Friday, September 12, 2014

Bersangka-sangka

Sekadar renungan apa yang dikirim di group WhatsApp keluarga kami:- 

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
ada sangka baik, ada sangka buruk
orang beribadah disangka riak
orang relaks disangka malas
orang berpakaian baru disangka menunjuk
orang berpakaian buruk disangka hina
orang makan banyak disangka pelahap
orang makan sikit disangka diet
orang yang senyum disangka mengejek
orang yang masam disangka merajuk
orang yang berbincang disangka mengumpat
orang yang diam disangka menyendiri
orang yang menawan disangka menggoda
orang yang ceria disangka mengada-ngada
orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya mana tahu

Orang yang senyum itu kerana bersedekah
yang masam itu mengenang dosa
yang berbincang memberi pendapat
yang diam itu kerana beribadah
yang menawan itu bersih wataknya
yang ceria cerdas mindanya
yang bertanya itu prihatin orangnya
 
Justeru itu apa yang kita lihat

Jangan suka bersangka-sangka
sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
kerap sangka-sangka mengundang celaka
jauhi sikap sangka-sangka

~~ "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya kebanyakan dari sangkaan itu adalah dosa" (Suroh Al-Hujurat:12)~~





55 comments:

PetakBunga said...

tenung diri sendiri dulu..
tu penting

Izwa Kamaruddin said...

peringatan yang bagus untuk saya jugak ni kak..

Aisy Nasiha said...

Haha... memang sesuai ni. Saya dh 3 hari sakit perut cirit birit ...doktor kata keracunan makanan.. tapi tetap juga pegi sekolah walaupun banyak kali ke tandas. Dlm masa rehat semalam, baru je nak makan beberapa suap, ada mulut yang perli saya , " patutla sakit perut, tak berhenti mengunyah".. menarik nafas panjang saya. Terus bhenti makan. Dia tahu ke apa saya banyak makan sepanjang hari tu.. manusia ni.....

adarnadzmie said...

terima kasih atas perkongsian ini...untuk pedoman kita bersama kak...:)

kakrose said...

peringatan untuk diri sendiri juga ni.selalu sangka pasangan kita yg bukan2..hehe
mohon share ye Zakie..

paridah said...

xbaik bersangka-sangka sbb sebenarnya apa yg disangka jauh dari disangka..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Betul tu Kakak. Sebab tu dalam Islam kita di anjurkan supaya bersangka baik kan. Indahnya Islam.

Nieyla Nadia said...

lebih baik xyah bersangka-sangka...
relax..cool..hihi~tapi mustahil la kan..sbb kita nie manusia..x sempurna mana pun..sedikit sebanyak tak lari dr sikap sangka-sangka nie..btl tak..:) singgah pagi...:)

Sura Mohd said...

cuba bersangka baik dalam setiap situasi..muhasabah diri..nice sharing kak..:)

Aziela said...

Salam Jumaat, kakak. Sebab tu lah saya sedaya upaya paksa diri untuk pusingkan semula mind setting untuk sentiasa mempositifkan fikiran

AtieYusof said...

Salam Jumaat Kak..
InsyaAllah selalu bersangka baik & cuba utk positif.. :)

Fiza Rahman said...

Salam jumaat kak.

Mekasih atas perkongsian dan peringatan. MEmang ramai manusia ada penyakit ni kak. Bersangka baik jer lah.

Kayu Manis said...

BETUL KAK..SELALUNYA BERSANGKA BURUKLAH..BERSANGKA BAIK JARANG SEKALI...HA TGOK NI BERSANGKA-SANGKA LAGI...

Eye_nee said...

Seringkali ingatkan diri..Berprasangka yg baik2...terkdg mampu terkdg tidak kakzakie...Tkasih atas perkongsian...harap2 timbangan prasangka BAIK menjadi semakin BERAT setiap hari....

amirah said...

mmeng senang sgt hati nak terpengaruh dgn sangkaan buruk ni kak...belum kenal pun lg dgn org tu tp dh brsangka buruk mcm2...

PESONA said...

Assalamualaikum Hjh,

Bersangka-sangka BAIK je lah selepas menempuhi bulan RAMADHAN & SHAWAL nie......

@na said...

salam kakzakie;
manusia ni sgt kreatif kan kak...tu yg penuh sangka2...
tp sayang kdg tu kreatif tk bertempat, ni yg rugi nya...
Wallahuallam

lia said...

terima kasih sbb ingt kan saya...

marhaeink said...

prasangka jarang bg output y baik.

musang said...

terima kasih kakak atas peringatan ini

Ratu Hatiku said...

As salam kakak...
Peringatan utk diri sendiri jugak... Perkongsian ilmu yg baik dr kakak.. Tq ya...

Unknown said...

Salam Hari Jumaat Kakak~
Terima kasih atas cadangan kakak di n3 zura hari nih.. kenapa lah x terlintas langsung nak beli kamus bahasa Arab tuh. buntu betol zura nak ajar anak bahasa arab nih. terima kasih sekali lagi kakak~

masih lagi cuba mendidik diri sendiri untuk sentiasa bersangka baik. walaupon kadang2 terdetik jugak prasangka tidak baik dlm hati.. InsyaAllah.. akan terus mencuba.. Terima kasih atas renungan bersama ini.. :)

Mar Mansor said...

bersangka baiklah wahai hati..
positive thinking

Normala Saad said...

perkongsian yang baik. Semuanya itu ada pada setiap orang. Tak banyak sedikit. Kalau boleh hapus 30% darinya pun rasa dah cukup baik...

Mummy Sher said...

Peringatan yg sangat berguna untuk diri sendiri jugak ni..

Unknown said...

Ya Allah jauhkanlah
kami dari bersangka2!
Doakan perjalanan kami balik kg di kelantan ( ptg ni)dlm keadaan baik pergi balik, moga kita sama2 dlm lindungannya. Amin.

saniahibrahim said...

sudah menjadi kebiasaan org2 kita bersangka2 walau hakikat sebaliknya...
moga jdi peringtan utk diri kita juga

Mummydearie said...

Kalau dah namanya manusia, memang begitulah sifatnya. Tanpa usul periksa, sekali pandang je dah mula bersangka buruk. Moga dijauhkan sifat ini dalam diri kita.

Falsya said...

Kakak..falsya suke sgt ayat2 tuh..itulah yg falsya kene skang nie kakak..

nohas said...

salam Jumaat...ya, betul, jauhi sikap bersangka-sangka..tidak mendatangkan faedah, buat menambah dosa shj..

Unknown said...

Smile setuju sangat kakzakie... jauhkan prasangka... maka akan tenangla hidup kita kan... moga kita semua sentiasa positif.. in syaa Allah ;)

Blog Santai said...

Bersangka baik adalah keywords KZ..

Puan Kutu said...

manusia mmg suka bersangka2 dan menilai ikut keselsaan saja..muhasabah diri..:)

Bunda_nora said...

Susah nak memenuhi dan memahami sikap dan kehendak seseorang....
Susah juga nak menyelami hati sanubari seseorang sama ada ikhlas atau tak...

Yang bersangka buruk dan buat pelbagai andaian memang ramai...
Apa yang kita lihat kadang tak sama apa yang kita rasai dan alami nya sendiri...
wallahu'alam...

nur anis said...

betul tu kak..terima kasih atas peringatan..:)

Acik Erna said...

betul sangat kan kakzakie.memang selalu macam tu

Acik Erna said...

betul sangat kan kakzakie.memang selalu macam tu

Shahrul Yusof said...

Orang zaman sekarang ni ramai yang perasan bijak, so lebih mudah untuk bersangka-sangka. Nak pulak, dah ada facebook. Lagi cepat nak mudah salah sangka.

Lydia Miza said...

Selalu ingatkan hati agar berbaik sangka tp sentap gak bila org selalu sangka buruk kat kita

asyifamustaffa said...

Muhasabah diri...ermmmm...apa2 pun ... kena cermin diri dlu kan kak...

Hanadabeauty said...

Husnudzon itu lbih baik
Thnx share entry yg mantopp
Jemput ke blog sy www.hanasihat.blogspot.com

Unknown said...

Bersangka sangka biarlah bersangka baik..

Anonymous said...

Terima kasih atas ingatan. Kita ni memang mudah alpa, sampai kat Allah pun kadang-kadang kita bersangka buruk. Doa, tapi tak yakin dengan doa sendiri, rasa macam takkan makbul. Kalau dah sangka macam tu, memang takkan makbul, lah kan. Mari didik hati, bersangka baik sentiasa. Aminn :)

Unknown said...

Hanya salah sangka boleh gaduh jadinya & kadangkala memalukan diri sendiri bila apa yang disangka tu sebenarnya tidak seperti apa yang kita sangkakan.

ewanthology said...

Semua tak kena

LYAfrina said...

TQ FOR SHARING..
sentiasalah bsangka baik

BinMuhammad said...

Sukar mengawal hati utk tidak bersangka2...namun boleh diajar agar sentiasalah bersangka yg baik sahaja.

Sya_Merpati Putih 88 said...

manusia mmg sukar dijangka apa yg ada dlm hati dan dlm fikiran mereka...
yg penting kita jgn suka buruk sangka dengan sesiapa..

Unknown said...

Memang betul sgt tu kak!! Harap sentiasa bersangka baik pd org..

Unknown said...

orang makan sikit disangka diet ok lagi kak... ada tu diakatakan TAK ADA DUIT KERR??? JIMAT SANGAT KE?? NAK BELI RUMAH BESAR? haishhh manusia kan kak... moga kita tak buat macam tu...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Terima kasih kakzakie.. Perkongsian yg bermanfaat.. selalu lah bersangka baik.. think positive ;)

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...menarik info ni...peringatan utk diri sendiri juga semuanya...

Myra Jay said...

Suka sangat.. penuh makna :D

OKje said...

Moga Allah pelihara hati ini daripada bersangka sangka yang buruk hendaknya

Jari Manis said...

marilah kita sentiasa bersangka baik, Jm pun ada terima msg ni dlm group :-)