Tuesday, January 13, 2015

Rutin ibu-bapa sibuk sudah bermula

Hampir dua bulan aku berehat sekian lama,  kini rutin sibuk aku kembali semula. Kalau biasaya bangun pagi terus menuju ke bilik air tetapi kini ruang dituju adalah dapur. Seawal sebelum subuh aku sudah berada di dapur. Selesai siapkan bekal sekolah barulah masuk ke bilik air. Tunggu solat kejut anak pula. Selesai solat bungkus bekal untuk diri sendiri. Sementara tunggu adik sarapan aku siram pokok bunga kemudian menanti adik sarungkan setokin/kasut. Langkah seterusnya menghantar adik ke sekolah. Sayang-sayang-peluk-cium dan apabila adik sudah masuk ke dalam perkarangan sekolah terus ke pejabat. Mengharung jalanan yang pastinya sesak dengan jumlah kereta yang banyak bagaikan menyesakkan nafas. Aku mula menganggarkan mungkin setiap seorang cikgu satu kereta itulah bila hari sekolah terasa banyak betul jumlah kenderaan di atas jalan raya.

Malam pula rutin duduk belajar sama selepas anak-anak balik dari mengaji. Duduk menemani adik membuat kerja sekolah. Jika kerja sekolahnya banyak seperti malan tadi, kenalah adik makan bersuap. Sambil mama menyuap ke mulutnya tangan adik terus memegang pensil membuat kerja. Tahun ini tahun penentuan adik sebelum melangkah ke alam sekolah menengah. Baru hari kedua semalam aku lihat kerja sekolah adik sudah begitu banyak. Kalau tidak disuap makan aku pasti adik sanggup tidak makan. Rentak rutin akan bertambah rancak bila bulan Februari nanti bermula kerana adik kena duduk pula di kelas tuisyen.
Adik - Moga bertambah matang dan lebih cemerlang di tahun 2015 ini.
Aku percaya ramai ibu-bapa seperti aku juga. Rehat panjang sewaktu cuti sekolah hujung tahun membuat badan terasa letih benar bila memulakan semula rutin sibuk ini. Memikirkan bekal apa mahu dibawa setiap pagi satu hal yang bersarang di kepala. Minggu pertama ini masih banyak menu terfikir. Ahad baru lalu - roti gulung sosej, Isnin - kwee-teow goreng, hari ini beehoon goreng, esok belum terfikir lagi.

~~ Bujang => menikah => dapat anak =>; menjalankan tanggungjawab => anak berdikari => kita tua (dengan izin Allah) => akhirnya kita pergi juga. Perkara utama diharapkan adalah doa dari mereka. ~~

46 comments:

Hudalatip said...

Memang betullah tu kan, rutin yang hampir serupa..sebelum subuh saya dah bangun untuk settlekan apa yang patut..risau kalau tak tersedar awal pagi..Alhamdulillah untuk setakat ni semuanya ok jer..Demi anak-anak kan...

AMIIZAA@Mieja said...

salams kak,
betul sangat2...kita serupa...hehhehe dha kat opis rasa mengantuk pulak....

paridah said...

rutin ibu2 yg bertanggungjwb terhadap anak2nya yg dh mula bersekolah mmg sibuk sekali ya...tapi kak dh tinggalkn ksbukn bgitu..

Falsya said...

Falsya skang nie xmerasa lg..lg 6 thn kut baru merasa apa yg kakak rase..insyaAllah kalau masih lg sempat..;)

imm said...

heheh cute lah makan bersuap sambil buat keja sekolah..teringat pulak best student masa imm darjah 6 dulu..budak lelaki..dia pun jenis buat homework makan bersuap jugak kak.. ☺

Aziela said...

Adik ialah pelajar cemerlang. Hasil dari ibu dan ayah yang cemerlang dan sentiasa berusaha. Insya Allah...akan menurut jejak langkah kakak2 yang berjaya.

Saya berdoa agar saya dapat menjalankan amanah Allah sebelum nyawa ditarik dari jasad.

Kayu Manis said...

itulh tugas kita sehari ye, esok bt bnda yg sama lgi..
mudah2an Allah redha dgn kita..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kakzakie. lama sy tak singgah sini.. byk post yg ketinggalan.. huhu. sy pulak tahun ini lebih relaks sikit. Ank dah pandai berdikari.. kerja sek setakat ni belum byk lagi tapi klu byk pun dia akn siapkan di sebelah siang.. malam dah boleh berehat skrg. tapi bab kete byk tu... aduhhhh.. memang lemah betullah.. terpaksa mencilok2 juga di jalanraya.. semoga semuanya selamat.

Inani Hazwani said...

nani single lagi tak lah busy sangat. hahaha :P

Inani Hazwani said...

nani single lagi tak lah busy sangat. hahaha :P

Mimie_Zatun said...

tugas ibu bapa kembali busy kan kakzakie..

Ann Ishak said...

seronoknya adik makan bersuap

Kakcik Seroja said...

Sekarang ini di hari pertama persekolahan sahaja, murid2 sudah dibekalkan dengan kerja rumah...tidak seperti dulu-dulu yang mungkin seminggu dua baru kerja rumah diberi...

insan marhaen said...

agaknya sebab itulah anak-anak kita dah tak kenal erti susah dalam hidup walaupun umur dah mencecah remaja.

pergi sekolah dengan bekal dah siap disedia. buat kerja sekolah dengan ditemani ibubapa.

tak macam kita dulu, umur menengah rendah dah terpaksa urus diri sendiri dan bertanggungjawap jaga adik-adik.

Tie HT said...

teringat kenangan masa kecik dulu, seronok gi sekolah :)

memmetlenggeng said...

Begitulah nampak gayanya kak...memang sibuk sikit, tapi syukur..

NM03 said...

saya tak sabar saat indah bangun pagi kejut dak qausar, siapkan dia, anto dia.. balik tggu dia, bantu dia keje sekolah... huh... lambatnye...

silap2 masuk bulan ke 2 saya ilang sabar. hahahaa

Dr K said...

Betul tu kak zakie...
Rutin kita, begitu lah..

Dan bagus tu kak, saya baca akak pun sendiri, bawa bekal ke pejabat :)

Fyda Adim said...

rutin harian kembali sibuk. sama dengan saya bangun jam 5 pagi siapkan bekalan untuk anak2.anak sulung pula cerewet tak makan pedas..jadi kena masakkan makanan yang dia makan supaya dia mkn dengan senang hati di sekolah...adik ok nasib xmemilih.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Betul tu kakzakie... tugas harian berganda-ganda lagi selepas berehat selama sebulan menjadi supir semula ni... kena keluar awal takut jem yg berganda-ganda juga.. pastu nak fikir sarapan pagi mereka pulak.. hari ni saya tak sempat nak buat sarapan.. jadi beli nasi lemask ditepi jalan jer.. :)

Fiza Rahman said...

Betul kak. Rutin harian dah bermula. Tahun ni tambah lagi sorang dah start sekolah. Memang agak kelam kabut jugak awal² ni. Nak kena adjust masa lagi. Balik plak sampai 3 trip sebab memasing dok kat sekolah yg berbeza. Extra kepenatan kak.

Smoga kita diberikan kesihatan yg baik untuk uruskan anak² ke sekolah.

amirah said...

rasa penat jugak kak walaupun anak baru tadika..huhu...penat sgt rasa bdn..agaknya sebab bawak badan ni hah...nnt dlm pantang hrp boleh rehat la

Ujie Othman said...

emm..ada sesuatu yg saya risau dan terfikir lps baca entri akak ni. :(

Nor Azimah Ali said...

saya kan kzakie, seawal 4.30 dah berada di dapur, mcm kzakie, siapkan bekal utk suami, anak2 dan saya juga, anak2 mmg nak bawak bekal, katanya jemu makanan kat kantin, dan malas nak beratur pjg beli makanan.
Anak saya yg darjah 5 tahun ni tu pun dah stat ada keje sekolah, haii..first day dah ada keje sekolah, saya plak selalunya bagi sudu, ikan buangkan tulang siap2, jadi sambil buat homework sambil makan.
pastu betul sangat, perbezaan ketara jumlah kete masa cuti dan masa keje, dah stat bukak sekolah ni ntah dari mana dtg kete byk sangat.

Ibu Yusuf Maryam said...

Selamat bersekolah adik. Semoga terus cemerlang.. :D

@na said...

Alhamdulillah...kakzakie ibu yang cemerlang...tahniah...
moga mereka menjadi anak solehah yang menjadi saham ibu bapa di akhirat nanti..
amiin

Shahrul Yusof said...

Tak lama lagi giliran kitorang yang ada anak kecik ni pulak penat bila time anak nak sekolah. Masa kecik, penat nak salin pampers. Dah besar sikit, penat cara lain pulak. Hehe. Lumrah kehidupan ibu bapa.

eMMe said...

Salam Kak Zakie saya sentiasa doakan kesihatan Kak Zakie suami serta anak2... dijauhkan bencana, dilindungi Allah swt. kuasa Allah atas setiap kejadian itu... harap 2015 permulaan yg baik.. dan pengakhiran yg manis utk disimpan dan dikenang, adik tahun ni upsr kan kak, perlu kan sokongan dan dokongan mamanya... tanpa mama, bagaimana si anak? tgk makan bersuap lagik, YaAllah rindunye saya suapan mak saya... sampai skrg, saya tak malu tau mak suapkan saya.. heeee~

Julia Johari said...

Rajin ye akak bangun pagi2 buat bekal anak2 ke sekolah...seronok tau saya nak serap aura akak ni kalau Qi dh besar nanti...betul kak doa anak yg kita harapkan bila kita takde nanti...kita sebagai anak kenalah doa utk parents kita kan baru anak2 ikut...akak jga diri ye...

Mar Mansor said...

betul tu kak, masing2 sibuk dah..
sorang satu kereta dah pasti bukan guru je..destinasi masing2 tak sama..tu pasal la kot

Hanis Azla said...

As-salam kak zakie..

betullah kak.. lepas dah berehat lama, nak mula balik terasa letihnya.. selagi tak habis waktu sekolah, hati selalu risaukan keselamatan mereka.. bila anak-anak dah selamat smp di rumah, barulah perasaan jadi lega.. semoga anak-anak kita sentiasa dilindungi.. insyaALLAH..

zmarl (ibu) said...

menu ahad akak sama dengan menu zee pagi tadi..pening jugak nak buat bekal..

rata2 parents sumer akan rasa camni kan kak..penat, lelah, letih tapi puas biler tengok anak2..oo adik dah standard 6 patut la sibuk..

aizamia3 said...

Biasa tiap tahun saya akan bercuti 2 hari tapi kali ni sehari je saya bercuti memandangkan ada kerja urgent di pejabat. Lagipun dak Kakak dengan dak Adik dah boleh berdikari.. ;)

OKje said...

Betul tu kanda.....kanda tidur pukul berapa yek..... Malas tak nak bangun pagi esoknya kanda.....

Ohhh...mmg ibu penyayang sungguhlah kanda ni, rajin pulak melayan suap, kalau dinda malas nak layan hihi..... Tp mungkin kasih sayang itulah yg akan adik ingat bila kanda dah tak de kudrat nanti....

ellynadyra said...

ya Allah kak
saya baru sempat membuka blog
blog saya sendiri senyap sunyi
letihnya kak bila dah bermula sekolah
Allah je tau
jam 5.30 pagi dah bangun
siapkan sarapan anak2
siapkan anak2

moga Allah bagi kekuatan pada semua ibu2 yang uruskan anak2 mereka
saya bercuti 3 hari
untuk pantau anak
moga Allah permudahkan urusan anak2 disekolah

Darling Pya said...

semoga acu diberi peluang untuk merasa "nikmat" nie semua :)

Umm AA said...

Itulah rutin yg sy pun tengah belajar2 nak adopt nie kakak..mmg memenatkan dan terkejar2..tension pun hado..kang best jd surirumah sepenuh ms..heheh..
apapun semoga adik terus excel..sib baik mamanya sgt baik & penyayang sggp suap nasi tunggu study tuh..:)

Zaitun said...

Kak zai sudah pencen dari semua itu sebab anak bongsu sudah masuk U. Cuma tinggal berdua itu pun selalu aje ponteng dari memasak dan sebagainya hehe...

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,

Demikianlah rutinnya. Mudah-mudahan kesibukan kita ada nilai di sisi Allah SWT...aminn.

dorsett pink said...

Betul tu., bile sekolah dah start, mak pak pun busy.. nak rehat tunggu cuti sekolah.. walaupunsaya belum lagi di fasa itu, tapi saya dpt rasakan situasi itu..

Kamsiah yusoff said...

begitulah rutin kita sbg ibu ya kak zakie..kita yg paling awal bgn pg..kita yg paling akhir melelapkan mata..

Mummydearie said...

Rutin dah kembali ya, kak :) Saya pulak tahun ni bermula rutin baru. Memang kena bangun 30 minit lebih awal daripada biasa. Bingung juga dok fikir bekal apa nak dibawa dek anak. Esok saya rasa nak buatkan Abang roti sosejlah. Nasib akak beri idea :)

Lepas dua hari dengan rutin baru ni, saya rasa seronok sangat walaupun badan terasa penat. Seawal pukul 8 malam mata dah kuyu dibuatnya tapi tahan ajelah sampai siap semua kerja rumah!

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...semoga adik akan sentiasa berjaya...:)

Fifi Nadhrah said...

kak saye yang anak baru nak masuk 3 tahun ni pon penat fikir bekal.. sakit badan2 sibuk.. Allah hu akbar.. moga kita dapat rehat yang sebenar2nya di akhirat nanti..

nOe suhaimi said...

masa rehat dah tamat kak zakie...rutin harian bermula semula..

Jari Manis said...

alhamdulillah..jika ada anak yg soleh..doa kpd ibu bapa in sha Allah x kan di lupa