Friday, May 29, 2015

Bila ibu-mama-emak-umi-mummy teruja

Lupa diri. Malu untuk ke hadapan semua di tolak tepi demi kerana anak. Tanpa rasa segan-silu lorong pemisah antara kerusi hadirian kaum wanita dan lelaki diredah cepat dan serta-merta sesak. Masing-masing teruja mahu melihat anak-anak membuat persembahan. Kalau setakat mengambil gambar tidak ada masalah sebab klik sekali sudah habis. Tetapi apabila terujanya masing-masing mahu merakam video persembahan dari mula anak menaiki pentas sehingga persembahan berakhir beginilah jadinya. Bahagian hadapan pentas dipenuhi oleh wanita yang sedia dengan gadjet untuk merakam. Penonton di belakang melihat bahagian belakang mereka.

Menutup pandangan - Teruja merakam persembahan lupa di belakang mereka ada ramai penonton melihat bahagian belakang masing-masing yang size kebanyakkannya jika duduk di kerusi penuh satu kerusi. (Waktu ini adalah persembahan anak-anak TAJ - Tadika Agama Johor membuat persembahan nasyid). 
Begitulah bila sudah teruja lupa kanan-kiri-depan-belakang. Lihatlah anak-anak betapa seorang wanita yang kamu panggil mak-ibu-mama-mummy-umi ini mampu berbuat apa saja demi anak yang dikasihi. Lupa seketika yang dibelakang mereka ramai insan bergelar ayah/papa/daddy/abuya/abi melihat belakang mereka. Kami terperanjat kerana tiba-tiba ramai wanita berduyun ke hadapan pentas. Sungguh waktu itu kami langsung tidak dapat melihat persembahan anak-anak mereka dari mula sehingga akhir persembahan hanya kerana masing-masing mahu merakam video. Mungkin tidak puas merakam dari tempat duduk. Aku saja mengambil gambar adik mengambil hadiah dari tempat duduk yang aku zoom tapi memang kurang jelas.

~~ Rasululllah SAW bersabda yang bermaksud:  Malu sentiasa seiring dengan iman, bila salah satunya tercabut hilanglah yang lainnya. (Riwayat al-Hakim). ~~




33 comments:

Izwa Kamaruddin said...

hmm..kan kak...dah biase sgt ni..

eelobor said...

yup... pernah terpikir berkenaan ini. dengan teknologi yang kian hari semakin canggih, mungkin pihak penganjur boleh memikirkan alternatif seperti larangan untuk ibu-bapa bersesak seperti kejadian tersebut. video hanya di sediakan oleh pihak penganjur dan ibu-bapa yang menginginkan video anak masing2 boleh di muat turun di.

iryantyismail said...

asalamualaikum kak....sokong cadangan eelobor :-))

ANIM said...

itulah realitinya sekarang kakzakie. dulu nampak kaum bapa saja yang berani ke depan ambil gambar. la...kaum ibu sama berani. malu tolak tepi.

Nieyla Nadia said...

Singgah pagi...
Sebelum nie nieyk memang selalu kena pergi ke depan..
sebab selalu kena jadi photographer..huhuhu..
Selalunyer urusan rasmi laaa...
Patut lah hati ini selalu rasa berat nak pegi amek gambar kat depan²..
membelakangkan org lain..:) Thanks kak..berkongsi ilmu pagi ni :)

paridah said...

heh..heh..la ni gitulah fenomenanya kakzakie...demi kasih syg ibu2 terhadap anak2 mrk hbs lupa yg tindakn mrk tu selfish n mengganggu hak ibubapa lain yg juga nk menonton persembahn anak2 mrk..tapi persembhn anak2 kecil ni mmg cute n mngharukan perasaan kan..

Mummydearie said...

Sekarang ni memang pemandangan biasa macam ni, Kakzakie. Mak-mak memang teruja lebih bila membabitkan aktiviti anak-anak. Adakalanya memang terlupa langsung hal-hal asas macam ni. Kalau harapkan bapak-bapak, memang tidaklah tapi ada juga bapak-bapak yang rajin merakam pengalaman yang dilalui anak-anak. Saya sendiri pun kadangkala malu juga bila terover sebab itulah gambar selalu je tak menarik.

Kelakarlah kak dengan statement kalau duduk penuh kerusi tu. Aduh!

makchaq said...

Memang betul kakZakie.. bila teruja/terlalu dalam apa perasaan pun, seronok ke, sedih ke, marah ke, kita kadang terlupa batasan tindakan kita... lupa ada orang keliling...

εïзmmyHazaεïз said...

Teruja tu melebihi segalanye.. Kadang kala boleh menjadi aib kan kak...

Anonymous said...

biasa la perangai mak-mak, takkan biar satu moment pasal anak mereka terlepas pandang.

sekurang-kurang boleh berkongsi dengan ahli keluarga yang lain.

untung budak zaman skrg, ada gadjet semua.

kite dulu buat persembahan or ambil anugerah harapkan tepukan yang gemuruh aje.

hehe.

PeRdU cINta said...

Terlajak excited ye kak..cuma kesianlah ibu bapa yang duduk di kerusi..terhalang pemandangan dan di ganti dengan pandangan yang tidak sewajarnya..tak salah merakam untuk jadi kenang kenangan..asalkan berpada pada..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Teruja ibu,mama,mummy nak merakam anak mereka membuat persembahan.. terlupa lak MALU yg ada pada diri..

Unknown said...

bukan selalu kan.. untuk jadi kenangan masa depan.. tapi jangan ralit sangat sampai ganggu orang lain..

Acik Erna said...

kalau menoleh kebelakang mesti rasa malu juga tu kakzakie..malu sebab dah menutup pandangan ibu2 lain yang nak melihat persembanhan anak2 mereka.
kalau ada rasa tu mesti semua akan duduk dan tengok dari tempat masing2

Malinda said...

asalamualaikum kak zakie.....ini bole mendatangkan marah...kikiki....selalu saya bisingkan je "tak nampak!!! tak nampak!!!" hahaha...orng lain pon nak tengok gak agak2 la

AtieYusof said...

salam Jumaat kak..
susah jg kan bila zmn dah serba canggih kan..kadang kita terlalai.. semua nak dirakam kan, smpi terlupa org2 kat belakang tu yg jg ingin melihat persembahan anak2..sllu jg jadi kt sini kak..

saniahibrahim said...

sya dh biasa sejak anak sulong lagi naik pentas ,sekadar ambil gambar dari tempat duduk wlpun kdng nmpk kepala org sja...Nak kedepan malu rasanya .

aizamia3 said...

Pertama kali 2 tahun lepas.. pertama kali saya hadiri majlis dak Adik, jadi lebih kurang macam ni.. walaupun dewan tu dewan terbuka tapi alahai.. saya yang jadi segan tengok keadaan mereka..
saya faham mereka nak ambil gambar sebagai kenangan tapi janganlah sampai menghalang pemandangan orang di belakang.. huhuhu..

TukangKebun said...

Kasih sayang ibu yang segan pun boleh lupa sekejap demi anak-anak.

Fiza Rahman said...

Teruja sampai hilang perasaan malu. Demi anak kan.

eMMe said...

Assalam Kak Zakie, hurm... ade je cite...tu la kan.. kalo dah excited tgk anak2 kat atas pentas tu, abis la yg duduk kat belakang tu tak nampak, tgok punggung je laa... huhuuu...tak patot la..kene le pikir org lain same,

pst: kak, saya tak de le update hari2 cam kak zakie, hehehe...

Cik Ecah said...

mak ecah memang selalu pesan "org yg x malu, x beriman"
huhu...

Tie HT said...

Alahai omak..
Dah tak pikir dah orang belakang
Tengok belakang dia..
Sabo2

nohas said...

demi anak2, dah tak ingat yg lain..tapi memang comel persembahan mereka..

Zaitun said...

Nasib baik masa anak2 kak zai sekolah dulu belum ada gadjet canggih macam sekarang. Kalau ada pun cuma camera yang selalunya para bapa yang buat tugasan.

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...tu la kenapa kaum bapa yg x nak pi ke depan agaknya ek...? macam2 hal skg ni kn...:)

p/s kakzakie ada fb x..?

nurbijen said...

saya pun jenis pemalu nak bangun ke depan utk rekod video.. Cukup lah rakam dari tempat duduk walau tak jelas....Jadi kena pergi awal2 supaya dapat duduk kat seat depan... Tapi kalau dah mak2 berdiiri mcm tu, kita nak rakam anak sendiri pun tak boleh...

Aziela said...

Saya rasa dah semakin banyak sekolah2 yang sediakan photographer. Jadi, kita boleh beli cd saja. Lebih mudah, boleh tumpukan perhatian dan tidak mengganggu orang lain.

Qaseh Vee said...

betul2 tgk belakang org je tu ... sabar je la

Gee Lion said...

kalau sorang tak mulakan, takkan orang lain nak ikot.. kena consider hal2 mcm ni. bukan tak bagi rakam tapi kalau boleh berpada2lah, jangan sampai mencacatkan perjalanan majlis yg berlangsung. huhu as an organizer pun kena ambil cakna hal2 macam ni.

Puan Kutu said...

sidrom mak sangat smp tak fikir malu dan kepentingan orang
lain.memang pihak penganjur sepatutnya fikirkan sesuatu.Cari alternatif supaya semua dapat menonton dengan selesa dan menikmati persembahan anak masing2 tanpa gadget.

ellynadyra said...

saya biasanya diri di tepi kiri kanan dewan.....x la halang org len

OKje said...

Excited sangat tu kanda......
Maklumlah yg buat persembahan tu anak sulung, so dah tentulah mommy mommy tak mau lepaskan peluang