Friday, September 14, 2012

Kurniaan Allah buat aku

Sungguh benar dialah penghapus airmata dan teman ketawa paling akrab selama aku hidup di sampingnya. Dialah yang membantu meringankan apa juga beban yang aku tidak dapat tanggung di benak. Dia juga tempat aku mengadu bila di tempat kerja aku rasa bagaikan tidak dapat menyelesaikannya. 

Bila bapak di timpa kemalangan tempohari dia jugalah orang pertama yang aku hubungi sebelum aku menghubungi abang kandungku sendiri. Dialah yang menguruskan segalanya ketika doktor meminta kebenaran untuk memindahkan bapak ke HSA, JB. Dialah juga yang memecut laju mengekori ambulan dari Hospital Pontian menuju ke HSA, JB.  Dia juga orang pertama menunggu di depan pintu bilik x-ray kerana tidak dibenarkan masuk. Dia juga yang membersihkan muka bapak yang dipenuhi darah ketika berada di atas katil wad hospital. Bahkan dialah juga yang mendukung bapak masuk dan turun kereta ketika bapak dibenarkan keluar dari wad hospital. Menunggu bapak qada' hajat tidak kira besar kecil pun dia yang menguruskannya kerana bapak malu bila aku dan Mak Zah mahu membantu.

Buat dressing luka (aku ngilu-ngeri dan tidak berani), memandikan (dengan bantuan aku juga), mengurut (bergilir-gilir kami lakukan) dan mendukung bapak untuk membuat exercise berjalan dialah juga yang lebih banyak melakukannya walau dia hanyalah anak menantu. Terima kasih Allah mengurniakan dia buat aku dan keluarga.

Inilah dia orangnya - Tidak boleh tunjuk yang hensem hihi... ini sewaktu di Mina ketika kami menunaikan Haji dulu. Sebaik habis melontar jumrah dan tahallul terus botakkan kepala. Seberapa banyak gugur rambut itu mohon digugurkan segala dosa yg ditanggung itulah harapan setiap jemaah haji sebenarnya. Tidak hensem tidak mengapa tapi aku sayangkan dia.

~~ Dia yang aku maksudkan adalah papa pada anak-anakku. Terima kasih Allah atas kurniaan besar ini.~~

74 comments:

Deru Ombak said...

Kakak..

So sweet.. Moga bahagia berkekalan hingga kesyurga :)

QA's ~ mamapapa said...

alhamdulillah,beruntungnya akak :)

azi said...

Salam Kakak..
perasaan saya berbaur-baur antara sedih, pilu dan gembira bila baca cerita kakak ni..sesungguhnya kakak orang yang bertuah dikurniaan Allah seorang suami dan juga sebagai menantu yang baik kepada bapak..semoga semua ini berkekalan dan keluaraga kakak terus diberi kebahagian olehNya....amin.



syiela said...

salam akak.. alhamdulillah atas kurniaannya buat akak dan keluarga.. rupa paras tak pentingkan kak janji hati budi baik.. moga akak terus bahagia bersama hingga ke akhir hayat

zila norazila said...

soarang suami yg baik kak..alhamdulillah semoga akk sentiasa bahagia bersama dia..hingga akhir hayat aminn..dan doa buat bapak semoga sentiasa diberi kesihatan yg baik.

Cikli said...

Inilah yang P Ramlee maksudkan dgn ' menantu bapak'.
Sayapun nak cuba jadi begitu untuk Kajol.

ieja amieja said...

syukur padaNya atas anugerah yg x terhingga ini buat akk..
kebahagiaan bkn terletak atas byknya harta kita tp ksh syg dan toleransi pasangan tu sendiri kan kak..
sy doakan semoga berkekalan hingga akhir hayat jg utk bpk akk semoga diberi kesihatan yg baik..

Ujie Othman said...

saya pulak yg terharu baca..mmg mengalahkan anak sendiri. Allah jua yg mampu balas kebaikkannya.

*syukur atas titipan Allah, itulah juga yg selalu saya ucapkan kpd Allah krn memberi suami yg baik hati.

Unknown said...

sweet akak. Jarang baca entri akak yg sweet macam ni. Tetiba teringat suami sendiri....betul lah kak, bagi yus pun sama. Terima kasih Allah kerana dia (suami) sentiasa di sisi...

Dylla Abas said...

alhamdulillah. bertuah akak dapat kurniaan yg besar mcm ni kan :)

BERT said...

Alhamdulillah.. beruntung punya suami yang pndai jaga org tua.. insyallah anak2 akk pon ikot jejak langkah beliau nnti..

Hudalatip said...

syukur alhamdulillah, suka saya baca entry ni kak..

inazamri said...

baca entri akak ni terus jetengok gmbr asben ina..terus rindu..mcm nak balik keja cepat2 je hihihi.walaupun lepas dibotakkan rambut tu tetap nampak ensem la suami kakak tu.

Myra Jay said...

Alhamdulillah..
Susah senang sentiasa bersama ;)

Sweet :D

Nur-nba said...

Tentu suami akak terharu dengan coretan akak ni.. Beruntung akak dpt suami yg prihatin, bertanggungjawab dan penyayang. Nur doakan akak bahagia hingga akhir hayat.

Nur-nba said...

Tentu suami akak terharu dengan coretan akak ni.. Beruntung akak dpt suami yg prihatin, bertanggungjawab dan penyayang. Nur doakan akak bahagia hingga akhir hayat.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

sweet nyerrr...tetiba sayu pulak saya baca n3 akak nie..

Fazleyatul Aini said...

alhamdulillah
beruntung kakzakie =)

ROZILA said...

Salam Kakzakie,

Sebak hati,menitik airmata bila baca N3 ni.
walaupun ini adalah cerita org lain tapi kasih sayang tu seolah-olah ada pd diri sendiri.
Susah nak dapat perasaan tu,sekiranya ALLAH tidak menganugerahkan.
Semuga kasih sayang tu berpanjangan hingga ke akhir hayat.
Amin.....

Kayu Manis said...

ALHAMDULILLAH KAK..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Alhamdulilah..
semoga sentiasa bahagia.
doa & usaha, agar kekal dunia & akhirat bersama..

lovely said...

Alhamdulillah..
moga kekal selamanya..
Amin..

vendoline said...

ramainya kwn blogger g sana.bila la edy ade kesempatan...
alhmdulillah

Izwa Kamaruddin said...

Alhamdulillah...betapa beruntung nyer akak bersuamikan beliau...

touching sgt baca entry nih..semoga jodoh akak,semoga kebahagiaan akak,semoga kasih sayang akak berpanjangan sehingga ke JannahNya,amin~

Izwa tumpang gembira dgn kebahagiaan akak..

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakzakie

Alhamdulillah..anugerah Allah yang perlu disyukuri..semoga keadaan ini berterusan hingga ke syurga..aamiin

Rina Rahamat said...

alhamdulillah..akak dikurniakan seorang suami yg baik..bkn semua org dpt :))

Unknown said...

salam kak,
tahniah & alhamdulillah akak dikurniakan suami yg sayangkan ayah akak macam ayah dia sendiri.. saya harap suatu hari nanti bila tiba saatnya saya pun dapat melihat suami melakukan apa yg suami akak buat ni..

Asnija said...

Salam K.Zakie,
Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat dan terus ke syurga.

makchaq said...

Alhamdulillah suka dan terharu makchaq baca tulisan kakzakie ni..

Semoga keluarga kakzakie diberikan kebahagian yang berkekalan dan dirahmati Allah selalu..

Kalau hensom sangat pun susah jugak.. nanti ramai peminatnya.. pening pulak kepala.. he he.. gurau je kakzakie..

adyna AB said...

alhamdulillah sejuk hati isteri :)

emarieys said...

syukur Alhamdulillah kak, akak dijodohkan dengan suami yg sangat mengambil berat tentang keluarga

Ibu Lala said...

Email akak yg hotmail tu still aktif tak??

Anonymous said...

so sweetlah kakzakie, moga terus kekal bahagia hingga sama2 disyurga ye amin2

kurus said...

aduhh akk nie lomantik lahh
ekekek
touching tau !! ;)

kurus said...

aduhh akk nie lomantik lahh
ekekek
touching tau !! ;)

kurus said...

aduhh akk nie lomantik lahh
ekekek
touching tau !! ;)

Eye_nee said...

Ya-Allah kak..kenapalah N3 akk sejak akhir2 ni buat kan air mata saya mengalir..saya keliru adakah airmata saya air mata sedih atau gembira..yg nyata saya tumpang gembira atas nikmat Allah kepada kakzakie...

norhidana said...

sbbnya dia dh jnji utk segala2nya utk akak masa akad nikah dulu... jnji dia pd Allah...

alhamdulillah kak,....

Murni Alfathunnisa said...

salam kakzakie,

tersentuh hati baca entri ni. alhamdulillah...kurniaan allah kepadamu, kak.
tumpang happy for u..:-)

Rozita said...

Syukur kak zakie atas kurniaan Allah yg tidak ternilai ini...

Rinna said...

Mendayu dan syahdu sungguh n3 akak nie.. Moga akak bahagia bersamanya hingga ke akhir hayat..

Bazilah (^0^) said...

terharu bazi baca kak. semoga ALLAH sentiasa melimpahkan rahmat dan kebahagiaan buat akk dan juga suami..

mummY daniSha said...

sgt touchingla kak...alhamdulillah,dikurniakan suami yg baik kan kak...anugerah ALLAH yg x ternilai

HeNRieTTa JoSe said...

btl...dia kurniaan terindah buat akak dan bapak akak dan anak anak akak....begitu juga akak adalah kurniaan terindah buat dorg....rietta pernah dengar kata orang...

"wanita yang baim adalah untuk lelaki yang baik..."

Masya said...

alhamdulilah mcm tu lah yg sebaik2nya.. ank menantu macam anak sendiri.. menjaga mertua mcm bapak sendiri kan..

Masya said...

alhamdulilah mcm tu lah yg sebaik2nya.. ank menantu macam anak sendiri.. menjaga mertua mcm bapak sendiri kan..

haryati said...

syukur alhamdulillah, coz Allah temukan jodoh akak dengan lelaki yang baik-baik... semoga husband sentiasa berada disisi akak ye, tak kiralah masa susah atau senang...

gadisBunga™ said...

akak dah dapat antara kurnia Allah yang paling besar. syukur... :)

ct rahani said...

Alhamdulillah.. touching baca entry akak nih.. sy doakan semoga jodoh akak & suami kekal bahagia hingga ke syurga.. amin..

sal said...

Allah maha pengasih dan penyayang..Dia kurniakan kita yg orang yg bertanggungjawab, serasi2 dengan kita, tempat kita bergantung dgn anak2..

Qaseh Suhaida said...

Alhamdulillah...suami yang soleh. sy pun berharap suami sy seperti suami akak

Dr K said...

Alhamdullilah...akak dikurniakan suami yg baik...semoga berkekalan hingga ke syurga..

Acik Erna said...

Assa;am kakzakie..syukur Alhamdulillah diatas kurniaannya..semoga kakzakie terus merasa bahagia hingga kehujung nyawa

Munn Jaafar said...

Alhamdulillah....beruntungnya kak zakie.. :)

LiYa HaNiF :: said...

akk buat liya rs nak balik peluk husband liya je skrng nie...

apa pun moga akk & abg berbahgia selalu yer... ^_~

Tie HT said...

Ya Allah betul la kan kak.tadi saya baru terbaca bahawa jodoh seseorang mengikut tingkat keimanannya...suami akak pun bertuah dapat isteri solehah macam akak..alhamdulillah

Suraya said...

terharunya..Alhamdulillah :)

Unknown said...

besarnya pengorbanannya..
syukur..

ayu sangat teringin nak bersua muka dengan lelaki itu.
hehehhe.. gurau...

YATZAKIE said...

betul kak..xhensem xpe..yg penting dia ikhlas sayang kan kita dan terima kita seadanya.. =)

nazayiena said...

Alhamdulillah kakzakie dikurniakan suami yg baik,beruntungnya akak,semoga bahagia selamanya.Touchingnya baca entry akak nie.

Unknown said...

mudah2an kekal hingga kesyurga aminnnnnn

Ros said...

Assalamualaikum Kakzakie,

Alhamdulillah syukur pada Allah Kakzakie dikurniakan seorang suami yang baik,penyayang, ,bertanggungjawab dan sapa kata tak hensem he.he....

Allah tu maha adil.....semoga kekal hingga kehujung nyawa...

amirah said...

alhamdulillah...memang Allah Maha Mengetahui segala sesuatu..moga kekal ke akhir hayat dan terus berkekalan hingga ke syurga kak..insyaAllah..

aizamia3 said...

Alhamdulillah syukur.. dipermudahkanNYA..

NoorVictory said...

Sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeettttt~

*saya baca sambil rasa macam nak nangis. Huhuhuhu~ semoga kekal sampai syurga kak.

Shuwit sangat-sangat!

Jahirah said...

alhamdulillah kak....untung kakak dapat suami yg melengkapi hidup kakak.kak doakan saya jumpa jodoh yang baik...:)

Zaitun said...

Syukur alhamdulillah kakzakie dikurniakan seorang suami yang mulia hatinya bukan terhadap isteri dan anak2 saja tapi kepada semua ahli keluarga. Semoga kebahagian kakzakie kekal selamanya.

Unknown said...

semoga jodoh kak kekal sampai syurga..aaminn

ibundo said...

'dialah' juga best friend kita forever..
Alhamdulillah dikurniakan seorang suami yang sangat-sangat mengerti.

Kakzakie Purvit said...

Bukan memuji tapi menghargai. Moga tidak disalah mengerti oleh semua teman-teman kakak.

Terima kasih atas doa dan komen yg diberikan buat semua:-

Deru Ombak, QA'_mamapapa, azi, Syeila, zila norazila, Cikli, ieja amieja, Yus, Ujie, Dylla Abas, Bert, Huda, inazamri, Myra jay, Nur_nba, Lya Colours, Be Simple Beb, Rozila, Knor, Pokok Manggis DR, lovely, Edy Fee, Mrs Eady, Werdah, Rina Avail, Rai Ourkizuna, Asnija, makchaq, Adyna, MamaEma, Ibu Lala, Kesuma Angsana, ieda, Eye_nee, norhidana, Murni Alfathunnisa, Rozita, Rinna, Bazilah, Henrietta Jose, Mummy Danisha, Masya, Haryati Faizal, gadiaBunga, ct rahani, Sal, Qaseh Suhada, Daddy Ziyyad, Acik Erna, Munnafendy, Liya Hanif, Tihara, Suraya, Citarasa Rinduan (next week kita jumpa ye), Yatzakie, Nazayiena, Bicara Kak Nor, Ros, amirah, aizamia3, Noor Victory, Aishah Jahirah (kakak doakan Sya moga bertemu yg terbaik), Zaitun dan izan mama mia.

Moga kita semua dapat mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat amin.

Terima kasih semuanya:)

Kakzakie Purvit said...

Tertingga:-

@ibundo: Betul kakpah BFF kita di dunia dan akhirat hendaknya.

KakNi said...

eh eh eh malu nya ai.... Syukur Alhadulillah kalau 'partner' kita seorang yang begitu bertanggung jawab. Masa bercinta kita tak tahu semua tu, dah kawin baru tau... ho ho ho...

Puan Kutu said...

Syukur punya seorang suami yang baik..bertanggungjawab dan sanggup bersusah senang bersama.Semoga kak zakie dan suami bahagia hingga ke syurga..:)

IntaNBerliaN said...

Alhamdulillah.. besar pengorbanan suami akak... sntiasa bersama susah n sennag... moga perkahwinan akak kekal hgga ke syurga... Aminnn...