Thursday, November 13, 2014

Musim 'potong' sudah bermula

Menuju bulan cuti sekolah di penghujung tahun berbagai jenis kad-kad jemputan mula diterima. Mendapat kad pula kena baca berhati-hati. Kad yang direka kreatif bukan saja untuk majlis perkahwinan, tetapi juga majlis aqiqah, berkhatan, ulangtahun perkahwinan, ulangtahun kelahiran, kesyukuran atas kejayaaan peperiksaan dan banyak lagi.  Aku hampir saja terkeliru majlis berkhatan dengan majlis aqiqah.

Marhaban - Selesai mambaca yasiin dan tahlil kami bermarhaban.
 
Sebenarnya aku salah anggap bila dikatakan majlis 'potong' aku sangkakan potong bermaksud sembelih kambing untuk aqiqah. Ditambah pula dikatakan ada bbq kambing golek. Mestilah tanggapan aku majlis aqiqah. Tetapi bila tiba di majlis semuanya tergelak kerana potong dimaksudkan adalah berkhatan. Makcik ini adalah ipar kepada pakcik sesusuan bapak yang baru meninggal 2 bulan lepas. Majlis dibuat untuk mendoakan keselamatan tiga cucunya yang akan dikhatan minggu depan. Ambil cuti sekolah 2 hari lebih awal katanya.

Makan - Selesai majlis apa lagi makan-makan seperti biasa
Anak-anak yang akan dikhatankan berusia 10, 9 dan 8 tahun daripada dua ibu berbeza. Tetapi menurut makcik aku itu kalau yang 8 tahun takut mungkin tidak jadi sebab bila ditanya sekejap kata mahu sekejap kata takut. Tetapi pendaftaran kepada pihak klinik sudah dibuat untuk ketiganya. Makcik dan sepupu aku tidak mahu memaksa.
Anak-ibu - Ada juga ibu-ibu lebih selesa makan di porch kerana bimbang anak-anak yang makan bersepah.
~~  Jika tidak ada aral melintang andai ada jemputan wajib hadirkan diri. Keluarga disayangi, masyarakat dihormati.Ukuwah terjalin pasti indah dirasai.~~

 

50 comments:

@na said...

As Salam kakzakie...
ingat potong apa la tadi...tu...ngeri pun ada...hehehe..
Majlis berkhatan rupanya....
Di belah utara ni majlis berkhatan biasanya di buat besar2an kak...siap ada bunga telur lagi...seakan majlis kenduri kawen...

Izwa Kamaruddin said...

uhh..anak saya sudah selesai dipotong..hehehe..kes bird buta tu la kak :)

nOe suhaimi said...

salam kak zakie...hehehe...zaman skang ramai yg jemput guna kad dan kad pun dah macam kad kahwin...

dah mula la majlis potong...hehehe

Kayu Manis said...

seram plk bab potong ni... takpe ayahnya ada utk cover..
ingat azhan... ni turn mmd plk...
enth thun ni atau thn dpn...

suani nk thun ni... nor plk... mcm rasa dia kecik lgi..

mama maman aka yana said...

maman coming soon.. next two week..
berdebar mak dia nih.. huhu

Yana Shaiful said...

yana tgu anak buah je kna potong next week..xsabar plak nk blk kg mkn kenduri..

Nor Azimah Ali said...

betul kzakie, dah tiba musim kenduri kendara ni, macam-macam kenduri kan, cuma kena banyak buat persediaan atau plan B, sebab musim kawen ni kenanya juga musim hujan, ha ha ha.

babYpose said...

ingat potong apa kz:) anak-anak kakak buat masa baby, saya tak teringat pula untuk faiq, tapi elok potong masa besar kut. pasti berdebarkan..

saniahibrahim said...

Iman pun sibuk gak nk potong bila tengok kwn2 ...tapi kami rancang tahun depan ...

nohas said...

dah lama tak attend majlis macam ni, ada surau/masjid yg anjurkan majlis berkhatan beramai-beramai..meriah sungguh..

Nieyla Nadia said...

hihihi..
nieyl pun ada anak2 buah yg akan potong hujung bulan cuti sekolah nie...:)

Nieyla Nadia said...

hihihi..
nieyl pun ada anak2 buah yg akan potong hujung bulan cuti sekolah nie...:)

lia said...

cerita pasal potong, saya berdebar sgt skng ni... mcm mana la keadaan Amsyar time potong nnt hu3

Unknown said...

takde pengalaman lagi 'potong' anak punyer kak..hajat nak buat jugak si along tu tapi sibuk bulan doblas ni..cuti ibu ayah dier pon tak banyak ni..

Fazleyatul Aini said...

yela kak dah hujung2 tahun ni memang majlis kenduri je kat mana2

amirah said...

kalau 'potong' sesuainya dalam cuti sekolah la kan kak sebab takyah pegi sekolah...yg selalu nya kawan yg dah 'potong' ek aje dtg mlawat ngejek pakai kain pelikat..mentang2 dia dah selamattt...hehehe..

lieyalatif said...

tu la kak skrang di ambang2 cuti sekolah musim khatan kan.... tak sabo lak nak tgu turn dayyan ekekekekeek....

BinMuhammad said...

Alamak... Tak nak kenang semula, ngiluu dibuatnya!
Sekarang ni majlis 'potong' ni agak meriah...dah macam majlis kenduri kahwin pun ada...
Tahniah kpd yg telah kena 'potong' :D

Falsya said...

Anak buah falsya pun nak kene potong cuti sekolah nnt..siap dh mintak awal2 nak fully bius..cengeng anak buah falsya nie..

Bunda_nora said...

Macam2 musim bila masuk hujung tahun ni KZ...musim berkhatan,bertunang, kahwin, juga musim perabih duit ...melancong sana sini bawa anak2 jalan musim cuti sekolah..

Zaitun said...

Mewahnya sekarang majlis potong pun pakai kad. Kak zai dah tak ada anak nak potong tunggu cucu aje lagi hehe...

faraherda.razalan said...

Jemputan kawen kami pun, beratur panjang kak. Hahahaha! Cuma lom dpt jemputan potong je lagi.

Unknown said...

kami pun bercadang nak potong cuti kali ni.. bukan saya la.. aqil.. hehehe.. harap2 dia tak lari pulak da last minute..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...betul tu masa cuti sekolah ni lah senang ibubapa nak bawa anak2 mereka bersunat...

p/s ramailah majlis "potong" bila cuti sekolah ni...:)

ummiross said...

Salam rindu Kak Zakie, salam bertemu kembali..

Seronok bila ada majlis macam ni Kak Zakie, dapat jumpa ramai kenalan, dapat juga makan-makan :)

aizamia3 said...

Bukan selalu dapat berjumpa dengan sanak-saudara bila adanya jemputan macam ni.. ;)

ellynadyra said...

bermulalah jemputan utk berbagai2 kenduri bersama iringan kad jemputan yang berbagai2 corak
cantik2 kad kan bila kita terima

dulu2 ingat lagi
adik2 saya nak sunat
mak ayah buat kenduri besar2an
mcm nak kawin
tapi kat area umah saya
dah tak de la
kalau sunat, sunat kat klinik, udah
bestnya kat kampung
ada kenduri
mcm2 ada
meriah betul

Unknown said...

hehehe.. betollah kakak~
dah nak start cuti sekolah lah. mesti ramai yang dh mula sunatkan anak lelaki masing2.cepat sunat, cepat baik.
setakat nih zura x pernah terima kad jemputan untuk majlis 'potong' nih. hehehehe

Fiza Rahman said...

Hehehe...ingatkan potong apa lah tadi. MEmang musim potong lah bila cuti skolah ni kak.

Saya tanya anak bujang saya tu. Nak sunat tak? Dia tak nak kak...hehehe...

OKje said...

Haha....kanda ni.... Tapi betul jugakkan ....potong macam macam potong ....harus keliru tu hihi
Mewah nampaknya tu kanda sampai ada kambing tergolek golek....

AMIIZAA@Mieja said...

heheheheh tgk tajuk kak zakie hari nie saya dah tersenyummmm ...:)

Mar Mansor said...

saya faham maksud tajuk kakzakie tu sebab dah hujung tahun ni, musim cuti sekolah memang masa yang sesuai untuk itu..

Siti Sharini said...

Alhamdulillah rezeki akak dapat banyak jemputan hihi..

Anak saya umur 5 tahun beriya ajak sunat. Sebab Paklong dia kata kalau sunat nanti abah beli iPad.

sabaq je laaa

Unknown said...

hahahha..lawak la kak ni..boleh fikir potong2 daging pulak ye..jarang2 dah orang buat majlis khatan sampai kenduri besar2 kak..kat kampung saya pun dah tak de..

Yana Yani said...

hehe...istilah potong ni
adalah istilah yang biasa dengar untuk majlis khatan
tapi memang orang sekarang buat besar-besar =)

Dr K said...

wowwwww..kad jemputan utk majlis berkhatan . :)

Anak sulung saya, Insya Allah akan berkhatan bulan Dec ni...doakan dipermudahkan urusan ya kak zakie

Nastyna said...

owhh potong yang itu... hehehee. kat Jerman ni dorang tak benarkan potong kids until they 18years old they can decide themselves, sampai last few years muslim dan jewish sama2 berpimpin tangan protes new law ni.

Tapi ada jer dorang buat senyap2.

My anak sedara umur few months tu bapak dia bawak balik bosnia potong siap2 hehehe.

Puan Kutu said...

cuti sekolah memang sinonim dengan musinm potong..aiman ni je penakut..klu dia nak mmg nak khatankan cepat

nurbijen said...

Owh, baru tahu maksud musim potong tu....
Ramai lah yg berpelikat lepas ni... hihihi

LYAfrina said...

haha.. yela..musim cuti sekolah...ramai la budak2 lelaki y akan berkhatan.. cuma klo kt belah sini..tkut bnjir..kesian lak

paridah said...

ki sejati tu....

Nina Mads said...

musim cuti skolah ni memang banyak la jemputan.. meriah dgn makan2

Unknown said...

Salam.
Ni kak baru balik dari majlis foram pperdana 2 sessi.
Lepas ni di masjid besi pun ada majls potong beramai2.!

kakrose said...

Dah samoai musim cuti ni..kad jemputan dh bnyk dapat..siapkan ajelah sampulnya..:)

Afasz said...

tajuk entry ni bikin panas je hehehe.. mmg musim ek kak. tkde palk area sini. jarang p kenduri potong ni. hehe

Bitt (double IS) said...

salam ukuwah....

ehhehehe jarang berada dalam kenduri potong sebab anak buah tak ramai kot...anak sendiri kecik2 dah kena potong terus hehehe

Time Traveller said...

Betul tu setuju.. kene baca betul2.. kang salah cara pulak dtg majlis orang hahahaha :P

Mummydearie said...

Dah cuti sekolah ni kak memang ramailah budak lelaki yang kena 'potong'. Saya dah tanya si Abang, katanya tunggu dia 9 tahun baru potong. Saya kata kat Adik suruh 'potong' sekalilah dengan Abang tahun depan, mencicit dia lari bila dengar nak kena potong bird.

Jari Manis said...

majlis 'potong'?..ingatkan nak potong apa tadi heheheeh

QasehnyaRania said...

hihi.dah blh agak dh tadi.
dh mula cuti skolah kan