Friday, January 16, 2015

Renungan di bulan Rabiulawwal - 1

Sekadar siraman rohani buat anak-anak bersempena bulan Rabiulawwal yang tinggal seminggu saja lagi.

Anak adalah anugerah terindah. Setiap ibu-bapa sebaik tahu bakal menerima cahaya-mata pasti akan berusaha sebaik mungkin untuk membuat persediaan. Sebenarnya kita tidak tahu pun lagi anak itu bakal menjadi anak yang baik atau sebaliknya. Bahkan ujian yang bakal dilalui pun tidak diketahui lagi. Tetapi keghairahan untuk menerima cahayamata tiada tolok bandingnya. Apa yang pasti kelahiran anak itu sebenarnya ada kaitan dengan siibu-bapa. Harapan pastinya mahu anak tersebut menjadi anak yang soleh/solehah yang dapat mendoakan ketika si ibu-bapa sudah berada di alam satu lagi. Sebab itulah anak itu dikatakan memberi manfaat kepada kita ibu-bapanya. Itulah harapan dan doa aku juga sebenarnya.

Cuba lihat bagaimana kelahiran baginda rasulullah. Banyak peristiwa luarbiasa terjadi ketika lahirnya baginda walaupun lahirnya baginda tidak dibuat persediaan lengkap seperti kita hari ini. Peristiwa luarbiasa yang biasa disebut Irhas ini hanya terjadi kerana kerasulan baginda. Sejak dari dalam kandungan ibundanya Aminah lagi, Allah sudah memberi segala kebaikan. Lahirnya baginda ketika Mekah diserang tentera Abrahah yang bergajah tapi Ababil (burung) atas perintah Allah membawa batu api neraka dapat menewaskan tentera bergajah tersebut. Banyak lagi yang boleh dicatat dan dijadikan renungan:-

1. Baginda sewaktu lahir terbaring menadah tangan kelangit bagaikan berdoa
2. Keadaan alam keliling bergemerlapan dengan cahaya bersinar keluar dari tubuh.
3. Sinar cahaya pula boleh dilihat sehingga ke Syria.
4. Api di biara penyembahan kaum Majusi yang 1000 tahun tidak pernah padam terus padam
5. Berhala-berhala mengalami kerosakan sehingga jatuh 
6. Mahligai Kisra di Parsi bergoncang sehingga retak dan 14 tiangnya runtuh.
7. Tasik dan gereja-gereja yang jadi tumpuan musyrikin tenggelam ke dalam tanah.
Perkarangan Masjid Nabawi - Berada di perkarangan tempat bersemadinya baginda pun sudah terasa tenang, syahdu dan rasa kecintaan yang tiada tolok bandingnya. Adik yang belum baligh pun sudah ada rasa kecintaan yang aku tahu ianya sukar digambarkan dengan kata-kata. Melihat airmuka kegembiraannya pun sudah dapat dibaca.
Seronok sebenarnya walau kisah diulang-ulang saban tahun kerana bila tiba musim Rabi'ulawwal pasti menggamit rasa kecintaan yang berganda-ganda pada diri setiap kita kepada baginda rasulullah. Oleh itu walaupun ada yang menganggap sambutan Maulidurrasul itu adalah perbuatan bid'ah tetapi mengasihi rasulullah adalah satu tuntutan sebagai hambaNya. Daripada rasa cinta kian pudar sekurang-kurangnya sambutan ini dapat memutar ingatan kita yang selalu alpa dan lalai. Kalau setiap tahun sambutan ulangtahun suami, isteri, anak dan sebagainya dibuat apalah salahnya kita sambut orang yang menjadi penyuluh sekian alam, memberi kita petunjuk jalan kebenaran dan sentiasa kita cintai dan ada di dalam hati kita. Pengisian sambutan itu yang penting bagi mendidik diri ke arah kecintaan kepada baginda rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Wallahu'alam.
~~اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ~~
 *Allahumma solli 'ala Muhammad, Wa'ala ali Muhammad.*

Nota: Sementara masih ada sisa bulan rabiulawwal ini, Makcik akan cuba sambung lagi entri bersempena rabiulawwal ini buat anak-anak. Tunggu ye sayang!
Baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Awan turun menyelimuti Siti Aminah sehingga beliau mendengar suara seruan "Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu, dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''. Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan, nabi s.a.w lahir dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk. Malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan. Riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, "Telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.'' Satu goncangan berlaku di Mahligai Kisra (Parsi) dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya (dewannya) runtuh. Biara Majusi (tempat penyembahan tuhan api) di Parsi yang tidak pernah padam seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi. Tasik Sava/Sawah dan gereja-gereja yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Pintu langit tertutup dan raja syaitan (azazil) menjadi resah takut.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

55 comments:

zmarl (ibu) said...

salam rabiulawwal kak..

Sura Mohd said...

Salam Jumaat kak..seronoknya tengok kakzakie anak branak tu..
Betul kak.. seronok dan tak jemu walau diulang kisahnya saban tahun..pernah sekali masa sambutan Maulidurasul kat PASTI dulu2..ada ustaz cerita tentang kelahiran Nabi Muhammad..rupanya banyak yg Sura masih tak tau ..tak terasa masa sejam dua berlalu..

Angah said...

assalamualaikum kak....

paridah said...

salam jumaat rabiulawal...walau kisah kelahiran rasullullah sering diulang-ulang tika jelangnya maulidurrasul kita tetap xpernah jemu mendengarnya....

Dr K said...

Allahumma solli 'ala Muhammad, Wa'ala ali Muhammad.

Sama sama kita perbanyakkan selawat ke atas baginda kan kak zakie...

Saya rindu kan Masjid Nabawi...entah bila boleh ke sana

Permata Malap said...

salam jumaat,kak.sangat setuju dengan entri akak ni.hari tu ada terbaca dalam fb,ada komen-komen tertentu yang mengatakan tak berbaloi nak buat sambutan maulidur rasul.hakikatnya,sambutan maulidur rasul lebih elok daripada sambut hari lahir sendiri.sebab ada yang sambut hari lahir sendiri dengan buat parti kat kelab.nauzubillah min zalik.

Falsya said...

Ya Allah..bergenang air mata falsya baca..tersentuh sungguh..kakak pandai main dgn kata2..smp mata falsya masuk habuk nie ha..haishhh..nak gie toilet buang habuk jap..

eMMe said...

Salam Jumaat Kak Zakie, saya bab sejarah Nabi mmg tak byk yg saya tahu, jadi saya perlu google, baru la saya tahu... Kelebihan Bulan Rabiulawal dan peristiwa perang Badar, Maulidur Rasul yg jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah adalah merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW, Nabi Terakhir yg diutuskan oleh Allah SWT... takkan saya lupa kan peristiwa ini...

Kayu Manis said...

setiap org masing2 punya pendpt ..kn kak..mengingati sendiri tu lgilah bgus..reramai tu ,puasa sunat isnin pun tak lps2.pembohongan besar namanya.

memmetlenggeng said...

Kisah yang sangat syahdu

amirah said...

selawat dan salam atas junjungan mulia Rasulullah SAW...

imm said...

kisah2 para rasul x pernah jemu didengar walaupun saban tahun diulang.
kisah maulid nabi, kisah korban nabi ibrahim dan ismail, kisah hijrah muhajirin dan ansar, ☺

BinMuhammad said...

Betapa bersyukur dan bertuahnya kita kerana lahir dari zuriat ibu bapa yang memang beragama Islam...
Bagaimana agaknya bayi2 yang lahir dr zuriat yg bukan Islam... Sedihnya...
Apakah daya kita...

Inani Hazwani said...

allahuma soli ala muhammad. baginda sebaik baik ikutan. salam jumaat kak :D

Rosdi Eunos said...

KakZakie, syukurnya dapat rasa jejakkan kaki di masjid Nabawi tu kan? InsyaAllah, bila ada kesihatan dan kekuatan.. akan juga jejak kaki ke sana

Izwa Kamaruddin said...

Allah kak...nangis saya baca entry nie..sebak sangat..doakan saya sampai sana jugak kak..

saniahibrahim said...

perkongsian yang menarik

LydSunshine said...

Salam kak. Rindunya pada Rasulullah. Betul la kak. Sambutan maulidurasul sekurang2nya boleh mengecas semula cinta dan ingatan kita kepada rasulullah.

jie susanos said...

jelesnya tgk kak bersama ank2 di masjid nabawi..hihi

Mar Mansor said...

salam jumaat d bulan rabiulawal kak zakie..
akak dah pernah sampai masjid nabawi..alhamdulilah..

nOe suhaimi said...

salam jumaat kak zakie....terima kasih atas perkongsian...sambutan maulidulrasul dapat memberi peringatan kita tentang Nabi Muhammad SAW..

AtieYusof said...

Salam Jumaat Kak...
rindu Bumi Mekah & Madinah..mudah2an ada rezeki kami plak kesana.. :)

Zaitun said...

Salam jumaat kakzakie. Perbanyakkan selawat keatas junjungan kita.

Rindu Mekah n Madinah.

suka suka said...

Alhamdulillah.... insyaaAllah event2 besar dalam Islam akan sentiasa meniti arus perjalanan umatnya.. mesti ada penekanan tegas terutamanya pada anak2 kita yang telah diterapkan semasa usia rebung lagi.

cerita ceriti kak sarah said...

rindunya dengan madinah...

Aziela said...

Sekiranya dihayati kisah baginda, mustahil lah seorang mukmin kalau tidak mengalirkan air mata....

Fiza Rahman said...

Touching lah kak. Tak sabar nak tunggu sambungannya. Bilalah giliran saya dapat menjejak kan kaki ke sana :-(

cahayahidupku.blogspot.my said...

Membaca kisah peribadi Baginda Rasulullah s.a.w memang tak pernah jemu.. semakin kita baca kisah baginda.. makin semakin rindu membara dihati kita kan kakzakie...

Alhamdulillah .. kakzakie dapat pergi sekeluarga menunaikan umrah tu.. anak2 saya pun tak sabar nak ke sana.. lebih2 lagi si Nabil Syahmi tu.. berkobar2 semangatnya.. InshaAllah jika ada rezeki hendak juga kesana anak beranak..

Ujie Othman said...

bidaah hasanah..kalau takde sambutan, takde ulangan cerita Rasulullah..takut2 kita terlupa terus. Cuma mungkin perlu ada penambahbaikan utk sambutan sepaya jadi lebih bermakna.

dorsett pink said...

Salam jumaat kak zakue, perkongsian yg baguss. Tq

dorsett pink said...

** kak zakie

Nieyla Nadia said...

Selamat petang kak...
Insya'Allah semoga nieyl sekeluarga dipermudahkan..dan ade rezeki ke sana...AMin....

nohas said...

Salam Jumaat, kak, kisah kelahiran dan kewafatan baginda Rasulullah SWT memang tak jemu didengar berulangkali..syukran..Rasulullah qudwah hasanah..

iryantyismail said...

salam kenal kak...bertuahnya adik..diusia muda dah jejakan kaki kesana .

iryantyahamad.blogspot.com

AMIIZAA@Mieja said...

salams hari jumaat kak zaki, seronok tgk akak dan anak2...moga saya juga dapat kesana satu hari nanti.....bila tgk kaabah mesti keluar air mata.....

TukangKebun said...

Terima kasih bercerita kembali bersama-sama mengingati kisah kelahiran nabi.

are_lin@yu said...

trima kasih kak kongsi kisah kelahiran rasulullah...tringin nk ke sana moga ada rezeki..amin..

Tie HT said...

syukur alhamdulillah,
rasa sejuk hati bila baca entry ni
terima kasih mbakyu :)

εïзmmyHazaεïз said...

Salam Jumaat kak.. Selalu Entry yg menenangkan jiwa kat blog akak

Nina Mads said...

alhamdulillah akak.. entah bila boleh jejakkan kaki ke sana. kecil2 dah boleh ke sana. beruntungnya.. salam jumaat buat akak sekeluarga

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Terima kasih perkongsian ini Kakak. Mengingatkan balik kisah di bulan Rabiulawwal ini.

Ahlam Miera Shafie said...

kisah2 baginda sampai sekarag kalau sy baca or dengar tentu rasa satu semangat yg tak tahu nk jelaskan...

insan marhaen said...

Dek selalu sangat dibacakan di dalam khutbah dengan gaya penceritaan yang sama, akhirnya sirah nabi ntah ke mana, jamaah ntah di 'alam' mana.

nhhas said...

Assalamualaikum...
Akak... dengar lagu daqmie - tangis sebatang tamar pun dah buat jadi sangat sedih...

Sedu sedan
Itu bak ratapan si kecil
Yang rindu belaian dan perhatian
Yang mendambakan kasih dan sayang
Dari seorang insan yang penyayang

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

Kisah tangisan sebatang tamar
Menyentuh hati, mengocak perasaan
Benarkah aku cinta, benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur air mata ku mengenangkan mu

Betapa kerasnya hatiku ini
Untuk menghayati perjuangan mu
Betapa angkuhnya diri ku ini
Untuk menghargai perjuangan mu

Ya Rasulallah
Ingin aku menjadi sebatang tamar
Yang menangis rindu kepada mu

Ya Rasulallah
Biarlah aku hanya sebatang tamar
Namun dapat bersama mu di dalam syurga

Jari Manis said...

stg setuju dgn kata2 kak Zakie yg ini "Harapan pastinya mahu anak tersebut menjadi anak yang soleh/solehah yang dapat mendoakan ketika si ibu-bapa sudah berada di alam satu lagi. Sebab itulah anak itu dikatakan memberi manfaat kepada kita ibu-bapanya. Itulah harapan dan doa aku juga sebenarnya."

MISSNICK said...

Thanks akak atas entry yang sangat bagus ni...sebak rasa bila baca...

eelobor said...

salam....terima kasih atas entri sebegini. seronok membacanya

Unknown said...

Semoga saya juga diberikan rezeki dan umur untuk smapi ke rumah Allah. Ameen

Puan Kutu said...

Rasulallah penyuluh seluruh alam. setuju dengan kak zakie, sambutannya mengingatkan kita betapa istimewanya rasullah kita dimata Allah, dan dimata kita umat2nya..

@na said...

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW....kerana baginda akan memberi syafaat di hari pembalasan nanti..
Mengasihi baginda adalah syurga bagi setiap mukmin...

Cik Ecah said...

selawat dan salam ke atas junungan nabi muhammad S.A.W...

Aisy Nasiha said...

Insaf saya baca entry akak ni. Rasa banyak kekurangan saya sebagai seorang ibu. Batasan masa dan keadaan selalu dijadikan alasan nk berikan yang terbaik utk anak2.. esok2 Allah tanya apa saya dah buat utk anak2 saya, apalah jawapan saya ni..

Julia Johari said...

Tersentuh hati saya kak zakie baca kisah ini, saya belum cukup padu dan bagus utk jadi seorang umi yang baik...saya nak belajar jadi umi yang boleh diteladani...amin...salam rabiulawal sis zakie.

Mummydearie said...

Seronok melihat Kakzakie dan anak-anak di Masjid Nabawi. Bilalah dapat melakukan perkara yang sama seisi keluarga saya pulak. Insya Allah, moga Tuhan membuka ruang dan rezeki yang lebih luas untuk ke sana.

Terima kasih kerana selalu saling mengingati. Kisah sebegini bukan anak-anak sahaja yang suka nak tahu, kak. Mak-mak 'akhir zaman' pun seronok membaca sama!

OKje said...

Terima kasih berkongsi kisah baginda dgn dinda, kanda.....