Saturday, August 15, 2015

Semailah demi untuk hari mendatang


Merenung sebahagian kata-kata yang diucapkan oleh President Lee Shian Loong, president Singapore bersempena hari kemerdekaan negara mereka 9 Ogos lepas, buat aku terfikir sama. Pre-National Day itu diraikan di Botanical Garden negara mereka yang disiarkan secara langsung di semuala saluran televisyen Singapore. Kami yang tingga di JB sebagai jiran boleh menonton sama. Katanya generasi dulu menanam banyak pokok yang banyak dan nikmatnya dirasai kita generasi kini. Menurutnya juga ada pokok yang mereka semua lihat ketika itu mencecah usia ratusan tahun. Bukan sepuluh atau dua-puluh orang boleh berteduh di bawah pokok yang banyak itu, tapi ribuan rakyat mereka dapat berteduh pada hari tersebut. Mereka dapat menikmati kesegaran taman hasil semaian datuk-nenek-moyang mereka dulu.

Mendalam maksud president itu sehingga aku merenung dari kata-katanya. Oleh itu sebagai manusia kenalah kita terapkan dan mencari jalan di dalam minda kita untuk memberi hasil yang boleh ditinggalkan sebagai warisan terbaik buat anak-cucu-cicit kelak. Keamanan, keharmonian, kekuatan bangsa kena kekalkan sebaik-baiknya.

Ibarat juga kita menanam pokok, jika benih yang baik tidak mustahil hasil benih tersebut akan melahirkan pokok yang sihat. Namun pokok yang sihat jika dirosak oleh parasit atau racun tidak mustahil pokok akan musnah dan tidak berjaya menghasilkan apa yang diharapkan oleh penyemai benih yang asal. Usaha kena ada untuk menghalang parasit dan racun dari singgah pada benih yang kita semai sehingga pokok benar-benar mengikuti spesifikasi yang kita mahukan. Bukan mudah tapi kena ada usaha. Begitulah jika meninggalkan zuriat biarlah yang memenuhi spesifikasi yang sekurang-kurangnya mampu mendoakan kita bila kita tiada kelak.

~~ Tidak ada suatu apa pun hasil boleh diraih dengan jalan mudah. ~~

29 comments:

anazarin said...

Perkongsian yang menarik...

anazarin said...

Perkongsian yang menarik...

paridah said...

anologi yg mndlm maksudnya...bukan senang nak menanam sebatang pokok yg kemudiannya merendang subur n memberi menafaat kpd generasi demi generasi juga makhluk Allah seisi alam.

NuSaNa NoSa 91 said...

yup. sebab nak menanam atau membentuk sesuatu mengambil masa yang lama, dibandingkan dengan nak memusnahkannya.. T_T

iryantyismail said...

parasit dipokok tu yang sukar dijangka...

Izwa Kamaruddin said...

perkongsian yg bagus kak..

Nor Azimah Ali said...

Mmg betul kata ibarat yg diberi tu. Tapi yg lebih susah lagi bila kita nak semai iman yang teguh dan peribadi muslim sejati kerana musuh luar dalam sentiasa menanti dan membuat perbagai usaha utk merosakkan generasi muda islam.

PeRdU cINta said...

Terkesan dihati kak..betul la...macam datuk nenek kita..moyang kita..buat sesuatu ingat anak cucu yang mendatang..mereka tidak berpendidikan tinggi..tapi pandangan mereka sangat jauh kehadapan..dan kini kita mula mengenang..contoh pokok durian kat kampung..babah cakap ni dulu atok yang tanam..dulu yang dah berpuluh tahun..dulu yang kita sendiri kita tak tahu di mana..

Nastyna said...

pokok sebagai simbolik.. tapi pokok hat duk ada kat malaysia tu pun ditebang2, usahkan nk tanam baru.

Unknown said...

saya pernah dengar kata2 dari drama cina katanya kita ni hidup biarlah seperti pokok yang boleh melindungi orang lain dan memberi sesuatu kepada orang lain jugak..

Normala Saad said...

mmm..betul, setuju sangat dengan perkongsian ini...

NEKCIK said...

dalam maknanya bagi yang dapat menyelaminya....

QasehnyaRania said...

nice sharing
kt malaysia makin byk pokok ditebang adalah

Inani Hazwani said...

setujuu dengan kak zakie :D

jie susanos said...

dalam maksudnya ni..

Ibu Lala said...

Hidup buar berbakti kan kak

Yana Shaiful said...

btul tu kak..setuju dgn akak

Malinda said...

dalam dan banyak maksud yg tersirat...berusaha sekarang utk generasi akan datang

Pondok Usang said...

yup... bukan semudah yg disangkakan... malahan mencari barang di mudah [dot] my pun bukan mudah. harus berhati hati dari di tipu...

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Zakie... untuk mendapat anak yang baik perlukan pasangan itu punyai cita-cita yang sama dan berilmu kerana mereka akan faham apa yang diimpikan dalam berkeluarga.

Silakan Kak Zakie, sudi mengambil AWARD BERGAYA SENIDIRI sempena Ulang Tahun Ke-5 Kelahiran Blog LMGS G2 di maya pada. Semoga persahabatan dan silaturahmi ini kekal selamanya. Aamiin.

https://webctfatimah.wordpress.com/2015/08/15/ct346-launching-banner-baru-lmgs-g2-ulang-tahun-ke-5-bergaya-sendiri/

Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

Unknown said...

Perkongsian ysng nenarik...

Wa said...

Setuju sangat...

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Terima kasih di atas perkongsian yang mencerahkan dan bermanfaat ini.

Teringat kata-kata almarhum Syeikh Ahmed Deedat: "Kita tidak mundur daripada barat, tetapi sebenarnya kita mundur daripada Islam. Sesungguhnya tidaklah kita mundur daripada seluruh dunia kecuali setelah kita mencuaikan agama."

"Erti hidup pada memberi"

TukangKebun said...

Memang mendalam maksudnya kan.
Dalam menyemai, kemudian nak membesarkan dengan baik juga memerlukan kesabaran yang banyak.

amirah said...

benar bagai dikata kak..kena fikir2 kan apala yg akan kita tgglkan untuk anak cucu kita kan

MasturaDin said...

Singgah petang..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...perkongsian yg baik...

wan muliani said...

perkongsian yg menarik...

Mummydearie said...

Teringat zaman kecil-kecil duduk kat BP. Tengok drama Singapore jerk. Maklumlahkan, jiran tetangga katanya... Sekarang ni duduk kat KL, kita tengok drama Korea jerk. Drama Melayu pun tak tengok lagi dah. Maklumlah, Melayukan mudah lupa ~_^

Betul tu, kak. Nak menyemai benih dan menunggu hasil ni kena sabar dan ikhlas. Kalau tidak, entah apa nasib si benih tu nanti. Macam sayalah, baru belajar tanam cili tapi spesies tak menyabar, habis pokok cili layu!