Monday, October 19, 2015

Da'i Hamidah tercalon Da'i musim ke tiga

Menonton program Da'i setiap malam minggu bersama keluarga kini sudah berakhir. Malam tadi terserlah seorang lagi calon Da'i telah diumumkan. Seorang gadis remaja berusia 23 tahun, bernama Hamidah punya perwatakan lembut tetapi sebaik mendengar lontaran suara tazkirahnya mampu membuat penonton terpaku duduk di depan kaca televisyen. Kebolehan Da'i Hamidah sudah aku nampak dari minggu pertama lagi. Tidak kurang sebenarnya Da'i yang sama-sama dipertandingkan pada malam tadi. Da'i Fuad dan Hidayu juga punya identiti tersendiri. Kami sekeluarga duduk terpaku dari bermula siaran sehingga akhir tanpa berganjak.

Apa yang menarik bila ada sedikit perbalahan pendapat diantara Dato' Ustaz Kazim dengan Ustaz Haryanto berkaitan isu yang dibawakan oleh Da'i Hamidah berkaitan pembayaran zakat melalui badan kerajaan dilantik atau asnaf yang dibenarkan dalam Islam. Biasalah apabila ianya ditonton oleh jutaan penonton mungkin ada kebimbangan bagi Ustaz Kazim tetapi seperti kata Ustaz Haryanto benar yang dikatakan Da'i Hamidah bahawa kerajaan sudah menyediakan badan khas gunakanlah saluran. Namun tetap tidak salah jika mahu membayar zakat kepada asanf yang dibenarkan dalam Islam. Aku nampak Uztazah Robiah K Hamzah tidak selesa ketika itu. Tetapi pada kami itu perkara biasa dalam syariah negara dengan hukum yang tercatat dalam agama boleh timbul isu yang boleh didebatkan.

Da'i musim ke 3 - Inilah tiga Da'i yang tercalon pada malam terakhir yang berlangsung pada malam tadi. Pada separuh akhir minggu lepas Da'i Fuad bagaikan menyerlah tetapi agak kurang pada malam tadi.

Da'i Hamidah - Tahniah kami sekeluarga. Dari minggu pertama lagi kami sudah dapat menjangkakan remaja ini punya potensi yang menyerlah untuk Da'i musim ke 3 dan sungguh benar apa yang kami jangkakan.
Apa jadi? - Boleh kerana menonton tv kami semua terlupa bread-maker di dapur yang sedang menguli donut buat bekal anak-anak ke sekolah sudah lama berhenti. Mengulinya dari selepas Isyak. Aku pula sambil menonton membuat invoice untuk projek en hubby. Apabila siaran berakhir baru teringat. Apa lagi buat macam-macam bentuk bukan bentuk donut lagi.  Terus goreng tanpa menanti lama lagi. Hasilnya ini lah jadinya. Anak-anak bawa bekal lasagna mama kenalah bawa donut macam-macam bentuk ini.
Alangkah baiknya andai setiap hari ada program berbentuk tazkirah. Tidak semestinya berbentuk pertandingan. Buat pencerahan untuk satu-satu isu juga amat baik seperti mana perbalahan pembayaran zakat seperti yang terjadi diantara Dato' Ustaz Kazim dengan Uztaz Haryanto malam tadi, 

~~ Banyak isu sebenarnya boleh dibahaskan yang boleh memberi pencerahan kepada khalayak ramai. ~~

49 comments:

aTieYusof Family said...

tahniah Da'i Hamidah...
memang beliau layak menang..
bagus program mcm ni ..byk ilmu yg dpt kita kutip...pencerahan dlm satu2 isu pun dpt mengelakkan kekeliruan..sy skrg tgh follow Pencetus Ummah plak kak...

Nieyl said...

Alhamdulillah...
tahniah Da'i Hamidah..selayaknya...
wah!donat versi pelbagai bentuk..yumyum...

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah seronok kami suami isteri tengok da'i kak..syukur dan tahniah kepada Da'i Hamidah..betul..adalah lebih baik lebih banyak program seperti ini untuk memantapkan sedikit input agama pada diri..hiburan rohani..santapan iman..

Siti Rohaida Yusof said...

meleleh air mata ni bila dengar da'i hamidah bercerita..cara penyampaiannya memang superb..

paridah said...

tahniah da'i hamidah...potensi sbg da'i mmg menyerlah..tahniah juga kpd semua da'i yg tentunya akan menjadi pendakwah2 yg berkesan menyampaikan ilmu Islam.
sedapnya donat kalah apple donut ni..

QasehnyaRania said...

tahniah buat da'i hamidah
tgk juga

donut pelbagai bentuk sedap tu

norhidana miswan said...

ramai betul peminat da`i hamidah nih... mungkin pembawakan dirinya yg bt org terpikat....

sbb jarang2 berlaku perdepatan sesama ustaz itu yg ada yg cuak kak... udahla siaran langsung kan... tp utk kebaikan tak la sampai bertumbuk heheh...

tahniah bt da`i hamidah...

sdp gk tuh donut pelabgai bentuk kak

Kayu Manis said...

Alhamdulillah
Sudah menduga..
Tazkirah yg bersahaja..
Loqhart kedah mmg best..

eelobor said...

Alhamdulillah....lebih bagus kalau program bercorak sebegini di perbanyakkan lagi

nohas said...

tahniah buat da'i Hamidah..terbaikk..

saya pun bayar zakat terus pada asnaf...depa kata byk kerenah birokrasi nk dapatkan duit dari pusat zakat..wallahu'alam..cuma zakat fitrah je bayar pd amil zakat..

sedapnya donut..suka yg bentuk dandan tu..

idzwa kamaruddin said...

alhamdulillah...tapi memang meremang bulu roma smlm biler tgk da'i hamidah ni bercakap..

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah...Tahniah buat Da'i Hamidah. Suka tgk da'i Hamidah. Lembut jer muka. Sedih masa tengok dia dapat jumpa ayah dia lepas 3 bulan tak bersua muka.

Smoga banyak lagi rancangan² macam ni dimasa akan datang.

Kakcik Nur said...

Rasanya apa yang Da'i Hamidah jawab sudah lengkap. Cuma biasalah dek kekangan masa, semuanya kena segera dan mungkin terlepas dari pandangan atau penglihatan yang menonton dan mendengar. UKE mungkin terleka, maka akhirnya 'perbalahan' jadi tontonan semua...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

saya nak cadangkan anak dara Kakzakie masuk program ni tahun depan.. boleh kak?

adarnadzmie said...

Tahniah Da'i Hamidah... muda lagi orangnya.... satu negeri dgn saya...orang kedah...:)

Malinda said...

Tahniah pada pemenng Da'i Hamidah...mesti sedap sangat mendengo suaranye sampai akak terlupe pada adunan yg tengah di uli...kikiki...walau pon pelbagai bentu asal saje sedap tu dah cukup baik kak...campak sepiring kat rumah saya ni...hehehe

Nooriah Abdullah said...

tahniah utk da'i Hamidah tu wah sama negeri dgn kaknoor jugak mi asal nya kedah hehe
boleh gitu ke kakzakir sampai terlupa adunan donat adoiii

Bunda_nora said...

KZ dari mula lagi KN pun dah tertarik dengan Dai Hamidah ni...cara dia yang lembut dan lantang memberi hujjahnya membuat banyak hati yang cair dan terpegun..

Lihat saja semasa beliau menjadi tetamu MHI tadi...bila ditanya soalan...dengan begitu tertib dan yakin sekali dia menjawab ... bak kata Alley Iskandar, Dai Hamidah ni...walaupun dia hanya bercakap tetapi apa yang keluar dari mulutnya seakan dia bertazkirah...

Kagum betul dengan peribadi anak gadis ini, sejuk perut ibunyer mengandung... yang paling terkesan dia terlalu muda, sebaya dengan anak bungsu KN... tetapi tahap ilmu agamanya begitu tinggi dan petah berkata2...MasyaAllah...

Falsya said...

Tahniah..rasenye pemenang pertama musim nie satu2nye peserta perempuan pertama yg menang kan kakak..sebelum2 nie peserta lelaki kan yg menang..

Sally Samsaiman said...

tahniah Da'i Hamidah..selayaknya...pada awalnya sokong jugak Da'i Fuad..tp macam akak kata laa...ada kurang sikit pada pengisian beliau

saniah ibrahim said...

Sya pun mengikutinya sejak mula lagi tpi malam tadi penat sangat tidur awal,anak2 je yang tengok..awal pagi dh tanya sapa yg menang
Dah jangka dai Hamidah akan mendapat tempat melalui lontaran2 tazkirahnya amat menusuk kalbu .

Mummydearie said...

Tahniah buat Da'i Hamidah. Kalau hari-hari ada program agama macam ni bagus juga. Celik sikit minda kita ni dengan ilmu akhirat. Asyik sogok dengan rancangan duniawi pun bosan juga.

Bab donut pelbagai bentuk kecuali bentuk donut tu, selagi boleh makan, makan ajelah Kak. Janji sedap :)

nhhas said...

Betulll sy pun tgk...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tahniah buat Da'i Hamidah. Pada saya sebaiknya program agama macam ni jangan dipertandingkan. kalau nak buat juga, buat macam tazkirah atau ceramah perkongsian biasa-biasa macam yang ada sekarang ni. Bila agama dipertandingkan macam ni jadi lain macam pula. Nanti semua orang fikir, dari agama boleh 'jana duit' sedangkan nilai agama begitu tinggi di sisi Allah SWT dan Nabi SAW. Cukuplah benda-benda dunia lain di pertandingkan. Jangan sama kan 'taraf' agama dengan benda-benda dunia. Kalaulah Nabi SAW masah ada, tak tahu apa perasan Baginda dengan program sebegini. Maaf jika pandangan saya ini ada tersentuh mana-mana pihak.Wallahualam.

Liza said...

apa2 pun donut tu mmg mengancam...nasib baik tak terlupa sampai ke pagi ye kak...hihihi

Nurulhuda Abdul Latip said...

Selayaknya dia menang kak, dari awal saya memang rasa dia layak menang..Tahniah padanya.

NEKCIK said...

Tahniah untuk Daie Hamidah semuga dengan kemenangan itu dapat di menafaatkan untuk kebaikan manusia sejagat...insyaallah

Inani Hazwani said...

Tahniah Daie Hamidah :)

~ Aku penghuni ciptaanMu ~ said...

Musim 1 tahun 2013 Pemenang adalah perempuan . Dai Adibah 😊

Nafira usof said...

Kakak.. Zura pon suka Dai Hamidah.. bersahaja dengan dialek kedah dia.
lemah lembut jer orangnye.
dan beliau memang sangat layak untuk menjadik juara.

Qaseh Abadi said...

Dari awal lagi dia memang konsisten.. Tahniah

Niza Romli said...

Alhamdulillah.
Tahniah orang Sik.
Hehehe

nor azman said...

Mmg terbaikklah

Ema Johari said...

dah lama tak tengok tv kak... rugilah pula... nak tengok ulangan kat internet nanti...walaupun muda tapi bersemangat tinggi...tahniah untuk beliau.

Ema Johari said...

dah lama tak tengok tv kak... rugilah pula... nak tengok ulangan kat internet nanti...walaupun muda tapi bersemangat tinggi...tahniah untuk beliau.

Uncle said...

Tahniah Midah!!!

Zaitun said...

Kak Zai tengok dari awal program tapi sayang bila final tak dapat tengok sebab keluar. Tahniah bagi pemenang.

hainom OKje said...

Dinda tak ikut kanda rancangan Da'i ni.... tp ada tertengok masa nak last tu.

Ohhh...pompuan yg menang akhirnya yeh....
Tak lama lagi mesti keluar TV tu.....bolehlah kenal. Teringin gak nak tengok cara dia berceramah.

Kalau dibiar lama dlm bread maker tu tak boleh ke kanda? Tak jadi gebu eh?. ..
Hihi.... biasalah yg tak menjadi tu mmg selalunya jadi emak punya habuan

elly nadyra said...

tahniah dai' hamidah
biasalah percanggahan agama ni kadang2 kita sendiri keliru ngan undang2 sesebuah negara
sebab negara dah sediakan saluran
tak salah kalau kita tak ikut saluran
boleh je
pilihan di tangan kita

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Tahniah daei Hamidah..
Semoga dia terus berdakwah..
Memang betul kakzakie.. sepatutnya perlu diadakan rancangan utk mendebatkan sesuatu isu..

Saya ingat kan cekodok kak..
Rupanya donut versi pelbagai rupa..:)

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Saya belum pernah berkesempatan lagi untuk menonton rancangan ini. Kadang-kadang terfikir jugak, ok ke program keagamaan dibuat dalam bentuk pertandingan. Bimbang pula jika tujuannya untuk memberi kefahaman kepada massa atau untuk hadiah. Apa pun ada pro dan kontra...terserah.
Walillahi nurja`ul umuur..

Normala Saad said...

Alhamdulillah dai' Hamidah menang. Rezeki org Kedah..

Qhaifa Nur said...

Tahniah...dai hamidah
ramai yg hadir smlm
maksud kena jelas kn kakzakie..
org kita lurus ..entahlah kak

Puan Kutu said...

Tahniah buat beliau..memang dai hamidah selayaknya memegang gelaran juara. Donut macam2 bentuk ye kak..lasagna lagi..nyum.hehehe

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...tahniah buat Da'i Hamidah...:)

Puan Wawa said...

alhamdulillah, da'i hamidah menang..")

aiman mania said...

PADA PENDAPAT SAYA,rancangan islamik sebegini perlu dikekalkan for the sake of ummah tanpa mengira rating rendah k tinggi ........... (Y)

iryanty ahamad said...

dai hamidah the best..alhamdulilah :-))

Etuza Etuza said...

tahnia pada dia