Friday, May 22, 2015

Pandang nasihatnya bukan orangnya

Persepsi lebih dulu makan garam ada kalanya membuat kedangkalan seseorang untuk menerima nasihat dari mereka yang berusia jauh lebih muda itu terjadi. Apa lagi jika kedudukan pula sudah jauh lebih selesa berbanding dengan yang memberi nasihat. Apabila mendengar tazkirah/ceramah yang diberikan merasa semuanya telah diketahui. Sejauh mana apa yang dikatakan telah diketahui itu diaplikasikan dalam hidupnya hanya dia dan Allah saja yang tahu.

Hari ini kalau kita perhatikan untuk melihat merea yang mampu bersuara lantang sangat banyak. Mereka yang berani berhadapan di khalayak ramai memudahkan lagi untuknya menyampaikan ilmu. Selagi tidak menyentuh sensitiviti sosio-politik dan tidak melanggar syariat tidak ada siapa pun akan mengganggu. Perkara mudah membuat amal dengan membuat penyampaian/dakwah seperti ini. Biarpun mungkin hanya satu peratus yang dapat menerima apa yang disampaikan atau mungkin kurang dari satu peratus pun namun ianya adalah satu ganjaran yang amat bermakna. Kena tabah dan sedia menerima apa juga risiko pendengar yang tertidur, berbual tidak mengendahkan apa yang ditazkirahkan dan sebagainya. Pasak niat di hati bahawa apa yang disampaikan adalah ibadah dan tanggungjawab yang mahu disampaikan.

Sebagai insan kerdil yang tidak mampu memberi tazkirah, sama-sama kita didik hati kita walau siapa pun yang berkata di hadapan kita selagi ianya memberi kebaikan dengarlah. Jangan melihat siapa yang berkata tapi ambil kebaikan yang disampaikan olehnya. Bukan tidak susah hati atau sedih buat mereka yang cuba memberi kebaikan andai suaranya bagai diabaikan.


Sekadar paparan - Dua ini pemberian customer aku di Singapore yang baru balik dari melancung ke Taiwan. Fridge magnet itu pasti aku tidak tolak tetapi biskut itu aku agih kepada teman Cina aku.

~~ Jika bersedih - Rebus kurma jadikan minuman seperti teh Insya-Allah boleh meredakan rasa sedih. ~~

46 comments:

Izwa Kamaruddin said...

itu petua utk hilangkan sedih? nanti saya nak cuba kak ;)

Mummydearie said...

Baru-baru ni saya bertemu dengan seorang hamba Allah yang berkeluh-kesah menceritakan masalah yang dihadapinya. Katanya, dia sedih kerana orang yang ingin dinasihati memandang rendah pada dirinya dan merasakan yang dia tidak layak memberi pendapat tentang hidup, menasihati dan sebagainya kerana dia jauh lebih muda daripada orang yang dinasihati. Disebabkan itu timbul rasa kurang selesa dalam dirinya. Masalahnya mereka akan tinggal serumah tidak lama lagi atas dasar ikatan kekeluargaan yang baru terjalin. Kesian pulak saya mendengarnya!

Nieyla Nadia said...

Singgah pagi...
Bukan mudah menyampaikan sesuatu yg ilmu itu..byk cabaran dan dugaannya..:)

Unknown said...

Assalamulaikum di pagi penghulu hari.....Insha Allah akan cuba ingat dan semat di hati ape yg sy baca dlm n3 akak kali ni....tak semua orng bole terima nasihat kan kak =)

imm said...

cuba nak berlatih lembutkan hati, rendahkan diri dan terima semua nasihat baik yang diterima..insyaAllah

imm said...

cuba nak berlatih lembutkan hati, rendahkan diri dan terima semua nasihat baik yang diterima..insyaAllah

Unknown said...

betul kak.. zaman sekarang.. kalau yg memberi nasihat tu mcm suam suam kuku.. habihla kena cemuh dengan orang je.. tapi dalam masa yg sama, cara menyampaikan nasihat pun kena betul. jgn sampai memalukan orang lain..

Inani Hazwani said...

Betul tu kakak, jangan pandang orangnya tapi pandanglah apa yang disampaikannya :D

Kayu Manis said...

YELAH..NTI KITA BANGUN TIBA2 KATA KITA NI FAHAMAN APA2 PULAK...NTI DI COP KITA SYIAH PULA..
PENCERAMAH PUN PYH JUGA NAK JAGA HATI MASING2..MARAH MAIN LONTAR JER...

SEDIHLAH SKRG NI TGOK KEAADAAN SEMASA..

εïзmmyHazaεïз said...

Zaman sekarang ni kak.. Nasihat, tegur-menegur tu di anggap menjatuhkan. Cubalah terima teguran dengan perasaan bersangka baik

Mar Mansor said...

tak ramai yang sedia menerima teguran..bila ditegur, tetap mempertahankan pendapat sendiri..walhal perlu juga mendengar pendapat orang lain
psst antara blogger pon sama..tak seronok nak mengomen kadang-kadang

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Jumaat kak Zakie..lam atak singgah kat sini.Akak sht?

PeRdU cINta said...

Betul kak..kita ambil apa yang baik daripada apa yang diperkatakan..kalau kita semata mata melihat dulu siapa yang menyampaikan pasti tiada input berguna untuk dijadikan ilmu..kan manusia tiada yang sempurna..maka kita sentiasa berasa curiga..bila kita lihat sisi apa yang dikongsi..kita balik pada Allah..dengan izin Allah ilham itu datang pada dia untuk dikongsi dengan kita..

Shaiful Zaidi said...

salam ziarah akak

cahayahidupku.blogspot.my said...

Kurma petua hilangkan sedih ye Kakzakie..
Banyak betul khasiat kurma ni..
Betul tu kakzakie..
Jangan dilihat siapa yg memberi nasihat tetapi ambil kebaikan dari apa yg dikatakan..

Acik Erna said...

betul kakzakie..siapa dulu makan garam dah tak diguna pakai zaman ni kan.
baru2 ni ada ustz bagi ceramah kat tempat kerja..ramai juga yang mendenagn..memang bulanan..yang biasa dipanggil tak dapat datang..ganti ustaz lain..tapi sebab ganti tanpa rela ustaz tu..cara dia berceramah jadi tidak disukai..bodoh bangang jadi mainan bibir..sape bercakap disuruh keluar..ramai yang komplen..

makchaq said...

Biasa la org tanya sapa penceramah baru nak pegi..

Pada makchaq walaupun benda yang disampaikan kita dah tau, berulang-ulang... tapi masih tetap bermanfaat.. kita ni mudah lupa mudah leka klu x di ingat2kan selalu.

iryantyismail said...

Kak petua kurma tu akan yan cuba..insyallah...

Dr K said...

Kita ni kak zakie, mmg betul, kadangkala ego...memilih nak menerima nasihat...apatah lagi kalau teguran..

tak pernah saya tahu pula kurma boleh direbus...hmmm...boleh try ni...:)

Fiza Rahman said...

Skang ni ramai yang tak boleh ditegur. Tak boleh nak terima teguran. Rasa dia jer yang betul.

Baru tau rahsia nak meredakan kesedihan. Nak try lah nanti. Thanks kak.

Rosmawani♥ said...

Ros jujur sgt.. klu tgh sedih update apa kt blog, dpt komen akk rasa bsemangat sgt.. hihi.. apa pun ros trima segala nasihat n tguran krn tu salah satu utk kita pbaiki diri kan...sobsob

Nor Azimah Ali said...

Saya suka juga dengar penceramah muda bertazkirah, takde bezanya dgn penceramah yg dah otai tu, yg penting isinya, bukan orangnya.

Bunda_nora said...

Teringat nasihat guru bahasa inggeris masa sekolah menengah dulu..."Do what i ask you to do,but don't do what i do"...

Zaitun said...

Dengar mana yang boleh dijadikan pelajaran kutip dan simpan.

Nanti kak zai nak cuba kurma rebus.

Aziela said...

Saya suka berkongsi apa yang saya tahu. Ilmu tu bukan milik kita. Tapi kadang2, memang ada orang yang salah faham. Tapi kena cepat2 ingatkan diri, kita dah kongsikan. Terima atau tidak, terpulang lah....

Saya tahu pasal the kurma, tapi selalu lupa. Saya sangat perlu buatnya...Insya Allah...ada stok banyak kat rumah.

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...yg bawah tu baik utk perkongsian semua...:)

Eye_nee said...

Insan begitu saya gelarkan dia "ANGKUH"...usia bukan penentu baik..wajar...buruk nasihat seseorng...berfikiran positif kan lebih baik..terkdg ada yg tak mahu lansung mendengar apa yg akan diperkatakan oleh simuda atas alasan....garam yg aku mkn menggunung tingginya...ubahlah pemikiran demi penambah baikan kehidupan....

Nastyna said...

Kalau ikhlas memberi nasihat, Allahmdulillah.. orang macam saya ni sentiasa terbuka menadah tangan mengutip nasihat, siap cari lagi.. tapi kalau kutukan, hinaan atau sengaja memburukkan, memang saya toleh ke lain la hihihi sebab there is a fine line between mengutuk dan menasihat.

babYpose said...

Biasa saya pandang tinggI pada penceramah ni sebab mereka terpilih,mesti ada sesuatu kelebihan dari situ. fm tu mesti sukakan sebab memang hobi Kak zakie <3:-)

Gee Lion said...

malangnya sekarang, terlalu ramai manusia yg ego & keras hatinya. nasihat yg kita fikirkan wajar dikongsi dianggap kurang ajar dan tidak layak kerana usia.. thanks for the tips kak zakie, baru tau... =D

saniahibrahim said...

banyak makan garam bukan bererti lebih baik ,kadang yg muda itu lebih tinggi ilmunya.
baru tahu rebus kurma boleh redakan sedih ..

aby said...

salam kz ..
betul tu .. umor bukan penentu ilmu didada. yg penting disamping menerima ilmu itu amalkan apa yg diterima.
semoga ilmu yg diterima menjadi ilmu yg menfaat.

eelobor said...

setuju....tapi mengikut situasi tertentu

Puan Kutu said...

zaman Sekatang ni memang terlalu ramai yg berilmu cerdik pandai..jadi kena hormat pandangan masing2 selagi tak langgar syariat..apa yg kak zakie mata tu betul..

baru tahu manfaat kurma utk merawat kesedihan.

ANIM said...

saya pun pasang niat untuk berkongsi saja kakzakie kalau nak beri nasihat...
kita maklum kekurangan diri sendiri namun ilmu yang diterima perlu disebarkan..
terpulanglah pada penerimaan masing2..

Qaseh Vee said...

saya dah tak kisah pun bila pegomen saya menyindir entry agama (blog saya yg lain ) atau cuba mempertikai juga menguji pengetahuan agama saya . yg penting bagi saya , ilmu yang saya kongsikan itu bila dibaca org , saya dpt pahala . lagi ramai yg baca , lagi lama ianya wujud di internet , lagi byk ganjaran saya dapat ...

paridah said...

jgn ada rasa riak walau sedikit di hati konon kitalah yg terbaik di segi apapun kerana setiap individu ada wibawanya sendiri..

Ahlam Miera Shafie said...

sy pn ada dpt kurma nih dh lama dpt dri awal tahun lg kwn dr china bagi... tapi xtahu lak kurma yg direbus boleh hilangkan kesedihan...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sy suka makan kurma.. tak tahu ia petua untuk hilangkan kesedihan kakzakie

Normala Saad said...

tua atau muda memang selalu menjadi ukuran walaupun ilmu yang ada itu patut diambil kira...tapi apa yang saya perhati dulu2 penceramah ( semestinya tua2 ) sangat straight to the point..jarang amat melawak, tapi hari ini gurauan penceramah alaf baru amat lucu dan riuh dengan ketawa kerana contoh2 yang mereka beri itu amat sinonim dengan peristiwa seharian disekeliling kita...

Farina said...

maklumat yang menarik. betul tu, dgr la nasihat org, jgan pandang dari segi luaran org. yg mana bnda baik, kita boleh amalkan. Allah tgk hati seseorg itu, bukan luarannya. so, bnykkan nasihat org.

macyhumaira said...

adakalanya sukar unuk mendidik hati menerima teguran, apa lagi dari mereka yang lebih muda ataupun pangkat yang lebih rendah (sekiranya bergelar ketua)

tapi.. memberi dan menerima sepatutnya menjadi sesuatu yang indah. kan?

terima kasih kak. jemputlah ke teratak macy selalu :)

Unknown said...

setuju sangat dengan perkara ni. kebanyakan dari kita punya sikap "diri sendiri tak betul ada hati nak tegur aku"

bagi saya benda ni dah salah. kita ambik apa yang dinasihatkan, jangan ikut perangai orang tu kalau orang tu tak elok. baik buruk kita boleh fikir sendiri

aizamia3 said...

nanti saya nak cubalah petua tu kak..

Lydia Miza said...

Saya tak berani memberi tazkirah krn rasa diri sgt kerdil. Tapi kan kak.. Pd saya sgt bongkak hati kita bila tak mau dgr nasihat insan yg kita rasa org tu x layak bg nasihat. Padahal nasihat tu amat bermakna..

Ooo tips rebus kurma tu sy tak tau kak. Terima kasih ye


Wah dpt biskut dan fm.. Takpelah kak,akk beri kwn cina akak pun dpt sikit sahamnya . Dah tu sayang pula klu tak blh mkn takkan nk buang pula

nOe suhaimi said...

setuju dengan kakzakie...kdg2 orang kita...tgk orang je sudah tak nak mendengar..walaupun apa yg diberitahu adalah perkara utk menujuk kebaikan...

tahniah kakzakie...dpt ole2