Tuesday, September 18, 2012

Berjubah kerana konvo

Ketika zaman aku dulu, dari mula sekolah hingga habis belajar sekali saja berpeluang memakai jubah konvo. Berbeza zaman kini dari mula sekolah hingga umur baru 16 tahun entah berapa kali sudah Nurienne berkonvo. Waktu tadika 5 tahun pun sudah berpeluang memakai jubah konvo. Tadika 6 tahun sekali lagi. Selepas UPSR pakai lagi, SDEA (Sijil Darjah Enam Agama), SDKA (Sijil Darjah Khas Agama) dan minggu lepas sekali lagi memakai jubah kerana anugerah cemarlang PMR yang diduduki tahun lepas. Ini rentetan Nurienne memakai jubah konvo. Dia pun bagaikan sudah tidak exited lagi sebab sudah banyak kali berjubah untuk mengambil hadiah bagaikan ulangan yang sama saja.  Kalau zaman dulu betul-betul teruja sebab itulah yang pertama kali dapat menyentuh dan memakainya. Siap sewa lagi untuk pergi ke kedai gambar bagi mengabadikan kenangan.

Syukur alhamdulillah - Seperti tahun-tahun lepas di atas pentas yang sama. Bezanya sewaktu tingkatan satu, dua dan tiga tidak memakai jubah,  kali ini kerana PMR dikenakan memakai jubah.

Berada di luar dewan - Walau mama tidak dapat menghadirkan diri namun dengan adanya papa harapan kami dapat menyuntik semangat untuk terus berjaya kerana perjuangan sebagai pelajar masih belum selesai. Mama menjaga atuk yang sakit waktu itu disamping kerja pejabat yang terlalu banyak.

~~ Sekarang boleh dikatakan setiap hari aku berjubah walau bukan kerana berkonvo tapi jadi pakaian paling selesa aku rasakan.~~


76 comments:

YB said...

moga suatu hari pakai jubah berserta topi.

Unknown said...

Thumbs up utk ibubapa Nurienne!

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tahniah.. dapat hadiah..
belajar rajin2 yea.. :-)

Mummy Sher said...

wah tahniah! semoga terus berjaya!

Dylla Abas said...

wahhh...seronoknya dapat berjubah konvo kan..sy b'peluang pakai jubah konvo 2 kali je...sekali masa tadika n sekali lepas diploma dulu >_<

Hudalatip said...

Tahniah semoga terus menjadi anak yang berjaya!!

azi said...

Tahniah adik!!
nanti besar jadi macam mama ye...:)

Acik Erna said...

Assalam kakzakie..tahniah nurienne.
semoga terus cemerlang.
Tahniah juga buat ibu dan ayah nurinne

Rosmawani♥ said...

Tahniah... :) ros berjubah konvo masa tadika jer... Pastu bila dh besar dh xde... Sedih... :(

musang said...

semoga anak2 akak berjaya dlm hidup. insyaAllah

BERT said...

thniah dik.. nnti pkai jubh lg untk spm.. pastu smbung lg bljar ke prgkt lg tingggii.. jd kebanggaan mama n papanye.. aminn

Eye_nee said...

Tahniah Nurienne...semoga terus cemerlang....

LiYa HaNiF :: said...

congrat yer nurienne ... ^_^

Cho Zila said...

betoiler dulu tak merasalah nak pakai jubahkan.. semoga menyuntik semangat Nurienne untuk terus berjaya...

Amie said...

Tahniah adik Nur... moga terus cemerlang!

JunAina said...

Tahniah pada Kak Zakie kerana berjaya didik anak dengan baik dan tahniah jugak pada Nurinee kerana berjaya jadi anak yg baik.

Kakcik Seroja said...

InsyaAllah akan ada lagi pemakaian jubah yang seterusnya buat Nurienne. :)

mama maman aka yana said...

alhamdulillah..:)

moga akan ada lg pemakaian jubah ditahap yg tinggi lg..:)

HeNRieTTa JoSe said...

chantek jubahnya...tahniah buat anak dara akak yea....moga terusan cemerlang....

norhidana said...

setuju ngn akak.. zmn skrg nih, bdk tadika pun dh berjubah utk amik sijil... nurieene ttp comel ngn jubah tu

Norzie hany said...

Tahniah utk Nurienne....moga terus bejaya.

Unknown said...

tahniahh nurienne..

teruskan usaha ok!

kakzakie, saya tak pernah merasa berjubah masa konvo T_T

Izwa Kamaruddin said...

Alhamdulillah ~

Anonymous said...

tahniah adik.. KA pown skang dah selesa berjubah hehehe

noor said...

tiap2 thn naik pentas.. congrats buat adik.

syiela said...

tahniah nurienne.. moga terus cemerlang di dunia dan akhirat...

maya amir said...

alhamdulillah..congrats nurinne..aunty doakan nurinne terus berjaya:)

yelah kak..saya pakai sekali jek jubah masa degree.. tadika tak gi, maka tadek jubah..heheh

Unknown said...

alhamdulillah n tahniah nurienne...

mudah2an nnti akan naik pentas pakai jubah berserta segulung ijazah...amin.

Kayu Manis said...

alhamdulillah kak..tahniah utk adik nurin..

Qhaifa Nur said...

tahniah Nurienne.....
tahniah buat Kakzakie sekeluarga juga...

sekarang ni fesyen berjubah dah banyak berubah Kakzakie...cantik2 sekarang tak rugi membeli......

zila norazila said...

tahniah nurienne..smoga lbh berjaya dimasa2 akn dtg :)..tumpang bangga:)

ct rahani said...

tahniah nurienne.. semoga terus berjaya.. amin.. sy x penah berjubah kak.. teringin nk pakai tp badan bersaiz kecil.. rasa macam x sesuai.. hehe..

HeNRieTTa JoSe said...

Pssss....kissing? Alamak..jauhnye makna dia...maluuuuu.....nama scientific dia rietta lupa...

Cikli said...

Tahniah dik...

Munn Jaafar said...

insyaAllah..lps ni pakai jubah siap bertopi segi empat ye nuriene?

Uncle said...

Tahniah kak.
Gambar berjubah anak harus disimpan...cepat masa berlalu dan anak-anak pun cepat membesar!

~::Chenta::~ said...

tahniah ...
^___^
jalan2 singgah tengok citer jubah .. Chenta ada jubah sarung yg x berpakai lagi

.. jubah untuk cover je ..alaaa macam jaket tu nak kua pakai .. msk umah bukak ...

mummY daniSha said...

alhamdulillah....anak akak cemerlang....kalau x keberatan,bgla tip2 heheee

emarieys said...

a'ah kak, anak ema dah dua kali..baru 6 tahun tu

Fazleyatul Aini said...

tahniah. semoga lebih berjaya di masa akan datang

IntaNBerliaN said...

seronokkan tgk ank2 pakai jubah time ambik sijil camni :-)

makchaq said...

Tahniah untuk Nuriene dan mama & papanya. semoga Nuriene terus cemerlang.

Rina Rahamat said...

a'ah kan..jaman kita dulu pakai jubah time konvo je..budak skarang tadika pon dh pakai jubah..


sy suka gak pakai jubah..br ada 2 helai koleksi jubah yg digemari..jubah lain ada tp sbb x selesa simpan jee

Unknown said...

tahniah dik,usaha itu tangga kejayaan...

Cikgu Ma said...

habis blajar dari 3 institut...tp 2x jerr berpeluang ikut konvo dan berjubah....

tahniah utk anak kakak...

Pink Lavender said...

moga jadi anak yg berjaya dan tidak lupakan ibubapa yer...

Pink Lavender said...

moga jadi anak yg berjaya dan tidak lupakan ibubapa yer...

kurus said...

tahniah dari aunty juga
1st time tgk kat sek pakai jubah macam nie amik hadiah
biasa saya tgk kat U aje ..
hurmm bagus2 pemangkin semangat !

Amy Hilmirda Daud said...

Tahniah nurienne.. semoga berjaya hingga ke universiti.
Amy Merasa sekali aje pakai jubah konvo tu.

wahida said...

tahniah nuriene!!

kan kak, kalau dulu, pakai jubah time konvo kat U jer...sekarang tadika pun dah pakai jubah...hehe...

Suraya said...

haahlah kak..jubah selesa dipakai..:)

aizamia3 said...

kita bagi semangat pada dia.. ;)

Ujie Othman said...

Betul gak..dh selalu pakai jd kurang 'grand' bila grad. utk ijazah. Tapi nk buat camne..dh kehendak pentadbir.

nabilah_2908 said...

masa betul2 terima ijazah..mungkin akan terasa betul2 debarannya.. ;)

Tie HT said...

tahniah! sejuk mata memandang..seronok time konvo ni.... saya doakan moga berjaya dgn cemerlang n murah rezeki.

haryati said...

tahniah ye!!! teringat zaman muda dulu...hihi

Akak Kembang said...

cantik berjubah merah. alin sekali jek masa 6 tahun dedulu..hehehe

Anonymous said...

tahniah. semoga lebih rajin...

aliza said...

yupp budak2 sekarang berjubah dalam hampir kebanyakan majlis tamat pengajian,.. yg x sedapnya graduasi tingkatan 5 pun berjubah walaupun yg gagal BM alasan utk memotivasikan mereka agar berusaha hingga ke saat akhir sebelum SPM.. jadi nilai jubah konvo tu dah x da apa2 dah kan...

Rozie said...

betul tu kakak, sedari Tadika dah merasa pakai jubah ni...

azieazah said...

Tahniah! Semoga terus maju.
Bertuah budak sekarang bila acara anugerah siap pakai jubah konvo sebagai motivasi.

Unknown said...

tahniah..

mmg rasa sangat zaman kian berubah.
ayu suka gak sarung jubah, entah bila dapat sarung lagi?

dwatyKNY said...

saya x suka pakai jubah konvo... Saiz besar2... Rasa tengelam... Tapi sprt yg akk ckp...tetap Teruja kerana pkai sekali jer...

Nur-nba said...

Salam. Betul tu Kak Zakie, zaman dah berubah.. Sama juga keadaannya di sekolah Nur sekarang ni. Pelajar-pelajar Tingkatan 5 diraikan dalam majlis graduasi sebagai satu cara untuk memotivasikan mereka agar bersungguh2 dalam pelajaran.

Nur doakan semoga anak Kak Zakie berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan menjadi anak yang solehah.. :)

MulutPayau said...

tahniah...semoga terus cemerlang...

Deru Ombak said...

Tahniah dari maklong...moga terus cemerlang okeh!

Berjubah ni sangat selesa..saya pun dah suka berjubah. Tapikan kakak...anak teruna saya siap hantar msg katanya
" mamakan, kalau hari2 berjubah, nanti mama tak jaga berat badan, sebab boleh sorok dalam jubah. Mama pakailah baju kurung macam selalu, at least mama tau kain tu boleh zip ke tidak." adeh kakak.. !! Anak kakya punya cerewet. Hehe

sal said...

Memakai baju konvo..satu pengalaman yang menarik..akan diingat sepanjang hayat..krn baju konvo mengingatkan kita ttg kemanisan, kedukaan semasa belajar..hehe..

Kakzakie Purvit said...

Motif pihak sekolah mahu memotivasikan pelajar agar terus gigih tapi pada kita bagaikan tidak gah lagi sebab kalau setiap tahun ianya bagaikan perkara biasa.

Terima kasih kakak ucapkan pada semua yg memberikan komen:-

YB, Norhaizan Hakim, Pokok Manggis DR, Syerwieyna Muzzawer, Dylla Abas, Huda, Azi, Acik Erna, Ros, Musang, Bert, Eye_nee, Liya Hanif, Cho Zila, Amie, JunAina, Kakcik, mama maman aka yana, Henreitta Jose, norhidana, Norzie hany, Rai Ourkizuna (oh... sebab Rai graduation di negara org tak sama dgn M'sia), Mrs. Eady, Kesuma Angsana, Noor, Syiela, maya amir, Mamamya, Knor, Qhaifa Nur, zila norazila, ct rahani, Henrietta Jose (tak payah malulah Rietta hihi...), Cikli, Munnafendy, Uncle, Chenta, Mummy Danisha, MamaEma, Lya Colours, IntaNBerlian, makchaq, Rina Avail, lienda, Cikgu Ma, Pink Lavender, ieda, Hilmirda Daud, wahida (itulah yg kakak kata wahida), Suraya, aizamaia3, Ujie, nabila_2908, Tihara, Haryati Faizal, Alin Marlini, Repunzel Cikilolo, aimaniman (motif dah tak samakan cikgu), Zie, azieazah, Citarasa Rinduan, dwaty, Nur_nba, mulut payau, Deru Ombak (ada betul juga anak KakYa kata begitu. Tapi kakak rasa macam selesa je bila berjubah) dan Sal.

Terima kasih sekali lagi buat semua. Moga jadi pemangkin anak-anak utk terus berjaya.

munna said...

untung anak2 skrg kan kak... munna pun sekali je merasa pakai jubah konvo

nazayiena said...

Tahniah Nurienne...
KLu dah biasa pki jubah memang akan rasa selesa.Nurul pki kadangkala hari jumaat je.

izz iizza said...

tahniah..:)

fieda said...

semoga dapat pakai jubah utk konvo yg lebih tggi nanti..

Unknown said...

ingat plak zaman kanak2 dulu.

Kakzakie Purvit said...

Terima kasih juga buat: -

munna, Nazayiena, izz izza, fieda dan mardewan.

Moga anak bangsa kita sentisa berjaya demi dunia dan akhirat amin..

Jahirah said...

saya dua kali merasa pakai jubah konvo sendiri... bagus kak setiap hari berjubah,moga saya pun akan mcm tu nanti...

Masya said...

kenangan kan dapat bergaya dgn jubah

anak sy memang baru masuk tadika hihihihihi .. org lain awl tahun, anak sy jer baru masuk sebab pengasuh yg lama x sihat tu sy hantar taska yg ade tadika...