Tuesday, October 13, 2015

Laksa di dapur keluarga kami

Pada hari Ahad lepas bila mama bersendirian kenalah mencari idea sendiri mahu masak apa pula bila adik dan Kak Meen berkata selepas makan nasi Khabsah hari Sabtu, mereka tidak mahu makan nasi. Mama terfikir apa yang ada di dalam fridge yang boleh dijadikan hidangan makan yang bukan nasi. Mahu buat soto baru beberapa hari lepas kami makan beehoon soto. Memandangkan semua bahan untuk laksa ada mudahlah mama mengolahnya. Lagi pula Ahad itu mereka ke sekolah membawa bekal nasi putih berlauk. Balik sekolah bolehlah makan laksa pula.

Hidangan keluarga - Kuah laksa, telur rebus, limau kasturi, timun, cili, daun salad, nenas dan bawang besar. Suatu yang sangat mudah buat semua. Kuah laksa mama menggunakan ikan selayang, cili kering, bawang-bawang, halia, sedikit lada hitam, daun kesum, bunga kantan, asam gelugor dan air. Kepala ikan semuanya bagi kucing di belakang rumah.

Laksa - Setelah siap direbus dan toskan. Masuk dalam bekas yang berlubang-lubang begini tidak membolehkan air bertakung.

Mama punya - Semua ada di dalam pinggan sebelum dimakan

Mama punya juga - Setelah digaul sebelum dimakan  mama akan perahkan limau, ketepikan semua cili-cili, bunga kantan dan asam gelugor. Begitulah selalunya sehingga Mak Zah kata baik jangan letak cili kalau tidak dimakan cilinya.
Petang ini entah apalah mahu di masak. Tetapi biasanya bila hari bekerja aku akan masak yang paling mudah. Apa yang penting ada lauk dan ada yang berkuah. Tidak sama masa berpuasa makan apa pun sedap apa lagi bukan di bulan ramadhan mana ada pilihan seperti bulan ramadhan kerana apa juga yang terlintas di fikiran mudah untuk diperolehi. Hari bekerja goreng ikan atau asam pedas dan satu jenis sayur pun sudah memadai. Esok jika ada izin Allah bolehlah rehat memasak siang sebab biasa kami semua berpuasa. 

~~ Selamat menyambut ma'al hijrah. Moga tahun 1437H menjanjikan yang lebih baik buat kita umat Islam seluruhnya. ~~


62 comments:

Nieyl said...

Selamat pagi...
lamanya tak buat laksaaa....

saniah ibrahim said...

Sedap kakzakie laksa ,sya dgn anak2 yg 4 org tu gemar sangat tapi suami dgn Iman tak makan ,tu yg jarang buat.Rasa teringin beli kat pasar malam je.

Lea Ismail said...

sedapnya kak. memang fav laksa ni...lama dah x buat

Nurulhuda Abdul Latip said...

Rajinnya akak buat laksa hehe...Saya ni nak buat laksa johor pun tak lepas2 lagi kak..Esok pun in sya allah nak puasa jugak, salam maal hijrah untuk akak sekeluarga..

aTieYusof Family said...

berliur nengok laksa kak...peberet sy dan Pae ni..hihi..
salam Maal Hijrah.. :)

Zaza Abdul Latif said...

Assalam Kak Zakie..
laksa memang fav Zaza.. tapi tengok juga pada tempat kalau nak makan laksa.. setengah tempat tu bila beli & makan memang menyakitkan hati sebab tak sedap..
bila tgk laksa Kak Zakie teringat mak Zaza.. air tangan emak2 mcm kak zakie mmg sedap bila masak utk keluarga.. ;)

paridah said...

salam maal hijrah kakzakie n famili moga tahun baru mmbawa kbhgiaan yg diharapkan lbh lncar dilalui tanpa gendala..jgn lupa berdoa.
sedapnya laksa asam lengkap semua nmmpknya.

Aisy Nasiha said...

Wah..syoknya peti sejuk akak ada banyak bahan macam ni.tetiba plan pun boleh ahli keluarga merasa menu laksa sedap ni. Haha ...bab cili tu kalau tak letak rasa tak lengkap ye? Walaupun tahu cili tu nanti akan diketepikan, selalu juga saya letakkan cili masa tengah amik bahan2 laksa.. entah kenapa..

Aisy Nasiha said...

Selamat menyambut Maal Hijrah buat Kzakie dan keluarga juga..

ujie othman said...

alahai kak..nampak sedap! padahal saya tak minat mkn laksa penang pun. tapi masakan akak ni mcm memanggil je..

PeRdU cINta said...

ringkas..lengkap dan sedap..laksa..wah..PC suka hirup kuah laksa kak..satu kenikmatan dunia..selamat menyambut awal muharram untuk akak sekeluarga..moga permulaan 1437 H ini menjadikan kita insan yang lbih mentaati dan menyayangi PENCIPTA..amin..

Mizz Aiza said...

Sedapnya laksa penang.. Favourite aiza laksa ni kakak.. Makan semangkuk mesti nak tambah lagi semangkuk.. Hehe..

Kakcik Nur said...

Kakcik jadi teruja memasak kalau adik2 datang berkumpul di rumah kakcik. Pasti apa yang dimasak habis dimakan. Anak-anak sekarang lain seleranya...kadang2 penat memasak tapi terbiar sahaja. Sudahnya tanya dulu apa yang mereka nak makan...

makchaq said...

Sedapnya laksa...makchaq suka laksa sebab ulam2 tu... kalau makan, ulam lebih dari laksa.

Kak Meen balik tiap hujung minggu ke?.

Kayu Manis said...

Mcm nk mkn laksa plk...
Kecur....

EKIN said...

Sedapnya laksa... Ok, lepas ini nak cari laksa lah...

adarnadzmie said...

Wahhh... terliur saya tgk laksa kak zakie... memang sedap nih...

saya masak laksa hari ahad baru2 ni... kejap jer abis licin...hahaa

Puan Kutu said...

Sy pun baru bua laksa kak zakie beberapa hari lepas..memang sedap sy suka makan letak kuah byk2..hirup kuah panas2 nikmatnya makan laksa.hehe..

Selamat tahun baru dan selamat berpuasa buat kak zakie sekeluarga.Salam maal hijrah juga

idzwa kamaruddin said...

allah sedap nyer kak..kecur air liur saya kak.hehe..tau tak ini adalah makanan kegemaran adik mok tau! ;) semangkuk dia boleh habiskan!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Terliur tengok laksa kakzakie..
Dah lah demam2 ni.. tekak selalunya nak makan yg masam2 jer..

Selamat menyambut Maal Hijrah buat kakzakie sekeluarga..
Esok ingat nak puasa juga..
Tapi adik wasap ada buat tahlil buat arwah abah dan mak..
Buat lepas zohor..
Panggil orang masjid katanya..
Terpaksalah cancel nak puasa tu..

uncle gedek said...

Ya Allah! tengok gambar berasa sampai ke tekak!

Ann Ishak said...

nak buat laksa jugak la besok, penangan gambar sedap menyelerakan dari akak. tak bole tahan suda

Siti Rohaida Yusof said...

rajinnya akak masak..mesti sedap kan...saya suka laksa ni...

TukangKebun said...

Tekak sedang sakit ni. Sodap dapat makan laksa ni.

Inani Hazwani said...

Sedapnyaaa kak :)

Malinda said...

sedapnyeeee laksa....saya memang hantu laksa...last makan laksa hari jumaat minggu lepas kat rumah kawan yg buat kenduri...punye sedap sampai saya tunduk je makan langsung tak pandang kiri kanan....kikiki...kalau masak sendiri puas makan siap berulang dua tiga kali....ekekekek

Sherwieyna Muzzawer said...

Lama tak makan laksa. takut nak makan sebab kita czer bersalin anak ketiga. teringin nak makan tapi takutttt..huuhuu

Fiza Rahman said...

Kak...sedapnya. Lately ni laksa jadi makanan feveret saya.

Zee Suhaini said...

terbaikkk kak..mengiurkan..rajin betul mama zakie nih..
zee pon camtu..kadang buntu tak tau nak makan ape..
jemu pon tetap kena makan gak..perut lapar..
nak kena kreatip ler masak..

Nafira usof said...

Aduhaiiii... kecur ailio.
pandainye kakak masak.
macam2 hidangan. bertuah anak2 kakak.
punye mama yang rajin masak macam2.

kakyon said...

wahh..orang johor pun suka laksa utara ye zakie. penyediaannya pun senangkan. makanan feveret saya juga ni..

Ahlam Miera Shafie said...

salam maal hijrah sis... sedapnya laksa 2..

Daddy Ziyyad said...

Laksa Penang mmg sedap..light aja...
Tapi favourite saya tetap laksa johor...hihihi

norhidana miswan said...

sedap tuh kak... lengkap ngn segala ulam2 nya sekali....

dana tak penah msk laksa penang bkn tak mkn, mkn tp tak berapa gemar.... laksa johor yg suke mkn tu pun tak penah buat heheheh...

akak bkn main letak lada bagai tp time dh gaul2 lada tolak tepi yek

nohas said...

sedapnya laksa..

Salam Maal Hijrah, kak dan selamat berpuasa awal Muharam..

Mummydearie said...

Salam 1 Muharam, kak. Esok cuti makanya takdalah nak menghadap blog. Kena ucap hari ni ^_^

Sedapnya nampak laksa yang akak buat ni. Saya ni bukan boleh, kalau tengok gambar makanan tetiba aje datang mengidam ngengadanya! Saya pun macam tu sebenarnya, kalau hari ni dah makan nasi kalau boleh esok tak mahu nasi. Itu pun siksa alahai fikiran dok memikirkan apa yang boleh dimasak!

Diana Rashid said...

baca entry akak ni buat saya lapar la..sampai kan terindu2 pada suasana berbuka di bulan puasa dulu..hahahh

QasehnyaRania said...

laksa..
my peberet.tp msh berpantang laksa.

nengok ni alahai sedapnya.. tengahh pulak sakit tekak dan batuk juga selsema.. lagikan

selamat berpuasa kakak

Mia Kassim said...

Nampak laksa kakak ni terus terliur pula .. mmg suka dengan laksa penang compare dgn laksa yg di simpan santan tu.

AMIIZAA said...

salams maalhijrah kak, lamanya tak makan laksa johor:)

Zaitun said...

Hari Ahad lepas tetamu dtg kak Zai jamu dengan laksa Penang. Beli aje bukan masak hehe...

Zaitun said...

Hari Ahad lepas tetamu dtg kak Zai jamu dengan laksa Penang. Beli aje bukan masak hehe...

tiga lalat said...

salam maal hijrah., mbakyu mugo2 diparengi apik ;p

mamawana said...

Salam Maal Hijrah. sedapnya laksa. saya pun masak laksa nyambut maal hijrah.

nor azman said...

Salam maal hijrah..nmpk sedap..kak

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah sedapnya laksa....

p/s salam maal hijrah kak...

umi alya said...

kakzakie, feveret saya

Bunda_nora said...

Laksa...mana laksa johor?...tetiba terasa tekak ni nak makan laksa johor....

Salam Maal Hijrah...

Fazleyatul Aini said...

nyam nyam sedapnya laksa

Normala Saad said...

..bila sebut laksa, saya selalu senyum2..bukan apa, dah 25 tahun kawin baru tahun ni cik abang bg tau laksa tu feveret dia...saya pula setahun sekali pun payah nak buat laksa sebab rasa mcm tak sedap je bila buat.Jiran je yg selalu kasi...

Nooriah Abdullah said...

sedapnya kakzakie laksa lama dah tk buat laksa kema cari ikan ni nmpk nya

nhhas said...

Adoiiii lagi double nangis...laksa is my faveret... nyum nyum...

Bismillah...

Mrs Little Voice said...

Sedapnya akakkkkkkkk......hehehehe

aizamia3 said...

Bila buat sendiri lebih puas hati berbanding yang kita beli.. ;)

Puan Wawa said...

Sedappnyaaaa.. Boleh makan puas2..")

Amanda Suria said...

Akakk....terus SA teringin nak buat laksa....erm sedapnyaaaaa

Etuza Etuza said...

wah sampai Sabah ya aroumanya...terbaik...abadikan santapan yg sedap..

hainom OKje said...

Lamanya dinda tak buat laksa kanda.....
Dinda mls nak buat sebab laksa kat MidValley lagi sedap kanda. Kang penat membuat, tak de sapa yg makan huhu....

LM said...

Sedapnya laksa tu kak.. Hihi betul kata makzah kalau x makan baik takyah letak.

Akk pakai cili api ke tu? Tak mkn tetap rasa pedasnya kot?

aiman mania said...

serius tak tipu,nampak menyelerakan....laksa pulak nampak "gemuk-gemuk"
Allah!tetiba rasa nak makan laksa!

Falsya said...

Huwaaaaa..laksa.....kakak, kebetulan terus bergerak kuat baby dlm perut falsya nie bile falsya sebut laksa..hahahaa..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Pandai kakak masak laksa. Sedapnya nampak.