Friday, January 30, 2015

Titipkan doa buat mereka yang pergi

Berusia 48 tahun lebih kurang usia hubby saja tetapi sudah dijemput Izrael untuk meninggalkan dunia yang sementara ini. Kami berdua terkenang hajat allahyarham sebelum pergi.  Sudah lama beliau menempah rumah sewa kami sebaik diketahui penyewa kami yang ada kini akan berpindah rumah untuk mengikut anak keduanya yang sudah mempunyai bayi untuk dijaga. Allahyarham merupakan sahabat masjid/surau hubby. Menjalankan business alat pemadam api - fire-extinguisher. Bertambah erat dengan hubby kerana selalu hubby memberi peluang business kepadanya. Tiga hari sebelum beliau pergi hubby berkata ada bertemu di masjid sewaktu tazkirah Isyak. Hari berikutnya bertemu di surau taman sebelah perumahan kami. Boleh bergurau lagi apabila dia menepuk belakang hubby ketika tazkirah baru hendak bermula, lalu akhirnya duduk bersebelahan. Hari ketiga malam itu sekali lagi di masjid ketika berwudhuk di malam majlis maulidurrasul. Pagi selepas majlis maulidurrasul itulah beliau dikatakan dijemput Izrael lalu meninggalkan kami sahabat-handai serta sanak-saudaranya.

Terlalu mudah perginya seorang hamba Allah yang begitu baik, luhur dan murah dengan senyuman. Sewaktu hidupnya sangat mendamaikan sahabat-sahabatnya. Perginya dia meningalkan kesan kasih dan ukhuwah yang sukar digambarkan. Kami kehilangan sahabat yang baik. Isteri dan anak-anak kehilangan tempat bergantung kerana isterinya tidak bekerja. Harapan kami moga businessnya masih boleh diteruskan oleh isteri dan anak sulungnya.

Jika mengikut perancangan beliau akan menyewa rumah kami pada bulan Februari ini. Sekiranya hajat itu mahu diteruskan oleh isterinya sungguh kami tidak ada halangan.Agak terkilan juga buat aku dan hubby namun ketentuan Allah tidak siapa mampu menidakkannya bila beliau tiba-tiba pergi buat selama-lamanya. Doa dari kami sahabat-handai dan saudara-mara semua semoga roh Allahyarham Latif ditempatkan bersama kalangan para solihin.

~~ Usia dan kesihatan bukan pengukur bila ajal akan tiba. Begitulah pengakhiran selepas 327 hari hilang, pengumuman khas semalam sudah mengisytiharkan MH370, bahawa kesemua 329 orang yang berada di dalamnya dikatakan menjadi nahas korban kemalangan. Doakan buat semua mangsa. ~~

57 comments:

Masya said...

moga rohnya sentiasa tenang disana.. org yg baik selalu allah jemput awal.

Aisy Nasiha said...

Mmg muda lagi tu, anak-anak pun mesti kecil2 lagi..Takziah buat keluarga terlibat. Itulah kan. Maut tak dijangka, bila atau di mana bukan dalam perancangan kita. Moga kita mendapat hidayah-Nya sentiasa dan dapat mati dalam iman.

Kakcik Seroja said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun...

Semoga Allah mengampunkan dosa mereka, menerima amal ibadat mereka dan menempatkan roh mereka di syurgaNya...

FarahFerraDotCom said...

Al Fatihah..ajal tak mengenal usia kan akak..semoga arwah tenang di sana..

Eye_nee said...

Innalillahiwainnailaihirojiuun..

Tiada ukuran umur kan kak utk setiap kematian...

Semoga Allah menempatkan rohnya dikalangan insan2 yg diredhaiNYA...

mama eija said...

Assalamualaikum kakzakie... selamat pagi... Innalillahhiwainnailaihirojiun... semoga rohnya dicucuri rahmat... yg hidup pasti akan mati..

Acik Erna said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun...
Al Fatihah buat arwah

paridah said...

SALAM JUMAAT...DEMIKIANLAH DUNIA YG SEMENTARA AKN DITINGGALKAN PABILA REZEKI DISINI SUDH HBS N REZKI YG BNYK MENUNGGU DI ALAM AKHIRAT SANA...ALFATIHAH..

CikguAreefNaim said...

Salam kak zakie,

salam jumaat al-mubaraq...

inna lillah wa inna ilaihi roji'un... mg rohnya dlm kal. org2 yg beriman...

betul tu, mati itu tk mengenal tua muda, sihat sakit... sampai masanya ia pasti dtg menjemput; tidak terlewat atau terawal walau satu minit...

mayangbakingmadness said...

innalillahi wainna illahi rojiun.. semoga satu hari nanti kebenaran terbongkar....

suka suka said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun.. turut sedih.... sudah senasib ... jua ketentuan Allah swt ..salam takziah buat keluarga allahyarham... semoga mudah urusan mereka sekeluarga selepas ini.. insyaaaAllah

kakrose said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun..
alfatihah buat arwah..

AMIIZAA@Mieja said...

takziah buat sahabat famili kak zakir:( moga beliau ditempatkan dikalangan org2 yg beriman

cahayahidupku.blogspot.my said...

Salam takziah buat keluarga sahabat hubby kakzakie... semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi. Alfatihah.

Angah said...

Innalillahhiwainnailayhirojiun...semoga arwah mendapat rahmat Illahi

Sham said...

Innalillah...kita semua bakal menyusul...huhu...

Ujie Othman said...

Inna lillah...pengakhiran yg mudah dan baik untuknya. moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

menangis saya tonton live psl mh370 tu smlm..sedihnya..

Mummydearie said...

Alfatihah. Ajal menjemput tak mengira umur. Semoga allahyarham ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. Salam takziah buat keluarganya. Arwah Abang saya, 45 tahun sudah pergi menghadap Ilahi :(

P.S. Kak, tak sesuai nak komen di entri ni tapi saya kopipes komen entri akak sebelum ni buat tatapan hangat hati jiran sebelah :)

nadia rashid said...

Assalamualaikum k.zakie,
Al-fatihah untuk arwah...semoga segala urusan keluarga arwah dipermudahkan.

Aziela said...

Biasanya begitulah...keadaan yang tidak dijangka kadang kalanya tu memberikan kita satu wake up call.

Mia Kassim said...

Al Fatihah untuk arwah ...

Kayu Manis said...


inna lillah wa inna ilaihi roji'un.

Malinda said...

Assalamualaikum kak zakie...

dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali...semoga rohnya ditempatkan dikalangan orng2 yg beriman...salam tahziah kepada semua ahli keluarga dan sahabat

Falsya said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun..al-fatihah buat arwah dan salam takziah buat keluarga arwah..

NEKCIK said...

inalilahiwainailahirajiuun semuga arwah ditempatkan dikalangan o0rang orang yang beriman..amiin

Inani Hazwani said...

semoga mereka tergolong daalm hamba hamba yang beriman :)

Unknown said...

alfatihah buat arwah..salam takziah buat ahli keluarga.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..

Ann Ishak said...

al-Fatihah

dorsett pink said...

Al-Fatihah

Zaitun said...

Salam takziah buat keluarga sahabat kakzakie. Alfatihah.

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Kata guru saya: "Jangan tertipu dengan badan yang sihat kerana mati bukan syarat sakit. Jangan tertipu dengan usia yang muda kerana mati bukan syarat tua. Mati menjengah tatkala ajal telah tiba".

Innalillah...
al-Fatihah buat almarhum, mudah-mudahan ditempat di kalangan mereka yang diberi rahmat.

iryantyismail said...

al fatihah..

insan marhaen said...

Al fatihah....

Giliran saya pun ntah bila... esok atau mungkin 1000 tahun lagi..

Rosdi Eunos said...

Al-fatihah untuk Allahyarham dan semua umat islam yang telah pergi meninggalkan dunia pinjaman ni

Sani said...

Al-fatihah. Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang solleh..

insan marhaen said...

jalan-jalan melihat peserta Malaysia Best Blog 2015... ternampak blog TN dimasukkan dalam senarai di sini...

http://relakssminda.blogspot.com/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html#axzz3QLFeyJaW

Puan Kutu said...

Orang baik perginysa dikenanh.semoga isteri aruah tabah n perniagaan dapat diteruskan..

Al-Fatihah

Najib Ariyan Ali Basha said...

Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali... semoga beliau dirahmati dan di dalam redha Allah...

Al-Fatihah

jie susanos said...

al-fatihah..smoga arwah dicucuri rahmat..knangan bersama rakan menjadi knangan..

Umialya said...

Al fatihah..

TukangKebun said...

Al-fatihah

PeRdU cINta said...

Al Fatihah..moga tenang arwah bersemadi di suatu daerah yang kita juga bakal menyusul..

Unknown said...

al Fatihah yg dpt diberi
KZ lama benar saya tak ke masjid besi....ingart tak dulu saya kata masjd tu mcm rumah ke 2 saya?
ya Allah ....

edisi said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun....semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yg beriman dan beramal soleh...

aby said...

salam kz ..
takziah utk keluarga arwah ..
bila sampai wktunya utk dipanggil kembali, tiada daya kita utk mengelak.
moga roh arwah ditempat kan bersama sama dgn org2 soleh ..
alfatihah ..

Nieda Ramly said...

umur bukan ukuran...
semoga berbhagia dia di sana.
kita pula bila dan bagaimana? semoga berakhir dgn sebaik2nya.

sud@is said...

Syukur alhamdulillah Alllah permudahkan pengakhirannya menuju PenciptaNYA

gadisBunga™ said...

orang baik, Allah lebih sayang..

semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. amin..

Nor Azimah Ali said...

org yg baik mmg selalu dikenang, in shaa Allah isteri dan anak yg ditinggalkan mendapat pembelaan lansung dari Allah..

Jari Manis said...

orang yg biasa nya Allah 'jemput' lebih awal. Tenanglah mereka di sana..Al-Fatihah buat mereka yg pergi lebih dahulu

Cik Rose said...

Assalamualaikum kakak.. Al Fatihah..

Bunda_nora said...

Assalam...bersua kembali...

Salam takziah buat keluarga arwah sahabat keluarga KZ...

@na said...

Al-Fatihah...
Moga roh arwah dibangkit bersama2 org yang solehin...
Mudah2an isteri beliau dipermudahkan perjalanan hidupnya dan berada di bawah nikmat redhoNYA
Amiin.

ellynadyra said...

semoga roh2 mereka ditempatkan dikalangan mereka2 yang beriman!

Fiza Rahman said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun. Salam takiziah buat family arwah.

LYAfrina said...

al-fatihah..
semoga roh mrk yang telah kemabli dicucuri rahmatNya..amin

Unknown said...

semoga ditempatkan dalam kalangan mereka yang terpilih..insyaAllah...