Thursday, October 1, 2015

Cuti Aidil Adha kami - 3

Aidil Adha tahun ini mama tidak mampu untuk aktif seperti biasa biarpun anak-anak semua ada di depan mata. Ada kekangan yang membuat mama tidak lincah di dapur. Mahu dikerah anak-anak yang sesekali balik kalau asyik kena ke dapur belas pula. Akhirnya sebab Kak Reen teringan makan steam-boat kami cari lokasi yang mereka mahu. Mahu ke Meletop bimbang kepedasan pula, oleh itu haluan dituju ke KSL mall. 

Tomyam sup - Citarasa tomyam tetap tidak boleh dipisahkan dengan keluarga kami. Menepati selera sebab tidaklah pedas sehingga telinga dan bibir merah. 

Kuah sup - Juga memilih yang ini. 

Pilihan pertama - Ini pilihan pertama yang mama ambil. Anak-anak entah berapa kali mengambil tidaklah dikira. Selagi mahu makan ambil saja. Bayaran dikenakan pun sama untuk semua. Adik sudah besar kena harga macam mama juga.

Pring kedua - Ini pilihan mama kali kedua. Kali seterusnya tidaklah ada gambar lagi sebab nikmat untuk makan sudah menguasai. Semua yang masuk di dalam mangkuk sup sudah sedia untuk dimakan. Begitu juga yg digrill. Sebaik yang sedia di makan selesai yang mentah datang menyusul.

Keluarga - Bersusunlah pinggan masing-masing. Sewaktu gambar ini diambil belum selesai lagi makan. Sambung lagi dengan aiskrim yang ada. 

Kak Reen - Dua lagi anak dara sudah berlari dulu ke kedai cenderahari lalu mama minta Kak Reen menjadi model mama. Puas juga makan di sini tetapi harga dua kali ganda harga di Meletop.

Cuti kali ini agak panjang sebab jatuhnya Hari Raya di hari Khamis. Ambil cuti sehari sehari sebelum raya dan Jumaat terus sambung ke hari Sabtu dan Ahad. Namun sayangnya ada aral lain pula, lalu kegiatan untuk mengulek pokok-pokok tergendala. Menonton televisyen lebih banyak sehingga rentetan insiden-insiden di tanah suci begitu terkesan di hati. Jerebu yang di luar rumah tidak kelihatan tetapi jerebu di hati amat terasa benar.

~~ Rentetan kejadian di sana-sini banyak membuka mata kita betapa pun hebatnya kita tiada yang mampu menepis ujian yang mahu Allah berikan. Ittaqullah..~~


46 comments:

Bin Muhammad said...

Assalam Kak Zakie,
Sekarang ni banyak restoren steamboat yang boleh dijadikan pilihan. Harganya pun dah bukan mengikut apa yg diambil tetapi harga tetap. Memang puas makan! Tapi kalau orang yg tak kuat makan macam saya ni terasa rugilah sikit.
Panjang cuti Aidiladha tahun ni dan macam2 perkara berlaku...

p/s: Terima kasih di atas sokongan dan semoga ukhuwah berpanjangan. Blog ini telah tersenarai di My Bloglist. :)

intan rh said...

assalam kak zakie, lama tak jenguk blog ni.
harap semuanya sihat2 belaka :)

Nor Azimah said...

Salam pagi kzakie, semoga dlm rahmat dan kasih sayang Allah selalu

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Memang seronok pekena steamboat anak beranak. Ambil dan celup-celup. Alhamdulillah cuti Raya kali ni boleh bersambung dengan cuti hari minggu. Jadi tak perlu nak ambil cuti banyak.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Assalam Kakzakie.. melecur di tangan sudah sembuh ke? Berkali-kali juga sy cuba tinggalkan komen dalam entry Kakzakie tapi ada pula aralnya.. line internet slow macam siput.. siput pun lagi laju.. syukur hari ni dapat tinggal komen.. hihi.

Anak saya sibuk dah lama tak makan di SG.. kita gaji dia yang gembira.. hahaha

Sally Samsaiman said...

sampai ke Seoul Garden ye makan...takpela kak sesekali berehat daripada memasak kan...Sally pun kadang bila nmpk ibu penat..offer jugak la diri utk masak..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Assalam Kakzakie.. melecur di tangan sudah sembuh ke? Berkali-kali juga sy cuba tinggalkan komen dalam entry Kakzakie tapi ada pula aralnya.. line internet slow macam siput.. siput pun lagi laju.. syukur hari ni dapat tinggal komen.. hihi.

Anak saya sibuk dah lama tak makan di SG.. kita gaji dia yang gembira.. hahaha

idzwa kamaruddin said...
This comment has been removed by the author.
idzwa kamaruddin said...

Assalam kak, smeoga sihat-sihat selalu ye..
Raya saya pun biase aje duduk dirumah dan esok nyer kerja ;)

http://nurul-izwa.blogspot.my/2015/09/ww-tak-kuasa-larghh.html

Nieyl said...

Salam..
Selamat Pagi...
nieyl singgah pagi kat sini...
boleh dikatakan setiap hari klu nieyl buka blog..
nieyl akan terjah blog akak :)
selalu lalu je kat SG nie...x sempat² nak masuk..huhuhu

lieyalatif said...

lieya pun suke tomyam yg tak pedas kak...potong plak kalo tgh2 hirup tu tetibe menusuk ke hidung pedasnyer...lagi2 anak2 pun kecik lagi...tu sebab selalu pilih sup ajek....

mmg puas hati makan kat seol garden kan kak...makan laa selagi mampu....lagi2 bile pikir byran sekepala yg dah dikenakan heheeheh...kene dtg dgn perut kosong baru puas hati....

Zee Suhaini said...

selamat pagi kak..baru ada masa nak jengah sini..
lama ni tak makan steamboat..teringin jugak tekak..
paling dekat pon kat sini seoul garden la yang ada..
tapi nak makan ngan anak kecik cam tak berbaloi..dorang tu kuat main dari makan..

banyak tragedi berlaku kat mekah tahun ni..moga kita semua dipelihara..

Cahaya said...

betul... banyak yang durancang tapi tergendala rentetan banyak perkara yang tetiba datang dan mencuri tumpuan.... fokus pun mulalah beralih arah...

@na said...

Alhamdulillah...kurniaan rezeki dari NYA...

hainom OKje said...

Kanda....sebenarnya kalau tak de org tua yg duduk sekali atau tak de org yg bertandang, makan apa pun boleh aje kan kanda.....tak yah susah susah nak masak set Raya tu...
Dah kanda kenapa pulak ni?

Lama tak makan kat Seoul Garden ni....teringin pulak. Yg bestnya banyak pilihan kat sini kan Kanda

nohas said...

Alhamdulillah...belum pernah makan steamboat di Seoul Garden..bolehlah, baru berkira-kira nak mkn steamboat hr Sabtu ni, in shaa Allah..

tiga lalat said...

wahh sonoknyer mamam steamboat anak beranak tuu., huhu2

tiga lalat said...

wahh sonoknyer mamam steamboat anak beranak tuu., huhu2

paridah said...

sedapnya steamboat...mahal sikit xpa asal sesuai dgn selera...
hati n kalbu kak pun sentiasa berjerebu...

Nor Marshaliza Shaidan said...

Wah sedapnya kak.....ngencesss

amirah said...

kegemaran amie sekeluarga ni juga kak...memang seronok kalau dpt makn stimbot sebab healthy meal..huhuhu

apa pun kekangan akk..harap dpt diatasi dengan sabar ..insyaAllah..

adarnadzmie said...

wahhh... makan besar stimbot akak dan keluarga kat seoul garden ye... puss hati dpt mkn berulang2...

Diana Rashid said...

makan kat restoran steam-boat biasanya bila keluar kedai mesti dengan perut kenyang suka hati.steam-boat paling sesuai makan berami2 betul kan kak??

Sura Mohd said...

lama jugak kakZakie cuti..sura sehari jer cuti Raya Haji..
seronoknya tengok family akak makan steambot..kami tak berapa pandai makan steambot..anak2 tak suka..:)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Saya dan anak2 suka makan steambot ni..
Tapi en suami pula tak suka..
Tu yg jarang dapat diluar steambot..

Memang kak.. sedih terasa sungguh dihati bila malang menimpa jemaah haji tu.. semoga mereka tabah dengan ujian ini..

norhidana miswan said...

meriahnya kak... seoul garden mmg mahal skit tp mcm2 ada

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...seronoknya semua ada...kalau keluar makan memang terasa meriahnya...;)

aTieYusof Family said...

Mesti sebab tangan kena panas tu erk kak, byk aktiviti kena tunda..
sedap ber steam boot ni..sini susah nak cari kak..was-was tentang kehalalan..tu yg jarang dpt mkn...huhu

PeRdU cINta said...

Kak..tangan akak macam mana..moga semakin pulih.amin..musibah yang melanda orang lain sebenarnya peringatan untuk kita juga..

aizamia3 said...

Dah lama tak makan steamboat dengan family.. kekangan masa.

Aziela said...

Assalam kakak. Mcm mana keadaan jari yg melecur? Allah nak beri kakak rehat sambil menikmati suasana hari raya tu kak. Sekali sekala berehat yer kak...

Saya suka juga Seoul Garden ni. Di PD dan Seremban x berapa banyak pilihan stimbot. Tp bila saya cuba bawa mak ayah ke SG ni, diorang suka pula. Bila ada rezeki, saya layankan jer. Tp mmg agak mahal. Kira2 semula, lebih kurang harga buffet dinner di sesetengah hotel, kak.

Malinda Ismail said...

Betol kak makan di sini memang mahal sikit berbanding di kedai2 biasa tu tapi banyak gak kelebihannye kan....tahun ni jemaah haji di beri ujian bersilih ganti cuaca yg panas hingga ke 52 darjah

Kayu Manis said...

Terus lprrr tiba2 kak oiii..
Byk kisah sedih di tbir aidil adha.semua ada hikmahnya...

Mar Mansor said...

Sedap.puas hati.

QasehnyaRania said...

assalam kakak
dah lama x berstemaboat sejak beranak kecil ni
kalau menepati citrasa mmg puas hati kan..

alhamdulillah, jemaah hhaji ada yg dah selamat pulang..

alfatihah

Eintan Nurfuzie said...

dolo rajin gi steamboat tpi skrg buat sndri je.. boleh eratkan silaturrahimmm

Jemput singgah blog Nurfuzie.com
Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000

Normala Saad said...

Steamboat...baru sekali makan..tak tahu kenapa pilihan ni sentiasa dibelakang..

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Terliur, lama benar tak makan steamboat.
Mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan dar
jat syuhada kepada semua yang terkorban di dalam rentetan tragedi di Tanah Suci. Semuanya di dalam pengetahuan-Nya yang Maha Luas.

Aisy Nasiha said...

Kalau makan di seoul garden ni mmg seronokkan.. macam2 ada.. kalau budak2 berdua ni tak buat hal, rasa berbaloi sangat.. lagi2 ms diorang nak makan banyak..

Alahai..sikit tu Kzakie makan.. ni macam tengok anak2 makan dah rasa kenyang ya?

Etuza Etuza said...

asalam happy ja nampak sekelurga ni..best kan makan bersama2

Amanda Suria said...

Seoul Garden memang the best la akak...

Puan Wawa said...

Bestnye makan steamboot.. Wawa suka.. Ambil udang byk2.. Hihi

iryanty ahamad said...

sedap kan kak steamboat...puas makan

Falsya said...

Sedapnye kakak..terliur plak dh..hehe

Fiza Rahman said...

Steamboat. SUka makan steamboat kat johny's steamboat.

Mummydearie said...

Oh, saya tak pernah pulak masuk ke Seoul Garden ni! Boleh tahanlah kiranya steamboat di sini ya. Anak-anak masih kecil, makanya kalau nak makan di mana sahaja, kena fikirkan kehendak mereka juga. Kehendak makpak ni selalu terkemudian.

Untunglah cuti panjang di Johor sempena Aidil Adha ya, kak. Tapikan, saya pun cuti juga hari Jumaat tu. Samalah 4 hari juga berehat di rumah ^_^