Saturday, January 10, 2015

Misi kedua berlangsung dengan jayanya

Melihat cara mereka bekerja tidak mustahil mengapa isteri-isteri tidaklah perlu turut-serta. Cukuplah sekadar membantu packing yang perlu dibawa ke sana dan mendoakan misi bantuan serta perjalanan pergi-balik mereka selamat. 

Tiba destinasi - Pagi Jumaat masing-masing sudah tiba di bumi Kelantan
Kasih & sayang - Bila rasa kasih dan sayang pada tempat itu sudah ada dalam hati masing-masing pasti semampu boleh mahu melakukan yang terbaik. Jangan tidak tahu ada kalangan sahabat hubby yang sambil bergurau berkata "masjid ini masjid angkat aku" kiranya bagai anak angkat dia sebab trip pertama (mingu lepas) sebelum ini ketika menjejakkan kaki di situ rupa masjid itu terlalu teruk keadaannya. Sungguh dia mahu masjid itu menjadi cantik dan ceria semula dengan kelengkapan yang sempurna dari sebelumnya. Gambar ini bukan masjid yg dimaksudkan.
Gotong-royong - Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Membersihkan bangunan khairat kematian bersama-sama. Alhamdulillah kuderat tangan-tangan lelaki muda pantas saja dapat dibersihkan.
Selesai hari pertam - Malam mereka menjamu selera di sini. Letih memang letih tapi apa yang boleh dilihat meriah sungguh hingga aku berseloroh pada mereka "Balik JB sudah boleh membuka syarikat mencuci bangunan". 

Apabila sesuatu musibah diterima dengan keredhaan dan kerendahan hati tidak mustahil ada yang lebih indah dan cantik akan Allah berikan. Ibarat bagai cerita kanak-kanak tentang kektus dan ulat. Kesedihan melihat taman yang dipenuhi kektus dan ulat membuat seorang hamba bersedih membandingkan dengan pokok orang lain. Tetapi tanpa disedari ulat yang disangkakan musibah dan kektus yang berduri ada hikmah indah setelah sekian lama berada di tamannya. Kektus mengeluarkan bunga-bunga yang indah dan ulat menjadi rama-rama berwarna-warni. Mungkin inilah yang akan dinikmati saudara dan sahabat kita yang dilanda musibah banjir. Dari kepayahan dan ujian ada keindahan dan rahmat di sebaliknya. 

~~ Islam itu indah. Kerana musibah pertalian persaudaraan terjalin bertambah erat.~~

29 comments:

Inani Hazwani said...

betul tu kak. melalui musibah ni pertalian saudara tu terjalin :D

Zaitun said...

Semoga pertalian menjadi lebih akrab menjadi ahli keluarga sendiri.

Dulu kak zai tak berapa suka pergi ke Pantai Timur tapi setelah selalu mengikut hubby outstation kak zai dah jatuh cinta. Rasanya kalau berada disana terasa aman sekali.

zmarl (ibu) said...

bab nak mencuci ni memang perlu sangat sukarelawan turun bantu kak..
lagi ramai lagi bagus..
nak mintak tolong jiran tetangga terdekat memang tak boleh sebab mereka pon terkena sama..
bukan sikit tu nak dibersih..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Alhamdulillah. Semoga berterusan usaha murni macam ni Kakak.

Ahlam Miera Shafie said...

alhamdulillah.. terima kasih kerana membantu kami org pantai timur.. walaupn xkena tapi sikit sebanyak rasa terharu dgn rakyat malaysia yg membantu dan sanggup turun padang...

Puan Kutu said...

setuju sgt kak zefa,dlm kesempitan ada kesenangan.semoga yg membantu beroleh barakah dunia akhirat.yg menjadi mangsa semoga terus tabah

paridah said...

kerja-kerja pembersihan selut lumpur ni mmg berat n perlukan tenaga yg kuat utk mengerjakannya biarkanlh lelaki2 yg baik lagi prihatin ini membntu n isteri di rumah mndoakan mrk selamat di sana n kembali dgn selamat...

Fadzi Razak said...

Semoga semua yang turun membantu ni dapat pahala yang setimpal dengan amalan mereka. syukur

Etuza said...

lembut hati Etuza melihatnya..alhamdulillah berkat hidup tuan blog. Pasti besar pahala. Dan kerja berat menjadi ringan..harap selamat di gunakan...

Kamsiah yusoff said...

alhamdulilllah kak zakie... budi yg ditabur ..hanya ALLAH yg mampu membalasnya..

aizamia3 said...

Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban dorang di sana..

Anonymous said...

Seronok tgk org yg direct ke sana memberi bantuan.

Saya tak berkesempatan...

Mime MF said...

kalau tak mampu tolong dr segi wang ringgit, tolong curahkan keringat pun boleh jugak kan..usaha murni yg ptut dicontohi..;)

aby said...

salam kz ..
JB kelantan jauh tu ..
tp bila semangat membantu tu kuat,
yg jauh pun menjadi dekat ..
moga kesemua rombongan lanang mu mendapat ganjaran setimpal dengan usha yg telah dilakukan nya tu

Wa said...

Alhamdulillah...hanya Allah ye yang dapat membalas jasa akak dan kawan-kawan.. usaha yang sungguh murni..

Lynn Huraiza said...

syukur alhamdulillah...

Ann Ishak said...

alhamdulillah...sekarang ni pun dah ramai team kesana untuk proses pembersihan.

nohas said...

Alhamdulillah..walaupun tak pergi sama, isteri2 jg menyumbang tenaga utk preparation dan doa utk suami2, syabas utk para isteri jg..

"behind every great man, there's a great woman"

@na said...

Betui tu kak zakie...itu lah dikatakan hikmah disebalik musibah...pertalian saudara kembali bertaut...
Alhamdulillah...
Moga Allah menggantikan pahala dan keredhaanNYA...

memmetlenggeng said...

Kami sekeluarga mendoakan segala yang terbaik untuk sukarelawan, mahupun mangsa..semoganya semuanya akan seperti sediakala...

Mar Mansor said...

ikhlas membantu dengan kuderat yang ada..mampu meringankan beban saudara kita yang dilanda musibah..
boleh bukak syarikat mencuci eh..cayok2

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah berjaya akhirnya misi membantu saudara2 kita yg menghadapi bencana banjir...:)

Cik Ecah said...

alhamdulillah...moga terus murah rezeki akak...AMIN..

eMMe said...

Alhamdulillah kak Zakie, misi berjaya ye kak, misi kedua yea? Syukur, kite bantu dari sini je pun OK kan kak, selain mendoakan keselamatan mereka yg dicintai di sana... ada misi lagi ke pas ni Kak Zakie?

Jari Manis said...

JM juga baru balik dari misi bantuan di Pasir Mas...mencuci rumah2 yg di penuhi lumpur..agak penat tetapi memberi sedikit keinsafan dalam diri cuma sedikit terkilan kerana mangsa banjir yg diberi bantuan masih belum sedar dan tidak bersyukur..masih ada yg lalai dgn perintah Allah

TukangKebun said...

Syukur Alhamdulillah sehingga selamat juga urusan misi kedua.

OKje said...

Ohhh....abang dah pergi lagi yer kanda.....Seronok nampaknya mereka bila dapat menolong dan menggembirakan orang yg tgh dilanda musibah...

OKje said...
This comment has been removed by the author.
Mummydearie said...

Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan oleh-Nya. Bila kita buat sesuatu seikhlas hati dan dengan hati yang gembira, tentu hasilnya baik-baik belaka, kak!