Rezeki jangan di tolak dan jemputan kena penuhi andai ada kelapangan. Jadi bagi memenuhi jemputan teman sesama aliran hari ini aku meriahkan bulan kemerdekaan dengan GA teman kita Mama kaOri. Jika mahu melihat syarat penuhnya sila lihat di SINI.
Salah satu syarat - Banner ini kenalah ada. Buah hati pengarang jantung tuan penganjur dengan gayanya |
Candid - Adik dengan Kak Meen. Adik sayang bendera dah tersenget bila Kak Meen mahu mengambil sebahagian pizza. |
Posing - Adik dengan Kak Reen. Sementera Kak Reen cuti malam tadi kami makan di sini. |
Rata-rata kita semua lahir setelah lama Malaysia merdeka. Kebanyakan kita juga tidak pernah mengenal erti susah payah pejuang dulu memperjuangkan tanahair untuk membebaskan tanah air dari belenggu penjajah. Oleh itu bersama kita baja cinta yang telah 57 tahun diujudkan buat Malaysia. Sungguh benar di sini lahirnya sebuah cinta. Sebagai memenuhi undangan tidak ada gambar lebih istimewa dari ini.Anak-anak sudah remaja minta bergambar yang lain dari lain mestilah malu. Mama/papa sudah lanjut usia lagilah tidak larat mahu memberikan pose istimewa. Kebetulan kami makan malam tadi di luar ada bendera terus teringat bolehlah jadikan GA anjuran Mama kaOri. Kepada semua teman amat dialu-alukan untuk turut serta. Sila klik di SINI.
~~ Selamat menyambut hari kemerdekaan. Di sini lahirnya sebuah cinta!~~
* satu syarat tidak dpt dipenuhi "like" page FB Rai sebab tidak ada a/c FB (jadi ini sekadar memenuhi undangan)