Thursday, September 11, 2014

Bila lupa singgah dalam diri

Sebaik anak-anak yang mengaji balik kami segera bersiap untuk keluar makan malam di luar. Anak dara sudah aku beritahu awal-awal sebelum mama selesai mengajar mengaji, pastikan semua sudah sedia.  Biasa sangat kena menunggu anak dara membetulkan tudung yang berpusing-pusing. Risau aku dibuatnya. Tetapi malam itu apabila semua sudah selesai, hairan aku melihat hubby masih keluar-masuk bilik. Biasa kami sedang bersiap, enjin kereta sudah dihidupkan. Sebaik aku keluar bilik baru aku tahu hubby dan Mak Zah sibuk mencari kunci kereta. 

Malam itu terpaksa menggunakan kunci pendua yang remotenya sudah tidak berfungsi. Betul-betul hubby lupa dan kami tidak jumpa kunci tersebut. Hendak bawa kereta kerja biasalah kereta hubby macam-macam khazanah, anak-anak kurang suka. Kereta aku pula biasalah mandinya sebulan sekali (tapi dalam kereta aku bersih/wangi tau hihi...). Akhirnya keluar dan singgah di kedai membuat kunci kereta. 

Hijau - Fancy pula bila dah tua-tua pegang kunci warna hijau begini. Warna hitam dan kelabu sudah kehabisan stok. Ambil sajalah. Adik suka warna ini sweet katanya:) Tukang repair itu setting balik chip dalam remote rosak menggunakan komputernya dan dimasukkan ke dalam casing baru ini.
Kilat - Kalau mama yang pegang masih ok lagi tapi kalau papa terasa janggal pula. Kalau tidak kerana hilang kunci asal sampai bila-bila kunci kedua tidak dibetulkan. Elok jugalah sekarang dua-dua sudah berfungsi.
Balik dari makan malam kami ligat mencari lagi kunci asal. "Baik solat minta petunjuk" itu jalan terakhir. Sambil itu masih kebingungan. Kawan-kawan mahu tahu dimana hubby sumbat kunci itu? Mujur aku boleh terfikir "Cuba abang tengok kocek seluar abang solat asar petang tadi". Betul! kunci itu di dalam kocek seluar yang sudah di dalam mesin basuh. Nasib baik Mak Zah belum mencuci lagi. Kalau esok paginya pasti sudah bergumpal di dalam mesin. Sebenarnya petang itu balik dari solat Asar hubby ada memanaskan enjin kereta itu yang agaknya selepas itu lupa untuk sangkut di tempat kunci tapi masuk di dalam poket seluar.

~~ Bila usia bertambah sifat lupa tidak mudah lari dari diri.~~

54 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Ada hikmahnya kehilangan kunci itu kakzakie.. boleh dibaiki kunci pendua yg rosak itu kan..
Nikmat ingatan tu sedikit demi sedikit ditarik balik, bila usia sudah menginjak kepehujungnya kan kakzakie..

Nor Azimah said...

nikmat hidup sedikit demi sedikit mula ditarik, beruntunglah siapa yang mahu bersiap sedia...

asyifa mustaffa said...

Alahai...bkn kata asben akak aje...sy ni pun kadang dtng angin pelupanya...:)

Nurulhuda Abdul Latip said...

Biasalah kak, saya pun kadang macam tu, tapi biasanya saya cuba ingat balik kali terakhir atau tempat terakhir yang kita pergi..Petunjuknya biasa di situ..Nasib dah jumpa kan..

Chot said...

Muda2 sy pun kekadang terlupa. Salah satu sbb kuat lupa sbb suka brfikir. Ye ke ek?

Sura Mohd said...

Betul kak..bila usia dah bertambah..sifat lupa pon mengekori..
suami sura pon sama..masa balik kg hari tu bawak 2 kunci kereta..bila balik sini satu jer bawak..dia cakap dia lupa dia letak mana ...huhu..

Siti Rohaida Yusof said...

kebiasaan berlaku pada kita seharian jugak kan kak...padahal kunci tu sangatlah dekat dengan kita...hehe

Zaza Abdul Latif said...

Assalam Kak Zakie..
biasa kan.. benda kalau tk cari akan jumpa.. bila cari mmg tak jumpa.. mungkin berkat doa dan solat petunjuk tu yg jumpa kot.. hehehe

Yusmawati Paiman said...

Yus pun selalu lupa mana letak kunci kak zakie, sebab tu sekarang ada buat tempat letak kunci, senang, semua gantung situ.

babYpose said...

saya pun kadang kalut dah pesan kat anak-anak barang mereka ambik sendiri. kereta tu saya suka kereta mama sebab barang budak2 ada serba sedikit dalam tu :)

saniah ibrahim said...

suami saya pun selalu hilang kunci kereta ,kelamkabutlah kita tolong cari,last2 kata ada....huhuuu angin dibuatnya.

lieyalatif said...

biase mmg mcm tu la kak...kalo termissing in action sesuatu barang tu sure dlm kocek seluar atau baju heheeheh...tapi kat umah lieya ni ade toyol kecik comey...si dayyan laa suke amik dan letak merata kunci kete papanyer...mmg kene simpan tempat tgi kalo tak jenuh pagi2 bertungkus lumus cari kunci kereta haahahahahah

Knor said...

yelah k.zakie..
suami mmg pelupa..byk mkn ubat kut...

adarnadzmie said...

sifat lupa ada pd semua org kak...kunci adalah satu barang yg selalu menjadi brg yg selalu hilang...

norhidana miswan said...

heheheh biasalah tu kak, kadang yg mude2 nih pun kelalen... ni kan yg agak veteren sikit kan

Nieyl said...

Hihihiñieyl pun penah gak..tapi biasa nyer kunci rumah la...biler kita carik dalam keadaan yg cemas..mmg x kan jumpa...tapi lepas dah cool..tak pikir pun mane kunci tuh..tup..tup jumpa..hihihi~:P

Zee Suhaini said...

kak, faktor usia tu dah kurang tepat sebab skang orang muda pon pelupa..huhuhu..i ler tu..na ngaku malu..
kunci ni sensitip skit kalo kete or rumah..memacam boleh jadi kan..risau takot jatuh ke tangan orang lain jer..

@na said...

lucu betui cerita kakzakie ni...hehehe....
tapi tk pa dapat jgk kunci comei...

Khamsi Abdullah said...

Tapi design remote tu menarik. Ade warne kuning or pink tak?

Falsya said...

Hehehe..falsya pun penah hilang kunci kete kakak..agaknye sbb bile dh panic kan, smp lupe mana letak kunci..alhamdulillah nasib baik jmp..ade hikmah gak la kan kakak..at least kakak dpt tukar remote baru..kaler ijo lagik..hehehe

Bunda a.k.a KN said...

Samalah kita...kalau anak2 pelupa biasanya cakap dorang lalai....tapi kita pula guna alasan dah tua...mestilah pelupa...atau alasan jer tu..nak elak dikatakan lalai...hihi..

Tapi lately KN kan KZ....klu letak / simpan barang mesti 'ingatkan' diri sendiri dalam hati ...'ingat tau aku simpan kat sini'...
InsyaAllah tak lupa...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Saya pun kadang-kadang terlupa juga Kakak. Dah lumrah kita manusia kan. Ada amalan apa-apa ker jika nak bagi kurang lupa ni kakak?

ummi aqilah (LM) said...

Salam kak zakie.. Kat rumah ni maisarah, baru umur 11 tahun tapi bersiap x cukup 40 minit. Pusing tudung x siap2.

Kisah kunci tu memang selalu jadik kat rumah ni. Memang jadik tugas saya check seluar hubby yang bergantung2 tu. nak kluar pakai sluar lain, tadi g solat sluar lain dia ke surau, pagi tadi sarapan kat luar dia sarung sluar lain. So memang kena check dalam poket seluar dia kot ada kunci kat situ. Askar ramai tapi sorang pun x jumpa kunci kalau hilang

Rinna said...

Nasib baik jumpa.. Biasa laa kdg2 tuh boleh terlupakan..

Mar Mansor said...

memang betul tu..bila dah lupa macam tulah..
saya ni pon kuat juga pelupa dah..

UmmuAidan-Arissa said...

Comelnya kunci yang baru tuh kakak...kakak ajelah yg simpan baru sesuai sket kang..sib baik yg asal jumpa...kdg bukan sbb usia kakak yg pelupa tu.sy sendiri pun dr muda lagi ade sifat2 pelupa nie...heheh

mama ka0ri said...

selalu sgt jadi kat kami suami isteri..hihihi..Alhamdulillah dah jumpa balik..:)

Ibu Lala said...

Salam akk. Sy pun mmg sll lupa. Dah tua agaknya

Mummydearie said...

Kak, sekarang ni baru saya teringat - di manakah kunci pendua kereta saya? Hah, sah-sah takda dalam pandangan mata nih. Dah lama tak nampak.

Bab shower kereta tu jom kita sep. Sama pulak. Sebenarnya bukan sebab malas tapi sebab kita nak jimat airlah, kak. Tak suka tau membazir nih. Tapi kalau tuan empunya kereta yang nak bershower, 15-30 minit pun takpa. Lupakan soal pembaziran :)

Nazayiena Ayiena said...

Klu husband nurul memang biasa dah letak kunci dlm poket seluar dia,klu xde kunci di tempatnya cari ajelah di poket seluar dia.

Eye_nee said...

Kdg tu mmg dah perah abis dah otak tu nak mengingatkan dimana terletaknya brg yg hilang tu..tak dapat jugak nak ingat sbb masa tu otak kita tak dapat nak fokus..bila dah bertenang tu..mudahlah pulak terfikir dan yg selalunya keluar dari mulut.."OOOOOO baru saya ingat"..

Jari Manis said...

Alhamdulillah jumpa semula..akak kak Zakie, JM yang muda ni pun kekadang terlupa jugak ...ehh mudal agi ke JM nih hehehe

Belog Santai said...

Alhamdulillah masih selamat KZ...kita pun kadang-kadang terlupa especially kalau nak cepat. Ada je yang tertinggal..

Nafira usof said...

hehehehe.. perkara biasa kan kak~
selalunye bila kita mencarik sesuatu bende..pasti susah nak jumpa.. tapi bila dh x dicari.. eh.. tetiba boleh nampak or ingat. hehehe.

aTieYusof Family said...

Salam kak.. hihi..biasalah kadang kita terlupa.. tapi yg lucu nya bila kita terjumpa 'benda yg hilang sekejap' tu di tempat2 yg kita tak jangka..
Kak, kami punya cerita lg lucu..en Suami ku lupa dia letak gigi palsu dia kat mana.. hahaha

hainom OKje said...

Orang cakap kalau lupa baca selawatci sambil usap belakang tengkuk kanda... tak pun baca ayat Nabi Yunus ...katanyalah.......
Nasib ada kunci penduakan kanda....
Hehe...tak pelah, bukan selalu pun, biar nampak muda 10 tahu cik abe tu kanda bawak keychain hijau hehe...

❤Kamsiah❤ said...

kalau hilang mcm tu time nak pergi kerja..kalut jadinya..kan..

ada sorg kawan 'hilang' hpnya...merata2 cari tp tak jumpa...akhirnya dijumpai dalam petiais...disorok oleh anaknya yg cakap.."mama asyik belek hp ja..adik sorok la.."

mOoN IzzaN said...

selalu jdi mcm tu.. iya2 mencari rupanya depan mata je... huhu...

Nastyna said...

hikmahnya... kunci pendua dah fixed, alast. hehe

Ema Johari said...

ema pun sellau lupa bab kunci ni...jadi mangsa kunci rumah dan kerta lah....hehehe

Normala Saad said...

Kakak pun dah selalu lupa, masak apa2 atas dapur, pas tu pi tengok bunga..bising abang. Hari2 ada benda hangit..Kita balas balik - macam lah dia tak pernah lupa....

Diana Rashid said...

saya kan,kalau barang macam kunci ke,cincin ke,jam ke,kalau hilang cepat2 cari dalam mesin basuh..remote tv pun pernah ada termasuk dalam mesin basuh..heheh

amirah said...

time nak mencari tu la tak jumpa kak...kalo tanak guna time tu la nampak depan mata..huhu...suami amie biasa lupa kunci kereta letak dimana...rupanya dia letak sekali dgn kunci pagar rumah...bila bukak pagar rumah sekali dgn kunci kereta tp cari kat tmpt lain...aduhaiii

Sylarius Yusof said...

Haha. Kes ni biasa sangat berlaku pada orang lelaki. Baik ayah saya, mahupun saya sendiri. Selalu sangat terlupa dengan kunci yang dimasukkan dalam kocek seluar yang lain.

Tihara said...

kadang2 kalau ada banyak benda nak buat n fikir pun boleh kelalen jugak kan kak

Fiza Rahman said...

Hikmah disebalik kunci hilang. Selamat tak basuh lagi seluar tu kan kak. Klo husband saya pon saya akan suruh dia check dlm poket sluar klo tak jumpa kunci.

Fazleyatul Aini said...

byk benda nak fikir tu kak sampai terlupa hihi

kakyon said...

Akak dah lama lupa singgah dalam diri Zakie. Lepas lap2 dapur nak lap petiais..tp masukan kain pengelap dlm periais.puas mencari tak jmpa..last abaikan jer.esok buka freezer kain tu dh keras beku..huhu

Juhariah Johari said...

sALAM.
hehe rasanya ramai org mcm tu. Kpd Allah kita berserah.

Zaitun said...

Kalau sudah umur meningkat sedikit demi sedikit nikmat yang kita ada ditarik. Kak zai sekarang mata sudah wajib menggunakan spek sepanjang masa, telinga pun kadang2 tak berapa jelas dan yang paling ketara banyak benda sudah tidak ingat dengan serta merta.

Bin Muhammad said...

Kadang2 terjadi juga...lupa letak kat mana kunci, kadang2 handphone...
Saya pula jenis kurang disiplin nak letak ditempat yg sediakan...mujurlah isteri selalu ingat... :)

paridah said...

terlupa kunci kereta masih boleh dicari tapi kalau terlupa tutup api dapur tapi sudah jauh kemana-mana amatlah bahayanya...

nhhas said...

assalamualaikum wbt,

kak zakiiiiii.....

kita pun sama....
minggu lepas... (tak pernah2 terjadi macam ne...)

alkisah...
malam tu turun rumah sekejap sebab ambil barang dalam kereta...
masa naik, nak buka pintu rumah, selitkan kunci kereta dalam poket (slalu letak dalam handbag), tapi sebab turun rumah nak ambik barang jer, tak bawak handbag, maka letak kunci dalam poket.

tengah malam tu basuh kain baju semua...
masuk dalm mesin basuh termasuklah kunci kereta (opkos tanpa sengaja).

pagi esok sebelum subuh jemur baju...
jumpa kunci kereta...
dalam hati dah suspen...
habeslah...boleh buka ke kereta ne...

pagi pukul 8 turun nak g kerja....

taraaaaaa... kereta tak boleh buka...
try pakai manual, apa lagi... menjerit lah kereta berbunyi2 ...
malunya...

kunci pendua pun sama macam akak... tak boleh digunakan dah remotenya.
nak guna manual pintu berbunyi...

last2 tumpang kawan ke pejabat.
mujur ada yang dalam perjalanan ke pejabat dan sudi singgah...
(semoga Allah merahmati sahabat saya itu...)...

sampai opis 829pagi... (seminit lagi nak merah...hehehe...

Alhamdulillah sempat.

call kawan keje perodua (dia PM utk jenis kereta saya)... so dia ajar macam mana nak matikan alarm...
fuhhh....

tapi kunci remote tak betulkan sampai hari ne...
guna manual jer...

hihihi... cuti isnin ne betulkan...
Insya Allah...

semua kunci punya pasal.
cemas kehidupan...

paridah said...

http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html