tu ada juga ternampak tapi entah kenapa sampai terlupa nak membeli. Malaslah kalau nak suruh berpatah-balik!

Minggu lepas balik ke BP dapat merasa makan durian sedap dan besar-besar isinya, murah pulak tu. Kenduri durian kami ^_^

adarnadzmie said...

sgt bertuah kita rakyat malyasia boleh dpt mkn buah2an tempatan yg sgt berbeza dgn Negara lain... unik sekali buah2an kita kan...

Mar Mansor said...

bila tiba musim buah memang seronok sangat..macam-macam buah boleh makan..durian rambutan...adui..tapi semua tu perlu dikawal pemakanannya sebab buah manis-manis mengndang gula

Kakcik Seroja said...

Buah-buahan tempatan - bagi kakcik memang tak jemu dimakan... :)

Rinna said...

Buah²an tempatan malaysia laa paling sedap..hehehe

saniahibrahim said...

Kat rumah mertua adek pun buah cempedak kongsi dengan monyet.Tak sempat nak masak abis di kerjakan nya.Tapi tak boleh nk salahkan monyet juga kan sebab banyak tempat tinggal mereka dah kena tebang...mereka cari makan tu.
Wah banyak buah2an kat kampung ya...masak ranum pulak tu.
Kulit cempedak tu sedap juga buat mandai kakzakie...makanan esotik org banjar.

saniahibrahim said...

Kat rumah mertua adek pun buah cempedak kongsi dengan monyet.Tak sempat nak masak abis di kerjakan nya.Tapi tak boleh nk salahkan monyet juga kan sebab banyak tempat tinggal mereka dah kena tebang...mereka cari makan tu.
Wah banyak buah2an kat kampung ya...masak ranum pulak tu.
Kulit cempedak tu sedap juga buat mandai kakzakie...makanan esotik org banjar.

paridah said...

Berkongsi rezeki dgn mergastua-Nya tak apalah. walau apa saja yg menikmati rezekitu pahalanya akan sampai kepada yg menanamnya..syukur Alhamdulillah.

nuyui a.k.a miss YUI said...

plg suka cempedak dan manggis tu..sdpnyaaa.

Warisan Petani said...

Musin buah-buahan tempatan dh hampir ke penghujung.

Mia Kassim said...

Meriah dgn buah-buahan ... rambutan klu terlebih mkn mmg batuk akan menyinggah 😊

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...seronok balik kg kalau ada musim buah-buahan ni...kenyang makan tak payah susah2 nak membeli..

imm said...

wahh manggis.. dah lama tak makan sejak ayah tebang pokoknya, takut tumbang ke rumah sebab dekat sangat dengan rumah hihi

aiezza.sue said...

dah hujung-hujung musim ni,walau dah jenuh makan, tengok balik gambar-gambar gini mesti rasa nak lagi..tak puas-puas, hebat penangan buah-buahan tempatan kita ni.

Kayu Manis said...

Mmg hantu buah..pntng nmpk org juai mesti nak beli...

Durian tu my fev ngcess

wahida said...

saya dengan anak saya si abang dari bulan lepas teringin kan manggis, tapi tak nampak orang jual pun kat tepi jalan....sedihnyaaaaa....

norhidana said...

meriahnya tanaman arwah mil akak...
tp yelah kalu dh terbiar tak berjaga mmg monyet ngn tupai lah punya rezeki kan...

durian tu nsb la monyet tak dpt layan kalu tak mmg nampak kulit je lah

Fiza Rahman said...

Cempedak tu. Dari haritu mencari. Tapi tak dapat2 lagi :-(

nohas said...

wahh..bestnya..huhu..segar dari ladang..

suka suka said...

manggis bonda akak dah meninggi.. tengok je la dari bawah... merasa yang gugur sendiri je..

Humaira said...

sedapnya..nak makan buah2an lg..T_T nk blik kg..wuwuwu..

Nor Azimah Ali said...

Buah tempatan, mmg takde tandingan, saya suka sgt rambutan, dari dulu smp skrg, dari kecik dok curi rambutan kat kawasan istana singgah sultan Pahang di kampung abah kt Pahang, hihi..kenangan betul., Sampai skrg dah tua ni suka lagi rambutan, lagi-lagi kokah je kulitnya.

Nor Azimah Ali said...

Buah tempatan, mmg takde tandingan, saya suka sgt rambutan, dari dulu smp skrg, dari kecik dok curi rambutan kat kawasan istana singgah sultan Pahang di kampung abah kt Pahang, hihi..kenangan betul., Sampai skrg dah tua ni suka lagi rambutan, lagi-lagi kokah je kulitnya.

Qhaifa Nur said...

Buahan tempatan yg tiada tandingannya kak..semua terbaik
Sekarang ni rumah mak cu Nur kat teluk intan, byk pokok buahan...tak de sapa nk makan..monyet je la yg rajin kutip

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Saya rindu cempedak goreng, kadang terpaksa goreng kurma sbg ganti.😃😃. walau rasa dia jauh panggang dari api. Sian kan saya Kak Zaki.

Kamsiah yusoff said...

buah2an tempatan mmg sedap dimakan..tp tu la..banyak pulak kesan sampingannya..yg darah tinggi takleh ikut selera sgt pulun durian..yg batuk2 takleh makan moktan ikut selera..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Sedap semua buah-buah tempatan kita. Bila sampai musim dia. Memang selalu nak balik kampung aje. Tupai memang suka durian akak.

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak, semoga sentiasa di dalam kebaikan dan rahmat-Nya.

Alhamdulillah, bertuahnya tinggal di negara ini yang kaya dengan pelbagai jenis buah-buahan. Seronok dan meriah bila tiba musim buah. Kalau yang ada dusun lagilah meriahnya. Tapi tulah makan banyak-banyak, batuklah, demam pun juga...hehe

Gee Lion said...

Teringat pada dusun buah lama di kampung tapi tanahnya telah pun dijual oleh abah. Galak sungguh buahnya berbuah, rindu betul pada kenangan silam zaman kanak-kanak.. :")

Hati-hati kak Zakie, jangan sampai Opet pulak datang mencurik durian. Hehe.

Aryan azra said...

seronoknya macam2 buah yang ada tu ha

Nadhie Wueen said...

Sedap semua buah-buahan tempatan ni. hmm pokok kat kg saye pun xberbuah dah lagi

QasehnyaRania said...

tu lah. musim buah kayu. tak ketinggalan rania, nk juga merasa. sudahnya batuk batuk 2 minggu. gara gara terlebih makan rambutan, dokong, duku, langsat, durian. tak dibgi diminta minta dah bagi merasa nak lagi, lagi dan lagi..