Friday, October 23, 2015

"Rancangan tergendala sebentar"

Hari ini 10 Muharram. Tarikh yang terlalu banyak tragedi dalam sejarah Islam. Sekadar sama-sama mengingat betapa hari ini kita sudah terlalu banyak nikmat yang Allah berikan. Tidak mahu membariskan rentetan yang banyak terjadi aku kisahkan hal dua hari lepas.

Rutin biasa selepas maghrib akan kedengaran satu persatu suara anak-anak memberi salam. Masing-masing sudah arif siapa yang masuk dulu dialah yang akan duduk bersila di hadapan mama ini. Mereka juga tahu sementara menunggu giliran mereka membaca dulu apa yang akan dibaca nanti. Sedang khusyuk mendengar salah seorang anak membaca tiba-tiba ada suara "terkencinglah mama." Kakak sepupunya sudah masam muka. Sebab ini bukan kali pertama terjadi. Kakak sepupunya pula anak perempuan baru berusia 9 tahun merupakan anak bongsu.  Kalau sebelum ini ada kakak lebih besar boleh membantu, kali ini sudah pasti dia tidak tahu. Terpaksa memanggil Kak Meen menguruskan bujang cilik baru berusia 4 tahun itu. Ambil gayong cuci kaki lap lepas itu masuk dalam bilik air mandikan. tersipu-sipu Kak Meen memandikan sebab biasa adik-beradik semuanya 'bunga' belaka, kali ini kena mandikan budak ada 'kuntum'. Alahai mahu mengharapkan siapa lagi. Mak Zah di bilik sebelah pun sedang khusyuk membaca Al-Quran juga.
Seluar/baju lama - Malam tadi datang mengaji dipulangkan baju ini walaupun aku sudah kata tak payah pulang boleh bagi adik pakai sebab dia ada adik perempuan yang kini berusia 2 tahun lebih.
 "Rancangan tergendala sebentar" Itu kata anak-anak. Senyum kami semua dibuat si Danish. Selesai memandikan Kak Meen serah pada mama. Semua kena keluar bilik sebab mama mahu pakaikan hero satu ini 'baju baru'. Bongkar kotak baju lama. Jumpa seluar panjang entah Kak Reen, Kak Meen atau adik punya. Tanpa berseluar dalam terus pakaikan seluar lama yang masih elok. Mana ada seluar dalam lelaki kecil di rumah kami. T-shirt adik tentulah ala-ala perempuan terpaksa disarungkan juga. Mujurlah dia masih kecil tidak malu lagi. Selepas dibedak dan disikat terus senyum. Tapi ada kawan-kawan yang melihat yang mahu ketawa aku jegilkan mata. Tidak berani mahu mengejek. Selesai kerja mama baru sambung 'rancangan yang tergendala'. Danish bercuti membaca Iqra'. Santai-santai bagai tidak ada apa yang berlaku. Boleh main-main lagi sedangkan Kak Meen masih dengan kerja mambersihkan kencing dia di lantai. Lihatlah itu dikatakan budak.

Lengan baju - Sudah aku kata baju anak aku semuanya anak dara. Mujur bujang cilik masih tidak malu lagi. Mana boleh pakai balik jubah yang sudah kena kencing. Terpaksalah memakai baju lama ini.
Sesekali tergendala tidak mengapa. Biar tergendala sekarang jangan tergendala kelak ketika meniti titian as-sirot. Lain kali dia tahu sebelum datang rumah mama dia akan buang air dulu. Itu janjinya. 

~~ Biarpun pelat dan susah pada awalnya tapi kini dia sudah mampu mengenal huruf dan makhrojal jauh lebih baik berbanding pada awalnya dulu. Sudah masuk Iqra' 3 pun. ~~


39 comments:

Etuza said...

Murni hati kanak-kanak itu kan..rezeki kakziakie lah tu.Tak apa dah sampai niat.

Ibu Lala said...

anak sy denial umo 6 tahun masih baca iqra. tak sabar nak tunggu dia baca al quran. dia dah kenal huruf dan boleh baca sendiri sikit sikit. tak tahu la apa yg menyebabkan dia lambat membaca al quran. si kakak dulu umo 6 tahun dah masuk al quran.

saniahibrahim said...

Comelnya dengan keletah budak kecik ni...tak kisah pulak pakai baju ppuan.Begitu bersemangat mengaji wlpun blum upaya megawal kencing.

saniahibrahim said...

Comelnya dengan keletah budak kecik ni...tak kisah pulak pakai baju ppuan.Begitu bersemangat mengaji wlpun blum upaya megawal kencing.

Puan Kutu said...

Gelihati pulak dengan perangai danish ni kan..bijak budaknya.balik rumah cmna la mak dia gelakkan pakai baju perempuan.hehe..

4 tahun dah iqra 3.Alhamdulillah..

Nieyla Nadia said...

Salam Jumaat...
Alaaaa...mesti comey kan...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Tergendala nak mengaji ye kak..
Dah tak tahan sangatlah tu.. sampai terlepas di lantai..
Itulah kanak2 belum kenal lagi erti malu atau rasa bersalah..
Mujur kak meen masih dirumah ye kak..
Adalah juga yg nak membantu..

nohas said...

Salam Jumaat..comel jer pakai baju tangan kedut..

paridah said...

salam jumaat...melayan kerenah anak kecil dgn penuh kasih syg insyaAlla..kasih Allah jua melimpah.

PeRdU cINta said...

Subhanallah...tersenyum PC baca kak..Allahu..merasa kak meen mandikan adik lelaki..mungkin tahan kencing..lepas ni akak tanya siap siap..dah kencing belum..budak kan...adik sepupu PC pun gitu..tengah gurau gurau boleh terkencing..maknya tanya kenapa awak terkencing..dia jawab slumber je..ibu adik ingat adik kentut..ermmmm..

Kak Wawa said...

Salam jumaat kak, betul tu. kalau dah tiada siapa yang nak uruskan, berhenti seketika..")

BinMuhammad said...

Macam-macam kerenah anak2 kecil yang kadang kala sangat mencuit hati. Walaupun nampak seperti menyusahkan tetapi itulah tanggungjawab yg perlu dilaksankan.

norhidana said...

bgs nya kak... aiyan takat alif ba ta baru nk kenal kak....
kalu dana dekat ngn umah akak nk antar ngaji sana,...

msti comei danish ng baju anak dara th kan hehehe

amirah said...

huhuhu...memang lain kali kena buang apa yg patut dulu sblum mengaji

Mummydearie said...

Gelihati pulak membaca keletah si kecil ni. Nasib baiklah akak dan anak-anak ada. Bolehlah juga tolong mana patut. Ada sesetengah orang ni kak tak suka menguruskan anak orang lain. Tapi kalau dibiarkan susah juga, bukan rancangan tergendala sebentar aje, terus kena cancel silap hari bulan ^_^

Aryan azra said...

salam jumaat kak zakie...alahai telatah anak2 ini ada sajakan yang mencuit hati, alhamdulillah dah mengenal huruf seawal 4 tahun tu...bagus sangat

Kamsiah yusoff said...

alhamdulillah..walau baru berusia 4 th..dah tau hukum hakam..dah tau tak boleh baca quran dgn pakaian terkena air kencing..

εïзmmyHazaεïз said...

Salam Jumaat kak... Bagusnye anak2...

aizamia3 said...

Tiap kali baca entry yang berkaitan dengan anak2 mengaji di rumah kakZakie ni, saya pasti membayangkan anak2 saya turut bersama sekali.

Unknown said...

alahaiii.. comelnye sgt citer kakak hari nih. dengan kak meen yang sipu2 malu sebab kena mandikan adik lelaki. hehehe..comel~

Kakak nih mesti akan menjadi kesayangan anak2 mengaji.. sebab kakak melayan dorang mcm anak sendiri. kagum dengan kakak.

ohpanduan said...

Bagus adik danish ni. Walaupun masih kecil teletahnya membuatkan kita gembira.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Suka baca cerita anak-anak masa mengaji. Teringat guru mengaji saya masa kecik dulu. Garang bila keadaan jadi bising-bising. Suka dengan kisah adik danish.

Bunda_nora said...

haha comel jer lah pulak...macam2 keletah anak2 ni kan... boleh tersenyum jugak walaupun dalam stress kan..

Unknown said...

salam petang jumaat kakzakie
sibuk nya arini baru sempt singgah sini
bestkan kak zakie melayan telatah anak2 ngaji tu ade sampai terkencing aduhhh!!

Zaitun said...

Lupa agaknya nak buang sebelum pergi rumah kakzakie. Nama pun budak tak kisah apa yang dipakaikan.

suka suka said...

Alhamdulillah semua urusan selesai... teringin nak ada guru mcm Kakak yg sporting dan tenang.. kami dulu2 ngaji disurau.. tiada ustazah.. tiada rezeki nak ngaji mcm dia org ni

Etuza said...

ada drop komen semalam..napa tak ada ya publish

Etuza said...

rasanya ada drop komen hal kanak-kanak tu ..mybe tak kuat line kot semalam...

Etuza said...

alamak ada pula kat atas..ya Allah ..lin kali kan Etuza ken cek dulu..ha kena sendiri

nhhas said...

Hihihi... comel.
Adik x de baju yg x lady like ke kak?

Kalo anak sedara sy... 3 tahun pun x nk pakai baju perempuan walaupun baju dia dh basah or kotor... huhu...

Normala Saad said...

Hahaa...teringat pula peristiwa berbelas tahun dulu, kawan sebelah rumah saya nak sangat anak perempuan tapi dapat anak sulung lelaki. Kami suka pakaikan anaknya gown anak bongsu saya untuk bergambar. Kesian sampai dah masuk 43 tahun kawan saya sekarang ni..semua anaknya lelaki. 5 orang.

Unknown said...

comelnya baju..lepas ni sebelum datang kena buang air dulu la..jangan minum banyak..musim hujan ni..heheh..

QasehnyaRania said...

alhamdulillah
baju pon comel aje.. tak pa la terdesak bukan sesaja nk dipakaikan baju itu kan..

Qaseh Vee said...

mujur dia beritahu . klu diam je sbb takut , lagi susah sebab air kencing tu nanti jadi brsepah kat byk tempat ...

insan marhaen said...

sebab itu saya tolak bila ibu suruh ajar cucu mengaji. saya tak rajin layan kerenah budak budak...

iryantyismail said...

adoi..telatah anak kecil kadang ada geramnya kadang ada yang melucukan..huhu

aby said...

salam kz ..
yg aby tau klu rancangan tergendala sebentar tu tag line siaran tv dulu2 ..
sekarang tk ada dh kata2 tu di tv. klu tergendala pun akan kluar iklan ..
kira bijak la budak2 cipta ayat tu ..

Unknown said...

Beruntung la saya kalau dapat duduk berjiran dgn akak....kompom saya anto anak2 mengaji dgn famili akak silap2 saya pon merayu nak mengaji balik....kikiki....akak buka tak kelas dewasa? ....saya janji nanti tak kencing sepah2....hehehe

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...seronok mendengar cerita akak ni...in sha Allah bila dah besar nanti pasti akan menjadi anak yg soleh kn...:)