Friday, January 2, 2015

Bekalan rohani dan bekal untuk perut

Santai-santailah hari ini. Akhirnya semalam mereka tiba di Tanah Merah. Melihat keadaan banyak makanan dan ramai yang datang membantu mereka cuba mencari sasaran kawasan yang belum mendapat bantuan. Aku pula secara kebetulan membaca blog Mama Ju mengatakan ada penduduk di Gua Musang memerlukan telekung. Aku WhatsApp hubby. Petang mereka berbincang membahagi kawasan. Malam tadi hubby dan tiga kawannya menuju ke Gua Musang. Bertemu dengan insan yang aku hubungi dari telefon yang Mama Ju berikan dalam blognya. Syukur..


Kenangan - Tunjuk pada isteri masing-masing yang mereka sudah tiba di Kelantan.

Berbincang - Jam 11:00 malam tadi hubby WhatsApp ini. Mereka sedang berbincang dengan penduduk di Gua Musang untuk membersihkan masjid dan menyampaikan bantuan hari ini. Mereka ada membawa dua water jet dari JB tetapi menurut hubby tidak ada bekalan elektrik. Tapi TNB ada memberikan bantuan genset. Harapnya sasaran hari ini berjalan lancar sebelum ke tempat yang lain.

Apa pun aku ingin paparkan apa yang aku makan tengahari sepanjang minggu lepas. Makanan seperti mereka yang di dalam pusat pemindahan banjir. Bayangkan mungkin begini agaknya.

Selasa - Terung masak pajeri, asam pedas ikan pari, ikan goreng & ulam timun. Nasi masak di pejabat.
Rabu - Kacang bendi+fish cake, salad mayonis, ikan masak kicap. Tidak masak nasi hari ini makan dengan roti.
Hari Khamis (tak berpuasa) - Sup lobak putih+mushroom, tomato+kicap+cili, ikan merah masak singgang. Masak nasi di pejabat.
Jumaat - Makan mee soto. Semua bawa dari rumah cuma sup panaskan di pejabat.
Alat dan bekas - Inilah rice cooker comel dan bekas-bekas yang selalu digunakan.
Hijau muda - Baru perasan bekas aku banyak warna ini. Dalam bekas tertutup itu kek favorite anak-anak.
~~ Bezanya aku rasa sebab aku makan di pejabat ada pendingin hawa manakala mereka makan di atas tikar berkongsi ramai-ramai.~~

 * Masak nasi di pejabat guna beras perang, tapi di rumah guna beras putih biasa sebab anak-anak tidak suka.


52 comments:

Farah Waheda Wahid said...

Salam Jumaat kakzakie dan Alhamdulillah...

Izwa Kamaruddin said...

kdg-kdg mkn yang beramai-ramai diatas tikar tu la yg lebih nikmat kan kak :)

Saniah said...

Salam kakzakie
alhamdulillah sampai ketempat yang dituju,, semoga perjalanan dipermudahkan,, amin

saniahibrahim said...

mudah2an segala bantuan dapat meringankan sedikit bebanan mereka di sana.

Sura Mohd said...

Salam Jumaat Kak Zakie..Alhamdulillah suami akak dan yg lain2 dah selamat sampai sana..semoga dipermudahkan segala urusan..

Suria Amanda said...

Salam kak.. Alhamdulillah. ..bantuan semakin byk tiba memandangkan air dh surut kan ..kita mampu selagi mampu...wah..masak2 kat opis...bestnya kak...

Acik Erna said...

Alhamdulillah semoga misi suami kakakie dan kawan2 berjaya

Mar Mansor said...

saya tak pernah masak..takut nak guna..nanti kenangata dengan management wp diaorang guna jek

SalbiahM said...

semoga usaha suami kakzakie dan kawan-kawan dapat meringankan beban mangsa banjir..

Ann Ishak said...

kagum betul dengan akak, masih sempat menyediakan bekalan ke office...saya pun nak cuba serajin akak

Kayu Manis said...

alhamdulillah selamat sampai...
sedap juadah akak tu...mkn sorang2 jer kak..ajaklah nor skli

norhidana said...

dr johor nun sampai ke kelantan yek kak, mmg ada hikmah disebalik bencana ini, mengeratkan ukhwah sesama islam,

akak mmg rajin siap msk nasi lg, mmg lengkap menu akak, kalu dana ckp lah lauk sejenis je hehehe

Aziela said...

Alhamdulillah. Pantas tindakan pasukan akak

Normala Saad said...

Kalau makan ramai-ramai sambal belacan dengan ikan kering pun dah cukup sedapp..

Cho Zila said...

ehm semoga dipermudahkan segalanyakan...niat yang baik pasti sampailah nanti...
seronoknyer tak payah pergi kedai... makan air tangan sendiri tentulah lebih elokkan...

amirah said...

alhamdulillah kak dengan rezeki yg kita dpt...

fatin said...

alhamdulilah selamat semua kat sana..

lapar lak tgk pic makanan tu~

Nor Azimah Ali said...

Salam jumaat penuh barokah kzakie, Alhamdulillah niat yg bik dipemudhkan oleh Allah.
Alhamdulillah rezeki yg wajib diyukuri

HeNRieTTa JoSe said...

rajinnya akk masak kat pejabat...rietta klu bawak bekal,itu tandanya ada baki makanan semalam yang rietta pansakan semula drmah...

rietta pown sedey dapat msg dr rakan di kelantan semalam....sayu aje msg nye...

Nieyla Nadia said...

Rajinnyer...
nieyl xde la rajin sgt masak kat opis nie..biasa masak kat umah,bawak g opis je...:)

paridah said...

SALAM JUMAAT..GEMBIRA DGN BERITA YG DIKHABARKAN TERNYATA BANTUAN2 YG DIPERLUKAN CPT DIHULURKAN KPD YG MMERLUKN..

Inani Hazwani said...

sedapnyaa pajeri terung dengan asam pedas. kecur air liur baca. hahaha :D

Lollipop Manis said...

moga usaha akk dan keluarga membantu mangsa banjir, nanti allah balas dgn kebaikan jugak. :) rajin akk masak nasi dekat office. hehe

Falsya said...

semoga urusan husband kakak dipermudahkan oleh NYA..amin..

rase mcm nak capai je tgn masuk dlm monitor nie..dh amek skit lauk2 tuh..hehehe

εïзmmyHazaεïз said...

Kak.. Salam Jumaat, semoga perjalanan di permudahkan olehNYA

Terliur tengok sup mushroom lobak putih tu.. Boleh try lepas ni..

Kniedaz said...

selamat tahun baru kak..
ramai gak rakan uitm yang ikut serta misi menghantar bantuan ke kelantan
semoga mereka diberikan kemudahan..
saya berazam nak bawa bekal dari rumah tahun ni kak..insha Allah ^_^

Fazleyatul Aini said...

selamat tahun baru kak
murah rezeki membantu mangsa banjir

cahayahidupku.blogspot.my said...

Salam kakzakie..

Melihat keadaan mereka di pantai timur tu pun sebak didada kan kakzakie.. apalagi mereka yg melalui nya.. lagi terasa sedihnya..

Skuad LZS pun pergi ke kelantan pada hari rabu tu..

ibuayu said...

semoga misi en suami berjaya..

NEKCIK said...

Alhamdulilah walau npun jauh sanggup diredahi untuk membantu ...syukur alhamdulilahi..semuga Allah permudahkan segala urusan dan dapat meringankan beban saudara saudara kita di sana...amin

Shahrul Yusof said...

Beras perang ni saya sendiri pun tak biasa makan. Kalau ada beras putih, saya more preferred beras putih lagi sebab dah terbiasa sejak dari kecik lagi agaknya.

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Selamat membantu mangsa banjir disana kepada en suami. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Zaitun said...

Alhamdulillah semoga misi pasukkan hubby kakzakie dapat meringankan beban mangsa2 banjir.

Qaseh Vee said...

harap apa yg kita mkn , mrk juga dapat mkn ... semoga misi mrk berjaya .

suka suka said...

Untungnya dapat masak nasi di pejabat.. dapat makan panas2 gitu... namun kesukaran mereka yang dilanda musibah tidak lupa dari sanubari kita..

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah..syukurlah..moga kita terus berdoa untuk saudara mara kita..

Unknown said...

assalammualaikum kak zakie..

moga akak sihat hendaknya.. lama x jenguk ke sini. rindu nak membaca & komen2 kat sini.

alhamdulillah ramai yg menghantar bantuan ke kawasan yang dilanda banjir.

wah.. sedap2 makanan akak tu.. ;)

BinMuhammad said...

Semoga urusan abang dan rakan2 dipermudahkan. InsyaAllah...niat murni dan baik ini pasti akan mendapat ganjarannya.

Cik Rose said...

Assalamualaikum kak ...

TukangKebun said...

Anak-anak sekarang dah tak kenal nak makan beras bukit yang lebih berkhasiat.
Ini nenek mereka tengah ajar makan beras bukit dan nampaknya dah mula senang menerimanya.

Semoga semua urusan dipermudahkan.

Permata Malap said...

Singgah sini,kak...

In shaa Allah bantuan tu dapat meringankan beban mangsa banjir..

Etuza said...

http://madey09.blogspot.com/2015/01/shalawat-nabi-muhammad-saw_2.html sempena maulidur rasul klik ni ya..salam maulidur rasul

Ismail Ahmad said...

Moga usaha kak diberkati oleh Allah SWT

Murni Alfathunnisa said...

salam kakzakie,

apa khabar kak..?lama tak jenguk blog ni..

makan beras perang memang bagus untuk kesihatan, tapi sementara nak biasakan diri tu..punya lah susah...tak kena dengan selera walaupun dah pelbagaikan resipi.

Unknown said...

Assalam KZ
Sory baru bukak. Terharu sgt dgn usaha org2 KZ. Allah saja membalasnya. mALAM MEREKA DTG TU Azie ada bgtau. Bersyukurlah. Tentu mereka pun susah mengharungi macam2.

Wa said...

Alhamdulillah..moga urusan akak dipermudahkan...

@na said...

Alhamdulillah..kita diberi peluang untuk menyumbang sebahgian kecil rezeki yang Allah kurniakan kepada kita...
terharu...tgk kakzakie cuba utk merasai apa yang mangsa banjir lalui di pusat2 pemindahan...
Barakallah

Unknown said...

Alhamdulillah kakzie.. Insyaallah sumbangan akak dan rakan2 dapat meringankan serbasedikit kesusahan mereka di sana..

Fyda Adim said...

kak zakie...

boleh tak share resepi pajeri terung..aritu asben suruh saya masak tapi jadi kari terung pulaknya. hahaha

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah...:)

Mummydearie said...

Walaupun ada penghawa dingin, makan bersendirian tak berapa bestkan, kak :) Kalau duduk atas tikar mengkuang, makan dalam keadaan berpeluh dek panas tapi beramai-ramai, rasa lebih seronok. Tapi yalah tidaklah pulak mengharapkan keseronokan dapat makan beramai-ramai ketika banjir berlaku.

OKje said...

Lega hati tu ye janda bila tengok somi memasing dah sampai kat bumi Kelantan hihi....