Thursday, August 7, 2014

Hargai kasih sayang sesama umat

Kasih dan sayang perlu dibaja dan dihargai. Kepada yang sudah tiada di dunia dititipkan doa. Kepada yang masih hidup jangan dilupa untuk diziarahi. Moga dengan ini tidak akan ada penyesalan di kemudian hari. Berikan kasih dan sayang tanpa berbelah bahagi mengharap ianya menjadi contoh dan teladan buat anak-anak. Kalau sebelah sana dikunjungi, di sebelah sini kena juga jangan dilupa.

Hari Raya ke 2 - Kami sudah berada di rumah bapak/atok anak-anak aku. Boleh pula bekas kuih atok sama dengan warna baju kami. Malu hihi....
Terminal Bas Larkin - Masuk hari berikutnya kami sudah balik semula ke JB. Malam pula menghantar Kak Reen ke sini untuk balik. Walau jam sudah menganjak ke pukul 12 malam tapi di sini umat manusia masih ramai lagi. Bau asap rokok yang kuat buat kami bagaikan hendak pengsan!
Meneruskan cita-cita - Kali pertama beraya sekejap saja dengan keluarga. Moga Kak Reen lebih tabah dari mama.
Duit Raya - Walau anak-anak tidak bertandang dari satu rumah ke satu rumah tapi duit raya dari ahli sanak saudara sendiri sudah memadai. Ini sebahagian yang masih duduk di dalam sampul dan yang pasti akan masuk ke dalam tabung.
 
Bersempena Hari Raya ini ambillah peluang menambah-eratkan kasih-sayang sesama umat kurniaan Allah yang sangat istimewa. Allah berfirman: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kalian dari seorang laki-laki dan perempuan, dan menjadikan kalian berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kalian saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa.” (Al Hujurat: 13).

~~ Beruntung mereka yang mampu menjalinkan hubungan sesama umat di Hari Raya  ini tapi jangan pula sampai membazir makanan yang dihidang.~~

62 comments:

Aisy Nasiha said...

Lama tak jenguk sini, selamat hari raya buat Kak Zakie dan keluarga.. seronok beraya nampaknya tu. alhamdulillah kan, tempat kita masih dirahmati untuk membolehkan kita ada pengalaman manis macam ni sekali lagi...

asyifa mustaffa said...

Peringatan yg sngt baik...:)
Kunjung mengunjung...ziarah menziarahi...kan amalan yg baik..moga kita semua dilimpahi nikmat berkasih sayang....insyallah...

Nor Azimah said...

tunggu sabtu ahad baru sempat kunjung mengunjung, minggu kerja tak sempat, malam pun dah penat, lagipun bimbang yang dikunjungi pun tak menerima kita dengan ikhlas bila nak datang memalam, so tunggu hari minggu je

Mimie_Zatun said...

Selamat hari raya kakzakie..

Kisah Si Dairy said...

itu yang sebaik nya kan kak...bila la dapat jumpa akak...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

macam berjanji pulak atuk.. bekas kuih raya sedondon baju family Kakzakie.. hihi.. tapi kalu sy tak perasan kot atau sy anggap memang sengaja ambil tema kaler tu :))))

Petak Bunga said...

sedara mara bg duit lebih sikit.. kalau yg x kenl duit pun kecil je..hi

Sura Mohd said...

betul kak..belah sana atau sini jangan dilupa..sura baru teringat nak berkunjung kerumah sepupu nak menjenguk makcik yg dah uzur..tp tak tau bila berkesempatan..tunggu hari minggu jelah..
harap Kak Reen tabah..mujur jugak dapat raya sekejap ..semoga Kak Reen dipermudahkan segalanya dlm usaha mengejar cita-cita..

Fiza Rahman said...

Mekasih atas perkongsian dan peringatan kak.

Eda Ejai said...

dah lame tak naik bas.. huuhu..

Santri TPINI said...

tahun ni saya raya di ampang... orang balik kampung tapi saya balik KL... tak jem hihihi

Fazleyatul Aini said...

banyak dapat duit raya tu
saya 1 pun tak dapat. dah keje katanya hoho

@na said...

salam kakzakie;
kasih sayang boleh dikatakan merupakan ubat segala penyakit...
bayangkan kalau semua hidup penuh dengan rasa kasih sesama kita peperangan mungkin tidak berlaku...dan manusia bebas dari ancaman kezaliman...
sedih kenangkan saudara2 kita di gaza kan kakzakie
wallahuallam

Sal Bee Yah said...

tabah ye kak reen, sy pun pernah mengalaminya..huhu

Mila@Rimbun said...

banyak adik dapat duit raya yer... lepas ni boleh masuk akaun bank dah.

babYpose said...

betul kak zakie, saya cuba jugak tapi sedara sibuk..heee.. wah ceria keluarga kak zakie merah berseri.. happy anak anak dengan atok mereka. InshaAllah kak zakie sama2:kita mengeratkan silaturahim.

mama ka0ri said...

itu la kan..kedua2 belah kena pegi ziarah..walaupon kami balik raya ke trg..raya di kedah belah en hubby tetap kena ziarah jugak..

Knor said...

Beruntung semuanya nikmat mna nk kita nafikan ye kak..

saniah ibrahim said...

biasalah kakzakie warna yg sama camtu...kalau sma dgn langsir lagi parah...hihiii
cepatnya anak kakzakie kembali ke u...

Zee Suhaini said...

kak reen dah pandai berdikari kak..
mama kena kuat skit..
angpow bebudak dah selamat masuk bank..ngan zee tak boleh lelama takut terguna..
pepon pink kaler tu menawan kalbu kak..tingin ni..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Terima kasih atas nasihat ini kakak.

Zaza Abdul Latif said...

Assalam Kak Zakie..
Alhamdulillah tahun ni kita dapat menyambut raya dgn aman damai.. :))
SELAMAT HARI RAYA KAKAK & KELUARGA :)

Rizziela said...

Duit raya anak dah selamat masuk ASB dah :D

idzwa kamaruddin said...

nikmat pertalian kasih sayang lebih berharga kan kak :)

lieyalatif said...

wow kak byknye balang kuih raye atas meja...bersusun haaa...mesti kuih raye anak2 bawak balik kan kak.... bawak sorang sikit bile kumpul byk jadinyer heheeheh....

cantik pic family akak...nampak ceria semua....

Falsya said...

Falsya xsmpt lg nak ziarah menziarah kakak..weekend nie baru start nak gie..hehe

paridah said...

DUIT RAYA PEMBERIAN TANDA IKHLAS N KASIH SAYANG KITA TERHADAP YANG LAIN...SELALU RASA TERKILAN KALAU XDPT MEMBERI SEDIKIT..

Bin Muhammad said...

Haha...mesti xnak duduk lama2 kat meja kuh raya tu...kan.
Hari Raya masa utk bergembira tapi tiba masanya...berpisah juga dan sedih melanda. Namun akan tiba juga masa ketemu semula... Macam akak jer yg terlebih sedih ni... :)

amirah said...

alaaaa sedihhh..nape kak reen raya sekejap je kak? rasa mcm tahun ni majoriti beraya seminggu jugak...tapi takpela, demi perjuangan kan..biiznillah..

Nurulhuda Abdul Latip said...

Kak Reen cuti raya sampai raya ketiga je ke? Ohhhh teringat momen saya dulu raya dengan family sampai raya ketiga je tak puas betul...

Muja.. said...

Selamat Hari Raya Kak..

Biasa kak bagi student kalo time raya kena blk awal.. Syukur jugak dapat meraikan hingga hari ke 3 cuma penatlakan..

Noura Qifays said...

Time raya nie laaaa kte eratkan kasih sayang sesama family...kann kakk :)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Walaupun berkunjung dapat dilakukan setahun sekali itu sudah memadai mengeratkan siratulrahim kan kakzakie..

Banyak adik dapat duit raya tu.. sama dengan anak2 saya kakzakie.. dapat duit raya dari saudara mara ajer..

nohas said...

Bersilaturahim meraikan hari kemenangan..semoga amalan ziarah menziarahi berkekalan dari generasi ke generasi...

aTieYusof Family said...

Salam Syawal kak.. Minta Maaf zahir & batin.. memang menjadi tradisi utk saling mengunjungi di hari raya..eratkan silaturrahim... wah! banyak duit raya anak2...:)

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie....betul tu setahun sekali mengunjung sesama saudara memang elok dilakukan...mengeratkan silatularahim antara kita...:)

sud@is said...

Berkunjung berkenalan yang penting bermaafan sesama keluarga dan saudara mara...

Acik Erna said...

untuk balik ketempat belajar hero bongsu acik hantar kakzakie..nak bawa kuih raya katanya..nak naik bas susah nak bawak banyak katanya..

Mummydearie said...

Tak sabar nak tunggu hujung minggu ni nak menziarahi sanak saudara yang ada sekitar Kuala Lumpur. Dahlah balik awal dari BP, dapat beraya ke 2-3 rumah saudara je di sana.

Mia Kassim said...

Ambik peluang ni untuk mengeratkan tali silaturahim kan kak .... seronok bila dapat berjumpa dengan sanak saudara yg jarang2 bertemu.... :)

Angah said...

kebanyakan orang beraya secara sederhana tahun ni...tapi ukhuwah sesama keluarga tetap diertkan dengan kunjung berkunjung...

ummiross said...

keseronokan hari raya bila dapat bertemu sanak-saudara atau sahabat handai, menjalin ukhwah yang kadang2 terputus dek kesibukan masing-masing.

huhu..kenapa tutup muka dengan bunga tu Kak zakie, teringin nak tengok wajah Kak zakie.

fazilzura said...

btl2 ... sokonggggggggggg

Azian Elias said...

salam kak.. selamat hari raya.. ari tu p ke Jpo ingat nak singgah.. tapi sibuk sangat sampai terlupa. lain kali lah yee.. heee..

RDZ Z said...

Kita ziarah kat Blog pun kira bersilaturahim kan KZ...

hainom OKje said...

Raya ke dua dah balik rumah bapak yeh Kanda....Cantik rumah bapak....bekas kuih pun warna org muda hehe...

Berapa hari je Kak Reen cuti Kanda...

Ema Johari said...

betul tu kak, selalunya masa rayalah kita bawa anak-anak kenal dengan saudara mara mereka. mom ema selalu pesan,kalau anak diorang tak datang beraya rumah kita, janganlah kita ikut sama tak pergi..kita pergi jer.. nanti anak-anak pun tak kenal siapa atok atau mak pak sedara mereka.

Daddy Ziyyad said...

bila dah mula duduk asrama macam Kak Reen, sebenarnya itu permulaan utk mula " tak dapat raya lama lama dgn family"...Macam saya...masuk asrama, lepas tu ke universiti...lepas tu start keja..lepas tu kahwin...

memmet lenggeng said...

seronok kan kak, beraya dengan keluarga..hargailah detik indah tu

memmet lenggeng said...

seronok kan kak, beraya dengan keluarga..hargailah detik indah tu

kakyon said...

Detik indah tidak selalu terjadikan..bila berlaku akan menjadi kenangan terindah buat kita..

abuikhwan said...

Assalamualaikum warahmatullah...selamat hari raya
pertama kali singgah di sini

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Alamak.macamni boleh sama dgn bekas kuih raya tue.. tak kisah la akak.. jnji dpt berkumpul dgn family kan.. =D

Scha Nazri said...

Selamat hari raya kak zakie. Meriah raya kak zakie :)

QasehnyaRania said...

salam jumaat.betul tu kakak.

terminal larkin mmg sesak time perayaan ceng gini . mmg x tahan kan bau asap rokok. huhu

Myra Jay said...

Alhamdulillah, tetap meriah dengan duit raya, kan :D

NEKCIK said...

betul kakzakie..hari raya jerlah yang beria ia mncari rumah saudara mara..tambah tambah lagi menziarahi kaum kluarga yang lanjut usia...ceria benar mereka mnerima kunjungan dari anak cucu

Mimi Azirah said...

wah meriah..time raya la de ziarah menziarahi

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Sehati sejiwa dengan bekas kuih nampaknye..
Banyak betul sampul duit raya.
Berapa duitnya? Hehe..

nOe suhaimi said...

terima kasih atas peringatan kak zakie...kita bertanggungjawab membawa anak2 mengunjungi saudara mara...supaya tidak terputus hubungan jika kita sudah tiada dan supaya mereka tahu saudara mara mereka...

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam k.zakie..
tahun ni cma beraya di kl je..tak balik kampung.. tp ade juga ikut mak g beraye ke rawang & banting.. anak2 lah seronok dpt beraya..

alhamdulillah..teirma kasih atas peringatan dan perkongsian

Masya said...

alhamdulillah x keluar beraya pun masih ada rezeki duit raya .. oklah tu...