Wednesday, January 13, 2016

Import vs Eksport

Sejak dua hari ini auditor syarikat aku bekerja sedang bergelumang memenuhi segala data yang diperlukan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Walaupun syarikat kami sangat telus dalam menjalankan perniagaan tetap ada yang dicurigakan oleh LHDN. Sebenarnya keuntungan mencanak yang syarikat kami perolehi pada tahun ini disebabkan kelembapan nilai Ringgit Malaysia. Syarikat kami pula merupakan syarikat yang 100% hasil untuk tujuan eksport. Sebab itulah tidak terkejut buat kami mengapa tahun ini keuntungan berlipat kali ganda.

Kosong - Lihat semua ini diangkut untuk dilihat oleh mereka. Buat kami tidak menjadi masalah sebab filing system semuanya sudah tersusun rapi. Tidak ada tipu-tipu. Semuanya telus. 

Eksport - Sedia untuk diangkut. Ini semua borang Kastam no. 2 untuk tujuan eksport. Jika mereka mahu lihat juga susunan borang K2 ini kami sudah susun mengikut nombor invoice. Tidak ada ruang menipu. Ex-change rate pada setiap borang K2 juga tercatat jelas. Sedikit berbeza mungkin disebabkan nilai sewaktu eksport dan nilai sewaktu pembayaran oleh pihak pelanggan kami bukan pada masa/taikh yga sama. Sebab majoriti pelanggan kami beri credit terms.

Mango - Kenapa aku tunjuk ini. Handbag ini Kak Meen yang belikan mama melalui online. Dia risau agaknya melihat mama pergi kerja asyik menggunakan beg Polo yang sama.  Sebenarnya beg ini lebih  murah  dari beg Polo aku tapi sebab ada offer 2 beg dengan harga murah, belilah dia satu untuk mamanya. Mahu mama dia berbeg baru. Selepas Tahun Baru Cina ini dan selesai LHDN checking, mama boleh beli yang lebih cantik dan branded jangan risau hihi...
Ada satu yang musykil pihak akaun kami pada awalnya mengapa hanya K2 (Borang eksport) saja yang diambil tidak K1 (Borang import). Senyum boss aku bila aku katakan dengan K2 itulah duit masuk ke syarikat manakala K1 duit kita keluar mereka tidak kisah. Apa pun pada aku tidak ada salah LHDN membuat begitu kerana syarikat aku adalah syarikat pelabur asing. Kenalah ikut undang-undang negara kita.

~~ Semua mengharap aku bersuara agar tahun ini mampu membuat kami semua tersenyum lebar apatah lagi dengan keadaan harga barang yang mencanak tanpa henti. Innahaza larizquna malahu minnafad.~~


46 comments:

Unknown said...

Assalamualikum dan slmt pgi kakzakie
cantik handbeg yg dibeli oleh kak meen tu mesti mamanya kembang setaman kan alhamdulillah ingtan anakanda pd bonda nya..

saniahibrahim said...

Moga kerja2 kakzakie dipermudahkan.
Cantik beg yang kak meen belikan tu...
#kakzakie sudah tiba ke bingkisan yang saya kirim?

babYpose said...

Ingat saya terpaksa rujuk buku tebal tax tu :) bestnya dapat hadiah dari Kak Meen, citarasa orang muda aunty suka :)

Izwa Kamaruddin said...

harap semua dipermudahkan ye kak

Mimie_Zatun said...

Selamat pagi kakazakie.. mimie ade handbag mcm akak warna hitam hehe

nurbijen said...

Berani kerana benar kan kak? Tak perlu nak dirisaukan... Hanya prosedur aje tu :)
Untung mama dapat beg dari anak dara... Lambat lg saya nak merasa anak2 belikan beg.... hehehhe

Zaitun said...

Alhamdulillah pemberian anak murah atau mahal bagi kak Zai sangat bermakna.

Semoga kerja2 kakzakie dipermudahkan.

Muja.. said...

betul kak.. kalo kita buat betul x der yg perlu ditakutkan.. malah kita boleh jawab balik kalau ada persoalan drp mereka..

kdg2 mereka pun adda targetnya juga..

mesti akak dah expert ngan kerja2 melibatkan kastam kan.. sy yg kdg2 terlibat pun boleh pening kepala..

bila staff tahu comp untung besar, mesti harapan mereka pun besar juga..kikii thn ni comp sy loss sebb exchange rate.. senyum sipi jerla..

Nieyla Nadia said...

Alhamdulillah...
kena selalu berfikiran positif..:)
baru hidup kita sentiasa dikelilingi dengan aura posotif..:)
duduk di negara mana² pun...kita kena ikut undang² kan kak.. :)

amirah said...

insyaAllah ada la bonus untuk company kak zakie tu.. : )...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

wahhhhhh.. byklah Kakzakie dapat bonus ni.. hihihi

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Alhamdulillah. Murah rezeki nanti kakak dapat bonus berganda tahun ni.

Kakcik Seroja said...

Kalau untuk mencanak, mungkin ada juga yang pihak pengurusan boleh bagi lebih kepada kakitangan... :)

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah...Masyuk lah. Smoga dipermudahkan urusan akak.

Cantik handbag tu. Pandai kak meen pilih ☺

saniahibrahim said...

# saya ada kirim surat ....hmm mungkin belum tiba agaknya kakzakie.

iryantyismail said...

Cantik kaler beg tu

adarnadzmie said...

semoga segala urusan dipermudahkan...

cantik beg baru akak... untung mama dpt beg pemberian anak...hehee

terasa sgt2 kenaikan harga barang skrg ni... tiada siapa ambik peduli rintihan rakyat jelata spt kita... huhuuuu

aizamia3 said...

Dah tugas mereka.. lagipun nak risau apa kan kak.. ;) semua maklumat disusun dikemaskini sebaik mungkin.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Untuk cukai perniagaan tu kan kakzakie..
Beriye lah mrk brpa byk wang masuk..
Moga bonus tahun ni bertambahlah ye kak..
Cantik beg tu kak .
Wlpn murah tapi ingatan anak akak kpd mama dia yg tinggi nilainya.

kakrose said...

kali ini betul2 buat kerja. cukai harus di kutip..tak bagi lepas walau sesen pun.lubang besau lagi yg harus di tampal..
harga tak penting..cantik dah ingatan ikhlas dari anak tu yg terkesan di hati..

PeRdU cINta said...

bijak kak meen ya...hihihihi...

Mummydearie said...

Ni mesti nak 'hantar' Kakzakie suruh minta bos bagi increment atau bonus lebih sikit ni... ^_^ Sekarang ni semua barang mahal, kak. Company kalau untung banyak dan berlipat kali ganda, kenalah fikir tentang staff bawahan yang banyak berjasa ni. Bagilah pendorong supaya staff makin rajin bekerja walaupun dihimpit dengan macam-macam masalah dunia :)

Fazleyatul Aini said...

Awal2 tahun ni memang akaun busy la kan mana nak audit, time2 nak dekat cny ni claim berlambak2 masuk lagi

raihanah said...

cantik beg kakzakie, semoga terus sukses kak

nhhas said...

Lama x bergelumang dgn custom form.

LYAfrina said...

hihi..pndai pihak lhdn tu ye..ambik faik y masyukkk..

apa2 pontahniah utk comp akak.. dlm keadaan eko skarang, income msih maintain..

zazanizam said...

cantik handbag! zaza pun pernah beli on9 mango ;)

JunAina said...

Bila semua filing complete tak ada apa yg perlu dirisaukan kak, kita dah buat bahagian kita biarlah LHDN buat bahagian depa pulak.

Mila@Rimbun said...

seronoknya dapat hadiah dari anak...

biasa ler lhdn mmg aim nak korek duit hihihi. Yg penting kita telus, pernah kena tax audit, alhamdulillah.. sbb takde pun niat mnak menipu, cuma mungkin ada tersilap pandang mana2, ok jer with the appeal

wahida said...

takpe kak..itu cuma SOP dorang je tu...
semoga semuanya dipermudahkan ye kak...

cantik henbeg akak...

maszull said...

asalamualaikum kakzakie...alhamdullilah kak..kalau company untung byklah bonus utk tahun ni kn...senyum lebar semua pekerja dpt durian runtuh...:)

Kayu Manis said...

Berurusan dgn matawang asing berlipat gandalah untungnya..
Untung pun susah ye...rugilah susah

Check2 jgnn tak check...hihi..
Klu telus tak perlu gundah gulana..cayok..cayokk kak..kipidap

Kayu Manis said...

Bag tgn tu cantikkk sesuai dgn mu darling

Unknown said...

Jujur dan amanah pasti semua ok2 je kan kak...cantik beg tangan pilihan kak Meen kalernye pon sy berkenan...laram dulu kak beg ni dah bosan sok beli yg baru pulak...JPO kan dekat...kikiki

Inani Hazwani said...

Cantik kak beg tu :D

Qhaifa Nur said...

Bos senyum kira bagusnya la kak zakie..
Moga dipermudahkan segalanya....
Baiknya kak meen hadiahkan mamanya beg..cantik

OKje said...

Nampaknya Raya sakanlah kanda ye awal tahun ni hihi....

OKje said...

Nampaknya Raya sakanlah kanda ye awal tahun ni hihi....

TukangKebun said...

Bahagia hati seorang ibu, anak ingatkan kita :).

Mulai 2016 ini kalau nak beri barang online dari luar negara dah tak boleh pakai debit card dah kak.
Kerajaan suruh kita pakai credit card lah pula policynya.
Sebab debit card tak de kena charge apa-apa tak seperti credit card.
Hai semuanya nak suruh pembeli bayar lebih-lebih sahaja.

Ujie Othman said...

Mesti sibuk nk melayan kehendak LHDN tu kan? Layan je lah..hehee

monalea said...

mesti bz kan kak klu lhdn datang

norhidana said...

owner company akak bukan melayu kan, biasanya kalau company cina mmg telus, kalu melayu yg kadang tu ada coner2 heheheh...

kalu dh mmg kita yakin semua nya ikut peraturan, nk kene soal siasat pun kita tak kisah ye kak... sbb kita mmg jns ikut peraturan...

bgs btl kak meen ingat kat mama nya... belikan hbeg bagai..

nohas said...

lawa handbag akak..memang byk kerja kalau audit2 lhdn dtg, selagi boleh nak dikoreknya...

lhdn vs gst..

Falsya said...

bgs kak meen ingat dekat mama..dapat mama handbag baru..hehehee..

Mar Mansor said...

biasalah tu bila keuntungan berlipat kali ganda diperoleh..datanglah mereka buat spotcheck

Umialya said...

yang ini syarikat besar, import eksport lagi..

Saya yang makan gaji denga gaji sederhanapun disiasat, minta semua data2 terperinci untuk Income Tax 2014, nasib baik semua itu tersimpan rapi, bagi jer untuk rujukan & perkiraan mereka..