Monday, August 18, 2014

Berkongsi kesyukuran bersama keluarga di Gaza

Alhamdulillah selamat sudah anak buah kami menjadi seorang suami kepada seorang hamba Allah pilihan hati dan restu seluruh keluarga kami. Majlis akad nikah berlangsung pada hari Jumaat 15-08-2014 dihadiri sanak keluarga dan jiran-tetangga. Manakala majlis recepsinya berlangsung pada keesokkan harinya Sabtu, 16-08-2014.
15-08-2014 - Selesai akad nikah, majlis taklik keluarga Sakinah dan solat sunat nikah berlangsunglah seperti gambar di atas. Syukur Safuah kini menjadi suri Ahmad Danial anak buah kami dan secara langsung ahli dalam keluarga kami.
16-08-2014 - Menuju ke majlis recepsi. Kami semua berkumpul di hadapan gerbang masuk ke taman perumahan pengantin perempuan di sini sebelum sebanyak 10 buah kereta mengiringinya.
Mummy/Daddy - Anak yang diraikan ceria tidak ada rasa apa-apa tetapi mummy/daddy pengantin lelaki yang sibuk. Tiba di sini baru kakak kami sibuk membetulkan kain sampin suami dan anak lelakinya.
Bersanding - Sebenarnya majils persandingan ini hanya untuk keluarga. Tidak ada kompang-kompang atau tetamu yang masuk ke dalam rumah untuk menyaksikan semua ini selain keluarga kami dan keluarga pengantin perempuan sahaja.
Sekeluarga - Inilah kelaurga kakak kami dengan ahli baru menjadikan kini sudah jadi enam. Insya-Allah murah rezeki moga Allah kurniakan lagi putera-puteri penyeri dalam keluarga. Amin...
Sebahagian hidangan - Selain hidangan ini kami juga dijamu dengan keropok lekor, soto, makanan barat, makanan ala timur-tengah dan sudut buah-buahan dan kesukaan kanak-kanak. Minuman berbagai disediakan seperti air sejuk, panas, cendol dan sebagainya.
Mak Long - Inilah satu-satunya warga emas dalam keluarga kami. Sama usia dengan allahyarhamah MIL aku. Kami sayang dia seperti ibu kami sendiri.
Apa yang membuat aku kagum, majlis tidak ada sebarang lagu-lagu sebaliknya didendangkan dengan ceramah agama. Kedatangan pengantin lelaki tidak ada paluan kompang sebaliknya diiringi dengan selawat dan salam ke atas junjungan rasulullah sehingga duduk di atas pelamin. Tidak ada tetamu pun yang masuk melihat majlis persandingan selain kami dan keluarga mereka. Tambah membuat aku kagum bila setiap sudut terletak tabung duit untuk Gaza. Setiap tetamu yang bersalam (adat di Johor) tetamu bersalam memberi sumbangan duit. Tetapi aku lihat setiap duit yang diterimanya dimasukkan ke dalam tabung Gaza tersebut. Khemah antara tetamu lelaki dan perempuan juga diasingkan walau untuk yang berkeluarga tidaklah pula ada halangan. Kami tahu sesungguhnya kewangan mereka yang kukuh itulah membuat mereka mampu membuat sistem terbaik buat tetamu. Hidangan tip-top ala-ala hotel. Tetapi cara hidupnya yang tawadhuk membuat aku terpana. "Tidak ramai yang mampu berbuat seperti ini" itu kata hubby padaku.

~~ Aku merenung dalam diri sebalik balik dari majlis seperti ini. ~~



55 comments:

asyifamustaffa said...

Allahuakbar kak....bertuah rasa sape yg dtg ke majlis yg baik begini...tak ramai mungkin ada ciri2 kenduri mcm ni.. 1 dlm 1000 agaknya....moga pekahwinan itu diberkati selamnya.....insyallah...

dhiera zainudin said...

Barakallah buat pasangan pengantin. Semoga perkahwinan mereka sentiasa diberkati Allah swt

Zaitun said...

Kalau boleh inilah cara yang kita buat contoh, lebih diberkati.
Semoga kedua mempelai berbahagia hingga ke jannah.

lia said...

pengantin sama cocok... sama sepadan...

Nieyla Nadia said...

Alhamdulillah...semoga berbahagia..
tapi skrg mmg trend jugak.. da xde alunan kompang...ada selawat.. :)

Yana Shaiful said...

Alhamdulillah..moga pasangan pengantin diberkati Allah SWT.. ^__^

cahayahidupku.blogspot.my said...

Keberkatan dan keredhaan yg dicari.. jadi semampu mungkin mereka mengadakan majlis mengikut hukum syarak.. alhamdulillah..
Saya juga pernah menghadiri kenduri kahwin yg diasingkan tempat duduk makan lelaki dan perempuan.. dikhemah telah di tulis.. tempat muslimin dan muslimah.. jadi saya suami isteri berpisah meja makan.. kena hormat majlis orang kan kakzakie..

Sura Mohd said...

Pastinya diberkati dengan majlis yg sebegini..semoga pasangan pengantin berbahgia selamanya..:)

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah. Bagusnya. Khemah lelaki dan perempuan diasingkan.

Selamat pengantin baru buat mereka.

Eye_nee said...

Alhamdulillah....majlis yg sedaya upaya dilakukan berlandaskan Islam...

Acik Erna said...

Syukur Alhamdulllah..semoga mendapat keberkatan kedua pmempelai
selamat pengantin baru

paridah said...

tahniah...selamat pengantin baru kpd mempelai...majlisnya nmpak bgitu sempurna n patut dicontohi jikalau mampu.

@na said...

In Sha Allah...moga majlis walimah ini mendapat barakah...dunia dan akhirat...

Muja.. said...

Assalam kak Zaki,

Majlis mcm ni lagi mendapat barakohnya.. sangat rare dizaman sekarang..

Wlpn banyak pasangan yg di alukan dgn lagu perkahwinan tapi sekurangnya edak adala sesi berkarokk yg menyakitkan telinga..

Kalo dikampung saya, memang khemah lelaki & wanita diasing2kan..

Adat berkompang masih ada, itu pun bg mereka yg mampu.. Skrg ni semuanya sudah naik harga.. :)

sud@is said...

Pada ibu bapa yang bakal melangsungkan perkahwinan anak2 boleh buat contoh spt majlis diatas..moga mendapat barokah dan rahmahNYA

Jari Manis said...

Saya setuju kak Zakie..sekrang ni amat sedikit org nak buat majis sebegini..mesti ada tepung tawar bagai..pastu lagu2 menusuk kalbu..sebenarnya itu semua tidak mengikut sunnah...semoga kedua mempelai bahagia hingga ke jannah dan dpt harungi alam rumah tanggah dgn penuh sabar

Kayu Manis said...

meriah dn cantik baju mak pengantin tu..

Unknown said...

semoga Allah memberkati kedua mempelai ini..

Fazleyatul Aini said...

kak zakie, macam mana ya dia aturkan yang family je boleh masuk tengok bersanding. Biasanya kita tengok, orang bersanding je, punya ramai yang nak tengok pengantin kan. Tak kan kita tuan umah nak cakap, "tak boleh tengok ye, keluarga sahaja". nanti orang ckp apa pulak kan

boleh advise ? hihi

Shahrul Yusof said...

Sudah sampai waktunya kita bersederhana dalam majlis perkahwinan. Berhabis berpuluh ribu untuk satu majlis kahwin sebenarnya lebih kepada pembaziran sebenarnya.

Blog Santai said...

Alhamdfulillah...semoga majlis diberkati Allah KZ...

Rinna said...

Alhamdullillah moga pasangan ini diberkati dan bahagia hingga ke jannah..

mama maman aka yana said...

Alhamdlillah... semoga berkekalan hingga ke jannah.. :)

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

salam kak zaki...selamat hari raya untuk akak sekeluarga,,
bersederhana...tapi penuh makna kak..moga kedua-dua mempelai bahagia hingga kesyurga...

Tie HT said...

semuga pengantin dan keluarga diberkati Allah hendaknya :)

Dkna Abza said...

tahniah tuk pengantin..semoga kekal bahagia hingga akhir hayat..aminn

Hudalatip said...

Alhamdulillah, bagusnya keluarganya menyumbangkan untuk tabung gaza..Memang betul kata hubby akak tu, kat muar kan majlis ni kak..

sitirohaida said...

alhamdulillah kak....selamat pengantin baru kepada pengantin tu ye..

saniahibrahim said...

alhamdulilah bertambah lagi ahli keluarga kakzakie ya....
indahnya suasana jamuan pengantin seperti itu ...
tapi skg kebnykn mesti nk adakn karaoke atau pelbagai hiburan.

Mummydearie said...

Bagusnya buat majlis begini. Kak, masa mereka bersanding tu tetamu ada je tidak? Atau mereka bersanding selepas jemputan dah pulang dan tinggal kaum keluarga je?

ANIM said...

mudah-mudahan keberkahan majlis berpanjangan...
hebatnya keluarga ni, kakzakie...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Bagus buat majlis sebegini untuk saudara SeIslam kita di bumi Gaza juga.

Unknown said...

Assalamualaikum kak..
slmt hari raya...
selamat pengantin baru pada mempelai yg di raikan mg berkekalan jodoh mereka... bertambah berkat dengan majlis yg sesempurna itu..amin

Dr K said...

Inilah majlis perkahwinan yg sebaiknya..saya doakan jodoh Safuah & Ahmad Danial kekal bahagia hingga ke syurga, Insya Allah

Bunda_nora said...

Alhamdulillah ...semoga bertambah murah rezeki keluarga ni...

Unknown said...

Salam Kakak..
betol tuh kakak.. x semua orang sanggup buat majlis macam nih. hanya orang2 terpilih sahaja.. Semoga Allah memberkati majlis ini.. Amin~

kakrose said...

bagusnya..muga pasangan bahagia hingga ke jannah dan keluarga bertambah rezekinya..

Unknown said...

alhamdulillah.. tahniah pada pasangan.. dalam kita meraikan hari bahagia bagus kalau elakkan dari buat perkara yang menjadikan orang lalai kan..

babYpose said...

alhamdulillah penuh kesyukuran dan ingatan serta doa, tindakkan tu memang tak mudah, tetapi berlaku dan àlami sendiri oleh kak zakie. cantik pic yang pertama tu

Nastyna said...

Allhamdulillah, tahniah terima ahli keliuarga terbaru kak, ishh saya pun kagum la cara majlis ni dibuat, may Allah bless them.

Nastyna said...

Allhamdulillah, tahniah terima ahli keliuarga terbaru kak, ishh saya pun kagum la cara majlis ni dibuat, may Allah bless them.

Azian Elias said...

MASYALLAH.. sesuatu yg sangat baik utk dicontohi..ALHAMDULILAH adik beradik saya memang tak bersanding walau pun ada pelamin.. khas utk kami sekeluarga.. tak ada tepung tawar, tak ada majlis berinai.. yang ada cuma majlis ceramah agama waktu malam.. tapi org kampung pada mula nya memang kutuk gila.. tak abah tetap dgn pendiriannya.. ALHAMDULILAH sampai sekarang kami turuti..

PeRdU cINta said...

Tahniah kak dapat anak saudara baru..moga menjadi contoh pada yang lain..istiqhomah dalam berbuat kebaikkan,, insyaallah..amin,.

Kakzakie Purvit said...

Terima kasih semua yg sudi menitipkan komen. Walaupun kagum dgn cara mereka tetapi sungguh buat keluarga kakak masih belum mampu berbuat demikian. Tak tahulah bila tiba masa anak kakak kelak hihi... - berangan dulu mana tahu masa anak kakak akan dtg cara ini yg dia mahu:)

Buat semua terima kasih sekali lagi.

Nor Azimah Ali said...

Alhamdulillah in shaa Allah, berkat majlisnya, tidak ramai orang yang memahami pentingnya menjaga syariat, demi kelansungan hidup pasangan pengantin yg masih panjang..

BinMuhammad said...

Mungkin ini adalah majlis yang akak boleh jadikan contoh bila dapat menantu nanti...
Dah tak lama dah tu :)

Falsya said...

tahniah buah anak buah kakak..alhamdulillah..falsya cukup teruja plus kagum ngan cara persandingan anak buah kakak..rasenye nie baru first time falsya baca weding yg sebegini..semoga perkahwinan mereka diberkati Allah dan smeoga kekal hingga ke jannah..amin2..

Masya said...

tahniah bertambah anak buah ... sejak akhir² ramai jgk buat majlis kenduri dah xde dendangkan lagu... cd ceramah²... rasa menghiburkan jugak.. janji tdk sunyi majlis... mmg x semua org mampu buatkan..

memmetlenggeng said...

semoga berbahagia sang pengantin di dunia dan akhirat

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



aizamia3 said...

Tahniah buat pasangan pengantin.. moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Saya pernah sekali menghadiri majlis resepsi begini.. tempat makan diasingkan antara lelaki dan perempuan di Perak.

OKje said...

Tahniah buat pengantin dan keluarganya.... Majlis yang berkat insyaallah akan berkatlah perkahwinan mereka hingga ke akhirnya.... Betul kanda, bila ada kemampuan ditambah pulak dengan sifat tawadhuk maka lahirlah majlis yang macam tu....kat mana ni kanda?

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...tahniah buat anak buah akak n selamat pengantin baru..:)

ellynadyra said...

alhamdulillah
cara yang akak baik utk kita tiru
tahniah utk pengantin semoga kekal sampai ke jannah

nOe suhaimi said...

bagus buat majlis macam ni...tahniah buat pengantin dan keluarga pengantin...semoga mereka kekal bahagia