Tuesday, October 27, 2015

Berkongsi sebelum nikmat ditarik balik

Sambil berbaring sebelah mama, adik menunjukkan skrin telefon bimbitnya yang jelas sudah retak. Jatuh di sekolah katanya. Sejak habis UPSR ada saja kegiatan yang cikgu buat untuk mengisi masa terluang. Setiap kegiatan akan dirakam dengan gadjet masing-masing. Bila sudah retak mulalah timbul "Kawan adik UPKK cuma 6A pun abang dia belikan tab baru. Adik dapat straight A cuma dapat handbeg dengan buku aje".  Amboi! Boleh pula adik bersuara begitu sedangkan memang itulah yang diminta dan janji terpetri sebelum periksa. Mama kenalah berhujah memasang kuda-kuda membalas apa yang sepatutnya.

Melihat kawan bertukar gadjet menjadi lumrah masa kini namun tidak pada keluarga kami. Biarlah guna sekadar apa yang ada. Jika membeli baru yang lama siapa mahu menggunakannya? Jangan ingat apa yang dikehendaki semua dapat. Jangan membandingkan papa kawan mereka walau menjawat jawatan rendah tetapi mampu membeli yang branded mengapa tidak kita - itulah pemikiran anak tidak matang. Aku takut sebenarnya dalam membesarkan anak-anak. Sebab itulah sejujurnya sehingga kini anak-anak tidak pernah tahu berapa jumlah wang mereka yang ada di dalam simpanan. Masing-masing ada dua akaun. Satu memang mereka tahu sebab masing-masing pandai membuat transaksi tetapi satu lagi dalam simpanan rapi kami suami-isteri. Kalau Kak Reen mungkin tahu tapi Kak Meen walau sudah berusia 16 tahun dan adik memang tidak tahu. Apa yang mereka guna keluar-masuk adalah akaun yang biasa untuk dia bank-in bila kami memberi duit setiap bulan. Itu pun ada diguna untuk mereka membeli online seperti kasutlah, bajulah, tudunglah dan baru-baru ini masing-masing membeli power-bank animasi. Biasanya mereka akan meminta kebenaran sebelum membeli online.

Kak Meen punya

Adik punya

Power bank - Pada mata mereka berdua mestilah cantik. Anak meningkat remaja
Mudah kata sebagai mama-papa kenalah selalu mengingatkan kepada anak-anak yang meningkat remaja bahawa apa pun nikmat yang Allah berikan pada kita bukan semuanya milik kita. Sebelum Allah tarik semua nikmat baik kita kongsikan. Biar duduk di rumah yang sederhana daripada duduk di rumah besar yang kita ada boleh menimbulkan sifat yang patut dijauhi. Bukan kufur nikmat tetapi sebelum menjadi kufur dek nikmat yang ada baik dihindari. Sama-sama mendidik diri mencari ibrah dari setiap tazkirah yang selalu kita hadiri.

~~ Susahnya mendidik hati dan iman yang sedikit ini. ~~



32 comments:

nohas said...

nikmat utk kita syukuri, bersederhana itu lebih membahagiakan..

comel powerbank tu..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Betul tu Kakak. cabaran juga buat ibu dan ayah nak mendidik anak dizaman serba canggih pada mata dunia hari ini. Sedangkan dunia semakin tua, menzahirkan semua keindahan agar sentiasa kelihatan indah. Insyallah dengan bersederhana dan bagi didikan agama yang sempurna akan memelihara anak-anak kita. Doa dan usaha. Allah tempat mengadu.

aTieYusof Family said...

Salam Kak...
suka dengan cara didikan Kak Zakie dan suami..kena bagitau kat anak2 bahawa bkn semua benda yg depa mau boleh dapat... selalu cakap kat Pae mcm tu jgk..harap dia faham.. masih ramai anak2 di luar sana yg tak bernasib baik.. sederhana itu lebih baik..:)

PeRdU cINta said...

Betul kak..tidak semua nikmat dan rezeki yang kita miliki kita punya kesemuanya..dan tidak semua kehendak kita boleh penuhi sekelip mata..comel pulak powerbank anak nak akak..hehehe..begitulah remaja..dan kita pernah melalui..mungkin zaman kita tidak ada lagi atau kurang pendedahan mengenai kecanggihan teknologi..makanya terima apa adanya..

idzwa kamaruddin said...

kan kak...zaman sekarang nak didik anak dgn benda-debnda gajet ni adalah sangat mencabar sebab terlalu " berlawan" dgn kawan-kawan..

nhhas said...

Fuyooo... anak2 zaman skrg... skolah pun dh ada akaun sendiri utk shoping online.
Hihi...

Xde lh merasa dulu2.
Sy kt universiti baru pegang atm card sendiri...
Hihi...
Nk bli brg pun tepon mak dulu... blh beli ke tak.
Pening mak... bnda simple2 pun call ty blh bli ke tak ...
Hihi...

Zaman dh berubah kan

paridah said...

ANAK2 LA NI CPT TERGUGAH EMOSI MRK JIKALLAU KELIHATANNYA AGAK KALAH DGN GAYA KAWAN2 MRK...TAPI KAKZAKIE TENTU TIADA MASALAH MENGATASI SEMUA TU SBB DIANUGERAHI ALLAH ANAK2 YG BIJAK LAGI MENDENGAR KATA...ALASAN DAN DIDIKAN YG DIBERI AKAN MUDAH DITERIMA ANAK2 JIKA BERTEPATAN...INSYA ALLAH.

Eye_nee said...

Betul sgt cara akk ni...saya pun selalu ckp kat anak2..mak ada gajet sendiri bila dah bekerja..bila dah kawin.....kamu semua masih bersekolah sudah memiliki...jgn pinta apa yg tidak mampu mak beri...

saniah ibrahim said...

Anak2 sya yg 2 bawah ni hanya ambil gadjet terpakai dari abang kakak mereka je kakzakie...
Zaman skg membela anak terlalu mencabar hati dan keimanan.

Bunda_nora said...

Sesekali kita perlu beri anak2 kita merasa kepayahan walaupun keluarga kita terdiri dari keluarga yang berkemampuan...

Perlu bandingkan mereka dengan keluarga yang lebih susah...agar merrka sedar dan insaf....bukan semua kehendak dan kemahuan nafsu perlu di lunaskan sewenang2 nya...

Tetapi perlu fikir masa depan....nasib kita...qada dan qadar kita belom tentu...sekiranya kita berhabisan masa senang....tup2 musibah datang melanda...masa itu apa bekalan kita...apa persediaan kita..

Rasanya...dengan bimbingan kita, anak2 boleh faham... anak2 sekarang lebih advance dalam banyak segi...cuma perlu kawalan dan pantauan dati kita selalu...

❤Kamsiah❤ said...

alhamdulillah..anak2 saya faham kesusahan hidup..keperitan utk mencari wang...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Betul tu kakzakie..
Kita sendiri pun milik Allah..
Teringat pula nasyid arwah ustz asri dari kum. Rabani..
Tiada apa milik kita.. yg ada semu milik Allah..
Sihat itu pun satu nikmat..
Jadi hargai diri semasa sihat..

Anak2 saya semuanya saya simpan tabung haji..
Nabil selalu tanya.. tabung haji nabil tu dah cukup tak nabil pergi haji :)
Bagus cara didikan kakzakie..
Jgn lihat org lain..
Mengingatkan saya pesanan arwah mak saya, jgn lihat org diatas tapi lihatlah org dibwh, kita patut bersyukur dgn apa yg kita ada dan tanamkan sifat qanaah dlm diri... bukan kita kufur nikmat tapi berkongsi apa yg kita ada bersama dgn mrk yg tiadakan kak..

Apa2 pun comel power bank mrk tu..
Saya sendiri pun teruja nak beli hihihi..

Zee Suhaini said...

setuju dengan akak..memang sukar kita nak mendidik skarang nih..
parents pon ada yang makin terbuka atau kata lainnya memanjakan..
ape jer yang anak nak kasi..
so far tuk kitorang memang takde lagi belikan anak2 henpon..even tab aritu beli pon dah jarang dorang pakai..rosak and memang taknak repair dah..
online mmg dorang tak pernah tau..

Fiza Rahman said...

True indeed kak. Selalu saya pesan kat anak. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Dia mampu beli sebab parents dia berduit. Kita ni pakailah apa yang ada. Bersyukur dengan rezeki yang allah beri ni walaupon sedikit.

Cute power bank tu ☺

Kayu Manis said...

Setuju kak.., jgn ajar anak cinta dunya...
Iman soffea bru ada hp,itu pun kakak beli yg bru,adik dpt kakak punya..bli bru pun sbb belajar sng nk simpan maklumat,pendek kta utk belajar..azhn pun bli lps dia pmr,itu pun cap tikus mondok..anak2 tk termkn hp canggih2 ni, tk kisah asal bleh cll mama n ayah dia..
Walau keliling dia kwn2 semua hp canggih..bila nk cari mklumat,hp buruk juga yg berguna sbb,line 24 jam..diorg punya tkut2 nk guna sbb line top up....hihi..

amirah said...

betul tu kak...agak susah nak menerangkan pd anak2 zaman sekarang ni..susah sebab dikelilingi anak2 lain yg senang nk dptkan..hailaa...mencabar betul...

Falsya said...

betul tuh kakak..falsya pun kalau boleh xnk ajak anak2 falsya dgn bg je ape dieorg nak..kalau nak satu barang tuh, usaha sendri..hehe..tp powerbank tuh tersangatlah comelllllllnyeeeee..

Zaitun said...

Memang mencabar bila ada anak2 yang kurang pendedahan.
Bagus kalau kita dapat didik anak2 menjadi orang yang lebih berjimat cermat.

uncle gedek said...

Oh? Ada powerbank macam ni?

Sikit betol ilmu uncle! haha

tiga lalat said...

nikmat tuuu., ;p

Nooriah Abdullah said...

trend budak2 skrg ni kakzakie mesti nk yg latest, tercalar sikit gadjet diaorang minta gntikan yg baru, kdg pening jugk memikirkan, yg payahnya kawan2 ada yg best2 maka nya diaorang nk nak lah jugak kan, itulah tk bolwleh ikutkan sngt berpada2 lah kan

Nafira usof said...

Zura setuju dengan kakak.
memang mencabar nak didik anak2 zaman skrg.
pengaruh persekitaran terlalu banyak.
kadang2 kita tak terkejar nak handle semua pengaruh tuh.

anak2 sekarang memang x merasa sgt kepayahan hidup.
mungkin sbb ibu bapa sekarang berusaha keras untuk selesakan hidup dorang.
harap anak2 kita belajar untuk menghargai ape yang mereka ade.

JunAina said...

Samalah dengananak2 Aina kak selalu jugak bandingkan apa yg kawan-kawan dapat tapi selalu juga Aina nasihatkan cuba tengok kawan-kawan yg tk ada yg lagi kurang dari kita. Contohnya baru-baru ini kakak minta belikan kasut sukan, bila belikan biasalah anak2 masukkan gambar dalam sosial media ada sorang kawan dia komen 'bestnya dia dah lama minta tak dapat-dapat, mak tak mampu nak beli'.

norhidana miswan said...

adik2... acik nih dh msk U baru reti beli hp itu pun beli yg besar gabak tau...

yelah kan kak, bdk2 zmn skrg nih dh maju sgt kite lak tkt kalu terlalu dgr permintaan diaorg... zmn aiyan beso nnti cmane lah kak... lg mencabar agaknya

Julia Johari said...

Alaaa comel yer power bank tu kak zakie terkenan plak hehehhe betul tu suka sgt bac anasihat dari akak tau, rasa mcm nasihat ibu-ibu je

Rapunzel Cikilolo said...

saya setuju apa yg akk ckp. bile kita terdidik susah jika sdh tiba masa berdikari dan susah nnt boleh tahu dan survive sendiri.

insya-Allah.

QasehnyaRania said...

in shaa Allah kakak
terima kasih di atas perkongsian dan peringatan ini..
sama samalah kita :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam kak zakie..mmg anak2 remaja tang gadjet la keutamaan mereka.Semua nak yg canggih2.

hainom OKje said...

Sama je dgn adik kat sini kanda....mmg jauh beza dengan abang dan kakaknya. Satu lagi mungkin anak bongsu kot kanda....Dinda rasa pengaruh internet pun ye ....

Ada gak sebok dia nak soping online tp dinda buat tak tau jer...hihi.... sebenarnya dinda pun tak pernah hihj

Mummydearie said...

Rasanya zaman sekarang ni memang lagi susah menjaga dan mendidik anak-anak berbanding zaman ibu mendidik kita dan adik beradik. Banyak sangat cabarannya. Kalau tak betul-betul ditepis, memang ke lain jadinya arah tuju hidup mereka. Anak saya sekarang ni dah pandai meminta bila tahu gaji makpaknya dah masuk sebab pernah sekali terlepas kata yang gaji masuk setiap 25hb. Makanya si Abang tu bila sampai 25hb mesti buat request entah apa-apa!

Puan Wawa said...

cabaran paling besar dalam hidup adalah dlam mendidik anak2..smg kita mampu memberi yang terbaik dunia akhirat sebagai bekalan anak2..

TukangKebun said...

Cabaran mendidik anak.
Anak-anak tukang kebun kecik-kecik lagi belum pandai nak meminta.
Tapi agak takut nak minta dengan maknya yang garang kut kihkihkih.