Thursday, January 1, 2015

Misi dan langkah pertama 2015

Perbincangan asal misi untuk kami menghantar ke sana pada hujung minggu ini. Namun apabila melihat keadaan seakan-akan kian reda, semalam petang selapas zuhor aku mendapat panggilan dari hubby mengatakan mereka semua sepakat untuk bertolak ke pantai timur malam tadi. Bekalan seperti beras, tepung gula, biskut, air mineral, beehoon, sardin, roti (aku kata bimbang expiry datenya tapi mereka kata boleh), bahan pencuci (badan, lantai dsb), sudah siap-siaga tetapi bekalan untuk mereka yang dalam perjalanan untuk  pergi ke sana aku tidak bersedia lagi. Telefon Mak Zah rebus semua ketupat segera dan keluarkan daging-daging yang ada dalam freezer. Arah dua anak dara packing mana yang belum siap sebab goodie bag hubby sudah beli.
Baki - pada mulanya ini berbaki sebab goodie bag sudah habis kata anak-anak sebaik aku balik dari kerja. Tapi aku kata masukkan semua janji muat segala beg yang ada. Akhirnya masih tertinggal sebatang berus gigi dan sebungkus tuala wanita. Tidak tahulah kalau ini 'trick' anak dara aku sebab sewaktu mereka mengemas aku sibuk membuat rendang di dapur.
Untuk diagihkan - Arah juga pada anak dara aku gunting reben putih. Ikat pada tangkai sebagai tanda beg yang ada reben putih itu bermakna ada telekung dan baju kurung/jubah di dalamnya. Mana yg tali terikat tepi pula ada seluar panjang lelaki. T-shirt lelaki kami bagi lebih. Mana-mana yang masih dalam plastik sebab biasa hubby bila ada majlis rasmi ada yg memberi belum dipakai kami masukkan ke dalam sini juga. Lagi pula semuanya berlengan pendik aku dan anak-anak tidak boleh pakai. Dalam beg ini tidak ada makanan. Makanan sudah diasing dan sudah masuk dalam jeep.
Bekal - Sempat juga aku membekalkan sekadar ketupat segera yang Mak Zah rebus dan rendang yang aku masak secepatnya. Menggunakan periuk Noxxa cepat saja lembut daging. Mereka pergi dengan 40 buah kenderaan. Kalau dua orang satu kenderaan bererti ada dalam 80 orang semuanya. Aku bekalkan lebih 100 biji ketupat.
Siap - Semua yg kami punya sudah di angkut dalam jeep ini. Hubby bersama dengan En Azmi. Mereka berdua memang akrab. Mana tidak ketika En Azmi pengerusi surau, hubby timbalan pengerusinya. Aku juga akrab dengan isterinya Pn. Fairuz.
Berkumpul - Ini gambar terbaru yang diWhatsApp pagi ini sebaik aku tiba di pejabat.  Malam tadi jam 9:30 malam bertolak dari JB (aku tidak ikut). Rehat selepas solat subuh di Cheneh, Terengganu (ada bandar nama ini ye - aku tidak tahu). Sedihnya hubby kata salah satu 4x4 jemaah tayar bocor. Itu yang agak lambat sebab sama-sama menggantikan tayar yang bocor tersebut..
 
Mohon doa dari semua semoga kesemua 40 pacuan empat roda yang sarat muatan dan bertolak malam tadi tiba destinasinya dan selamat kembali. Mengikut perancangan mereka akan balik JB pada hari Ahad. Bermakna empat harilah aku tidur sendirian. Tidak sama aku rasa sepinya ketika hubby outstation untuk tugasan biasa berbanding dengan perginya dia kali ini. Payah juga mata mahu terlena.

~~ Andai ada peluang ke dua kumpulan kami pergi lagi mungkin kami isteri-isteri juga ingin berkunjung melihat saudara dan sahabat-handai kita yang sedang diuji.~~
 

43 comments:

suka suka said...

Allahurobbi...semoga mudah urusan semua ahli rombongan melunaskan bantuan..selamat pergi dan selamat kembali..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Insyallah di harap semuanya selamat. Teruskan usaha murni ini Kakak. Semoga di rahmati Allah SWT.

aby said...

salam tahun baru kz
satu kerja amal yg mulia ..
moga dipermudah segala urusan dan penghantaran tu ..
grup moto ku pun plan arek ngawey sumbangan koyo kuwi jugak sedelok meneh

imm said...

Allahuakbar..semoga Allah membalas budi team bantuan kak zakie dan rakan2..terharuu..juta juta juta terima kasih kak,,

(walaupun imm x kena banjir- sebab kebetulan balik bercuti kat rumah mil dungun- tapi rumah mak kat pasir mas agak teruk jugak kesannya.)

Kayu Manis said...

alhamdulillah semoga semua dipermudah segla urusan dn selamat semuanya kmbli kepangkuan isteri2 solehah..
melimpah ruah rezeki Allah bg kpd mangsa2 banjir.. itulh cara Allah,. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
dhlah kehidupan serba susah rmh lama dh uzur, kena banjir salut dgn lumpur lgilah.. tapi ingat ye kita juga dijadikan dr tanah.. cara Allah nak bg bersih Allah hantar juga segala tanah dn lumpur utk membasuh segala kekotoran.. pandang dr segi positif. nor juga pernah lima atau lbih kalinya alami bencana banjir pernah mgharung arus deras di dlm gelap gelita.. masa tu Allah saja tahu.. tapi seingat tak ada satu bantuan pun yg di hulur... mungkin tk seteruk yg skrg ni.... entah tak reti plk nak minta bantuan sana sini... sekala kecil, kes terpencil... tapi impak pd diri, ingat hingga kini...

alhamdulillah masjid kwsn rmh nor dh bt buat penghantaran kali pertama dan kli kedua pd 2.1 ni.. semoga dipermudah

Nor Azimah Ali said...

Alhamdulillah, moga dipermudahkan segala urusan atas niat yg baik itu, moga semuanya bernilai di mata Allah, amin.
kzakie..saya dah bagi jawaban utk segmen aritu.

Najib Ariyan Ali Basha said...

Assalamualaikum

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Bersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi seluruh negara dan seluruh dunia. Semoga 2015 ini akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... amin...

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...semoga semuanya akan dipermudahkan selamat sampai ke destinasi dan selamat kembali semula...:)

Inani Hazwani said...

alhamdulillah. semoga dipermudahkan segala urusan ke sana :D

Dr K said...

alhamdullilah....moga urusan suami kak zakie & pasukan dipermudahkan Allah...dan selamat kembali ke Johor nanti...

Lynn Huraiza said...

semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan...

Kamsiah yusoff said...

alhamdulillah ...twersentuh hati saya membaca entri kak zakie ni..mudah2an segalanya diberkati ALLAH..

Ujie Othman said...

ramai konvoinya ya..40 kenderaan. InsyaAllah niat yg baik akan dipermudahkan.

Cheneh..saya 1st time tau masa pegi Terengganu baru2 ni. Drive ikut hway baru, staf kat tol suruh exit Cheneh.

Shaiful Zaidi said...

Salam tahun baru 2015 akak...
moga misi bantuan ke pantai timur dipermudahkan..

nhhas said...

Allahuakbar...
terharunya kakak...

Semoga Allah memberkati usaha kita semua...
semoga Allah gantikan apa yang hilang itu dgn lebih baik...
Allahuakbar

Unknown said...

Alhamdulillah KZ. Allah melihat usha itu. Terharu sgt2 dpt kumpul 40 kenderaan!
Mama dpt call darinya. KZ cuba sms dulu nanti dia call balik( klu line ok.)
Mama rasa gua musang agak jauh juga. tu dah sempadan pahang ke KL. Harapnya ada org membantu.Menrutnya dalam satu penempatan 3 ribu orang di penempatan gua musang, 100 orang kehilangan rumah.Tak tau breapa keluarga.
Moga dipermudahkan.

PeRdU cINta said...

MasyaAllah,,alhamdulillah..moga Allah melipat gandakan lagi rezeki akak sekeluarga dan kita semua..amin..

Hudalatip said...

Alhamdulillah moga niat dipermudahkan ye kak..Seronok bila kita dapat membantu dan mengurangkan derita orang lain yea.

Ann Ishak said...

semoga perjalanan pegi dan pulang mereka selamat kak

Unknown said...

Allahu~

moga dpermudahkan urusan mereka dan urusan kita...

amin... huhu

kakrose said...

alhamdhulillah..murni sunguh hati Zakie suami isteri dan rakan2..semuga dipermudahkan segalanya..amin

Ismail Ahmad said...

Alhamdulillah..harap makin ramai rakyat malaysia berjiwa seperti family zakie..

nohas said...

Usaha murni di tahun baru..

Acik Erna said...

Alhamdulillah...semoga dipermudahkan urusan ..selamat pergi dah selamat kembali kepangkuan keluarga

Zaitun said...

Syukur alhamdulillah semoga perjalanan dipermudahkan dan selamat pergi dan selamat kembali.

si para para said...

sungguh mulia tangan tangan yang membantu.. kita semua saudara.. saat susah kita bersama.. saat senang harap begitu juga... moga Allah membalas segala jasa..

Etuza said...

usaha yang sangat terbaik..tahniah

Etuza said...

teruskan usaha yang murni ya

paridah said...

BANTUAN DIHULUR PADA YG SGT MEMERLUKAN...BUKAN SETAKAT UCAPN SIMPATI SAJA...SYUKUR ALHAMDULILLAH...SALAM TAHUN BARU 2015

mummY daniSha said...

insyaallah semoga ALLAH permudahkan segala urusan amin

Unknown said...

Hanya Allah dapat membalas sebaik baik balasan diatas bakti yang diberikan. Teringin nak membantu tapi keadaan tidak mengizinkan.

Puan Kutu said...

Alhamdulillah..semoga usaha murni dipermudahkan.luluh hati bila tgok keadaan mangsa2 banjir.semoga bantuan yg termampu ini dpt membantu meringkan beban mereka Insyaallah

Suria Amanda said...

Semoga mereka selamat pergi dan srlamat kembali...niat murni srntiasa dipermudahkan ..amin....

Normala Saad said...

Usaha yang sangat2 terpuji.Salute. Bukan sekadar cakap dan komplen..patut dicontohi usaha yang semurni ini...

amirah said...

semoga selamat perjalanan pergi dan balik kak..

Qaseh Vee said...

alhamdulillah ... wpun perjalanan itu jauh , tapi kerana niat yg baik , semoga Allah membantu dipermudahkan misi dan dapat balik dgn selamat ... aaamin .

BinMuhammad said...

Saya hanya mampu kirim sahaja, xdapat nak pergi kesana. Semoga misi bantuan ini akan berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Selamat pergi dan selamat kembali.

Cik Rose said...

Alhamdulillah, moga dapat meringankan mereka..

TukangKebun said...

Syukur Alhamdulillah.
Semoga semua urusan dipermudahkan.

Ramai juga rombongan yang datang memberikan bantuan. Syukur Alhamdulillah.

Dekat sini pun asyik ribut sahaja di Sabah ni.

Unknown said...

Alhamdulillah, semoga Allah limpahkan rezeki yang melimpah ruah dalam pelbagai segi buat kumpulan misi ini..

Mummydearie said...

Oh, maknanya suami akak pergi menghulur bantuan dengan rakan-rakan seperumahan ke ni apa, kak?

Moga segalanya berjalan lancar dan dengan huluran bantuan dari suami akak dan rakan-rakannya, ringanlah sedikit beban yang digalas oleh mangsa-mangsa banjir ini.

Unknown said...

amin semoga lancar selalu ..Obat Asam Urat

Heni Herbal said...

strive for the sake of a happy future? Thank you for the help
Cara Mengobati Infeksi Saluran Kemih Secara Alami
Pengobatan Alternatif Asam Urat Secara Tradisional
Pengobatan Alternatif Wasir Secara Tradisional
Pengobatan Alternatif Hipertiroid Secara Tradisional
Pengobatan Alternatif Kanker Hati Secara Tradisional
Pengobatan Alternatif Sakit Pinggang Secara Tradisional