Thursday, October 8, 2015

Jangan simpan kisah semalam jika...

....kisah semalam adalah kisah pahit yang menyesak di dalam dada, 
lupakan saja supaya tidak stress. 
Ambil iktibar dan tanam di dalam hati tidak mahu ianya akan berulang lagi dalam hidup. 
Tidak perlu dikenang dan berdendam.
Buang dan lontar jauh-jauh semua yang hitam dan bernanah.
Buat kata putus - mahu mencari yang putih. 
Putih dan bersih ibarat gigi yang selalu digosok tanpa rasa jemu. 
Tekad juga mahu segala perkataan yang mahu diluah juga yang baik-baik. 
Urus perasaan semampu boleh dan pujuk untuk damaikan hati. 
Serahkan diri kepada Allah dan percaya jika baik yang kita mahu baiklah jadinya.
Yakin seyakin-yakinnya semua dari Allah. 
Buang semua tabung-tabung hasad-dengki, marah, geram, benci dan sebagainya. 
Ikat dan tekad segala rasa dan perasaan yang negetif dengan kasih sayang
 sentuhan. 
Tidak dapat sentuhan secara langsung kita buat dengan hati.  
Tanamkan tekad untuk sama-sama masuk ke dalam syurga.

Sekadar hiasan - Ros kampung di laman secoet kami yang merudum dek jerebu agaknya.

~~ Membina kekuatan diri dengan menyerahkan diri sepenuhnya kepadaNya.~~


46 comments:

Izwa Kamaruddin said...

terima kasih kak..terima kasih sangat atas kata-kata ini..
saya sangat perlukan kata-kata ini sekarang nie.

Mummy Sher said...

Sokong akak seratus peratus. Kata kata ini sangat bermakna buat saya kak.

Farah Waheda Wahid said...

semalam adalah semalam, hari ini adalah hari ini, esok adalah esok, let by gone be by gones... itu concept Farah kak... Tak perlu nak menanahkan hati sendiri walaupun ia perit macam mana sekalipun sebab akhirnya yang sakit diri sendiri...

NEKCIK said...

sentiasa hidupkan rasa kasih dan sayang di dalam hati maka dengan sendirinya rasa hasad dengki dan benci akan berlalu pergi....yang keeuh akan jernih.yang gelap akan terang. ..yang jauh akan dekat..insyaallah

AtieYusof said...

Buang segala yg buruk dan pahit..ambil yg positif..fikir yg baik2..insyaAllah..
TQ kak.. amat menyedarkan...

@na said...

jika ada folder dendam dalam hati mmg menyesakkan...delete ja...In Shaa Allah kita bebas dari dijajah rasa resah...tq kakzakie

adarnadzmie said...

terima kasih kak... kata2 semangat buat kawan2 yang mempunyai masalah...

OKje said...

Memang acapkali kita cakap cenggitu kanda, barang yg lepas jangan dikenang, biarlah dia jadi sejarah silap. Kuburkanlah terus dari lipatan memori kita. Tapi tak semudah itu kanda..... Memori yang betul betul menikam dada, menusuk jiwa manakan mungkin dilupakan begitu saja..... parutnya tetap ada ....Ececeh.....

PeRdU cINta said...

bangkit dan lurus terus pandang ke hadapan..tegakkan niat..yang lepas kita jadikan sempadan moga tidak berulang lagi pahitnya..

ajax85 said...

Amin..kata2 yg indah

Unknown said...

ingat yang manis manis dan baik baik saja..

saniahibrahim said...

Setiap hari berlalu memang ingin melupakan kisah semalam yang pahit ...terimakasih kakzakie beri kata2 yang memberi semangat utk meneruskn kehidupan yg ber liku ini.

saniahibrahim said...

Setiap hari berlalu memang ingin melupakan kisah semalam yang pahit ...terimakasih kakzakie beri kata2 yang memberi semangat utk meneruskn kehidupan yg ber liku ini.

Puan Kutu said...

Betul sangat..dalam lagubpun ada kata barang lama usah dikenang..kita jadikan pedoman itk lebuh maju kehadapan.sy doakan segala urusan kakak dipermudahkan

JunAina said...

Semak diri dengan senarai yg telah akak bagi...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Barang yg lepas jangan di kenang..
Teringat pula bait-bait lagu Tan Sri P.Ramlee.. :)

Barang yang lepas hai jangan dikenang
Kalau dikenang meracunlah diri
Tiap insan hai tidaklah kekal
Tentukan pulang di mana berasal
Janganlah sedih hai janganlah pilu
Serahkan pada Allah yang satu
Oh dunia ibaratnya roda
Naik turun tiada hentinya
Sama juga hidupnya manusia
Ada yang riang dan ada yang duka
Barang yang lepas hai jangan dikenang
Kalau dikenang meracunlah diri
Oh tak guna menangis memilu
Makin sedih menambah derita
Lupakanlah semua yang lalu
Tidakkan mungkin kembali semula
Barang yang lepas hai jangan dikenang
Kalau dikenang meracunlah diri

Dalam Lirik pun ada menyebut "Serahkan pada Allah yang Satu"

Jadi sebaik barang yg lepas yg membuat hati gendah gulana ..

paridah said...

YANG LALU HANYA KENANGAN
SEGALA KESILAPAN DIRENUNGKAN UTK DIPERBAIKI...INSYA ALLAH TAUBAT YG BERSUNGGUH DITERIMA YG ESA..

Malinda said...

ni salah satu kelemahan saya....suka pikir benda yg dah berlalu pastu stress cam hape je....akan cuba perbaiki sikit2 nanti....tq kak n3 yg sangat bagos T__T

norhidana said...

huhuhu walaupun semalam tu ptt jd kenangan.,... lumrah kita manusia msti teringat walau ccuba kita lupakan

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...lupakanlah apa yg berlaku...jadikn panduan buat diri kita juga org lain...

Kayu Manis said...

Kisah smlm jgn di konang konang...binaso di bueknyo..

klu dikonang mau podeh raso hati...panehhh yooo..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Betul tu kakak. Perbaiki diri, fikir positif. Doa banyak-banyak. Allah ada bersama kita jika selalu nak perbaiki diri.

Kak Wawa said...

wawa setuju kak..")

jadikan kisah hari ini lebih baik..")

Mia Kassim said...

Kadang2 tu kak teringat juga .. wlupun kita dah cuba untuk lupakannya ..

ohpanduan said...

Terima kasih atas perkongsian yang berguna ini akak.

Angah said...

subhanallah...terfikir, masih ada dendam yang belum selesai, padahal dah lama kes berlalu. dah maaf tapi tak bleh nak lupa...

Zaitun said...

Terima kasih atas ingatan kakzakie. Pahit untuk dilupakan tapi itulah yang sebaiknya harus dilakukan. Buang yang keruh ambil yang jernih.

dorsett pink said...

well said akak.. tapi kadang-kadang nak melupakan terus kisah semalam tu lebih2 lagi yang sangat menyakitkan hati bukannya senang.. susah.. sebab die tertusuk masuk ke dalam hati nurani

Mummydearie said...

Memang betul tu, kak. Kisah yang melukakan hati dan tidak menggembirakan, jangan dikenang-kenang lagi. Biarlah ia berlalu. Lagi dikenang, lagi timbul segala perasaan negatif yang boleh dielakkan sebenarnya.

Suria Amanda said...

istighfar kak..lupakan lah..SA pun sama..semalam ada sesuatu terjadi..malas nak ingat..nak lupakan walau hati sakit sangat...

Nieyla Nadia said...

nieyl setuju sgt..
terima kasih kak...

QasehnyaRania said...

nice sharing walaupon kisah lepas ada yg sukar dilupakan walaupon dh cuba utk lupakan tp kadang kadang ia dtg juga.

iryantyismail said...

buang yang keruh ambil yang jernih

Normala Saad said...

..memang tidak mahu dikenang, apalagi kalau peristiwa pahit dari kesilapan diri sendiri..lagilah sukar untuk dibuang.

mamawana said...

Asslm.
Forgive and forget.

Buang kenangan yg keruh ambil kenangan yg jernih.

Bila sudah hilang kepercayaan. Let it be. Hanya kepercayaan keyakinan pd Tuhanku. Semalam biar berlalu.

Zul fattah said...

kuatkan smangat kak.. mlupakan memang payah.. tp cuba kita duduk sorang diri.. tanya Allah, apa yg dia mahu dari kita..takkan sbbkan benda lpas, kita melepaskan apa yg ada d tgan skrang..?

insyaAllah.. ujian ini satu nikmat..

suka suka said...

Semoga istiqamah tekad itu... kenangan jadi sempadan.. semoga kita semua beroleh keberkatan ..

Unknown said...

sabarnya akak..saya ni kalau marah susah la nak reda dalam sehari..mau makan hari jugak la..heheh

Bunda_nora said...

Buang yang keruh ambil yang jernih...Mawar merah dan putih penyeri di kala jerebu..

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Terima kasih atas ingatan yang sangat bermanfaat. Semoga ia menjadi pemangkin semangat untuk terus menongkah kehidupan, yang kadang-kadang seakan tidak adil. Tetapi itulah kehidupan, rukunnya adalah ujian. Apa pun yang terjadi, jangan lupa tempat pergantungan yang sangat kukuh iaitu Allah SWT...

"Allahumma yassir wala tu`assir..."

Fiza Rahman said...

Terima kasih atas perkongsian dan peringatan kak. Kata² yang penuh makna buat saya. People will forgive but not to forget. Parut tetap ada walau luka dah sembuh.

nohas said...

kisah sedih dlm hidup, dah saya buang jauh2, walaupun pahit, ditelan, dimamah jua..kita manusia biasa, hanya mampu berusaha, Allah yg menentukan..menerima takdir dgn rasa syukur..

life goes on..

nhhas said...

Cuba juga kak... redha ... ikhlas... lupa kan...

Tapi kadang2 teringat tu sakit hati semula....
Huhuhu

TukangKebun said...

Will we always look forward not backward.

Aisy Nasiha said...

Entry yang bermakna.. saya tambah sikit

Hidup mestilah berbakti, walaupun tidak dipuji..

Fyda Adim said...

terima kasih dengan kata-kata ini yang sangat mendalam maksudnya. tika ini memang saya memerlukan kekuatan seperti ini. pandai akak menulis bait-bait indah ini.