Thursday, January 29, 2015

Pengusaha berjaya dari Batu Pahat

Selain lotion allano produk Amway, keluarga kami sangat sinonim dengan penggunaan minyak sakal putung serai wangi Warisan Dakam. Dari dulu aku kecil-kecil lagi minyak urut ini sudah sebati dalam kehidupan seharian kami. Sakit perut, kena gigit nyamuk, gatal kena daun serai (dulu main sembunyi-ibu pokok serai pun jadi tempat sembunyi - dahsyat budak dulu), urut bila terseliuh, kembung salah makan dan apa juga yang dirasakan boleh diguna-pakai minyak serai wangi inilah jadi sasaran. Tetapi dulu kami panggil minyak Wak Dakam. Sekarang sudah dikomersialkan nama sudah berubah tapi bau dan kehebatannya masih kekal sama.

Ada kelulusan - Jangan takut walaupun agak panas bila disapukan tetapi dalam beberapa minit kemudian akan terasa sejuknya. Itulah istimewanya minyak Warisan Dakam ini.
Nama komersialnya - Minyak Sakal Putung Serai Wangi bersama gambar warisan dari dulu hingga kini. Aku rasa mungkin inilah wajah Wak Dakam yang memulakan ujudnya minyak istimewa ini.
Malaysia Best - Tersenarai dalam produk keluaran terhebat di Malaysia.
Selain Hajjah Faiza Bawumi Bt. Syed Ahmad pengeluar beras Faiza yang sudah tidak asing lagi, tidak kurang Wak Dakam juga terkenal dengan minyak istimewanya ini. Menjadi kebanggaan penduduk Batu Pahat pastinya. Kalau di Muar ada Mee Bandung istimewa, di Batu Pahat ada Nasi Beryani gam. Kalau makan terlebih jangan bimbang sakit perut, sapu saja minyak sakal putung serai wangi Wak Dakam ini, pasti sebaik sembuh dari sakit perut, sepinggan nasi beryani akan diminta lagi. Hebat penangan Batu Pahat:)

~~ Minyak Wak Dakam inilah yang selalu hubby gunakan untuk mengurut bapak.~~



50 comments:

saniah ibrahim said...

kalau kakzakie nak tau minyak wak Dakam nilah jadi peneman setia arwah mak ...sentiasa nak ada aje.Iman pula bila tengok gambar wak Dakam kat luar botol kecil tu dia kata gambar atuk sebab arwah atuknya memang suka pakai songkok gitu.
saya pun asal daerah BP juga ...bangga jadi anak kelahirannya.

babYpose said...

salam kak zakie, setaraf dengan Alano, itula minyak turun temurun menjadi pilihan, rasa macam bagus sangat cara kak zakie review produk ni tak mengecewakan pengguna, bole
cuba kan ada anak-anak yang kadang nak
makan, kadang nak susu saja, walhal dah besar kena isi perut dengan makanan. good sharing.

Daddy Ziyyad said...

ooohhh....ini 1st time saya dengar pasal minyak Wak Dakam...
kalau balik jb,boleh la saya cuba cari..:)

insan marhaen said...

Tak nampak ada di jual kat Penang. kalau tak, boleh gak beli sebotol untuk kegunaan ibu_suri...

idzwa kamaruddin said...

nak kene cari jugak nie..

Bin Muhammad said...

Bangga melihat pengusaha/produk bumiputera yang berjaya. Semoga lebih ramai lagi yg berjaya.
Akak dapatkanlah rahsia kesihatan bapak, manalah tahu ada yg boleh dikomersialkan... :)

Acik Erna said...

acik pun dah lama guna minyak wak dakam ni kakzakie...beli dikedai2 jamu je dulu masa dok Tanjung Karang

Fifi Nadhrah said...

kak.. saye ade minyak feberet dari kecik jugak.. minyak biri2.. emang sedap untuk buang angin.. cume minyak tu tak dikomersialkan lagi.. die takut hilang aslinye..

norhidana miswan said...

dana pun penah jumpa minyak nih kak, rasanyer kt umah mak kt kampung ada nih kak.... mmg terkenal kt johor...

Mar Mansor said...

saya ingat minyak ni dari saya kecik memang mak saya ada simpan je kat umah..memang cam muka atok kat botol tu..

lieyalatif said...

kite kene sokong produk bumiputera kan kak...lagi pun mutu dan kualiti setaraf jek lieya rase.... sebab tu lieya suke produk terlajak laris tu...lagi2 lipstik kologen die...munggil merah jek bibir heheheeheheh

Nieyl said...

Salam...
nieyl ada satu botol minyak ni kak..mmg panas tapi mmg best...:)

eMMe said...

hurm..kak Zakie! tak penah beli minyak Wak Dakam ni..penah tgk...tapi kat umah ade minyak hijau, minyak Afiat... nak juga miliki minyak wak dakam ni... bestnye la dok Johor, mcm2 ade..famous2 lak tu, heeee~

Bbwana adienia said...

bagusnya minyak tu kak..banyak pula kegunaannya..

Nur Inani said...

tak pernah jumpa minyak ni. lagi kesian saya ni. hahaha

Jie Susanos said...

bgus ea minyak urut ni..jie xprnah guna lg..

Rosdi Eunos said...

Saya pun ada minyak ni... hehe
beli masa ke kuala selangor beberapa tahun sudah..

Normala Saad said...

Setiap tempat selalunya ada produk istimewa keluaran orang kampung.Lebih bagus lagi kalau anak tempatan mahu menghargainya. Di tempat kak yang paling kak ingat ialah produk Warisan Saju. Salah satu pengusaha minyak gamat.

Cho Zila said...

macam kami juga yang suka ngan minyak angin yang dari opah gunakannyer... kalau takder dalam rumah cam tak boleh...semoga semua perusahaan orang muslim di Malaysia akan berkembang...

Kayu Manis said...

belum sampai sini lgi kak..klu ada boleh juga membeli...

Zaitun said...

Kak zai belum pernah nampak. Lagi pun kak zai jarang gunakan minyak urut selain minyak cap kapak.

Rinna said...

minyak urut memang perlu ada disetiap umah kan.. kalau lenguh mesti cari minyak gini..

JunAina said...

Kalau berkesan memang kita akan sentiasa simpan kan kak... Kalau ke Johor nak carik jugalah beralih angin dari minyak kambing gurun yg selalu dok guna kat rumah.

Mummydearie said...

Auwww... sukanya! Sukanya! Sukanya! Senyum melirik terbabas saya bila baca entri Kakzakie hari ni. Mana jiran saya ni, mesti jealous menggebu :) Itulah BP memang banyak keistimewaannyakan, Kak. Nasib baiklah ada penyokong BP kat sini. Hahaha!

Kak, minyak Wak Dakam ni memang jadi teman sejati masa kecil-kecil dulu. Tapi bila dah besar panjang ni terlupa langsung pasal minyak ni. Allano tu pun buat saya teringat kat arwah abang ipar. Beliaulah yang beria-ia mempromosi produk Amway ni. Tapi memang baguskan Allano ni.

Aduhai kak... entri ni buat saya mengimbau kenangan indah di BP pulak.

Oh, tak habis lagi sengih! Happynya orang dok cerita pasal BP :)

Amanda Suria said...

SA x pernah dengar tentang minyak ni kak...tp macam rare la...mesti perusahaan turun temurun ni...

paridah said...

WAH BNYAK PRODUK BATU PAHAT YG TERKENAL YA TERMASUK JUGA MINYAK URUT WAK DAKAM NI..

Nurulhuda Abdul Latip said...

Kan saya pun ada minyak ni jugak kira setiap rumah patut ada minyak ni la..Tapi betul la kata akak dulu namanya minyak wak dakam..

Falsya said...

bgsnye minyak nie..nak carik satu laaa..

Mia Kassim said...

Tak pernah lagi nampak minyak urut ni di sabah. :)

Aziela said...

Wah, saya kena cuba juga ni...

Puan Kutu said...

Minyak wak dakam pertama kali sy dengar.org johor mungkin familiar ya sebab diguna dari kak zakie kecik lagi..maknanya hebat dari dulu sampai sekaranglah..yg penting kena sokong produk bumiputera.apalgi produk org kampung

hainom OKje said...

Ohhh ni yg jiran sebelah dinda beriya suruh dinda baca entry kanda ni. Rupanya kanda baik punya promote hasil mahsyul tanah tumpah kelahirannya....

Kanda , dinda pun suka guna minyak ni, selain baunya wangi, beranginnya tu mmg mujarab utk sakit perut lepas makan briyani gam semalam haha....

hainom OKje said...

Weyh..... kak Ton mak tak heranlah setakat minyak Wak Dakam ni..... Mak ada Mak Pon hokay!!! Haha ......

Kanda, jangan lebih lebih menyokong BP...ingat kanda, ingat....kakak kanda tu ada kat Muo!!!

iryanty ahamad said...

yan anak jati batu pahat..mmg tak donafikan lg tentang minyak ni...kalau akak pi batu pahat..singgah lah makan sup sitam depan pejabat pos besar..tapi operasi sebelah ptg jam 7..mmg terbaik..

Sylarius Yusof said...

Waktu tinggal di negeri Johor dulu, daerah Batu Pahat ni memang antara tempat favourite untuk saya ronda-ronda. Seronok tengok suasana kampung-kampung Melayu terutama kawasan-kawasan kampung yang pangkal namanya ada parit. Memang mendamaikan suasanannya.

Ann Ishak said...

kalau jumpa dekat kl minyak ni saya mesti beli

aizamia3 said...

Kali pertama tahu pasal minyak ni..

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...betul tu kak mmg best guna minyak wak dakam ni...dah terkenal dimana2 juga....hubby pun suka sapu minyak ni bila sakit kepala atau apa pun cepat hilang sakitnya...:)

Yaya Azura said...

tak pasti saya pernah terpandang atau tak minyak nie..tp kalau jumpa nanti boleh beli ni..effect panas kemudian sejuk mesti best kan kak?

ujie othman said...

saya baca je entri ni terus gelak sensorang kak!

sbb saya selalu ejek suami yg suka pakai minyak wak dakam ni. sejak kawin dgn org BP terus kenal minyak ni. :D

Diana Rashid said...

tak pernah jumpa lagi kat sini...

umi alya said...

Mesti bau wangi minyak urut tu dih..

Nor Azimah said...

Kzakie, terkenang arwah mak, dia pun suka minyak ni, masa dekat nk meninggal tu dia selalu sakit dada, dia gosok dada dgn minyak ni, dia minta saya gosokkan dada dia, minyak ni dah dibacakan dgn ayat2 syifa juga kan

NEKCIK said...

Wah kakzakie...duta minyak serai Wak Dakam..bagusnyer promosi..nnti nekcik nak cari kakzakie ptomo produk nekcik..boleh gitu..kita kan sekampong

aby said...

salam kz ..
wahhh, promote kelebihan johor yer ..
wak dulu2 memang pandai buat ramuan utk ubat ubatan, bila dikomersial kan,
dapat di kongsi dengan pengguna yg lainkan!!!

nurbijen said...

First time dengar pasal Wak Dakam ni...
Kalau jumpa, boleh la beli nanti..
Kalau org kelate, mereka familiar dgn minyak mestika... Dah berbotol-botol import minyak mestika dari M'sia sepanjang duk sini :)

Mummydearie said...

Kakzakie,

Mohon copypaste komen kat sini ya :) Jiran-jiran kakzakie ni nak bergaduh. Hahahaa....

Kalau sehari tak provoke, hidup tak cerialah, kak. Saya nak copy komen orang Muo tu nak bawa masuk blog saya pulak.

Sebelum kata tidak. saya laju-laju ucap terimakasih kerana benarkan ya. Hiks!

tiga lalat said...

SAlam. Hee minyak asli turun temurun.

TukangKebun said...

Memang serai bagus nak hilangkan kembung perut.
Gara-gara kemarau berpanjangan tahun lepas, pokok serai pun tak berapa nak menjadi. Moga tahun ni cuacanya boleh bagi serai rimbun semula.

Jari Manis said...

pertama laki dgr nama minyak ni selepas kak Zakie kongsi info kat sini