Apabila disebut ibu susuan pasti minda kita akan teringat nama Halimatussa'diah ibu susuan baginda rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Begitu juga zaman dahulu menurut bapak ramai ibu-ibu yang membantu teman mereka untuk menyusukan bayi-bayi kepada ibu yang bermasalah. Atas sebab itulah bapak ada ibu susuan. Masalah bapak bukanlah kerana embah (panggilan bahasa keluarga kami untuk nenek atau datuk) ada masalah kesihatan tetapi masalah rumahtangga. Bila bapak bercerita dulu kami semua gelak besar sebab orang dulu pun cemburu juga. Embah lelaki (datuk kami) mempunyai dua isteri. Isteri pertama (embah-1) tidak mempunyai zuriat. Menikah dengan isteri kedua (embah-2) barulah dapat tiga anak. Tetapi embah-2 aku ini cemburu orangnya berbanding embah-1 yang lembut dan penyayang. Kami juga dulu lebih sayang embah-1 berbanding embah-2 yang merupakan ibu bapak.
Oleh kerena cemburu itulah sewaktu bapak masih bayi, embah-2 ini selalu lari meninggalkan embah lelaki dengan bapak aku sekali ditinggalkannya - merajuk cemburulah agaknya. Dulu manalah ada telefon. Oleh kerana tidak tahu ke mana mahu dicari bapak telah dititipkan oleh embah-1 kepada wanita lain yang ketika itu juga mempunyai bayi. Bila hilang merajuk bapak menyusu dengan ibunya tapi bila dia merajuk bapak ditinggalkan dibawah penjagaan embah-1. Menurut cerita bapak selalu juga bapak menyusu dengan wanita itu. Bahkan kalau ibunya merajuk embah-1 akan dukung bapak untuk menyusu di rumah wanita itu. Jadilah bapak anak susuan wanita tersebut. Boleh dikatakan kerap bapak kena tinggal ibunya. Sebab itulah bapak memanggil embah-1 'emak' sedangkan ibunya sendiri dipanggil 'bibik'.
Tiga hari lepas saudara sesusuan bapak meninggal dunia. Kami sedih kerana kami sudah menganggap beliau seperti bapa saudara kami. Moga rohnya dicucuri rahmat. Kami tahu bapak bersedih dengan pemergian adik susuannya itu.
Menuju untuk dikebumikan - Apabila Izrael datang memanggil akan ditinggal semua yang ada di dunia. Hanya tiga saja yang akan membantu. Ilmu yg ditinggalkan dan dijadikan amalan, doa anak solleh/solehah dan amal jariah semasa hidup. |
~~Khususon ila ruhi al-marhum Tauhid binti Minah Al-fatihah...~~
55 comments:
al-fatihah,
semoga roh arwah dicucuri rahmatNya..
amin
Semoga roh di cucuri rahmat
70 kli malaikat maut mengintai2 kita.
Al fatihah. .Takziah utk kak zakie n famili ye
suami sya pun ada adik prmpuan susuan ..tpi adiknya mcm taktau je..ialah msa tu mk dia org sibuk kerja kebun,mertua sya yg jga.
ALFATEHAH utk arwah
Al-Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat..
al-fatihah..
moga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..amin
Al fatehah.
saudara sesusu ni memang dah jadi saudara betul, tu yang buat jadi rapat.
al fatihah..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman...
al-fatihah..
takziah utk akak dan family...
Alfatihah dan takziah buat keluarga kakzakie.
al-fatihah..be strong kak...ALLAH lebih sygkan dia...
innalillahiwainnailaihirojiun...takziah utk kakak sekeluarga
seronok saya baca cerita kak zaki ni, tapi kalau merajuk sampai tinggalkan anak kelaparan..Alamak...macam tak kena je..hihi..Ikhtibar kat kita. Takziah pada keluarga Kak Zakie..Innalillah..
bapak kakzakie ramai yg sayang..
ada ibu kandung, ibu y menjaga, ibu susuan..
Menarik kisah kakak ni. Zaman dulu2, macam2 kisah yang ada kan. Bila dah jadi saudara sesusuan, seperti saudara kandunglah rasanya yer. Sucinya lah hati seorang wanita yang sudi menyusukan anak orang lain.
Takziah untuk kakak sekeluarga.
Al fatihah. .Takziah buat Kakak dan keluarga. Semoga roh arwah dicucuri rahmatNya.. AMIN.
Al-Fatihah..
al-fatihah buat akak dan keluarga..
semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman...
tapi cerita akak berkenaan embah-1 dan embah-2 tu sangat comel. hihi..
alfatihah...takziah...kak juga ramai mbah sebelah suami...
salam takziah..smoga tabah.
al-fatihah..
lame lieya tak dengar panggilan embah tu kak...dulu mase kecik2 selalu dengar...skrang dah takde dah.....
alfatihah...moga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...
alfatihah tuk bapa BAPA SEDARA SUSUAN KAKAK..jrg dengar psl sedara susuan kat m'sia nie kan..tp rsnya bapa sedara susuan kakak tuh kira muhrim kakak jugaklah kan...kalau babysitter zaman skrang jg anak & menysu sekali mmg seronok dan yakin kan nak bg org jaga anak kita...heheh
Satu kisah kehidupan yang amat sukar kita temui. Siapa sangka, orang yang tiada ikatan menjadi saudara sesusuan...sedarah sedaging.
Menarik sekali gaya dan cara penceritaan akak...
Akak bukan hentam keromo tetapi berilmu... :)
Oh sampai terlupa pula...Salam takziah buat abang dan akak sekeluarga. Al-fatihah.
takziah kak..
masa kita tak tau bila.. :(
Al-Fatihah dan salam takziah kak Zakie
menarik kisah bapak kak zakie ni..
alfatihah...moga rohnya dicucuri rahmat Allah..
Al Fatihah
Al-Fatihah dan Takziah.. Moga rohnya dicucuri rahmat..
assalamualaikum kakzakie...al-fatihah buat arwah...:(
Assalamualaikum kak zakie, saya selalu datang sini, tak boleh miss perkongsian kak zakie, cuma tak sempat nak komen ja. Moga lebih redha dan Al-Fatihah buat arwah.Pak cik saya pun ada ibu susuan, seperti keluarganya sendiri.
innalillahiwainnailhirojiun.. salam takziah. moga rohnya ditempatkan di jannah. alfatihah
innalillahiwainnailhirojiun.. Salam Takziah buat Kakak sekeluarga~
complicated jugak citer kakak nih.. kena baca perlahan2 baru paham kenapa boleh jadiknye suadara susuan tuh... hehehe
innalillahiwainnailhirojiun
acik pun ada sedara susuan kakzakie..sebab acik kecik dulu tak berapa suka minum susu..walaupun susu ibu..susu banyak..ada la anak jiran depan datang menyusu..masa tu dia dah berumur setahun..setiap hari arwah mak acik cerita.
Al-fatihah buat adik susuan bapak Kakzakie.
Rasa macam cerita keluarga 69 pulak (walaupun jauh berbeza) bila berkisah pasal ibu/anak/adik beradik susuan ni.
Agaknya sekarang ni ada lagi tak macam ni? Kes terpencil kot :)
Al-Fatihah...
Embah...sbnrnya first time dgr panggilan ni..hehe ;p
moga roh arwah ditempatkan dgn org2 beriman...Amin...
Al-Fatihah..
Moga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..
Al-fatihah dan salam takziah buak akk & family.
Alfatihah...takziah utk akak sekeluarga..
kita pon ada anak susuan..sepupu ayun..
Al-Fatihah....
Salam Takziah...
Semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang2 yang soleh... ameen.
Alfatihah... moga rohnya ditempatkan di kalangan oranv beriman.. amin
Inalillah.. kadang2 memang bagus kita menziarahi orang meninggal ataupun melawat tanah perkuburan.. ada org kata antara cara yang menarik untuk bersihkan hati kita yang kotor dengan memikirkan nasib kita kelak '_=
IM juga punyai adik susuan. Mereka semua sepupu IM juga...
Innalillahiwainailahirojiun...
AlFatihah, Salam Takziah buat Kak Zakie dan Keluarga..moga rohnya dicucuri Rahmat Allah swt...
Al Fatihah....
Menarik kisahnya...salam takziah juga buat KZ....
Sayu je tengok perjalanan terakhirnya...al fatihah semoga rohnya di cucuri rahmat.
Salam takziah kak
Teringat dulu dulu mak kalau nak takut takutkan dinda mesti cakap 'nanti mak minggat'.....dulu dulu tak faham, dah beso baru tau maknanya......Org dulu agaknya minggat perkara biasa kot....
Alfatihah buat pak sedara susuan kanda tu
Abah saya pun ada abg susuan.. dah meninggal juga.. alhamdullillah tahu siapa sebab takut terkahwin dgn adik beradik susuan kan kakzakie..
Alfatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi..
Innalillahi waiina ilaihi raajiuun
Post a Comment