|
Lama - Alat digunakan untuk mengeluarkan tayar lama kelihatan mudah. Dalam kehidupan pun sama juga andai 'perkakas/alat' yang lengkap sudah sedia mudahlah untuk pergi meninggalkan dunia yg sementara ini |
|
Baru - Tukar tayar baru moga mudah diperjalanan yang dituju. Kehidupan manusia juga sama andai bekalan lengkap sentiasa dalam apa juga 'perjalanan' tidak kira di dunia dan di 'sana' insya-Allah mudah jadinya. |
|
Ilmu - Bukan mudah menimba ilmu andai tidak ada kecekalan dan kemahuan. Skill pula bukan boleh diperolehi dalam sehari-dua. Begitulah juga dalam kehidupan di dunia ini, 'menimba ilmu' tidak ada garis penamatnya |
|
Teknologi - Balancing agar tayar dipasang di kereta berjalan lurus. Kehidupan manusia juga sama kenalah di seimbangkan antara dunia dan akhirat, mencari jalan yang 'lurus' agar sentiasa di dalam kerehaanNya. |
~~ Bekerjalah seolah-olah untuk hidup selamanya dan beramallah seolah-olah akan mati pada hari esoknya.~~
51 comments:
Wahh penuh makna tersirat di sebalik kisah 'Tayar', ye kak :D
hidup pun ibarat roda juga kan Kak Zakie.. :))
Entri ini jelas membuktikan betapa akak seorang penulis yg berbakat dan bukan sebuah entri biasa tetapi luar biasa!
Sungguh mendalam maksud tersirat yg disampaikan hanya melalui kerja menukar tayar kereta.
Tersirat dan tersurat dalam kehidupan ye kakzakie.. sentiasa lah bersedia utk hidup "disana" yg kekal abadi..
Dah lama tak buat balancing kereta..
Insya Allah kita cuba untuk pastikan hala tuju hidup kita ni lurus ke jalan yang Allah hendaki.. semoga sentiasa ada ingatan yang menyuburkan hati2 kita ke arah kebenaran..
Tetiba teringat yang Naim dah beberapa minggu meminta kereta papa ditukar sport rim bintang.. haha.. anak kecil ni kan..
Salam Kak..
memang kena dengan kehidupan kita.. tayar yg berputar dgn kehidupan.. semuanya punya maksud tersirat...:)
tak suka bau tayar..
ye k.zakie setuju
Motivasi yang hebat dari kedai tayar, jauh pandangan dan mendalam maksudnya...
tq kak zakie, beri saya satu kesedaran..sllu tunggu kat kedai tayar tak terfikir apa2...
salam kakzakie;
peringatan yg ditulis sgt kreatif dan ada unsur puitis...sangat berkesan, saya percaya entri ni ditulis dgn penuh kesedaran...
tima kasih kakzakie
Jika manusia berfikir dengan setiap kejadian...
sama lah kita kak, baru juga tukar tayar minggu lepas.. :)
BARU TUKAR TAYAR DAN BUAT BALANCING HARI TU .... PFTTT RAJINNYA AKAK AMIK GAMBAR .. SETIAP GAMBAR PUNYA CERITA YG TERSIRAT ...
bukan hanya roda biasa.. :)
psstt: nak tukar tayar kita gak ni.. :P
Singgah pagi...
Sungguh mendalam...
Ape2 pun TAYAR sekadar tayar...:)
Dalam renungan akak masa menukar tayar yer kak... Penuh pengisian. Kalau tukar tayar biasanya ambil masa agak lama juga.
...tapi ramai orang suka roda impian....
Salam Singgah !.. setuju sgt dgn aunty
hidup kita pun sama macam roda kan kak
satira bahasa menyirat maksud mendalam mengenai roda2 kehidupan...
seperti kehidupan kita kan sekejap dibawah sekejap diatas seperti roda
Tiap detik yang berlalu memberi isyarat bahawa hidup kita kian singkat...
Betul akak,terima kasih atas nasihat yang berguna...
Tersurat dan tersirat penuh makna dengan penceritaan berkenaan tayar.
Tersurat tersirat dua kisah dlm satu cerita yg membawa maksud yg sama..Yakni menceritakan sesautu benda utk dihubungkaitkan dengan satu cerita yg sama arah tujunya...Tkasih kak...N3 disini sentiasa mengingatkan kehidupan sementara dan yg abadi...
betul tu..tayar yang pancit perlu diisi angin, tayar yang rosak perlu diganti baru..
Salam kakak..
Kisah tayar juga boleh menjadik renungan dalam hidup kita kan kakak. Moga hidup kita akan menjadik lebih baik.
Betul tue...setuju dengan pendapat akak..=D
tayar oh tayar kalau sekali kena ganti banyak gak duit yang keluarkan..
Salam hari rabu kak. Tak de idea nak komen apa kat sini. Ziarah akk je la.
hidup ibarat tayar.. lama lama haus gak
byk cerita tayar akak ni .. leh amik iktibar ek
salam kak,,
baca entry ni teringat pulak plan nak menukar tayar..tunggu saving cukup dulu..hihih biasalah rakyat marhaen, nak tukar taya kna menabung :)
Setuju sangat, kak. Hidup kita ni umpama roda yang berputar. Perumpamaan antara tukar tayar dengan pakej lengkap kita di sana tu memang sempurna je di mata saya :)
assalamualaikum kakzakie...betul tu hidup kita ini ibarat roda asyik berputar saja...sekejap ke bawah sekejap ke atas...:)
Kerja tukar tayar ni selalunya org laki byk amik tahu... kalau org perempuan tahu pandu kereta je, hahaha.. tapi kisah di sebalik tayar, boleh ditukar kisahnya dalam kehidupan manusia di dunia dan di akhirat... moga bekalan kita cukup di 'sana' nanti...
Kanda..... boleh pulak cik abe pakai baju sedondon dengan kedai tayar....jadi lawo pulak gambo ni kanda....
Hidup umpama roda ada kalanya di atas dan ada kalanya di bawah.....
eh?....ada kaitan jugakkan....pasal roda hehe
begitulah hidup manusia..diibarat sebagai roda...terima kasih buat kakzakie yg tak jemu2 mengingatkan tentang hidup dan kehidupan disana..:)
Maksud yg mendalam dan penuh makna. Mekasih atas peringatan kak.
Hidup mmg mcm roda kadangkala di atas kadangkala di bawah..
Muhasabah diri betul baca coretan akak...
penuh makna ye kzakie..alhamdulillah dikurniakan Allah matahati yang terang utk menyuluh ilmu tersirat.
Merenung sekeliling kita dan membandingkan dgn kehidupan..
itu ibaratnya kan kak zakie...
Saya setuju dengan kakzakie ;) ... Kita hanya peminjam
haah kak hidup ni bagaikan roda
kadang di atas
kadang di bawah
ye kak....hidup ini mmg roda...ada masa kita di atas...ada masa merudum.ke bawah...hanya padaNya kita mengadu...insyaallah
Pandai kakZakie berkias.. memang tepat apa yg kakZakie kata..
salam kz ..
satu pemerhatian yg amat tajam ..
setiap sesuatu keadaan memang ada yg tersirat utk orang yg mahu berfikir ..
tiap kali nak tukar tayar baru, saya mesti pening sbb harga semakin tinggi..... hehehe hidup itu putaran kan?
Ya Allah...bila akak aplikasi kan kehidupan tayar dengan manusia...ibarat hidup ini kita kena senantiasa selalu berwaspada...kena balancing diri...kena tgk diri sendiri sebelum tgk orang lain...bagus kak...akak ni banyak bg panduan hidup
Nasihat yang berguna.. hidup ibarat roda.. kena kuat dan berjaga-jaga sentiasa agar ianya dapat bertahan lama.
nampaknya ia perlu sentiasa d servis sbg kenderaan kita d sana kan kak :-)
Post a Comment