Hujung minggu lepas kami ke negeri yang kaya dengan sejarahnya. Sesak dan padat dari dulu hingga kini tidak dapat dielakkan. Menagih kesabaran tinggi ketika memandu menuju arah bandarayanya. Cuaca panas pula mengalahkan panas di JB. Tapi kerana sudah berjanji dengan anak-anak papa memandu juga menuju destinasi yang dikehendaki.
|
Cantik - Pemandangan yang pasti akan ditatap setiap kali tiba di sini. Masih tidak berubah tetapi cantik dipandang mata. |
|
Gendang - Gendang ini berada di dalam Surau Warisan tempat persinggahan kami untuk solat jamak/qasar Zuhor/Asar. Tidak ramai pengguna tetapi agak selesa. |
Sebelum bersolat sebenarnya kami singgah di Muzium Melaka sambil itu dapatlah juga sejukkan badan yang berbahang. Mengimbau kembali pembelajaran sejarah bagaimana Melaka dibuka oleh Paremeswara sehinggalah akhirnya menjadi negeri yang menjadi tumpuan ramai pengunjung. Semua ada di paparkan di dalam Muzium ini.
|
Kahwin paksa - Apabila melihat patung-patung pengantin ini boleh anak dara aku berkata pengantin sebelah kanan itu kena kahwin paksa sebab itu dia hampir pengsan tersandar ke dinding |
Tradisi bangsa juga banyak dopaparkan di sini termasuklah dari majlis meminang, bernikah, bersanding dan bercukur rambut bayi. Suatu yang pastinya membuat anak dara mama senyum-simpul kerana ada juga yang rasanya bukan tuntutan agama tetapi sekadar adat bangsa masing-masing.
|
Rumah kayu - Budak sekarang susah jumpa rumah kayu. Kalau banyak duit boleh bina rumah begini. Menarik! |
|
Hantaran - Apa yang menarik pastinya barangan yang ditunjukkan. Ini salah satunya. Lihat bedak cap bunga ros/amoi dan sikat kutu. Suatu yang pastinya membuat anak dara mama gelak tidak terkata. Orang dulu banyak kutu tidak ada syampu rambut itu kata mereka. |
|
Memilih - Banyak boleh dibeli apa lagi tidak lama lagi akan menyambut Hari Guru pilih sajalah mana yang berkenan di hati. Apa pun adik lebih banyak membeli baju sendiri. |
|
Panas - Kerana cuasa yang panas berbahang inilah akibatnya semalam adik masih demam. Walau dapat bertahan untuk sekolah kebangsaan tetapi petang tidak mampu ke sekolah agama. Hari ini sudah beransur sembuh. |
Selesai singgah makan di salah satu restoran di Jonker Walk kami beransur pulang. Papa dan mama sudah tidak mampu menghayun kaki walaupun anak-anak masih tidak ada kesan pun. Mereka faham mama/papa sudah tidak segagah dulu lagi.
~~ Taming Sari Keris Hang Tuah, Makin berseri Melaka bersejarah.~~
46 comments:
Bedak amoi tu penuh memori, kak. Saya kecil-kecil dulu pun selalu jerk pakai mak punya. Lagi satu yang bekas warna pink empat segi tu.
Dulu-dulu memang banyak yang kena kahwin paksa, Dik. Sekarang ni kalau kena kahwin paksa, senang jerk kita lari terus dari rumah. Tak payah nak pura-pura pengsan atas pelamin. Hahaha!
Singgah pagi..
nieyl kalau g melaka..carik asam pedas ngan shopping mall je..hihihi
kak z datang Melaka tak roger pun...memang sesak kalau hujung minggu kat area bandar.orang Melaka sendiri dok rumah kalau tak terdesak nak ke sana memang tak pi kak..Hehehe
memang cuaca agak panas 2 3 hari ni kak. tak tau nk kata apa...moga cepat sihat buat adik ya...
ke mana lagi melaka tu?
Ros tak pernah sampai lg sini.. moga ade rezeki nnt.hihihi
Salam Kak.. dah pesat membangun bandaraya Melaka..sy yg hubby org Melaka ni pun kak belum habis round..hehe
musim cuti mmg melaka antara negeri yg terima pengunjung paling tinggi kak.... tak lalu lieya nak balik melaka kalo cuti2 panjang...jem sana sini hehehehe...bagi peluang org luar dtg melaka laa plak heheeheheh
ditakdirkan kami suami isteri sama2 tak suka berpanasan dan bersesakan kak..jadi melaka, penang mmg kami takpernah masukkan dalam list percutian hihi..
kalo dulu orang yang buat rumah batu tu dikira orang "kaya" tapi sekarang terbalik..yang rumah kayu plak jadi orang "kaya"..
kayu sekarang kemain mahal..
wah!!! akak zakie datang melaka...hujung minggu lepas pon sy ada ke bandar hilir bawa anak2 buah berjalan takde rezeki berjumpe...semoga anak akak cepat sembuh dan sehat2 selalu...
gelak sorang-sorang saya baca keletah anak dara akak..lagi-lagi kat part kahwin paksa tu..hehe.saya pun suka pakai bedak rosmah tu..hehe
serious orang dulu bagi hantaran sikat kutu kak zakie?sy pun nak gelak juga ni..setakat bedak rosmah tu ok lagi,hehe..
melaka mmg temp at yg best utk gali sejarah..klu pergi tak cukup satu hari
bandar melaka kn antara bandar warisan sejarah di malaysia... sbb tu time cuti ramai bebeno pelancong tempatan atau luar negara kt sana... dana yg dkt pun tak penah lg jln2 pusing2 kt sana kak
tp kan umah kayu tuh lawo, kt sana umah kayu nyer cantik terjaga
zmn dulu2 org umah batu org kaya zmn skrg nih umah kayu lg kaya sbb kayu mahai
Kena senyum paksa ye kahwin hahahha lawak lah anak2 sis ni...kikiki...melaka mmg tak pernah serik nak pi lagi...ada je destinasi best yang boleh dijejaki berulang kali
melaka tempat yan membesar.. :-))
walau berkali dah pi melaka...tapi tak jemu2 mata memandang
seronok anak2 ye kakzakie..acik kalau aimi cuti..memang dia suka sangat ke melaka..tempat yang disukanya dataran pahlawan
sempat kerja kat melaka sebulan.. ada lah chance nak pusing2.. tempat kerja plak dekat ngan A Famosa tu..
Seronoknya jalan2..
melaka memang panas dan jammed kak
saya rasa melaka memang selalu panas..tapi apa2 pon memang best kalau g melaka...
even dlm gambau tp nmpk sgt betapa panasnye time tuh..falsya nie nak ajak somi gie melaka time weekend mmg xdapat la kakak...sesak katenye..hehe
akak ke melaka..? tapi sekejapan aje ye..nanti jemputla dtg lagi..melaka mmng agak panas la kak..agaknya sebab kawasan laut asal2nya..byk yg dah ditambak..
dah lama tak pegi melaka
serius bg sikat kutu buat hantaran?
haha..akak tak round2 naik beca ke?
Bila hati gembira..penat tak terasa kak..lama dah PC tak ke Melaka..
2 sebab yg mana kak zakie ada tulis tu, menyebabkan saya, malas nak jalan2 Melaka...hahaha:
1) Panas
2) jem
budak budak sekarang pun banyak yang berkutu!!
Dah lama saya tak pergi sini wlpn balik kg suami di Melaka.. masalahnya jalan nya tak sama hendak dituju..
Seronok lah adik explore Melaka Bandar Bersejarah tu ye :)
kalau musim cuti Melaka mmg la sesak kakzakie...
kelakar la plak...pengantin kena paksa, sikat kutu pun ada hehehe
moga adik segera sembuh
Assalam Kak Zakie,
Dah lama tak ke Melaka, agak sukar mencari waktu yg sesuai selain dari waktu cuti. Tak suka pergi waktu cuti sebab Melaka tersangat sesak. Saya suka pergi Melaka sebab banyak tempat yg boleh dilawati dan berhampiran antara satu sama lain
Asam pedas melaka..emmmmdppppnya
Best gi melaka. Last gi tahun lepas.
sikat kutu tu kat setiap rumah orang dulu2 mesti ada kan kakzakie...betul lah tu kata anak2 kakzakie tu ,dulu ada shampoo pun org tak mampu nak beli.
kesian adik penat berjalan sampai demam ya...
saya tertau hujung minggu memang sesak kat area bandar melaka tu sebab pernah masuk ke sana konon nak elak jem..sudahnya tersangkut dalam jem jugak.. penatt..
Dah lama tkpegi melaka, singat saya last sekali 5 tahun sudah
Amboi anak2.. gelak besar KMar .. pengsan kena kawin paksa ya... wo selalu ke Melaka belum lagi ada acara jln2 macam KakajZakie ni sebab jam... arwah tak selesa... kena juga bawa si kecik akak tu.. nak cari hari yg damai sikit..
wo * wp
dulu masa belajar kat johor, selalu jugak ke melaka dari jb.
yang pasti, singgah hentian r&r pagoh, beli pau. dalam pau ada telur puyuh.
kenangan.
hehe.
Dalam buku-buku sejarah di Junio High, ada selalu disebut nama Malaka, mungkin karena dahulu satu rangkaian wilayah sehingga banyak tersebut para pahlawan bersejarah Indonesia yang melawat disana
antara sebab utama saya tak berapa suka ke bandaraya melaka...jammed merata2
Melaka dah jadi kampung kedua kak zai. Sejak Mimi belajar disana sampailah adik pulak menyambung itulah kerja kami. Berulang alik ke Melaka kalau anak tak dapat balik.
Kalau kat Melaka kena makan Naan pak putra atau asam pedas claypot.
assalamualaikum kak zakie, lama tak pegi melaka ni, memarik juga idea ke melaka, comel adik dengan payung tu. moga adik cepat sembuh dan sihat.
jalan2 ke melaka pula ya...mmg best tu mnyksikn bnyk tinggaln sejarah lama...
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
suka pergi melaka.tapi tak tahan dengan jalannya.dengan jam dan one way. kalau salah jalan kena pusing jauhlah gayanya..
assalamualaikum kakzakie...mmg best kalau dpt jenjalan ke Melaka...senang sungguh semua tempat dekat2 saja nak berjalan...:)
Post a Comment