Friday, October 2, 2015

Subway dan sushi

Biasa bila anak-anak memilih tempat makan mama-papa akan ikut tetapi bila tiba bab makan sushi memang tekak papa tidak boleh menerima langsung. Oleh itu bila begitu anak-anak makan sushi mama-papa makan subway. Entah mengapa setiap kali makan subway mudah benar kenangan kami akan menerawang jauh hingga ke tanah suci. Selera kami ketika di sana tidak kiralah ketika menunaikan haji mahupun umrah suka benar kami dengan roti ala-ala subway ini. Tetapi di sana sayuran dicincang halus tidak seperti subway. Daging pula ada bau asap bakar dia enak tidak terkata. Buat aku dan hubby walau suka juga makan subway tetapi tidak seenak yang di sana. 

Pilihan mama - Subway Tuna. Kena kurangkan makan daging sebab Hari Raya Haji asyik daging menjadi hidangan.

Pilihan papa - Panjang dan besar sebab biasalah papa tahu kena ambil besar kerana bila duduk di meja bersama anak-anak pastinya mereka juga akan mengendeng apa yang kami makan. Sebagai mama-papa kami sudah arif benar dengan anak-anak kami. 

Sushi - Sedap benarlah buat mereka berdua ini. Makan dua piring berkongsi sama. Tetapi sebagaimana telahan kami mama-papa tetap mereka menjamah roti yang mama-papa beli.

Beraneka jenis - Boleh dikatakan setiap satu jenis akan ada dua atau empat sebab mereka akan bahagi dua.

Anak mama - Kenyang perut suka hati. Menapak keluar singgah membeli novel. Sejak lepas UPSR adik banyak membaca novel dan menonton tv. Sesekali saja membaca buku sekolah bila mama tegur untuk persediaan peperiksaan SDEA yang akan menjelang tidak lama lagi.
Sesungguhnya setiap kita ini adalah pemimpin. Ada tanggungjawab yang perlu dilunaskan dengan sebaik-baiknya sebab kelak semua kita akan ditanya sudahkah kita jalankan tanggungjawab yang digalas dengan sempurna. Jika kecundang tetapi segera sedar masih ada peluang untuk memperbaikinya. Namun andai terus lalai sehingga ke nafas terakhir alangkah ruginya kita menjadi hambaNya yang hidup sekadar beberapa saat/minit saja di dunia ini jika dibandingkan dengan masa di akhirat kelak.

~~ Scenario di keliling kita membuat kita rasa cabaran tanggungjawab yang dipikul terasa benar. ~~


46 comments:

Unknown said...

akak pon tak makan sushi jugak ke?
sama la kita kak..tekak memang takleh telan..
pandai anak dara 2 tu makan..
zee ni subway pon tak pernah try.. ntah..tak teringin..

norhidana said...

bila akak tayang subway nih teringat masa peknenkan aiyan itulah feveret tp dana tak blh mkn yg tuna... tak kene ngn tekak...

tiap kali lalu kedai subway msti ajak membe lunch situ tp dia msti akan kuarkan ayat ini
` boleh kenyang ke ni nah? kang kul3 ko dh sibuk lapo` hehehehe

dana pun suke beli sushi campur2 gitu kt jusco@aeon kak... sedap jgk

Aisy Nasiha said...

Samalah kita kzakie.. saya kalau ke kedai shushi saya mcm tgk je.. alahai.. mmg xleh telan dek tekak kampung ni.. yg peliknya ank sy Naim tu suka sushi.. entah dia dpt drp mana lidah jepun tu.. kalai sekali sekala dia nk kenalah juga layankan permintaannya tu..

Subway ni mmg saya suka.. eh seisi keluarga suka.. kalau kami punya mesti ada banyak2 sayur.. kalau xbanyak nati budak2 makan sayur, roti tinggal utk mama..alahai

AtieYusof said...

Saya pun tak pandai sangat makan sushi ni kak.. tekak kampung kan..hihi..
Subway plak bila balik KL barulah dpt merasa..

Nieyla Nadia said...

Salam jumaat..
nieyl x pandai la nak makan sushi ni...
subway pun sekali je aritu makan..itupun x terabis...huhu

Mia Kassim said...

Tak berapa makan sushi ni. Samalah dgn si atiey, subway klu ke kl jak baru dpt mkn .. belum ada outlet lg di kk ni ;)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Saya tak pernah mencuba makan shusi ni..
Tak tahu lah mcm mana kesedapannya..
Subway pun saya tak pernah masuk kak zakie..
Tapi saya pernah makan yg kat Mekah tu kakzakie..
Memang suka sangat.. selalunya saya beli bila balik solat asar..
Boleh alas perut sementara menunggu makan mlm selepas solat isyak tu..

p/s terasa sedih pulak bila menyembut di Mekah ni sebab dah beriye berjanji dgn arwah mak utk menunaikan umrah pada bulan Disember ni.. adik beradik pun ada yg mengikut pergi umrah ni.. tapi ini lah kekuasaan Allah.. kita hanya mampu merancang.. Semoga arwah mak damai disana.. Alfatihah

Malinda said...

anak2 saya pon suka makan sushi kak yg si kecik tu pon dah mula suka...saya makan gak tapi pilih2 la mana yg kene dgn tekak je...kiteorang pon camtu gak suka makan kongsi2 sorang sikit kekdahnye jadi semua dapat rasa...comel anak2 dara akak :)

aizamia3 said...

Sushi.. eemm.. bukan menu pilihan tapi takdelah sampai tak suka langsung.. ;)
Cabaran yang terbentang depan mata bukan sedikit kekuatan yang diperlukan..

PeRdU cINta said...

PC dengan suami pun lebih pilih subway kak...salad lebih..hehe..shushi sekadar menjamah boleh la..sikit sikit..memang dah jadi tabiat anak anak lebih suka menjamah makanan mak ayah..sebab babah mama PC pun gitu..akan beli lebih sebab tau nanti anaknya tergedik gedik sengeh macam kerang minta..haha..

paridah said...

NAMPAKNYA RAMAI KITA YG XGEMARKAN SUSHI NI..KAK PUN SAMA..SUBWAY TU OK JUGA TEKAK MENELANNYA...
SETIAP KITA MEMIKUL AMANAH ALLAH YG DIPERTANGGUNGJAWABKAN PERLAKSANAANNYA DGN SEMPURNA..

saniahibrahim said...

Sya pun dah cuba makan sushi tapi tak tertelan ..cakap dgn ank2 kalau maknya ni pi jepun mmng kebulur lah jwapnya kalau dihadap sushi.

saniahibrahim said...

Sya pun dah cuba makan sushi tapi tak tertelan ..cakap dgn ank2 kalau maknya ni pi jepun mmng kebulur lah jwapnya kalau dihadap sushi.

Unknown said...

alahaiiii ramainya tak suka sushi ni kan termasuk me jugak
tapi anak2 mmg cinta cintan dgn sushi ni
kat Brunei ni pun ada subway tapi belum pernah pergi
sbb selalu kat rumah je anak2 melepaskan geram suruh masak itu ini..

Izwa Kamaruddin said...

err..err..kak..saya sampai skrg tak pandai makan sushi...hehehe..

Hudalatip said...

Saya boleh makan sushi tapi sushi yang terpilih jer hehe..Lepas tu subway tu kalau makan biasanya tak abis..Mesti nak share, eh tapi selalunya kalau makan fast food memang selalu tak abis la saya ni hehe..

Cik Ecah said...

makan subway ni puas kak..roti dia besar...inti pun banyak...siap blh pilih kan? dgn sos lagi..hihi

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Memang sesuai makan tuna setelah banyak makan daging Raya Haji hari tu. Subway antara pilihan jika rasa tak nak makan nasi. Semuanya nampak sedap.

Unknown said...

Sedapnya sushiiii . Ain ni pon hantu shushi mcm ank2 akk jugak hihihi . Gulp telan ayaq liuq .

Kayu Manis said...

Nor ada hati nk buat sushi ni..
Sng jerkn....
Sdpppnyalah haiii

Sura Mohd said...

kami satu family memang bukan peminat sushi...tapi kalau Subway..semua makan..Afif jelah x pandai makan..
Seronok la adik ya..dah bebas..klu anak2 sura pon sama..novellah yg dicarinya..tu pon si angah dah ckp..cuti sekolah nanti nak novel..:)

uncle gedek said...

sekali pon tak pernah makan shushi...

uncle memnag kolot! huhuhu

Etuza said...

Asalam..blog hebat ni..dah Etuza link kan di bloglist ua..
seronok makan ..bersama family. Mintalah agar kita berblog ni tak lalai dan leka...tunaikan yang wajib baru blogging kan kakz

Suria Amanda said...

Subway SA leh layan lagi kak..kalau sushi tu mmg tak la...x reti...

nohas said...

suka dua2..dua2 healthy foods..itu yg best..

Dr K said...

Assalamualaikum kak zakie...

Lama dah saya tak mem blog..sebulan lebih...hahaha..tak berkunjung ke blog akak...

Sushi? Saya tak makan...hahah...tapi Subway tu, feveret!

Kak Wawa said...

Sme macam wawa, pn tk suka sushi.. Tk leh nak gi..

Wak Lat said...

leceh nk makan burger subway besar merembes2 je., ;p

adyna AB said...

Tak pernah makan sushi , dan rasa taknak makan pun mcm tak
Blh masuk je, kalu subway memang suka sangat sejak dekat Ipoh ni dh buka byk cawangan lagi la suka, dulu makan bila
G kl je ;)

OKje said...

Nanti dinda pun nak cari Subway kat sana kanda....nak jugak rasa nikmatnya makan daging bau asap yg kanda ckp sedap tu...

SDEA tu apa ye kanda...

sitirohaida said...

sushi setakat ni boleh terima dek tekak la..cuma nak kena pilih sushi tertentu je..hehe..lama tak makan subway

aby said...

salam kz ..
aby belum pernah makan di Subway lg.
ada beberapa Subway kt area aby ni tp blm pernah cuba..
insyaallah nanti cuba makan kt sana

Aziela said...

Yg penting, makan bersama yer kak. Saya pula x kisah. Semua saya bedal. Subway dan sushi...feveret Adam kak.

Bila saya lihat anak2 muda dgn sikap, pakaian dan pertuturan....saya semakin takut dgn cabaran mendidik lapisan generasi akan datang.

Kamsiah yusoff said...

sama la dgn saya dan suami kak zakie..langsung takleh telan sushi..tp anak2 suka sangat..entah apa yg sedapnya..

iryantyismail said...

pandai anak2 akak makan sushi....yan tak tertelan
..huhu

Uncle said...

Saya pun mula-mula tak biasa tetapi lepas tu ok, alhamdulillah...taklah kebulur sewaktu bertugas disana dan ianya boleh didapati even di 7-11!

firohar said...

sushi?..xpernah makan rasanya kot..hihi..xtau cm mn rasa..hihi..btw, done follow #1265 :)

Bunda_nora said...

As Salam,

Yelah samalah kita...tak berapa gemo sangat sushi2 ni... banyak yang mentahnyer, pada mula2 anak2 kasi try dulu adalah satu dua jer kot yang mampu di telan...banyak yang tak tertelan...
Selera orang tua kot...

Salam hujung minggu...

Aina Adam said...

Hehe... Saya pula memang sangat gemar subway DAN sushi.
Harituh masa gastrik, xselera makan, jadi suami nak suruh juga makan. dipujuk dengan belikan subway dan sushi. Rasa sedih sangat sebab tak dapat habiskan makan. suami pun sedih sebab 1st time tgk saya tak habiskan makanan favourite sy tu..

shameel Iskandar said...

secara peribadi sushi dan subway agak mesra dgn selera saya. Tapi, sushi yg lebih saya gemari.

ajax85 said...

Sy pun suka makan sushi..jeheheh

Falsya said...

Kakak..baru semlm falsya makan subway..sejak dh xleh nak masak nie mmg subway je yg falsya makan..

Sushiiii????..feveret falsya sesgt especially kalau tang raw salmon..tp bile pregnant nie keen tahan dulu makan bende yg raw..tp kadang xleh tahan jugak..hihihi..

Fiza Rahman said...

Sedapnya subway. Dah lama tak makan. Sushi plak memang saya tak bleh nak telan. Dasar tekak melayu. Klo gi sushi king pon amik yang bento set ☺

Time Traveller said...

Huhuhuuu jenjalan makan subway lepas tu layan sushi pulak mmg terbaik huhuu :D

Mummydearie said...

Saya ni nama aje kerja dengan Jepun tapi sushi ni memang tak boleh masuk mulutlah. Mesti nak dimasak/digoreng takdanya yang mentah-mentah ni. Suami saya memang suka. Dan anak-anak saya pula, si Abang ikut Mommy dan si kecil tu ikut Daddynya - suka betul sushi.

QasehnyaRania said...

suka subway
sushi kurang suka.. tp suka juga bli yg biasa2 di jual di JJ tu..