Thursday, May 28, 2015

Perjuangan yang pasti akan diteruskan

Sewaktu membuka televisyen petang Sabtu sebelum siaran langsung perlawanan piala FA Kelantan dengan LionXII baru-baru ini adalah aku bersembang dengan anak-anak. Seronok melihat warna merah yang ceria. Bukan saja pada baju, tetapi juga di topi, tudung, bendera hinggalah pada contengan muka. Pada anak yang belum begitu cekap pemikiran mestilah menganggap mereka yang menconteng/melukis muka itu tidak bersolat. Aku sebagai mama yang sudah tua pasti cepat saja memberi jawapan terbaik.

"Mereka rata-rata dari negeri Kelantan sayang. Jauh. Solat mereka boleh dijamak dan qasar. Jangan buruk sangka. Kedudukan Kelantan untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil bukan saja dua marhalah bahkan melebihi dari itu. Islam memberi jalan mudah dan amat indah. Mereka tentulah bersolat jamak/qasar untuk solat zuhor dan asar. Selepas itu barulah mereka melukis muka masing-masing. Oleh sebab itu sebelum maghrib lagi mereka sudah berada di dalam stadium. Maghrib pula mereka jamak takhir dengan Isyak.  balik dari menonton cuci muka mereka sudah boleh bersolat. Semua ini amat memudahkan dan tidak ada masalah". Indah perjalanan mereka. 

Selesai memberi jawapan tidak lama pihak televisyen menemuramah seorang wanita dan sungguh benar bagai jawapan yang aku berikan pada anak. Mereka singgah dan berehat di masjid sebelum meneruskan destinasi ke stadium. Walaupun tidak dinyatakan mereka bersolat tetapi kita fahamlah singgah di masjid mestilah untuk bersolat. Kalau dikatakan bersolat bimbang dikata riak pula. Indah dan cantik jawapan diberi dan benarlah apa yang aku jelaskan pada adik.

TGNA - Siapa tidak kenal hamba Allah ini? Insan yang bertungkus-lumus mentarbiah rakyat negeri Kelantan khususnya dan Malaysia amnya, untuk selalu berada di landasan Islam. Buku ini aku terima semalam dari teman blogger CIKGU ANIM. Bagaikan sebuah hadiah istimewa buat aku kerana secara kebetulan hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan aku hidup bersama suami tercinta selama 20 tahun. Alhamdulillah... terima kasih CIKGU ANIM.
Sebuah penghayatan - Salah satu petikan yang terdapat di dalam buku tersebut. Indah untuk sama-sama kita renungkan. Banyak lagi yang boleh dihayati dari buku ini. Aku baru baca hingga muka surat 55 ketika menemankan anak belajar.  Samalah denga permainan bola sepak ini regu menang adalah kalah.

~~ Walaupun tewas namun tidak ada kekecohan dan diterima dengan hati terbuka. Hanya kami di Johor Bahru terkilan melihat piala menyeberangi Tambak Johor. ~~


42 comments:

paridah said...

BENARTU ...USLAM TU SELAMAT N MUDAH...ADA KELONGGARAN BERSOLAT JAMAQ QASAR KALA BERMUSAFIR.

TAHNIAH...SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN SEMOGA KEKAL BERBHGIA BERSAMA YG TERCINTA SELAMANYA...BESTNYA DPT HADIAH BUKU DRPD RAKAN BLOGGER LAGI.

Nieyla Nadia said...

Singgah Pagi...
Islam itu mudah..
Tiada sebab kenapa kita tidak solat...

Alhamdulillah..tiada peperangan selepas perlawanan tamat...
bgs lah cmtu..tak perlu nak bergaduh sesama kita..hanya kerana sebiji bola..

Mia Kassim said...

Betul tu kak ... Islam tidak akan menyusahkan umatnya.

Kayu Manis said...

minat juga kak.zakie bola ye....nor ni berita pun tak tgok...
tq kak info yg bermanfaat..

kita ambil segala kebaikkan..hatta sebtg pen pun jgn sewenangnya mengunakakn dakwat klu pen itu bkn kepunyaan kita..
TGNA pernah ditegur wartawan kenapa tulisan tak terang(masa tu nik aziz menandatangan)lalu nik aziz berkata ini bukan pen dia,ini pen kerajaan,saya tak boleh mengunakkan sesuka hati..

begitu juga dgn guru lecture,pekerja dll..kalau masa mengajar kamu 2 jam maka dua jam jugalah kamu mengajar..kalau terkurang dua jam...maka tggulah di akhirat nanti akan di tya masa yg dia tidak mengajar itu..
sgt menakutkan....
lari tajuk ke ni..?

shaliza said...

walau sedikit kecewa kan....rindu sang murabbi itu:-(

Aisy Nasiha said...

Menariknya pengisian buku ni.. nak dapatkan jugalah buku ni nanti.. tahniah akak, dapat hadiah lagi.. buku yg best pulak tu.

Bunda_nora said...

Betul tu, setuju sangat...haritu KN ada nampak buku ni kat kedai buku...pusing2 last2 terlupa langsung nak beli..

Inani Hazwani said...

macam best je buku tu kakak

Farah Waheda Wahid said...

Islam itu mudah dan Islam itu indah...

Acik Erna said...

memang mudahkan kakzakie..kemudahan kalau dimanafaatkan tiada lah solat yang teringgal

iryantyismail said...

selamat ulang tahun perkhawinan kak.
. :-))

Izwa Kamaruddin said...

setuju kak :)

Permata Malap said...

Al-hamdulillah, penerangan yang mudah difahami.suka dengan cara penerangan akak.terus-terang,dulu IbuNoey tak tahu sangat bab solat jamak ni.beruntung anak-anak akak,dari kecil lagi dah dapat faham pasal jamak.

eMMe said...

Assalam Kak Zakie, pekabar?harap semua nye sihat2 selalu...
bile tgk cover buku tu, rindu plak pada Arwah TGNA...moga arwah tenang di sana.... Al Fatihah...

PeRdU cINta said...

Regu..betul kak..yang penting kita sedar diri sebagai hamba dan tetamu..

anyss said...

assalamualaikum,
tak apa kalah...tapi, dari sisi positif berlaku perubahan cara penyokong bola bertindak dan pasukan TRW jadi contoh. impak tu lebih besar dari menang sebenarnya

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...betul tu kak memang menarik penerangan info yg diberi dr akak ni...dan syg sekali piala kemenangan di bawa ke seberang tambak kali ini..:)

Anonymous said...

kata-kata TGNA yang memang ada nasihatnya, ada sindirannya dan ada perinagatannya.

wallahualam.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Kata-kata yang penuh makna. Semua ada regu. Yang paling penting hidup dengan mati. semua kita akan menemui Allah selepas itu. Baik buruk di sana baru tahu. Terima kasih kakak.

sitirohaida said...

alhamdulillah...walau macam mana nak seronok pun,tetap ingat maha pencipta..

Happy anniversary untuk akak dan suami..Moga kekal bahagia ke Jannah..Insya allah

Falsya said...

suke cara kakak jawab soalan anak2 kakak..penuh dgn kelembutan tp padat sgt..

ya Allah..falsya mmg mencarik buku TGNA nie..tp setiap kali lalu MPH atau mana2 bookstore mesti lupe..tp bile lalu tuh rase mcm ade something nak beli dlm MPH..bile dh start melayan qisya langsung lupe terus..

Dr K said...

Selamat ulangtahun perkahwinan yg ke 20 buat Kak Zakie & suami :)
Saya doakan kebahagiaan hingga ke syurga firdaus, Insya Allah.

Saya baru tahu wujud buku tu...Saya nak cari lah :)

Zaitun said...

Memang betul Islam itu sangat mudah.

Alhamdulillah anak2 kak zai sejak mengenal erti solat sudah diajar untuk melakukan solat jamak sebab kak zai suka melancong dalam dan luar negara.

Zaitun said...

Selamat nenyambut ulang tahun perkahwinan kakzakie semoga bahagia dan kekal selamanya.

aizamia3 said...

Terkesan di hati saya kak disebalik kata-kata dalam buku tersebut.

Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan buat akak dan en. suami.. Moga sihat dan kuat dalam menjalani rutin harian.

musang said...

semoga almarhum tok guru tenang di sana..

selamat menyambut ulang tahun perkahwinan buat kakak & suami..semoga bahagia hingga ke jannah

Ujie Othman said...

betul kan kak..biasa kita tengok, terus ter komen "tak solat ke dia ni? conteng2 muka'.

Happy Anniversary Kak Zakie & suami! Moga bahagia dunia akhirat. ^_~

eelobor said...

Alhamdulillah.....sempat membesar dalam zaman TGNA. sesungguhnya teramat besar jasa TGNA kepada kami di kelantan secara amnya

Gee Lion said...

Bukan rezeki Kelantan gamaknya tahun ni kan kak Zakie. InshaAllah tahun depan ada rezeki. Penjelasan yg bagus kak Zakie, wish that I will have more knowledge and courage to teach my childrens one day. =)

nohas said...

Selamat memyambut ulangtahun perkahwinan, kak..

Al-Marhum TGNA..murabbi yg sukar dicari ganti..tenanglah, berehatlah disana..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ... barakallah lakuma fii khair kakzakie.. kekal hingga ke syurga..

Aziela said...

Harga buku...mampu milik. Tp harga ilmu, tak mungkin dimampui. Begitu juga harga kasih sayang tulus. Harganya, kebahagiaan. Selamat ulang tahun,kakak.

OKje said...

Happy Anniversary Kanda dan belahan jiwanya....Dinda doakan kanda akan sentiasa kekal bahagia hingga ke jannah....lebih kurang sama date dgn bezday Angry Bird....

Gitulah indahnya Islam kan kanda

Nieda Ramly said...

tahniah kak...selamat ulangtahun perkahwinan yg ke 20 tahun

Nieda Ramly said...

tahniah kak...selamat ulangtahun perkahwinan yg ke 20 tahun

Nieda Ramly said...

tahniah kak...selamat ulangtahun perkahwinan yg ke 20 tahun

ANIM said...

kata kat adik, Almarhum TGNA pun minat bola tau. Ada satu masa, dalam 4 tahun lepas kalau tak silap, dia sebut, dia nak kapten bola jadi imam solat kat stadium. masa tu tengah nak bina kompleks sukan..

last but not least, happy 20th anniversary. semoga kakzakie, suami dan keluarga sentiasa dalam rahmat Allah hendaknya....aamiin

Fifi Nadhrah said...

Allah hu akbar.. islam itu indahkan kak..

selamat hari ulangtahun perkahwinan kak.. tahniah.. 20tahun sudah.. lame tu..

SalbiahM said...

saya pernah bersolat di bawah tangga gara-gara nak tengok bola...hehe.pucuk pangkalnya hati dan usaha sendiri.. ;)

Mummydearie said...

Saya tak minat bola, kak. Memang tak suka menonton perlawanan bola walaupun membabitkan JDT ~_^ Tapi tahulah juga bila masanya ada perlawanan bola.

Memang betul bagai dikata, setiap perkara ada regunya. Baru pagi tadi dok berborak dengan Bubbly Abang dalam kereta tentang pilihan hidup. Saya katalah dalam hidup ni kita memang selalu ada dua pilihan ~ nak jadi baik atau jahat, nak jadi pandai atau bodoh, nak jadi berani atau takut dan sebagainya!

TukangKebun said...

Happy Anniversary!

Lama tak tengok bola.

Normala Saad said...

Happy anniversary!
memang betul Islam itu indah..tapi ada sesetengah orang Islam sendiri yang suka beratkan dan ketatkan pemikiran sendiri...kemudian suka2 keluarkan fatwa2 sendiri yang membuatkan kita was2 dan keliru..