Friday, August 28, 2015

Tasbih dan kepercayaan agama masing-masing

Dua hari lepas aku mendapat tasbih dari Yana Yani blogger Diari Seorang Mama. Mendapat tasbih ini buat aku teringat kisah aku di pejabat sebelum puasa yang lepas.

Waktu makan tengahari aku di pejabat tidak ada ketetapan masa. Bila-bila masa saja boleh makan tetapi biasanya aku lebih suka untuk makan agak-agak dalam setengah jam sebelum masuk waktu solat zuhor. Mudah bila selesai makan sebaik mencuci periuk, pinggan dan bekas bekal terus boleh berwudhuk. Tetapi pada hari itu kerana aku tidak boleh bersolat aku keluarkan tasbih untuk berzikir sambil melayan mata melihat monitor PC. Tanpa sengaja ketika supplier masuk aku terlupa tangan aku masih memegang tasbih. Sepontan mereka mengatakan yang agama mereka juga menggunakan tasbih ketika beribadat. Ketika itu kami berempat. Dua lelaki bangsa Cina, seorang India dan aku sebagai customer mereka. 

Menurut supplier aku yang Cina tasbih dalam agama mereka yang menggunakan biasanya adalah sami-sami dan jumlahnya 108 biji/beads. Secara kebetulan kawan mereka yang Hindu juga mengatakan yang sami Hindu pun menggunakan tasbih 108 biji/beads. Tetapi kawan mereka yang seorang lagi neneknya Kristian tetapi bila ibunya menikah dengan ayahnya Buddha lalu ibunya turut menjadi Buddha. Dia melihat neneknya juga menggunakan tasbih tapi tidak tahu berapa kuantiti beadsnya. Jujur menurutnya dia tidak pernah bersembahyang. Bergegar bilik aku dengan gelak-ketawa tiga lelaki dek kerana seorang insan dengan jujur mengatakan dia tidak pernah bersembahyang. Masing-masing tempelak menempelak sebab semuanya belum berumahtangga. Jelas cara mereka tidak sama dengan cara kita. Apa yang pasti Islam agama syumul.

Coretan bingkisan - Dengan penuh terharu aku mendapat titipan ini dari teman blogger yang menggelarkan dirinya Yana Yani
Menarik - Aku mendapat tasbih yang 33 beadsnya (jangan kira juntaian ekornya) dengan hati penuh gembira. Niat di hati selepas solat maghrib hari itu mahu digunakan, tetapi terlupa sebab sudah terbiasa dibelakang tempat aku bersolat tersedia di button almari tasbih yang banyak, jadi capai sajalah satu.
Bersatu - Masukkan ke dalam bekas cerminmata bersatu dengan tasbih putih yang selalu aku bawa walau kemana aku pergi. Mudah kalau di dalam bekas ini memang tidak akan tertinggal. Dalam bekas ini juga ada jarum,  sedikit benang dan pin. Boleh digunakan masa terdesak seperti jika ada kain yang terkoyak atau zip rosak.
Ketika di rumah biasanya aku menggunakan tasbih yang 99 biji termasuk hujung yang besar jadi 100. Tetapi yang tersimpan di dalam handbag biasanya yang 33 biji ini. Pergi majlis tahlil pun aku bawa yang di atas itulah. Lepas ini bolehlah aku bergilir menggunakan apa yang Yana Yani bagi. Moga ganjaran dapat dikongksikan bersama. Pastinya telah dicatat oleh Raqib akan kebaikan ini. Terima kasih Yana Yani.

~~ Itu tasbih untuk bezikir. Mari kita baca tasbih kafarah bersama : Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allailahailla  anta astaghfirukawa atubu ilaik. Akhiri dengan membaca suroh Al-Asr. ~~

44 comments:

paridah said...

BANYAK KOLEKSI TASBIH YG ADA...KDG DIGUNAKAN ..KDG KIRA DGN JARI SAJA...MMG SELALU NMPAK PENGGUNAAN TASBIH DLM FILEM YG ADA SANGKUT PAUT DGN AGAMA DLM AGAMA2 LAIN JUGA...TAPI TENTU SEKALI JAUH BEZANYA DGN AMALAN YG DITENTUKAN AGAMA ISLAM.

Unknown said...

Saya tak pernah pakai tasbih biji ni kak.sebab suami beli yang tekan2 tu je,..ehehehe..comel kak..warna kuning pink..jadi bila dapat tasbih yang YY bagi ni saya tunjuk kat suami dia tanya pandai ke guna ni...hahha..entah la..sebab jari saya ni keras.jadi setakat hari ni suami je la yang guna tasbih YY bagi ni..Kalu orang dah biasa memang laju je dia gerak kan tasbih nih..nampak gaya kena mula biasakan jari guna tasbih macam ni la..

satu lagi tasbih saya dapat ,dia buat dari biji kurma..kecik2 je..

Hida Kadiso said...

cantik tasbihnya.. nak pakai pon lebih bersamangat.. =D

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Cantik tasbihnya kakak. Untung blogger Yana Yani dapat pahala berkat kakak guna tasbih pemberianya juga.

Yanieyusuf.com said...

wahh bestnya dapat tasbih.. cantik

SalbiahM said...

alhamdulillah..moga kak Yana Yani pun mendapat share pahala jugak

Mimie_Zatun said...

Alahmdulillah. Amalan mudah yang banyak manfaat pada kehidupan kita..

BinMuhammad said...

Baik sungguh YY ni. Saya pun dapat juga... Semoga ganjaran dikongsi bersama.
Saya pun dah terbiasa dgn tasbih 99... Agak janggal bila guna 33 ni.

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah..memberi tandahati dan menambah amal kebajikkan juga..syukurlah..

AMIIZAA@Mieja said...

salams jumaat kak:)
alhamdullilah dapat dimanafaatkan bersama....

Inani Hazwani said...

Seronoknyaaa dapat tasbih

Fiza Rahman said...

ALhamdulillah...rezeki. Saya pon dapat jugak ☺

Malinda said...

tasbih sekarang memang cantik2 kan kak kadang2 tu dalam godies bag orang kawen pon ada je yg kasi tasbih comel2 camni...rezeki akak dapat sebagai hadiah dari kawan2 alam maya...moga bertambah murah rezeki mereka lepas ni....

Diyana Annuar said...

dalam tren.. sy pernah nampak seorang perempuan cina sedang bertasbih.. terkumat kamit mulut dia ber"zikir" cara dia..
masa tu sy plak tengah sumbat earphone kat telinga layan lagu,,
rasa malu ngan diri sendiri... malu ngan Allah..
org bukan islam pun sedang beribadah.. sy ni plak masih leka dan lalai dengan hiburan dunia..

Angah said...

semoga yang memberi dan yang menerima sama-sama dapat manfaatnya

amirah said...

cantikla kak tasbih tu...tp kdg time nak guna nak solat tu la tak dpt jumpa mana diletak tasbih tu...huhu

insan marhaen said...

Dulu saya memang tak puas kalau berzikir tanpa tasbih tapi sejak mengetahui cara membilang zikir mengikut sunnah, saya kini lebih selesa berzikir menggunakan jari kanan tanpa perlu tercari-cari biji biji tasbih.

Terima kasih atas entri TN kali ini yang memberi ilham untuk saya mengupaskannya dengan lebih luas di entri blog saya di sini:

http://hujan-petang.blogspot.com/2015/08/membilang-zikir.html

Kayu Manis said...

Ye kak..
Period pun tk mghlng utk kita berzikir, msuk jer waktu zikir..
kdg rasa berdosa plk...klu lma narr period...

Permata Malap said...

comellah tasbih tu,kak.manfaat pun banyak kan.baik akak mahupun YY,sama-sama dapat pahala kan.jom berzikir..;)

hasliynda umairah beauty said...

jom kita bertasbih

Kak Wawa said...

wawa suka guna yg digital.. senang blh tgk berapa dah jumlah kita duk zikir..

tahniah kak dpt hadiah.. comey warna hijau..")

saniahibrahim said...

cantek tasbih yang diberi oleh yana yai tu kakzakie.
ialah kakzakie melalui pengalaman sya duduk kat wad beberapa hari bersebelahan dgn seorg wanita cina yg nak buat pembedahan ,sya lihat dia berzikir cara dia dgn gunakn tasbih ..tapi sya tngk bilangan nya macam sikit je anggaran gelangan tangan ..segan pulak nak tanya pasal tasbih dia wlpun dh mcam kawan baik.

Deanna Morni said...

alhamdulillah...cantik tasbihnyer...moga mendapat gnjaran daripada Allah SWT :)

Mummy Sher said...

Salam. cantiknya tasbih mutiara tu..

Selamat hari merdeka kak zakie!

beat said...

teruskan bertasbih

Mummydearie said...

Oh, samalah semua warnanya YY beri! Saya ni walaupun muda (lagi) tapi cepat kalut. Saya lebih suka yang digital tu tapi dah kawan beri, cuba-cubalah balik guna tasbih macam ni.

Unknown said...

setiap agama ada cara mereka sendiri..
yang pasti ISLAM ITU INDAH kan kak?

norhidana said...

cantik kak... lg cantik kalu digunakan utk berzikir kan...
skrg nih ada mcm2 tasbih yg lawo2

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tahniah kakak dapat tasbih. Waktu ABC pun boleh berzikir pada Allah SWT.

Yana Yani said...

kenapa saya pula yang rasa terharu ni
terima kasih untuk coretan ini dan doa yang dititipkan
semoga setiap amalan kita akan perolehi ganjarannya

Fazleyatul Aini said...

murah rezeki yg memberi

nohas said...

cantik kaler tasbih tu..yg semua putih tu pun cantik jg..

ada berzikir guna lekuk2 jari-jemari, boleh kira sampai 99, ikut sunnah Rasulullah, wallahua'lam..tapi saya masih kurang mahir..

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Tahniah dapat tasbih..Cantik!
Saya besa guna ruas-ruas jari je..

Nastyna said...

Tasbih putih akak look a bi tlike my arwah mertua punya, I ambik simpan jadikan pusaka :D now teringat yang arwah my mom punya faveret jugak, dalam banyak2 tasbih ada satu yang dia suka, kami adik beradik pun kadang2 ada jugak kena libas ngan tasbih tu hihihihi maklum la, tengok mak khusyuk berzikir tak marah kami, makin naik lemak la kami.. sekali zasssss sambil mulut still kumat kamit zikir hahahhaa (tak kuat pun). lucu bila ingat balik. Eh dah jauh menyimpang komen saya ni. tetiba terkenang :D

iryantyismail said...

dah lam tak guna tasbih...urmmmm

Kak Vit said...

cantik tasbih tu kaka zakie. :))

Resepi Cheesecake Oreo di sini

ajax85 said...

Bertuah siapa yg bagi 2

Wa said...

Alhamdulillah... nak jugak satu...hehehe..wa selalu dapat hadiah tasbih bila hari guru...memang sayang sangat...

Normala Saad said...

Sekarang kat kenduri kahwin selalu dapat hadiah tasbih mini ni..

Bunda_nora said...

Betul tu kak mala...dah boleh buat koleksi pulak kan...
KZ ...samalah kita..KN pun ada dapat jugak tasbih mini ni dari blogger yana yani...

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah dapat tasbih baru...rezeki tu kak...:)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Murah rezeki yana tu ye kakzakie..
Semoga pahala berpanjangan..

NoEn said...

cantik tasbih ni...sy ada satu, doorgift org kawin...

nhhas said...

senyum baca entri ni.

hihihi... penuh pengertian...

"sama" tapiiii langsung "tak serupa"...

kan kak kan...