Tuesday, September 20, 2016

Sebuah perjalanan

Hari: Ahad 18-09-2016 (petang selepas solat zuhor)
Misi : Perjalanan menghantar adik balik ke sekolahnya

Berhenti - Biasalah bila ada VVIP atau VIP di atas jalanraya, kita yang kerdil begini kenalah ke tepi. Sebagaimana kita ikut dan taat perintah Allah, dgn orang kehormat kita kenalah hormati juga. Walau mahu cepat bagaimana pun kena ikut peraturan. lainlah kelak di Padang Mahsyar mahu meniti titian As-sirot tidak ada pengkhususan VVIP, VIP mahupun darjat.

Buluh kuning - Menarik buluh galah ini. Kuning emas dijadikan tempat berteduh seorang pakcik berjualan hasil buah-buahannya. Tetapi berat pula mulut ini mahu meminta ranting halus. Niat di hati mahu di gunakan untuk jadi penunjuk/tuding ketika mengajar anak-anak mengaji. Bila berat mulut akhirnya tidak dapatlah.
Rezeki - Lihatlah buah-buahan pakcik itu. Pernahkah kawan-kawan membeli bukan kerana mahu makan tetapi hanya kerana ada satu perasaan lain. Itulah juga yang terjadi pada kami. Berhentikan kereta membeli buah pulasan tiga kilo di sini.
Dukong - Membeli ini ketika singgah menumpang solat maghrib di Masjid Kota Tinggi. Sementara menanti hidangan yang dipesan papa membeli ini. Sedap tapi yang leceh ada getah melekat di tangan.
Sewaktu keluar dari perkarangan masjid itulah tiba-tiba kereta kami ditahan sebuah MPV Pajero. Dia menghulurkan dua plastik nenas yang setiap satu ada tiga biji di dalamnya. Rezeki Allah kami terima dengan senang hati. Terima kasih kepada yang memberi. Dia mengagihkan nenas yang tidak dijual kepada semua jemaah yang mahu keluar dari masjid. Cepat saja Allah memberi balasan. Aku berkata kepada anak "Tadi papa bagi laluan kepada enam kereta untuk melintas, cepat aje Allah balas dengan memberi enam biji nenas. Bagaikan satu kereta lepas ganjarannya sebiji nenas." Semua ketawa tapi kadang memang hal begini di luar kemampuan kotak minda kita. Balasan Allah tidak semestinya di akhirat saja. Walaupun niat di hati sekadar tidak mahu melihat jem sebelah kanan kian panjang disebabkan dia tidak dapat melintas ke sebelah kiri. Apa salahnya kita yang memandu di sebelah kiri memberi laluan untuk mereka. Masing-masing senang hati. Tidak sampai pun 5 minit.

~~ Musim buah memang sedap tapi batuk itulah yang tidak selesa.~~

41 comments:

saniah ibrahim said...

Subhanallah begitu cepat Allah beri balasan yang baik pada keikhlasan hati.
Cantek kan kakzakie buloh kuning tu...saya pun suka,berminat nk tanam tapi hubby ckp nk jadi hutan ke rumah...huhuu.

saniah ibrahim said...

Subhanallah begitu cepat Allah beri balasan yang baik pada keikhlasan hati.
Cantek kan kakzakie buloh kuning tu...saya pun suka,berminat nk tanam tapi hubby ckp nk jadi hutan ke rumah...huhuu.

Mia Kassim said...

Alhamdulillah ... rezeki yang tak diduga :)
Mia pun kadang2 camtu kak, membeli drpd penjaja kerana bukan hendakkan barang tu tetapi ada perasaan kasihan dan simpati kepada mereka.

Mas said...

Alhamdulillah.KIta bantu org Allah bntu kita

zila norazila said...

Salam syg k.zakie..mmg btul rezeki yg dtg kkdg x disangka..

Zaitun said...

Terjadi juga pd kak zai bila balik dr Terengganu. Singgah beli petai kat tepi jalan diberi tambahan 20 tangkai. Singgah pulak beli dukulangsat dpt pulak seikat rambutan. Syukur alhamdulillah.

Zaitun said...

Terjadi juga pd kak zai bila balik dr Terengganu. Singgah beli petai kat tepi jalan diberi tambahan 20 tangkai. Singgah pulak beli dukulangsat dpt pulak seikat rambutan. Syukur alhamdulillah.

lieyalatif said...

niat murni, sekejap ajek Allah balas kan kak...rase semacam plak bace citer akak nieh.... tu org kate Allah nak bagi rezeki sekelip mata, nak tarik rezeki pun sekelip mata...allahuakbar....tapi lieya rase lebih pada niat akak membeli buah dgn niat sedekah tu....

moga sentiasa murah rezeki akak ...

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

Alhamdulillah.. rezeki kan kak. Betul lah janji Allah tu pasti. Kita buat kebaikan, Allah balas dengan kebaikan. Sedap nyaaa pulasan.! peberet aina tuuu

Fazleyatul Aini said...

rezeki datang kan kak. alhamdulillah
betol tu, musim buah batuk lah pulak selalunya
asyik makan rambutan je

Zee Suhaini said...

tengah musim buah sekarang nih..nak tahan makan rugi pulak kak..
batuk takpe nanti makan ubat..hehee

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

perkara baik yg kita lakukan, ganjarannya pasti baik2 sahaja

Raihanah Ahmad said...

alhamdulillah murah rezeki kakzakie.

Nieyl said...

Alhamdulillah...
Rezeki Allah sukar dijangka bila kita akan terima...
Sentiasa bersyukur..Amin...

Khairul Bariah said...

biasa juga kadang2 membeli bukan sebab mahu makan tapi sebab kasihankan penjual itu. Tapi kakzakie membeli pulasan itu pun ok juga sbb bukannya senang nak jumpa pulasan, kan.

cepat saja Allah membalas satu2 kebaikan itu. harap2 berterusanlah hendaknya.^_^

norhidana miswan said...

suke tgk pakcik jual buah kt tepi buluh tu... nmapk redup nyaman je...

penah kak, penah membeli bkn sbb nk mkn sgt tp sbb niat nk membantu...
rezeki Allah kan, dpt buah nenas msti manis kan kak...
almaklum nenas johor semua manis2 belaka hehehe sbb kt umah dana pun sana sini banyak nenas

paridah said...

sUBHANALLAH..DLM HIDUP NI MMG PERLU SALING MEMBANTU N BERTOLAK ANSUR PASTI ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN N LUASKAN REZKI KITA INSYA ALLAH.

idzwa kamaruddin said...

Alhamdulillah..

Org baik-baik macam akak selalu diberi kenaikan juga kan :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

moga semakin murah rezeki pd yg memberi tu

Uncle said...

Alhamdulillah kak....bila tengok VVIP lalu, saya teringat kat arwah pakcik Lang saya yang jadi drebar untuk MB Kedah ditahun 70-an dulu!

Falsya said...

Alhamdulillah..bile kite permudahkan jalan org dgn ikhlas, maka dengan ikhlas la jugak Allah membalasnye..mungkin jugak sbb kakak beli buah dukong kat pakcik tuh kut..hehehe

hainom OKje said...

Masyallah indahnya janji ALlah tu kan kanda, buat baik di balas baik..... ada masanya benda benda gini buat dinda sayu dan boleh menitiskan air mata....Banyaknya nikmat Allah bagi tanpa kita sedar huhu...

Kat rumah ni cik abg je yg suka makan buah, dinda dan yang lain bukan tak suka malas nak kopek hahaha....bertuah sangatkan

Kamsiah Yusoff said...

saya dalam dok batuk2 ni curi2 jugak makan buah dokong..suami takde..tu yg berani curi2 makan tu..

Qhaifa Nur said...

Murahnya rezeki kak zakie...
Nur pun pernah terfikir gitu kak..cepatnya balasan dr keikhlasan/kebaikan yg kita buat

Petak Bunga said...

rezeki allah x terduga.

Liza said...

syukur, rezeki Allah yg mmg kita tak blh jangka kan akk..

@na said...

Subhanallah...janji Allah tu benar...hebatnya balasan kpd org yg bersedekah

Siti Rohaida Yusof said...

musim buah memang syok kak,dapat makan sepuas-puasnya..tapi tulah,batuk tak berhentilah nampaknya

Gee Lion said...

ha'ah kan.. kat Sana takde laluan sepantas kilat utk VVIP.. hihi..

Cik Yaya said...

SubhanaAllah..
niat kalau btul ikhlas nk mpmudahkan ursan org lain tnpa hrp blsan ap2,
InsyaAllah..ada gnjrg yg stimpal yg Allah SWT akan beri pada kita.. =)

Alhamdulillah.. rezki tu kan ^_^

Aiezza Sue said...

suka juga dokong & pulasan tu walau sakit2 jari nak koyak kulitnya.. sanggup u-turn kalau nampak ada orang jual tepi-tepi jalan.. hihi

Nooriah Abdullah said...

Selamat petang kakzakie
Kakzakie dan family mmg selalu murah rezeki
Ada saja laluan rezeki utk kakzakie dan family tanpa diduga kan alhamdulillahh

makchaq said...

Bab rezeki memang Allah yang maha kaya.. Rezeki kadang2 kita tak sangka-sangka.

Masa makchaq bercuti baru ni singgah rumah kawan.. dia jamu makan..
lepas makan siap bekalkan kari daging sebekas besaq (dia masak khas nak bagi makchaq), w/pun makchaq kata kami dok homestay boleh masak dia bagi jugak.. katanya kot2 penat berjalan2.. masak nasi atau beli roti dah boleh makan...
bagi pulak bawang, cili blend, garam, beras utk mudahkan makchaq masak..sebab katanya nak beli sikit2 susah pulak... sepanjang cuti guna barang2 yang dia bagi utk masak...

memang tak sangka.. sampai begitu orang cari pahala... alhamdulillah.. semoga makin murah rezeki kawan makchaq tu..

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Ha'ah.. situasi begini memang miracle Kak Zakie... kdg kan balasan kebaikan tu bukan pada kita.. tp pada anak pun iya, suddenly org tlg ank kita kat sekolah... and kita tetiba "Eh?".😱

Amy Hilmirda Daud said...

Alhamdulillah, rezeki.
Banyak 6 biji tu kak, boleh buat jem :)

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik...
Alhamdulillah, rezeki melalui perancangan Allah SWT. Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya. Membeli bukan kerana mahu makan sangat tetapi sebenarnya niat mahu membantu. Semoga Allah SWT sentaiasa meluaskan rezeki akak sekeluarga...

Umie Adli said...

saya batuk ni tak baik2 lagi kak. masa batuklah ada rambutan, durian, pulasan, langsat, dokong. nak tak nak makan jugaklah. tgh musim bila tak musim memang tak jumpalah buah2an ni.

Mummydearie said...

Kadang-kadang kita bukannya mengharap dapat balasan setimpal tapi itulah yang berlaku sekali-sekala. Mungkin perasaan ingin bersedekah pada pakcik penjual buah tu yang buatkan akak sekeluarga dapat balasan 'on the spot' ^_^

Saya pun pernah juga. Derma RM5 aje tetiba dapat pulangan RM50 tak tahu apa puncanya! Rezeki kalau Allah nak beri dalam pelbagai carakan, kak!

QasehnyaRania said...

betul tu kakak
time musim buah kayu sekarang ni rania pon kemain suka makan. tapi mkn sekadar merasa..

Norhayati Mohd Isa said...

Sama lah dgn suami saya..
Suka buloh kuning tu..
Dah nmpk kat tmpt kerjanya..
Ada satu pokok tepi jalan..
Nak minta tuannya..
Tapi mulut tak buka..
Jadi smpi skrg tak dpt lagi hihihi..

Maha luas rezeki Allah..
Dibalas dgn berbagai cara..

aryan azra said...

rezeki Allah itu memang tidak terdugakan.

pernah juga membeli kerana niat nak bersedekah