Hari Sabtu baru lepas sebagaimana yang telah disenaraikan dalam susunan tanggungjawab sebagai mama/papa yang satu ini pun kena tunaikan juga. Tidak boleh bermalas-malasan kena ke sekolah adik sebelum jam 8:00 pagi. Selesai pendaftaran jam sembilan pagi lagi sudah berada di dalam perut dewan sekolah adik. Anugerah kecemerlangan untuk tahun 2014 bagi sekolah agama adik diberikan pada tahun ini. Satu-satunya anak mama yang masih bersekolah rendah. Memandangkan tahun ini adik berada di dalam darjah 6, tahun depan kalau bernasib baik adalah peluang sekali lagi selepas itu tiadalah lagi.
Gembira - Alhamdulillah masih diberi peluang untuk adik naik ke pentas lagi. Untuk peperiksaan tahun 2014 adik mendapat dua anugerah. |
Hadiah - Inilah yang adik dapat. Satu hadiah kerana dapat nombor dua dalam kelas dan satu lagi UPKK adik mendapat straight 8A. Alhamdulillah semuanya anugerah Allah. |
Biar apa pun anugerah diperolehi ini semuanya adalah duniawi semata. Sebagai mama-papa tetap mengharap anak-anak cemerlang juga untuk dunia yang satu lagi yang kekal abadi. Mampu mendoakan mama-papa bila mama-papa sudah tiada di dunia ini. Itulah harapan setiap ibu-bapa pastinya.
~~ Kalau sebelum ini rakyat dikatakan tidak perlu percaya isu kanak-kanak di culik untuk dijadikan pengemis, berita semalam sahih isu itu sebenarnya memang ada.~~
43 comments:
Alhamdulillah..sejuk perut ibu mengandung bila lihat kejayaan anak2..
Tahniah Adik.. kejayaan adik kebanggaan buat papa-mama nya juga.. semoga adik terus cemerlang dunia dan akhirat.
Benarlah kakzakie.. setiap ibubapa mengharapkan anak yg soleh dan solehah yg dapat mendoakan apabila kita tiada kelak..
Begitu juga dengan ibubapa kita kan kak, mengharapkan kita mendoakan mereka dan menyantuni mereka.. pengorbanan seorang anak pula kepada ibubapanya..
Tu lah kak, masih lagi nak menafikan kes penculikan anak2 utk dijadikan pengemis sedang kan ceritanya benar.
masih kekalkan hadiah buku eh?
zaman sekolah rendah dulu pun, dapat buku dan alat tulis sebagai hadiah.
memang bermakna dan simpan buku tu sampai sekarang.
hehe.
Sentiasa sibuk dengan aktiviti anak-anak selagi anak masih belajar.. Alhamdulillah kejayaan sentiasa mengiringi anak-anak. Tahniah pada ibu dan ayahnya juga.
Tahniah untuk adik dan rakan2 yang cemerlang...Alhamdulillah... semoga tahun depan usaha lebih gigih lagi..
Tahniah adik.. moga terus gembirakan hati mama dan papa dengan jadi anak soleh ya..
Tahniah adik..Kan kak, sedih bila nengok berita semalam tentang kisah penculikan dan pemerdagangan anak kecil..
Tahniah Adik..Bagi saya..kecemerlangan setiap anak adalah cerminan ibubapa mereka..tahniah buat akk dan sumai juga...
tahniah buat adik dan kakzakie juga ...bagus juga dapat diberi buku sebagai hadiah dapat juga tumpang membaca menambah ilmu.
tahniah adik atas mencapaian yang cemerlang itu...beruntung akak suami isteri. semoga adik sentiasa cemerlang dalam apa jua bidang.
tahniah adik atas mencapaian yang cemerlang itu...beruntung akak suami isteri. semoga adik sentiasa cemerlang dalam apa jua bidang.
Singgah pagi...
Tahniah adik..
Tiada lagi yg membanggakan seorang ibu dan ayah..dapat melihat setiap kejayaan anak didunia...InsyaĆllah di akhirat juga...nieyl doakan :)
Alhamdulillah. Tahniah Adik. Teruskan kecemerlangan...
tahniah adik & kakzakie..
bagus betul sekolah bagi hadiah buku2 tu.. zaman saya kecik dulu banyak dapat set gelas je.. hahaha
Tahniah adik. sejuk perut ibu mengandung..
bestnya dapat anugerah camni.. rasa seronok sebab seolah dihargai apa yg kita dapat..
tahniah buat anak2 sis..
:)
tahniah Adik..semoga terus cemerlang di dunia dana akhirat.
tahniah adik n kawan2nya yg bijak tu...kesemuanya tu xsemulajadi terhasil jika tiada bimbingan ibubapa n Allah memberkatinya...
tahniah adik dan rakan2..menuntut ilmu jangan jemu :-))
tahniah adik..tahniah kakzakie
Alhamdulillah adik mmg cemerlang dunia akhirat..amin
Ibubapanya sudah tntu hebat jugakn...
Muah..muah..terdidik akhlak anak2 warisan dr ibubapanya..
Beshhh betul tgk anak2 cemerlang cenggini...moga anak2 sy besok2 dpt secemerlang gini gak...
alhamdulillah..tahniah adikkk..;)
Tahniah buat kakzakie dan adik. Semoga lebih cemerlang dimasa akan datang.
Alhamdulillahhh.....Saya pun tak terkejut adik cemerlang. InsyaAllah cemerlang dunia akhirat.
Alhamdulillah tahniah adik..teruskan usaha ye..
Alhamdulillah...betul kzakie, kita mmg nk ank2 berjaya di dunia dan cemerlang di akhirat, di dunia menjadi hamba dan khalifah Allah memakmurkan bumi Tuhan, di Akhirat tentu mendapat anugerah Allah yurg yg kekal abadi.
Alhamdulillah tahniah adik..tiada apa yg menggembirakan selain melihat kejayaan anak2 kan..walaupun semuanya ni dunia semata
Alhamdulillah semoga mereka beroleh kejayaan yang berterusan. Tahniah buat anak kakak juga.
assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah tahniah juga untuk adik yer...:)
Tahniah adik..best dapat buku2 yg menarik..
tahniah utk adik ya..
teringat dulu2 anak kaknoor selalu naik pentas alhamdulillh
skrg semua dha besar tinggal kenangan dah masuk uni dah
Tahniah, tahniah dan tahniah. Semoga membesar menjadi kebanggaan orang ibu dan ayah! Aminn
tahniah adik.. samalah nasib kita adik, selalu jadi nombor 2 kat sekolah.. huhu.. takpe yg penting anugerah yg diterima itu yg dapat membanggakan ibubapa dan meningkatkan lagi semangat kita dlm belajar.. tahniah juga kak zakie.. sejuk perut ibu mengandung ye.. :)
Tahniah adik, tahniah kanda..... dinda tumpang sejuk perut je kanda, nak tengok adik sini naik pentas entah bila huhu.... Kanda pun beruntung jugak apa....
ALhamdulillah...Tahniah adik. SEmoga terus cemerlang didunia dan diakhirat.
Tahniah juga buat tokoh pelajar tu.
tahniah buat adik..bahagianya kak zakie
tahniah adik
jadikan persaingan itu satu persaingan yang sihat
kipidap!
Tahniah buat Adik!
Semoga kecemerlangan ini diteruskan untuk tahun-tahun mendatang. Untung akak ada anak yang bijak duniawi dan saya rasa tentunya anak-anak akak memang berilmu agama juga dalam diri :)
Alhamdulillah Tahniah adik.... semoga kejayaan terus kekal milik adik :)
tahniah buat adik...semoga terus berusaha
assalamualaikum kakak
alhamdulillah tahniah adik
betul tu kakak akrg ni yg mlibatkan knk knk dan bayi amat mmbimbangkan
sama samalah kita bdoa
tahniah buat adik... itula harapan kita kan... cemerlang dunia dan akhirat...
Post a Comment