Friday, November 11, 2011

Kasih seorang guru

Betapa kasih guru mengalahkan ibu-bapa. Seharusnya aku yang membelikan hadiah buat guru tersebut kerana berjaya mendidik anak aku berjaya. Tetapi sebaliknya dia membelikan adik hadiah ini kerana adik mendapat markah 100% dalam matapelajaran yang diajar olehnya. Hadiah ini diberikan bukan menggunakan duit sekolah tapi duit poket cikgu itu sendiri.

Tiga serangkai - Set pembaris, tabung duit dan tempat letak pensil/pen.

Ceria- bukan saja bijak mengajar tapi mahir dengan memilih kombinasi warna yang disukai kanak-kanak

Berbungkus - Hadiah diberi berbungkus cantik. Tetapi telah dibuka sebelum aku balik kerja. Tinggal semua di atas meja belajarnya

Kreatif - Bahagian belakang baru ditampal dengan kertas "Pelajar Terbaik - Bahasa Arab - SKSU 2011" Alhamdulillah berbaloilah mama belajar sama dengan adik.



~~ Teringin mahu mengubah corak memberi guru hadiah tidak perlu menanti Hari Guru sebaliknya memberi sebaik saja anak mendapat keputusan yang baik.~~






54 comments:

gadisBunga™ said...

cikgu tu cikgu mulia. kompem!

Izwa Kamaruddin said...

sweet!

Kakcik Seroja said...

Apa yang dilakukan oleh Cikgu itu selain dafri rasa kasih adalah satu motivasi kepada muridnya. :)

nabilah_2908 said...

penghargaan pada muridnya.. :)

best la adik..nanti masa hari penyampaian hadiah nanti...sure dpt hadiah lagi kan..? :)

Anonymous said...

~~ Teringin mahu mengubah corak memberi guru hadiah tidak perlu menanti Hari Guru sebaliknya memberi sebaik saja anak mendapat keputusan yang baik.~~

betul tue kak! patutnya murid la yg bg hadiah pd cekgu kalau dpt result bagus! tahniah untuk anak akak~~

Amie said...

anak-anak tentu rasa sangat bangga dan gembira serta lebih yakin diri dapat hadiah dari gurunya....(walaupun nilainya bukanlah satu ukuran bagi muird tersebut)...

Liza said...

baiknya cikgu tu...sekarang ssh nk dapat cikgu macam cikgu dulu2 kan kak....

PCL said...

sentiasa dihargai dan menghargai itu adalah sifat terpuji yg harus diterapkan pd genarasi masa kini.

Anonymous said...

tahniah utk anak akak..semoga terus cemerlang dlm pelajaran

faraherda.razalan said...

Sy pnh dpt hadiah dr cikgu sempena juara kuiz salah satu matapelajaran peringkat daerah (eceh, nak sebut detail tu)...Hahahahah!

Tahniah adik!

Unknown said...

tahniah adik....seronok bila dapat guru yg sgt prihatin.

miloaiskurangmanis said...

tahniah buat adik...
seronok lah dapat guru camni...

Kella said...

comeynya kotak tempat letak tu.. tahniah 100%! bahasa arab lak tu... bagus.. baguss..

Diana @ BKKC said...

bagus kan cikgu tu...mendidik dan menggalakkan pelajar utk cemerlang dalam exam

Niena Muhammad said...

tahniah :)

Darling Pya said...

pembakar semangat utk student dia belajar lebih lagi...bagus nye

Hudalatip said...

bestnya dapat cikgu yang baik hati ni..

Acik Erna said...

kakzakie..memang cik gu2 pandai mengambil hati anak2 muridnya.
tu sebab berapa lama pun guru2 sentiasa diingati oleh anak2 murid..

wahida said...

sgt sweet hadiah tu kak...

alhamdulillah, akak dikurniakan anak2 yg sgt bijak...saya tumpang hepi kak...

emarieys said...

sangat bangga kak..

Hanis Azla said...

tahniah buat adik yg bijak itu.. juga ibu bapa yg bertuah dan guru yg baik hati itu.. semuanya memainkan peranan yg sama untuk melahirkan anak yg hebat itu.. seronok dengar kisah ini..

Azian Elias said...

congratulation to mama gak.

Chik Na said...

tahniah buat adik n mama nya jugak

Qhaifa Nur said...

tahniah dapat hadiah...
semua itu pembakar semangat buat anak - anak kita untuk lebih berjaya lagi..mekasih cikgu

amirah said...

wah, bagusnya cikgu tu ye kak..tahniah ye adik sebab dapat result yg bagus..

Unknown said...

saling menghargai.. sebenarnya guru itu merasa cukup gembira krn anak didiknya berjaya.. utk meraikan kejaayn murid dan secara x langsung kejayaan guru itu sndiri dgn cara memberi hadiah kpd murid tersebut spy murid itu mengingati guru yg mendidik mereka.. Akak ipar sya juga merupakan seorang guru dan seringkali juga beliau memberi hadiah kpd murid2 yg berjaya dgn cemerlang... sbg pembakar semangat kpd diri beliau sndiri dan juga kpd murid tersebut utk lbh tekun belajar.

Kayu Manis said...

tahniah ye adik..baik cikgu tu..

norhidana said...

msti adik dh snyum sampai telinga masa dpt hadiah yg cute tuh..

bgs cikgu adik,pandai bg galakan supaya anak murid rajin belajar

Sharifah Nadzarah said...

wah bestnya....mestilah dapat hadiah..cikgu bangga dgn anak muridnya..tahniah utk anak akak...

munna said...

seronok dpt cikgu macam tu....

ct rahani said...

cantik tabung tu kak.. beruntung adik dpt guru yg baik..

Hantu Kak Limah said...

syok nye....
cute sgt....
bile cikgu tu ajar dgn ikhlas...
memang berbaloi pulangan yg diharapkan dr pelajar......:)
mama nye mesti tersenyum meleret kan....keh..keh...keh.......

Eye_nee said...

Pertamanya Tahniah buat Adik...dan tahniah juga buat kakzakie yg belajar bersama2 dgn adik...tu yg adik berjaya dpt 100% tu mama sekali kena study arab...

Suka dgn ayat terakhir tu kakzakie...tak perlu tunggu hari guru baru nak beri hadiah...SETUJU SGGT NI....

Rina Rahamat said...

tahniah utk anak akak!

cikgu tu best!

So Shy Lady (SSL) said...

tahniah! pndai anak akak. antara cr nk motivate anak2 ialah mmbri reward. guru2 ank sy pun sama. rs tharu kan ada guru yg baik bgitu.

Penjejak Mimpi said...

tahniah untuk adik. best kan dapat prezen dari cekgu. mase sekolah2 dulu ade gak dapat prezen dari cekgu sempena ari guru. sampai ke sudah tatau cekgu mane yang kasik...

keje cekgu memang keje mulia :)

Anaasuria said...

cikgu yang peka..

ibuintan said...

kakzakie biasanya sejak awal tahun atau sblm exam ada cikgu dah janji nak beri hadiah pd yg cemerlang, pada yg berkelakuan baik, pada yg rajin malah yg lemah juga tidak dilupa asal ada kriteria baik yg boleh dicontohi... sbgai motivasi selalunya untuk mereka ditahun2 akan datang

Unknown said...

hebat anak akak dapat markah 100%...wow..!!

eelobor said...

hehehe....adik kena membalas jasa guru dengan terus belajar rajin2 serta takun dan biar mendapat keputusan cemerlang setiap tahun

Anonymous said...

bertuahnya badan.... sayang sungguh cikgu tu pada anak murid dye... :)

ajumohit said...

Mesti adik ni anak murid kesayangan cikgunya

Ros said...

Salam,

Tahniah buat anak Kakzakie,ini adalah salah satu macammana cara nak bagi anak2 lebih semangat lagi nak belajar,pasai depa dihargai...

mama ju said...

AslkmKZ

Tahniah!
Bagus idea beri guru hadiah tu, cikgu mungkin naik semangat dan rasa lebih dihargai w/pun tak di pinta.
ok jumpa lagi

Zaitun said...

Tahniah buat anak kakzakie.

Teringat masa anak kak Zai Mimi selalu dapat hadiah dari cikgu yang mengajarnya.

Afida Anuar said...

Alhamdulillah, moga apa yang cikgu tu buat dapat kasi pemangkin tuk student2 dia belajar lebih tekun....tahniah adik!!

PS: masa fida sek rendah dulu, setiap kali ujian matematik, kalau dapat 100 je, cikgu kasi RM1, zaman tu RM1 tu rasa dah banyak sangat dah. Ujian pulak bukan sekali dua, tapi puluh2 kali, dari poket cikgu tu jugak dikeluarkan duitnya... Allahuakbar, mulianya cikgu2 ni, didoakan moga Allah membalas segala kebaikan kepada semua guru2...

Pia said...

"setuju sgt ngan ayat akk yg last tu..apa kata len kali kalau ank kita dpt 100 markah maka cikgu subject tersebut kita bg hadiah...good ide kan..tp saya ank2 dah jarang dpt 100 peratus.."

Anonymous said...

lagi bersemangat student camnie..bagus2...

Unknown said...

lagi 2-3 tahun sure ayu pula pilih sesuatu untuk guru2 umai..
heheheh

PS; rindu kakzakie

hafrawiey ozakawa said...

cikgu ttp dlm ingtan muridnya taw..

p/s:done follow here.follow back

Kakzakie Purvit said...

@ gadisBunga: Cikgunya comel macam GB. Hari Rabu ini kakak akan ke sekolah jumpa dgn semua guru adik


@ Mrs Eady: Cantik kan.


@ kakcik: Mungkin juga kakcik


@ nabila_2908: Hari Rabu depan ini baru hari anugerh cemerlangnya. Surat pihak sekolah dah bagi pun


@ zara bakar: Itulah kakak ingat Hari Rabu ini kakak akan beri hadiah pada cikgu adik


@ Amie: Itulah betapa mulianya hati cikgu kan Amie. Amie mesti tahu hal begini


@ Liza: Tapi kakak benar-benar terharu selalu benar adik dapat hadaiah-hadaiah comel dari cikgu bila dapat keputusan baik


@ PCL: Kakak rasa cikgu anak kakak ini memang special sangat. Sebab adik dah dapat banyak sangat hadiah walau sekadar ujian setara


@ redza: Berkat tunjuk-ajar cikgu-cikgu adik yg mulia redz.


@ Fara: Lihatlah Fara mesti akan ingat jasa cikgu itu sampai bila-bila kan.


@ Mamamya: Lebih dari seronok adik Lia...


@ miloais: Tapi kakak rasa macam cikgu ini punyalah tinggi mahukan anak muridnya cemerlang hingga sanggup beli hadiah dari poketnya sendiri. Bayangkan kalau ramai dan banyak kelas.


@ kella: Sebenarnya yg lain mudah utk belajar so concentrate bahasa arab sebab sama-sama tak pandai mama/anak last dapat 100% tak sangka kan


@ Diana@bilakukatacinta: Tapi kakak terharu dgn cara cikgu itu Diana


@ Niena Pengembara Ilahi: Terima kasih dik


@ @cu Sayang: Agaknya begitulah niat cikgu adik


@ missbby: Semua cikgu adik baik belaka. Committed sangat. Rata-rata cikgu memang begitu

Kakzakie Purvit said...

@ Acik Erna: Betul Acik. Tapi kebanyakan guru memang Allah anugerah mereka punya jiwa yg begitu walau bukan anak sendiri


@ wahida: Cantik kan. Warna dia pun cerah. Anak kakak pun bukanlah pandai tapi bolehlah janji tak gagal


@ MamaEma: Terima kasih


@ Hanis Azla: Pada kakak cikgu sangat berperanan Hanis. Sebab anak kakak kalau di rumah lebih membaca novel berbanding buku pelajaran. Oleh itu dia berjaya kerana tunjuk ajar cikgu dia


@ Yan: thank you Yan


@ Chik Na: Terima kasih CN


@ Qhaifa Nur: Harap begitulah hendaknya.


@ amirah: nampak sangat cikgu sanggup berkorban utk anak didiknya kan


@ Queen Teratai: Begitulah nampak sungguh walau bukan anak sendiri sanggup cikgu itu berhabis demi anak muridnya


@ cinnamon.com: Kalau tak dapat hadiah pun sebenarnya kami dah cukup menghargai cikgu-cikgu yg mengajar


@ norhidana: Itulah dana adik asyik kata bila Hari Guru tahun depan mesti dia nak bagi hadiah cikgu ini. Sebab tahun ini dah banyak kali dia dapat. Sebab itu kakak kata tak perlu tunggu hari guru


@ Sharifah Nadzarah: Sebenarnya hadiah pihak sekolah pada rabu depan, ini personal gift dari cikgu itu


@ munna: Lebih dari itu munna


@ ct rahani: Moga cikgu itu sentiasa diberkati ye ct


@ Hantu Kak Limah: Adik memang senyum sungguh dan sentiasa di belek hadiah itu. Tapi kakak sungguh terharu HKL.


@ Eye_nee: Belajar sungguh utk Arab sebab mamanya pun tak pandai tak sangka dpt pulak 100% hihi...


@ Rina Avail: Terima kasih rina


@ So Shy Lady: Nampak sangAt yg cikgu itu begitu committed kan SSL.

Kakzakie Purvit said...

@ Penjejak Mimpi: Sebab itulah karier sebagai guru banyak mendapat ganjaran. Dahlah mengajar siap sanggup korban harta lagi kan.


@ Anaa: Betulah tu


@ ibuintan: Betullah ibuintan. Adik dah banyak kali dapat. Kadang walau setakat sebatang pensil dan pemadam tapi mesti ada saja yg cikgu berikan sebagai ganjaran. Ibuintan cikgu mesti tahu..


@ Papa Mifz: Bukanlah hebat sangat tapi secara kebetulan PM


@ eelobor: Adik kalau suka cikgu itu memang keputusan subjek itu akan baik.


@ Cik Gee: Kalau dah nama guru bukan anak tapi anak murid mesti dia sungguh2 mengajar


@ ajumohit: Tak juga aju. Cikgu ini tetap beri pada yg markah tertinggi pada siapa saja


@ Ros: Terima kasih ros. Kakak harap dapat jadi pemangkin utk adik lebih rajin


@ mama ju: Wa'alaikumsalam mama ju. Kakak akan ke sekolah anak pada hari rabu depan dan dapatlah bertemu cikgu-cikgu anak kakak itu


@ Zaitun: Moga anak kakak boleh macam Mimi. Sekarang Mimi dah berjaya Kak Zai lega...


@ Afida Anuar: Mudah-mudahan Fida.
p/s: Dari apa yg Fida katakan nampak dimata kita yg guru-guru amat bangga bila anak muridnya berjaya. Sebab itulah kerjaya guru seolah-olah ladang mendapat pahala kan...


@ Pia: Cikgu anak kakak tak semestinya 100% pia. Macam adik ni BM penulisan dia dapat 98% pun dia tetap dapat hadiah juga. Janji pelajar yg mendapat markah tertinggi tetap dapat


@ Tiramisu Fatiema: Betul TF..


@ Citarasa Rinduan: Sekarng Umai pun dah ada cikgu kan. Sekolah tadika pun sama Ayu...

p/s: Teringin nak ke CRR tapi asyik tak jadi aje..


@ halfrawie ozakawa: HO masih belajar mesti tahu bagaimana nak hagai cikgu kan sayang... auntie nak follow.

LadyBird said...

cantik nye kak hadiah tu.. macam cara ustazah lady dulu.. nama ustazah tu ustazah zamnah.. kalau pelajarnya dpt markah tertinggi, beliau akan memberi hadiah supaya terus rajin belajar..