Friday, August 29, 2014

Bila kompang dipalu di hari Jumaat

Sebelum 2014 majlis meraikan pengantin di Johor biasanya dan kebanyakkannya diadakan pada hari Sabtu atau Ahad. Tetapi semenjak hari cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu ramai yang menggantikan hari meraikan majlis juga bertukar ke hari tersebut. 

Kejadian baru-baru ini membuatkan ramai yang tersentak. Sedang para jemaah di masjid mendirikan solat Jumaat kedengaran pula paluan kompang mengarak pengantin lelaki menuju ke singgahsana. Kesemua yang memalu kompang adalah kaum lelaki. Pengantin yang dikompang juga lelaki. Memandangkan kedudukan rumah yang berdekatan dengan masjid, mereka yang sedang bersolat Jumaat dapat menangkap dengan jelas di gegendang telinga mereka paluan kompang sewaktu jemaah bersolat. Itu tidak termasuk lagi sistem karaoke yang berkumandang bagi memeriahkan majlis pengantin yang diraikan.

Selepas majlis berlangsung terdengar desas-desus umpatan di sana-sini. Bahkan di dalam masjid juga dijadikan isu untuk berseloroh. Ada yang malu, ada pula yang rasa tersindir, ada juga yang marah dan bermacam lagi ekoran dari kejadian tersebut. Jadikan iktibar moga mencari jalan terbaik bagi mengelakkan suasana orang mengumpat dan diri juga menjadi bahan umpatan. Akibat dari kejadian tersebut mengundang dosa ramai. Renungkan bersama.

~~ Masyarakat hendaklah dihormati tetapi agama perlu dijunjung tinggi.~~


40 comments:

asyifamustaffa said...

X tau nk ckap apa bila jumpa org2 yg suka2 meringankan perkara yg wajib.....solat kan wajib...malu...):

cahayahidupku.blogspot.my said...

Hari sabtu pun cuti juga kan Kakzakie.. kenapa tak dibuat hari Sabtu jer.. betul tu kakzakie.. mengundang umpatan dari jiran-jiran kan.. kena ambil pengajaran ni..

Sura Mohd said...

Sepatutnya pihak pengantin peka dan ambil tahu benda2 camni..boleh plan dengan baik..memang malu kalau terjadi benda camni..orang kat masjid bersolat kita sebuk berkompang..bukan tak boleh buat hari Jumaat..cuma kena pandai..ejas time tu..solat Jumaat wajib bagi lelaki..:)

memmetlenggeng said...

Atagfirullahhalazzim..Kita pun bukan cerdik agama sangat, tapi kenalah sensitif dan tahu juga hukum hakam sikit...Kalau boleh janganlah buat aktiviti pada masuk waktu sembahyang

Sarah Talib said...

kedah pun cuti jumaat dn sabtu...kenduri hari jumaat jarang org buat dah kat sini melainkan buat sebelah malam...susah org nk buat keja.

sitirohaida said...

memang tak patut ler buat jumaat...at least buatlah sabtu...tak pernah lagi attend atau terima jemputan hari jumaat kak..

Yana Shaiful said...

Kat Kelantan tak pnh pulak jd mcm tu..mmg dh biasa kenduri kawin ari Jumaat..yana sndiri kawin ari Jumaat hihii..kna pndai ejas time..yg wajib perlu didahulu kan..kita kawin nk dpt keberkatan..

zmarl (ibu) said...

boleh pulak macamtu yer kak..
dah sah2 hari jumaat, kena plak waktu solat jumaat..aihh ape la yang dorang fikir..dah jadi camni malu kat diri sendiri..

Ibu Yusuf Maryam said...

Laaa, kenapa sampai mcm tu sekali?

Sebenarnya takde masalah buat kenduri hari Jumaat, tapi time solat kenalah utama kan yg wajib dan kena hormati waktu solat Jumaat.. Walau rombongan dah sampai, singgahlah solat dulu lepastu baru sambung berarak dan berkompang bagai. Huhu..

Eye_nee said...

Tidak sepatutnya berlaku kejadian seperti ini...Yg dahulu didahulukan..yg wajib jgn dipermainkan..Ditempat saya diSelangor kan kak...bersanding selalunya selepas pukul 2...awalnya adalah pukul 12 tgh hari...kita yg mencari masa kan...apa pun perkara ini boleh dijadikan pengajaran supaya kita lebih peka dan lebih prihatin nnt...

Umm AA said...

melampaulah tuh orng yg atur cara tuh..takkanlah diri sendiri tak perlu semayang kot..kalau tak dpt nak malu kat Allah malulah kat masjid ke dulu..habes tetamu yg dtg tuh tak perlu solat ker jugak...hmmm camaner nak dpt keberkatan kalau awal2 dah dpt kutukan...

Hanis Azla said...

As-salam kak zakie..

Tak best juga bila dengar hal2 yg macam ni.. kalau dipercepatkan atau dilambatkan sedikit waktunya agar tidak bertindih dengan solat jumaat pastinya lebih baik.. semoga perkara itu dpt dijadikan iktibar untuk orang lain hendaknya..

nur anis said...

hurmmm...susah bila jadi macam ni...makin lama makin kurang sensitiviti..

lia said...

kena lebih peka, iskkk x reti nak komen mcm mana...

musang said...

ntahapahapantah..tak hormat waktu sembahyang

Acik Erna said...

susah nak kata kan kakzkie..

Kayu Manis said...

masih belum merdeka..minda di sumbat dgn indahnya dunia..

Unknown said...

Salam kakak~
kampung zura kat Ganu pon cuti hari Jumaat juga. dan kebanyakkan majlis kenduri kendara pon buat hari Jumaat dan Sabtu jugak. tapi kalo hari Jumaat.. majlis petang akan bermula selepas solat Jumaat. waktu orang solat jumaat hanya tetamu wanita jer yg hadir. yang lelaki mesti ke masjid. hehehe

paridah said...

HMM...PERKARA BETUL YG DIPERKATAKAN JADI FITNAH PULA YA...

paridah said...

HMM...PERKARA BETUL YG DIPERKATAKAN JADI FITNAH PULA YA...

Angah said...

laaa...kot ye pun tunggu le abih semayang jemaat dulu...

Unknown said...

Kat sini jumaat sabtu jgk...tapi jarang org buat kenduri hari jumaat..kalau buat pon mesti lepas sembahyang jumaat @ malam...

Kak zakie...jemput join GA merdeka mama kaori...hihihi..

eMMe said...

penting tu kak, kene peka keadaan sekeliling,masa yg dibolehkan utk berkompang, takkan la kita org Islam nak berkompang ke berkaraoke ke waktu azan sedang berkumandang, waktu solat Jumaat.. Allah bagi kita Akal..untuk berfikir... terutama org Islam, takkan tak nak solat dulu kan...

nadia rashid said...

Eh ini pertama kali dgr ni..mungkin pertama kali laksanakan cuti Jumaat..Jd kelam kabut nak adjust timing...

Jari Manis said...

memang sangat tidak sesuai...kalau boleh elak kan lah

Falsya said...

xsalah nak buat kenduri hari ape kan kakak..tp kene la jugak pikir pukul berapa..xkan ade effect majlis kalau start lps solat jumaat..n bile dgr laungan azan,xkisah la waktu solat ape pun, kenapa xde rase nak stop kan segala muzik ngan kompang..xkan la xde rase serba salah ke ape ke..penah sekali falsya gie kenduri kebetulan time tuh solat waktu ape xingat..rancak dj pasang lagu..alih2 kene sound nak pokcik mana tah..

Mummydearie said...

Salam kak,

Macamanalah paluan kompang dan solat Jumaat boleh serentak? Takkanlah dalam ramai yang ada dalam kumpulan kompang tu tak sedar, mahupun tuan rumah sendiri. Tak pasal-pasal ramai yang dapat dosa, tolong mengumpat sama.

norhasnizakhalid said...

ermm... aiik, boleh pulak gitu..

Ayu Ayunie said...

adoi.. itu la jadinya kalau tuan umah atau tuan majlis tidak peka pada waktu dan keadaan.

nabilah_2908 said...

Assalammualaikum kak... :)

ha..baru ada kesempatan nak ziarah blog akak.. :)

moga apa yg dah berlaku ni kita jadikan iktibar..ye la orang melayu kot...takkan tak tahu masa yang sesuai..agak menjadi tanda tanya juga... :)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Boleh juga jadi macam ni. Patut tuan punya kenduri mengambil berat tentang perkara ini. Jika hari lain boleh tolat ansur lagi. Tapi jika hari jumaat memang macam nilah jadinya. Semua orang akan bercakap. Bersama ambil iktibar.

amirah said...

laaa...kalau nak buat kenduri hari jumaat pun tak salah...buat la petang2 sikit lepas solat jumaat...lahai..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...yer la patutnya dah tahu hari tu hari Jumaat kenalah hormat sikit...nak buat majlis tu agak2 la kn...kalau dah mcm ni mmg ada saja umpatan yg harus kita dengar...:)

saniahibrahim said...

moga jadi pengajaran bagi kita utk mengadakn majlis.

PeRdU cINta said...

Mungkin paluan kompang boleh di tukar dengan alunan marhaban atau selawat nabi untuk mengiringi mempelai..

Zaitun said...

Rasanya kalau nak buat kenduri kahwin yang ada berkompang dan berkaroke janganlah dibuat pada hari Jumaat. Buat dosa kering aje.

NEKCIK said...

mngaji tak habis lah tu kakzakie..dia nak ambik berkat..pengjulu hari lah tu..he..he

OKje said...

Yelah.....kalau nak buat hari Jumaat nmpaknya kena lepas jumaatlah baru bersandingkan kanda...

kakrose said...

sebelum keputusan di ambil kajilah dulu buruk baiknya.pandangan gulungan marhaien macam kita kenalah di ambil kira juga.apa nak buatkan..dah jadi bahan seloroh dan gelak..

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..
seharusnya perkara sebegini tak patut berlaku kan..eloknya tunggu lepas solat jumaat atau sebelum solat jumaat
semoga menjadi ikhtibar..