Cuti bersempena menyambut kemerdekaan kali ini agak puas. Jatuhnya pada hari Ahad anak-anak dapatlah bercuti tiga hari termasuk Jumaat dan Sabtu. Aku pula Sabtu, Ahad dan semalam. Sementara Kak Reen pun masih bercuti sem kami keluar makan di Aeon, Kulaijaya.
|
Chicken Chop - Pilihan Kak Reen & Kak Meen cuma nama saja berbeza tapi kelihatan lebih kurang saja Teriyaki chicken chop dengan Baked chicken chop jadi ambil satu gambar saja. |
|
Salad - Pergilah mana pun salah satu dish pilihan mama mesti salad. Makan dengan pizza baru ngam. |
|
Air - Pilihan anak-anak dan mama juga. |
|
Adik - Pilihan adik chicken parmigiana |
|
Pizza - Pepperoni dan favourite special pizza restoran itu. |
|
Kopi Americano papa - Semua gelakkan papa bila ada seketul biskut comel di tepi piring cawan kopinya. |
|
Bill - Agak murah berbanding jika kami makan di Pizza Huts dan Secret Recipe. Service charge saja yang tetap sama di mana-mana restoran. Boleh dapat satu dish lagi. |
Mohon maaf aku agak kesibukan hari ini. Bertugas di syarikat yang 100% berhubung dengan negara luar agak sibuk sebaik naik bercuti. Bila bercuti pula jika tidak dapat berhubung di pejabat telefon bimbit kita pula menjadi sasaran mereka untuk menghubungi kita. Bila diberitahu cuti sempena menyambut hari kebangsaan negara baru mereka faham. Hairan saban tahun seringkali mereka lupa, sedangkan kita sentiasa ingat bila hari cuti negara mereka.
~~ Banyakkan sabar, hidup kena ceria. Cari kelemahan diri sendiri daripada cuba mencari kelemahan orang lain. Tetapi sebagai manusia kadang-kala aku pun lupa.~~
52 comments:
Syukur Alhamdulillah..enaknya rezeki..semoga akak sentiasa berbahagia bersama keluarga
lain kali saya balik johor boleh kita sama2 ke Aeon Kulai kak.. rumah mak saya dekat dah tu..
heh heh heh..entah kenapa tercuit hati sy kak cerita pasal kerja.
tp itulah cabaran yg kekadang jadi pengalaman yg seronok sbb bukan semua org rasa..
*feelig special*
hahhaa..
ohhh Kak Reen pun cuti ye kanda....sama dengan SA...
Seronok bila cuti sambung seharikan kanda terasa mcm panjang pulak walhal baru 3 hari hehe...
Seronoklah mama tu...anak pompuan dia berkumpul hehe
tak pernah lagi ke AEon Kulai tu kak,harga pun not bad kan kak...banyak yang order tu..
saya tertarik tgk ada kopi dlm salah satu air tu... pengemar kopi katanyer ;)
Sedap nyer pizza dan kopi!
sedapnya tengok makanan tu semua...:)
Agak murah bilnya ye kak. Nampak meriah makanan sempena merdeka tu :)
vivo..sedap nyeah kakak..pernah nak try vivo tp mcm xberani takut xsedap..hurmmm boleh try nie..;)
Nampaknya yg adik punya paling best sekali kan..kalau salad ngan pizza memang paling ngamlah kan kakak..
utamakan yg penting dl yer kakak..yg penting tak pening kepala...selamat bekerja..:)
sedapnya. alhamdulillah
terliur plak tengok salad tu..
Oh akak makan kat Vivo yea, nanti saya nak try jugak la, sebelum ni ke Aeon sana saya makan kat Marrybrown jer..
wah~sedapnyer tuh...
Salam K.Zakie..
maaf lama tak menyinggah.. baru nk marathon mengomen..
alhamdulillah.. cuti baru ni mmg puas bergentel2 dgn anak2.. hihi..
restoren ape kak zakie? vivo?
menarik la tgk menu2 tu
sy pun ada ke Aeon Kulai hari merdeka tu.. tak terjumpa pulak kita Kakzakie.. harap kalau ternampak sy lain kali tegurlah ya, hehehe
semuanya nampak sedap2...hehe.
Kak Zakie...saje nak bagitahu, saya baru je balik bercuti ke johor sempena Merdeka. ada lalu Kulai...tapi tak singgah pun. hehehe.
Bila berkumpul seronok dapat keluar makan2 luanngkan masa dengan anak2 kan Kak?
bt aunty nor kcur air liurlah adik ni..lain kali ajak le sama ye..
chicken chop dan salad tu sedapnyerrr....
sedap2 nmpak menu nyer... biasa nengok iklan restoren vivo tp tak penah lak mkn kt situ...
Saya pernah makan kat Vivo ni...not bad...sedap juga..Part " service charge" tu mmg saya pun tak suka...boleh beli mee goreng sepinggan kalau kat mamak...hahahah
semua sedap2...terliur pulak..:)
setuju rangkap last tu mengenai kelupaan mereka mengenai negara kita,sedangkan kita ingat je kalo mereka cuti..tak perlu call sampai telepon bimbit..
sedap makan kat vivo kan..pernah sekali je makan kat situ..
Salam Kakak~
Sonok jugak sesekali dapat cuti panjang di hujung minggu kan~
dapat lah luangkan lebih masa untuk anak2.
cuti semalam adik zura turun shah alam.. sonok sangat bila adik2 datang bercuti kat rumah. kurang sket rindu kat dorang..:)
Mahal juga service charge tu kakzakie RM14.20.. boleh tambah hidangan lain kan.. tapi tu lah bila GST telah dilaksanakan, maka tanggung lah oleh pengguna.. kena fikir panjang utk ke restoran yg seperti SR tu :)
Alhamdulillah..seronokkan cuti, dapat berkumpul, jalan-jalan, makan-makan sekeluarga.
" Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan" Ar Rahman
wahhh makan besar bersama keluarga... sedap2 hidangannya... :) setuju dengan kak zakie... SR dengan PH tu service charge mahal bebenor...
ada bendera atas pizza tu...mmg nmpk patriotik la kak zakie...hehehe
Memang seronok makan ramai-ramai macam ni Kakak. Service charge belum sampai gst lagi tu. Dah sampai nanti tak tahu macam mana pula.
ps: Jemput join segmen bloglist saya kakak dan semua.Terima kasih.
chicken chop tu nampak sedap amat!
bab cuti memang best. bab cuti.. huwaa... cikda pun tak suka.. huhuhuhu
dah lama tak ber western food, aritu suami ada ajak tapi belum berkesempatan. tengok entry akak ni. alahaiiii tergugat iman hihihi
Wahhh sedapnyaa tgk makanan tuh semua.. Meriah makan anak beranak yer.. :)
Hamboih? pizza pon ada jalor gemilang?
suka grilled chicken..dah lama tak makan pizza..sedapnya..belum dinner lg..
Kalau ada anak2 berkumpul memang seronok bawa pergi makan2, ya kakzakie. Kalau boleh bawa tempat yang mereka suka.
kesibukan hidup xpernah hbs kan kakzakie...
Salam.
Wah boleh kita buat janji kat aeon kulaijaya?.Bila2lah... saya juga ada kawan kat pejabat tanah kulai.
Tengok hidangan adik tu, nampak sedap je kak
hidangan yg sedap dan menyelerakan. Alhamdulillah dpt cuti 3 hari, rekax balik kami.
wah ,harga brpatutn ,bolehlah saya bwa ank2 mkn kat Aeon lainkali.
agaknya kalau kita seleseh bahu masa jln2 kat situ ,tak kenal kn kakzakie....
As-salam kak zakie..
Wah.. makan2 merdeka.. semua makanan yg dipesan menyelerakan.. paling best dapat makan seisi keluarga.. ALHAMDULILLAH.. syukur..
Setiap kali keluar makan kat luar, lebih RM100! sudah tentu... Inilah realiti sekarang ni. Kena fikir berkali2 nak makan kat luar...siap buat budget lagi tapi sesekali kena juga, dah boring makan rumah, ye tak! :)
Alamak, kat mana hari tu saya ternampak Vivo ni. Rasa macam dekat dalam shopping mall tapi lupa. Service charge tu kalau difikir-fikir balik, memang tak mahu rasanya gi makan kat situ. Dapat extra dish lagikan. Tapi nak buat camna, kak. Kalau teringin, lupakan ajelah perkara lain :)
Hidangan yang menarik ditambah dengan dapat berkumpul dengan family.. ;)
saya pun lupa memanjang, kakzakie:-
Salam kak. Boleh thn bsr gak portion makanannya ya? Sedap je tgk. Huhuhu!
western my feberet..hehe,
itulah kalau makan dkt SR mahal sikit..
seronok bila dapat kumpul ramai2 mkn kat luar kan kak
chicken chop tuh menggoda sy...
Post a Comment