Friday, January 8, 2016

Mata dan mulut

Jumaat yang indah ini aku titipkan satu teka-teki yang diberikan oleh DJ Supian dan Lokman dari radio IKIM fm yang aku dengar pagi ini. Mengapa lelaki apabila menangis dia menutup mata? Manakala perempuan pula apabila menangis menutup mulut? Walaupun bukan kesemua lelaki dan perempuan berbuat begitu tetapi ini adalah majoritinya.

Jawapan yang diberikan kerana lelaki banyak membuat dosa dari matanya manakala perempuan pula banyak membuat dosa dari dari mulutnya. 

Betapa nikmat yang Allah berikan pada mulut dan mata kita kena pergunakan dengan berhati-hati. Dua pancaindera ini mampu mengheret kita untuk menangisi dan menyesali kesilapan yang kita sendiri lakukan. Ia juga mampu memberi kebahagiaan di 'sana'  jika baik cara menggunakannya.

~~ Mari kita renungkan bersama-sama.~~

41 comments:

Aisy Nasiha said...

Memang betul kenyataan ni.. saya setuju..peringatan demi peringatan Allah utuskan dengan pelbagai cara dan masa.. moga kita dapat beringat dan sentiasa ingat suruhan dan menjauhi larangan-Nya.

paridah said...

Salam jumaat...heh..heh..mungkin ada kebenarannya tu kot...entahlah...Rahsia diri kita hanya Allah maha mengetahuinya.

Kakcik Seroja said...

AllahhuAkbar...

benda yang nampak remeh sebenarnya tetap ada makna di sebaliknya...

Normala Saad said...

saya kalau nangis tutup semua muka sebab tau muka tak cantik kalau waktu tu...

adarnadzmie said...

ada betulnya kak... apa yg berlaku semua ada maksudnya yg tersurtt dan tersirat... hanya Allah yg Maha Mengetahui...:)

nohas said...

Salam Jumaat, kak...syukran, peringatan utk kita semua..

Kayu Manis said...

Ayooo...betullah...agak2 thun lps kita2 ni org perempuan ada tak yg tk mengumpat..

Malinda said...

Allahuakbar...perkongsian yg baik kak utk renungan bersama di pagi jumaat yg mulia ni...fakta tu memang ada benarnye kalau di pikir2kan

cahayahidupku.blogspot.my said...

Walaupun nampak benda itu spontan..
Namun ada kebenarannya ye kakzakie..
Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami..
Aamiin..

εïзmmyHazaεïз said...

salam Jumaat..

terima kasih kerna saling mengingati.. Tapi mulut haza makin spontan kak zakie.. =.='

Rizziela said...

betul juga kan

Nieyla Nadia said...

Setuju sangat...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Mata dan mulut. kena kurangkan dosa dari dua-dua ni kan kakak. Terima kasih.

saniahibrahim said...

Betul juga teka teki ni kan...tak terfikir pulak jawapan sebelum ni .

Fiza Rahman said...

Dengar jugak pagi tadi. Tapi tak ingat jawapannya sebab pernah terbaca. Sama2 lah kita jaga mata dan mulut kita.

amirah said...

simbolik jawapan...moga diampunkan segala dosa amie ni kak..

Aryan azra said...

memang betul pun kak...moga kita sentiasa ingat mengingatkan

Mummydearie said...

Tak perasan pun kak begitu caranya. Barulah perasan memang majoriti lelaki kalau menangis selalu tutup mata dan kita yang perempuan ni pulak selalu tersedu-sedu sambil tutup mulut. Ada makna rupanya ...

norhidana said...

betul lah tu kak... huhuhu

NEKCIK said...

yeke kak..tak perasanlah kita..he..he..

Nor Azimah Ali said...

Entahla kak, tk penah tgk lelaki menangis, jadi tk perasan pula, saya kalo menangis, saya nyorok tak suka org nmpk.
Tapi mgkn ada benarnya..yg lebih benar pernyataan kedua tu, org llki byk dosa mata, org ppuan byk dosa mulut.

babYpose said...

Salam jumaat, betul jugak, sebab jarang tengok tapi dalam movie ada. Berblog pun pilih pilih jugak, inshaAllah

Zaitun said...

Salam Jumaat kakzakie.Mungkin ada betulnya kita renung2 kan.

PeRdU cINta said...

betul...mulut dan mata...kombinasi yang sukar dipisah..mata nampak mulut cepat saja menegur...bezanya apa yang ditegur..apa yang dilihat dan dicakapkan itu baik atau sebaliknya..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...yer betul tu...:)

wahida said...

saya pulak kalau menangis, tutup satu muka saya ni kak...mmg saya tekup abes muka saya ni...huhu...tak tau napa...tapi dari dulu cenggitu lah saya kalau nangis...hehe...

Sheila Adziz said...

betul la kan akak... sangat setuju...

Unknown said...

salam jumaat kakzakie
mmg biasa macam tu kan
subhanallah tnpa sedar rupa nya muslihat disebaliknya

monalea said...

terima kasih atas perkongsian ini kakzie.kadang2 mulut innnni bila bercakap tanpa sedar menuturkan apa yg tidak sepaatutnya.

arzmoha said...

Saya tahu jawapan...

Unknown said...

Salam Kakak~
Terima kasih atas ingatan bersama ini.
ade betolnye juga jawapan yg diberikan tuh.
hehehehehe

ohpanduan said...

Terima kasih perkongsian ini kakak.
Jom sama-sama jaga mata dan mulut kita.

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Zakie.... mungkin kerana itu mata dan mulut kita termasuk dalam anggota yang perlu dibersih dan disucikan ketika berwuduk ya kak. mudahan Allah menyelamatkan kita dari maksiat mata dan mulut kerana kedua-duanya selalu membinasakan manusia. Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Terima kasih atas pengkongsiaan ini Kak Zakie....& Selamat tahun Baru 2016!!

nurhuda said...

ye.. setuju sngat. lumrah lelaki dan perempua. semoga kita sama sama dihindari drpd perbuatan yg boleh membinasakan kita..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

suratan atau kebetulan...

Qaseh Vee said...

ada benarnya ... org perempuan mmg susah nak jaga mulut wpun mulut tu selalu digunakan untuk baca quran malah dah tunaikan haji juga ... org lelaki lak , suka tgk yg ' cantik ' yg mmg hanya ada pd perempuan ... ermmm

Etuza said...

marilah bersama menjaga mata dan mulut...jauhui menhina melihat yang salah.amin

Inani Hazwani said...

Terima kasih kak atas ingatan ni :)

Unknown said...

Alaahuakbar.. Nice share akak..:)

nhhas said...

Kebetulan yang betul