Monday, November 24, 2014

Majlis pertama cuti sekolah akhir tahun 2014

Hari Sabtu lepas yang merupakan hari pertama cuti sekolah bermulalah majlis di sana-sini. Kami sempat menghadirkan diri di majlis khatam Al-Quran, berkhatan dan aqiqah di rumah jiran belakang rumah. Empat sekeluarga berkongsi majlis kelihatan sangat berbaloi dan meriah. Dua keluarga untuk mengkhatankan anak, satu untuk aqiqah dan satu lagi dua anaknya khatam Al-Quran.

Majlis dimulai dengan tazkirah oleh anak tadika yang membawa tajuk Pentingnya Membaca Al-Quran. Agenda majlis seterusnya diikuti dengan pembacaan suroh-suroh untuk khatam Al-Quran. Kemudian kami semua berzikir munajat. Selesai berzikir itu diadakan tazkirah buat kaum ibu-bapa dan akhir sekali marhaban dan majlis cukur rambut bayi yang diaqiqahkan. 

Yang diraikan - Mereka sedang membaca suroh-suroh ayat lazim.
Pada pandangan aku majlis begini wajar dicontohi. Selain menjimatkan masa jiran-jiran untuk mengagih masa andai majlis dibuat berasingan hari, ia juga menjimatkan kos perbelanjaan kerana mereka berkongi segala kos perbelanjaan catering. Untuk majlis ini kami hanya perlu menghadirkan diri di satu tempat saja tetapi dapat merangkumi ke empat-empat keluarga yang berhajat. Kami hanya perlu menyediakan wang dalam empat sampul berbeza. Mudah dan tidak perlu membazir kerana pastinya andai dibuat di rumah masing-masing,  singgah di rumah terakhir pastinya perut sudah tidak mampu untuk diisi lagi.
Ole-ole buat yang hadir -  Selain daripada pulut kuning dan air mineral dalam goodie bag juga ada bunga telur dan bunga rampai ini.
Hari Sabtu ini pula tiga majlis walimah sudah menanti untuk dikunjungi. Majlis pula berasingan tempat. Apa pun kami sentiasa berusaha untuk menunaikannya jika ada izin Allah. Begitulah bila cuti sekolah yang pasti kita tidak dapat lari dari menerima kad jemputan berbagai jenis majlis terutamanya majlis pernikahan.

~~ Bersyukur dengan keamanan dan kemampuan yang masih boleh digapai.~~

47 comments:

Najib Ariyan Ali Basha said...

alahai... lamanya tak pegi kenduri kendara mcm ni... zaman2 dulu inilah hiburan orang2 kampung

Aisy Nasiha said...

Suka hadiri majlis macam ni.. meriah..Lagi2 kita yang duk kat bandar, bila sekali sekala majlis macam ni, barulah dapat nak beramah mesra dengan jiran dan saudara.. kalau tak payah...
nampak sedap sangat pulut kuning tu.. pagi ni saya makan rendang dgn nasi putih.. lebihan semalam

Yana Shaiful said...

seronok klu dpt pegi kenduri mcm ni..boleh jmpa jiran tetangga.. kat taman yana mnggu depan br majlis khatam ramai2..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Betul tu kakzakie, selain menjimatkan kos belanja.. ianya juga mengeratkan ukhuwah sesama jiran.. buat kenduri sama-sama kan.. jiran2 yg dtg pun senang ke satu tempat kan..

p/s hari jumaat hingga ahad ni kakak saya menghantar kenduri kahwin anaknya lagi ke Johor.. Kali ni ke Kota Tinggi pulak.. saya tak dapat ikut lagi kerana kesihatan masih lagi tidak mengizinkan huhuhu..

LYAfrina said...

Alhamdulillah..program y amat bermanfaat. Asya pom dh selamat khatam al quran baru2 ni..


Dah.lama x dpt bbgkusan bnga rampai mcm tu.. dh rmai y tak buat. Klo dulu bunga rmpai bngkus dlm kertas tisu.pom ada..

Kakcik Seroja said...

Jiran sepakat membawa berkat... :)

Nor Azimah Ali said...

Selain memudahkan banyak hal dan urusan, dapat juga mengeratkan ukhwah sesama keluarga yang berhajat, bagus sungguh la jalinan sebegini, wajar sangat dicontohi

Acik Erna said...

gambar pulut kuning tu yang buat teringin nak buat tu kak zakie..tunggu adik cuti la boleh kukus pulut

Izwa Kamaruddin said...

ya allah sedap nyerrr pulut kuning kak!

Kak Vit said...

samalah kak zakie.. saya balik kampung mak buat kenduri aqiqah dan bersunat cucu-cucunya.. 😊😊

Unknown said...

bagus kalau dapat jiran seia sekata macam ni kan kak.. harap2 saya pun dapat jiran yang baik..

Kayu Manis said...

bab kongsi tu best kak..jimat masa dan tenaga...

semlm pergi walimah pertama musim cuti ni...

saniahibrahim said...

skg dah cuti sek ni mmng banyk majlis kan kakzakie....kat sini minggu lepas majlis perkahwinan pun diadakan 2 dalam 1 ,pihak lelaki dan prmpuan....lagipun jodohnya org dekat...buat kat dewan yang sama.

Jari Manis said...

Betul tu kak Zakie..bila masuk cuti sekolah undangan walimah mesti mbyk..jika tiada halangan elok lah pergi kan bagi eratkan lagi hubungan silaturrahim..

Dah lama x mkn nai kenduri nih :-)

musang said...

cuti sekolah dah tiba..ramai yg naik pelamin, bersunat

norhidana said...

yelah kan kak, bt sekali lg mudah... jiran2 nk dtg pun mudah... kadang kite nih ego nk bt majlis lg gah dr org lain, kalu muafakat kan lebih memudahkan diri sndiri jugak tetamu yg nk hadir tuh

Sura Mohd said...

bagusnya buat majlis berkongsi camni...segala-galanya jimat..yg penting kerjasama..terliur pulak tengok pulut kuning tu..:)

Anonymous said...

buat sekali combo. baru meriah ye tak?

Umm AA said...

Lupa lak..musim cuti sekolh musim org kawen ..heheh...yg kami nie ntah de ker tk der jemputan sbb dah lama ilang dimata kan...
tk menahan tgk pulut kuning tuh..:)

Mar Mansor said...

majlis begini lebih elok..tak membazir, sama-sama..tapi kebanyakan orang sekarang ni nak buat sendiri2..ntah lah sebab nak menunjuk dia mampu ke nak tunjuk rumah ke..emm

kakrose said...

Tidak semua jiran boleh sepakat membuat majlis bersama..klau ada bagus sangat memudahkn jiran yg lain..sekali harung berkunjung..

Ibu Lala said...

Kak. Anak anak sy x habis lg bc quran. Yg 8 tahun tu dok iqra tang tu la. Stress bila tgk anak anak org dh hbs ngaji.

Falsya said...

alhamdulillah..senang wat sekali..sedapnye pulut kuninggggg..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...mmg bagus ada xtvt mcm ni kn...:)

ellynadyra said...

bagus konsep mcm ni
selain jimat belanja
senang kita attend satu je majlis

selamat berkenduri sana sini kak

Zaitun said...

Jimat belanja dan masa. Bagus cadangan berkongsi tapi bukan semua yang mahu macam itu.

nohas said...

sedap pulut kuning & rendang tu...

3-in-1..jimat masa, jimat belanja..sepakat membawa berkat..

mayangbakingmadness said...

ishhh sedapnya pulut kuning tu ... lama tak makan

Unknown said...

Wah! bagus ya kak zakie, kongsi 4 majlis sekali, memang menjimatkan, memang patut di contohi

paridah said...

meriah sekali berkongsi mngadakan mjlis kenduri ni boleh jimat banyak perkara....

Unknown said...

Murah rezeki kak...memang jimat buat macam tu..sepakat membawa berkat..heheh

Dr K said...

Musim kenduri kendara dah bermula!! :)

Sedapnya tgk pulut kuning tu kak zakie..lama tak makan

faraherda.razalan said...

Cantiknya pulut kuning tu kak. Berselera menengokkannya....

Aziela said...

Kalau ada komuniti kejiranan yang bagus, memang sesuai sangat buat acara perkongsian begini. Mudah kan.... Jimat segala2nya dan majlis pun meriah adanya....

Murni Alfathunnisa said...

assalam kakzakie..wahhh lama tak jenguk, masuk2 ternampak pulut kunyit! sedap tu.....adehh..ngencess air liur..

Unknown said...

Bagusnya Kakzakie..tuan rumah ada buat sesi tazkirah dalam majlis ni..

FarahFerraDotCom said...

CutI sekolah nie mmg byk la undangan kan akak.. farah pn pi yg mana sempat la.. =D

aby said...

salam kz..
setuju dgn pendapat tentang perkongsian majlis tu . selain menjimatkan perbelanjaan,penyunjung pun dipermudahkan dgn dapat menghadiri majlis terkumpul tu

zila norazila said...

bgus jgk kongsi mjlis mcmne..jimat mmndgkn brg2 semua dh mhal skrg ne kn kak..

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah...majlis berjalan dgn lancar. Jimat kos sebb berkongsi majlis.

Sedap nya tgk pulut kuning ngan rendang tu kak.

Unknown said...

sedapnyeee la pulut kuning tu.. ish.. tekak terasa nak makan pulak huhuhu

BinMuhammad said...

Cuti sekolah bermula, maka bermulalah pelbagai majlis yg diadakan. Masa utk mengeratkan ukhwah...
Bagus kan kalau bergabung buat majlis sebegini...kurang kos dan xmembazir.

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
pertamanya..terliur pulak tengok pulut kuning tu, lawan dengan rendang daging..fuhh. Memang meriah majlis-majlis begini, tapi kalau di kampung-kampung lagi meriah. Teringat-ingat...

babYpose said...

Assalamualaikum Kak zakie, idea bagus combine majlis kan.. dapat banyak jemputan, menunjukkan ramai kenaalan kak zakie ni..tetingin pulut kuning pulak ni :)

Mummydearie said...

Baguslah jiran tetangga akak ni. Buat majlis sekali harung, menyenangkan semua pihak terlibat. Takdalah ralat rumah tu pergi, rumah ni tak sempat pergi nanti. Macam dah lama tak pergi kenduri-kendara. Kalau majlis kahwin ni memang tunggu cuti sekolahlah biasanya.

OKje said...

Setuju kanda.....yg dijemput pun senang haha...

Yana Yani said...

bagus juga buat gitu kan kak
jimat banyak camtu sebab satu majlis aje
saya juga menerima banyak jemputan musim cuti sekolah ni