Thursday, September 6, 2012

Syawal masih diteruskan lagi

Masuk hari ke dua Syawal kami sekeluarga balik ke Pontian lagi. Perjalanan sangat indah dan selesa tanpa kesesakan seperti selalu.Tapi kelihatan jalan menuju ke utara sedari tol Skudai bersusun kenderaan tidak putus. Berkemungkinan ramai yang sudah mahu menjalankan tugas esoknya.

Susunan kenderaaan - Lihatlah sebelah kiri dari Batu Pahat menghala ke JB yang kelihatan sangat santai. Tetapi di sebelah kanan dari JB menghala ke utara yang sesak dengan kenderaan.

Ketupat - Masih ada lagi ketupat buat anak-cucu yang belum merasa lagi hidangan di Pontian. Adik-beradik aku yang lain berkonvoi ke Terengganu kerana majlis akad nikah anak saudara lelaki kami. Jodoh dengan gadis dari Dungun. Aku sekeluarga saja tidak pergi (semasa bertunang aku yang menghantar dulu) kerana rumah bapak perlu ada bantuan salah seorang dari kami bagi  melayan tetamu yang datang tidak henti dari pagi hingga ke malam.

Malam - Yasmien dan Adik khusyuk mendengar cerita Atuk sebaik tetamu balik. (Waktu ini bapak masih sihat walafiat dan tidak sangka 5 hari selepas inilah bapak ditimpa kemalangan jalanraya).

Kucing bapak - Entah dari mana datangnya Raya kali ini rumah bapak ada kucing. Buat aku tidak senang kerana terpaksa sedia penyapu lidi setiap kali mahu ke dapur. Aku geli dengan kucing. Akhirnya hubby kurung dalam sangkar burung puyuh bapak di luar rumah.

Marhaban - Kampung bapak sudah mula marhaban. Hubby mengagih duit raya pada anak-anak yang belum bekerja.

Mohon maaf - Ini cara orang kampung aku. Rata-rata berketurunan Jawa dan perkataan "Luputku" tdak pernah lekang dari bibir mereka. Luput bukan pulut ye hihi... (maksudnya mohon kemaafan). Sebelum itu dibacakan doa terlebih dahulu seperti Robbana Atina fiddunnya wal-akhiroh...

Berada di rumah sepupu yang menjaga Mak Usu aku  - Bayangkan kalau aku punya ramai anak macam ini alangkah seronoknya. Anak aku pun sama macam aku juga suka kanak-kanak. Budak itu menangis takut pun tidak mengira janji dapat menggomol baby.  Syokkan dapat dukung dan pegang baby.

~~Beraya di rumah bapak memang meletihkan kerana tetamu yang datang berkunjung pasti berkeluarga. Dapur rumah memang tidak berhenti berasap. Aku masak pagi sekali-gus banyak-banyak bagi memudahkan kerja aku. Mujur ada bantuan dari dua anak-anak dara aku.~~

54 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

best raya kat kg akak
sesak jalan tu sebab balik beraya rumah mertua pula..
bagi yang dekat ok la..
kwn cerita raya ke-2 dari utara ke pantai timur jalan jem..
fenomena musim raya :-)

Acik Erna said...

assalam kakzakie..kadang2 nak beraya pun tak dapat/sempatkan..begitu la acik dulu

Cik Rose said...

best kan beraya ramai-ramai :)

Eh, akak pun geli ngan kucing ye?.. Ros takut ngan kucing.. hihihi

IntaNBerliaN said...

eh, kita samalah kak... sy ni pun jenis takut kucing... kalu kucing tu xdtg dkt sy, sy ok je.. tp yg jenis nak gesel2 badan dkt kaki tu yg sy jd takut... takut kne cakar.. heheh

Myra Jay said...

Teringin nak tengok cara orang Jawa beraya :)

Bila rumah sentiasa ada tetamu, pasti meriah + letih kan kak ;)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam kak zakie.Umah MIL atie pon mmg ramai tetamu(atie pon menantu org jawa gak :D)
Mmg la kak,klu umah org jawa ni tetamu mmg xputus2....ms bermaaf2an tu suka dgr depa kata 'jaluk ngapuro'..masa dulu xpaham gak ingat singapura.hikhik

Rosmawani♥ said...

Seronok kan dpt beraya jejalan nih.. Ros rasa tahun ni xpuas mkn ketupat la..hahha

are_lin@yu said...

walaupun letih bla dapat kumpul sekali ltih pun ilang kan

Eye_nee said...

Masa kunjungan sahabat handai rakan taulan tidak terasa penat...bila semua tetamu dah pulang...tumit sakit lah kaki kejang lah...tp itu lah Raya kan kakzakie..tetamu wajib dilayan dgn selesa sekali...

Qhaifa Nur said...

thn ni buat ketupat juga tapi terkeras pula tensionnya rasa...

bila rumah kita jadi tumpuan memang macam tuh Kakzakie nak rehat kejap tak ada masa...senang masak banyak2....

azi said...

Kakak..
kita rasa gembirakan kalau terima tetamu....tambah seronok kalau apa yang kita masak habis dimakan..:)

eija_sweetmama said...

Letih tp bila tgk tetamu/ kaum keluarga yg ramai dtg rasa srnok kan kak..

amirah said...

penat tp seronok jugak kak sebab setahun sekali baru dpt jumpa

BERT said...

wahh crta ry lg.. mmg syok ry beramai2 ni.. walo pnt msak2 kn hehe.. kak sy suke kucing... hihi

Unknown said...

best tengok orang jawa bercakap kak.. saya tak reti walau pun ayah saya jawa..hehe..

saya takut dengan kucing..hehe..

Dkna Abza said...

meriahnya beraya ramai2 kan :)

dwatyKNY said...

orang jawa rupanya... nampak meriah...

LiYa HaNiF :: said...

meriahnya... ^_~

cheqna said...

sib baik ada pembantu..=)

Tie HT said...

ala siannye kucing kena kurung kak...dah lama saya tak makan ketupat daun tu,...bese makan dalam plastik je :)

aanie said...

luputku kak....

bila tetamu xputus2, air la yg biasa cpt habis....

mama ju said...

Salam sejahtera KZ
Syukur hari raya dpt bersama2 keluarga. samalah kita raya memang rumah mak ramai yg dtg.
Ketupat tu cantiknya,kami buat kdg jarang2!Sebenarnya rumah mama biasa2 je, rumah kembar,maaflah kalau nampak lebih2 pulak.

Aien Not Alien said...

dapat rasakan sibuknya akak melayan tetamu macam mana...rumah ibu yg jadi tumpuan tetamu memang kena masak banyak2 sekaligus, senang tetamu datang berhidang je...hehe

kurus said...

oh org jawa cakap macam tuu ye akk .. hurmmm saya nie ada sikit lahh
cuma sampai skrg x pandai
ada juga dgr2 org cakap .. x berani nak sampuk sbb x paham ekeke ;)

Qaseh Suhaida said...

mmg seronok kalo berkumpul ramai2 meriah sgt2

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

untung nyer ada anak dara boleh gak tolong2 kat dapur.

Jahirah said...

teringat arwah tok ayah rajin bercerita dulu,cerita hikayat, cerita para nabi,cerita pasal zaman jepun dan mcm2 lagilah.
mmg xmenang tangan la kan melayan tetamu yg ramai kalau umah kampung...

Anonymous said...

tapi seronokkan raya2 kalau ramai tetamu berkunjung ni kak!

Sufia Mahzan said...

2 Syawal lepas pegi beraya ke rumah saudara di JB. Ade terfikir nak ke rumah Kak Zakie tapi tak terfikir lbh awal nak tanya. Lagipun suami kata 2 Syawal masih terlalu awal utk tetamu dtg. Org lbh mahu pegi ke rumah saudara..hehe.

Unknown said...

salam ziarah dan persahabatan dari saya..

Masya said...

bile ramai tetamu kucing haruslah dikurung jgn ganggu org... cian dia.... blk kg mmg ramailah yg dtgkan.. dapur mestilah sentiasa berasap kalau x makanna x berhidang

Kazman / Sue said...

rumah belah suami kat batu pahat pun meriah dengan akticviti marhabannya... kat johor memang sinonim dengan marhaban senjak dulu2x lagi...

Izwa Kamaruddin said...

best kan...

Anonymous said...

best tu dpt ketupat :)

Unknown said...

rasa mcm dah lama x mkn ketupat.. nk anyam ketupat pun x pandai kak.. sya pandai buat lontong aje.. :)

HeNRieTTa JoSe said...

Sronoknye......meriah...sama macam umah mak rietta....tetamu berkunjung xputus....

Psss....moga bapak akk cpat smbuh......

Kayu Manis said...

kak sama dgn saya,geli juga dgn kucing...sedap ketupat..

Suraya Baharun said...

dah lama tak makan ketupat nasi..skang makan nasi impit je...sedap nye..

ckLah @xiiinam said...

Siapalah tukang panjat pokok kelapa ambik daun ketupat tu kakak? Hehe

emarieys said...

meriah beraya di kampung bapak akak yer..

KakNi said...

Letih tapi seronok tak kakzakie? saya selalu samakan hari raya ni macam kita pegi trekking naik gunung. bila dah penat tgh mendaki tu mesti dok menyesal tak abis sbb gatal sgt mendaki gunung tp bila dah selesai semuanya rasa seronok dan puas sgt.

haryati said...

alhamdulillah masih meriah lagi ye raya wlaupun dh lepas 15hari raya...

zila norazila said...

salam syg kak zakie..dah 2 kali kesini..masa kt opis pic raya tu dia x nk timbul hehehee ..net slow..memalm bru leh dtg ,,teringat2 pulak kita kt kg aritu..he hehe rindu kt ketupat tu kak..bestnya beraya kt kg kan..

Zaitun said...

Itulah kelebihan beraya dirumah ibubapa ramai sanak saudara akan berkunjung.Penat tapi seronok dapat berjumpa dengan saudara mara dan kenalan.

Anonymous said...

salam,

raya sebulan

KLIK model sambilan mohon maaf pijak potret Najib

Kakzakie Purvit said...

Begitulah Hari Raya yg kakak lalui di kampung. Bapak dah tua anak-cucu-saudara-mara ramai kitalah yg kena melayan.

Terima kasih diucapkan pada semua yg memberi komen: -

Pokok Manggis DR, Acik Erna, ros_reeza,IntaNBerlian, Myra Jay, azatiesayang, Ros, are_linayu, Eye_nee, Qhaifa Nur, azi, Sweeetmama@Eija, amirah, Bert, Rai, Dkna Abza, dwaty, Liya Hanif, cheqna, Tihara, aanie, Mama ju, Aien Alien, ieda, Qaseh Suhada, Be Simple Beb, Aishah Jahirah, Kesuma Angsana, Sufia Mahzan (Raya ke dua pagi kakak dah bertolak dari B.Pahat ke Pontian), Kisah Hidupku, Masya, Kazman?sue, Mrs Eady, Repunzeeel Cikilolo, Queen Teratai, Henrietta Jose, Knor, Suraya Baharun, ckLah@xiinam (belakang rumah bapak banyak pokok kelapa jenis rendah cikgu), MamaEma, KakNi, Haryati Faizal, zila norazila (dia malu nak timbul masa kat ofis zila hihi...) dan Zaitun.

Buat semua sekali terima kasih sekali lagi.

Kakzakie Purvit said...

@ merahandbiru: Terima kasih juga sudi jejak ke sini

aizamia3 said...

seronok bila dapat beraya di kampung.. ;)

psstt: kalau dekat ai hantar dak Nuha kat akak mintak jaga.. ;)

duniaanita74.blogspot.com said...

meriahnya kak ...

kasihibu said...

dekat kampung sya tak ada dah orang buat marhaban dan takbir dari rumah ke rumah tu, alangkah ruginya hilang tradisi tu, sbb kebanyakan generasi pertama di kg sya dah pergi di jemput Ilahi

ct rahani said...

sama la kak klu kt umah mertua sy.. orang jawakan.. raya memang x memang tangan nak masak.. tp sonokkan.. setahun sekali je dpt rasai.. :)

Kasih Salina said...

untung akak ada ramai tetamu datang berkunjung..time raya memang letih & mengantuk awal..penat sungguh melayan tetamu..janji happy kan kak..

NURAZZAH8 said...

Salam KakZakie,

kampung akak di Pontian kat mana kak?

Kampung saya di Rimba Terjun...

Kakzakie Purvit said...

Terima kasih juga: -

aizamia3 (kalau kakak dapat Nuha tu terus tak pulang hihi...), anitadiana, kasihibu (tempat kakak yg buat tu pun org muda-muda sya), ct rahani (org jawa kuat makan agaknay ye ct hihi...), Kasih Salina (tapi penatnya Sali maysa-allah...) dan NurAzah (kakak tinggal di kg Baru berdepan dgn Kukup Golf Resort tu Azzah).

Terima kasih sekali lagi:)