Saturday, September 29, 2012

Pengantin baru

Telah lama berlalu (01-09-2012) tapi seperti yang telah aku katakan sebelum ini yang majlisnya tidak dapat aku saksikan sehingga ke akhirnya. Aku pergi sekadar menjenguk dan balik sebelum pengantin bersanding. Tinggalkan kamera pada anak saudara untuk mengambil gambar mana yang patut.

Anak-anak - Pengantin tidak dapat aku tatap. Sebelum balik perintah anak buah yang ada untuk dishot sebagai kenangan. Dua anak dara yang duduk adalah adik pengantin dan satu bujang itu abang pengantin yang menjadi pengganti arwah ayah mereka yang telah dijemput Allah dua tahun lepas. Yang comel-comel semua sepupu pengantin yang selalu aku rindui dan sayangi.
Pengantin - Si lelaki anak buah aku (anak kak uda yang kedua). Orang Muar bekerja di Terengganu. Perempuannya orang Terengganu bekerja di Muar. Moga jodoh berkekalan. Dalam perancangan/permohonan untuk mencari lokasi berpindah ke Kerteh/Dungun.  Satu bekerja di Petronas dan satu di Hospital moga dipermudahkan.

~~ Maaf Cik Zakie tidak berpeluang bersama tapi doa-restu sentiasa  mengiringi moga kalian terus dalam himpunan kebahagiaan dan mawaddah wa rohmah.~~


35 comments:

pnsusu said...

selamat pengantin baru..cantik theme kaler tu

Norhaizan hakim said...

Ye lah, saya pun berkenan dgn kaler ni..sejuk jer.

musang said...

semoga kebahagiaan kekal hingga akhir hayat

Cikgu Ma said...

tak sabar tunggu cuti sekolah...bukan nak kawen lagi, tapi nak pgi mkan kenduri..hihi...

**hope tahun depan sampai jodoh saya ^_^

Niza Romli said...

Selamat pengantin baru buat mereka berdua..semoga bahagia selalu. :)

KakNi (CikNi Ahni) said...

sweet sgt theme colour dia org ni... semoga berbahagia. kak zakie jgn lah sedih sebab tak dpt stay utk tengok bersanding, mesti dia org x marah punya

YATZAKIE said...

cantik kaler baju..selamat pengantin baru..semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

Masya said...

moga kekal hingga kehujung nyawa...

Huda said...

moga keduanya berkekalan hingga ke akhir hayat.

nur said...

apa yang penting doa buat mereka kan kak..
BAJET 2013: YEAY DAPAT rm250

Tihara said...

wow cantiknya color temanya...selamat ngantin baru :)

Rapunzeel Cikilolo said...

suka tgk dress tu...

Knor said...

tak pe..yg penting pengantin tuh.sanding..manis aje

Aien Alien said...

selamat pengantin baru.
cantik color biru....hehehe

adyna said...

semoga berbahagia hingga ke alam akhirat amin..

mama ju, said...

Salam sejahtera AA

Moga pengantin dirahmati daan diberkati. Amin.
Mcmmana bapak skrg?

Pokok Manggis Depan Rumah said...

selamat pengantin baru.. :-)

izan mama mia said...

mg jodoh mereka kekal berpanjangan dan dikurniakan ramai cahayamata..aaminn..
mmg cantik warna tema pilihan mereka

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

selamat pengantin baru :)

Acik Erna said...

Assalam kakzakie..tahniah dan selamat pengantin baru buat anak sedara kakzakie

Ujie said...

tahniah utk mereka.
menarik warnanyalah!

aizamia3 said...

selamat pengantin baru.. ;)
moga kekal bahagian hingga ke akhir hayat..

che mid said...

Tahniah.. kak Zakie tak rewang ke..

~~zana@pb~~ said...

Apa yg penting doa utk pengantin tu....
Tema biru, sama dgn anak saudara zana dulu.

~~zana@pb~~ said...

Apa yg penting doa utk pengantin tu....
Tema biru, sama dgn anak saudara zana dulu.

Yaya Azura aka Naz Azra said...

macam main silang pangkah pulak..
trg-muar , muar-terengganu

maya amir said...

tengok pelamin kaler biru tu, teringat masa saya kawen:)

Haryati Faizal said...

semoga jodoh mereka berkekalan... amin...

Kakzakie said...

Anak-anak saudara kian membesar dan mula membina hidup, bererti kakak pun kian dipanjat usia.

Terima kasih atas ucapan diberi:-

pnsusu, Norhaizan Hakim, musang, CIkgu Ma, Niza Romli, KakNi (CikNi), Yatzakie, Masya, Huda, Nur, Tihara, Repunzeel Cikilolo, Knor, Aien Alien, adyna, Mama Ju, Pokok Manggis DR, izan mama mia, Wanieys aka mama Qalief, Acik Erna, Ujie, aizamia3, Che Mid, zana@pb, Yaya Azura, Maya amir dan haryati Faizal.

Terima kasih juga pada doa dititipkan.

IntaNBerliaN said...

eh, pengantin ni terbalik... sorg org trg keje muar, sorg org muar keje trg... hihii comel je.. :-)

moga dipanjangkan jodoh hingga ke syurga n moga urusan mintak tukar tu dipermudahkan..

amirah said...

selamat pengantin baru...moga berkekalan hingga syurga ye

Puan Kutu said...

selamat pengantin baru buat pasangan pengantin..:)

Ema Blog said...

selamat pengantin baru untuk anak buah akak...

ros_reeza said...

Selamat pengantin baru untuk anak buah akak :)
OH, bakal menjalani PJJ jugak ni.. Seorang di terngganu dan seorang lagi di Muar ...

anitadiana said...

selamat pengantin baru....