Tuesday, January 12, 2016

Ini sebuah penghargaan - Meratah Seni

Terpempan seketika sebaik mata merenung kedatangan email di kotak inbox. Merenung nama yang tertera cepat saja kotak minda aku teringat kepada kakak blogger yang tidak asing lagi buat diriku. Bertemu belum sekali tetapi rasa kasih terasa erat di hati. Mendapat titipan hasil karyanya sudah pasti membuahkan kemanisan yang panjang.

Meratah Seni - Inilah antologi cerpen hasil karyanya. Sudah hampir seminggu aku mendapat titipan tetapi kerana kekangan masa baru semalam ianya habis dibaca. 
Paridah Ishak - Insan seni yang cekal dan kuat dengan iltizam tanpa mengenal erti putus asa. Gambar pertama dan kedua ini sebenarnya menjadi kulit kepada antologi ini. Sengaja aku bahagi dua untuk kelihatan lebih jelas.
Biodata Penulis - Ingin melihat lebih jelas sila klik dua kali. Sebagai insan yang diuji hebat oleh Allah pasti kita merasa kagum dengan beliau kerana walau ujian melanda diri sifat putus asa tidak pernah lekang dalam diri beliau. Tahniah dari kami.
Kandungan - Terdapat 10 cerpen yang sangat memuaskan hati kepada siapa juga yang membacanya.  Paparan menjurus kepada kehidupan insan sejagat yang tidak siapa boleh menafikannya.
Paparan - Aku paparkan keindahan antologi bukan saja pada penceritaan bahkan pada ilustrasi penggambaran pada antologi cerpen ini. Sinonim dengan penulisnya yang meminati bunga orkid ianya juga menjadi hidangan mata di antologi ini.
Sekalung tahniah dari kami sekeluarga buat Puan Paridah Ishak dengan penghasilan antologi cerpen ini. Buat kami sekeluarga yang pasti ramai sudah maklum membaca buku begini bagaikan satu terapi minda. Oleh itu walaupun sudah didownload di dalam komputer masih tidak puas andai tidak di cetak. Setelah di cetak jadilah ia sebagai koleksi kami.

~~ Kepada semua teman yang ingin berukhuwah atau mendampinginya sila klik di sini.~~

41 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Tahniah buat Kak Paridah Ishak..
Nak cari juga himpunan cerpen PI ni kakzakie...
Selalu baca di blog kak PI ni ajer..
Boleh sebagai koleksi saya juga..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

tajuk 'meratah seni' itu sungguh unik. teringin saya memilikinya

Kakcik Nur said...

Teruja pula kakcik melihat tajuknya...

Kakcik Nur said...

Teruja pula kakcik melihat tajuknya...

tiga lalat said...

tahniahnyerr., ;p

Zaitun said...

Tahniah PI...Walau diuji tapi terus maju.

Malinda said...

tahniah untuk kak Paridah Ishak atas kelahiran Meratah Seni...saya tumpang bangga...beruntung kak Zakie dapat titipan dari penulisnya sendiri...

babYpose said...

Tahniah kepada Puan PI, dan buat kak zakue pandai review.Tajuknya menarik.

babYpose said...

Sorry Kak Zakie :) typo pulak, luv u :)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tajuknya pun dah menarik.
Boleh nak cari juga macam ni.
Terima kasih kakak.

Lea Ismail said...

Tajuknya sangat2 menarik...

LM said...

Tahniah buat puan paridah.. Moga terus maju.

Saya pun suka baca cerpen kak..

P/s: saya dh jwb komen akk lat entri baru . Hihi dari dia celik mata duk tny nape buang seluar boboiboy apit. Baju dh lusuh di clorox dek sini tu amatlah dia sayang. Nnt blk sek mesti dia tny lg.huwaa

paridah said...

WAH REVIEW YG SANGAT MENARIK NI...TERIMA KASIH BANYAK KAK ZAKIE N KAWAN2 YG MEMBERI UCAP TAHNIAH..KAK NI HANYA MENULIS SEKADAR SUKA2 ISI MASA JER...BUKAN SESIAPAPUN DI BIDANG PENULISAN NI HEH HEH...RAJIN KAKZAKIE PRINT EBOOK TU SEMULA.

Kayu Manis said...

Nti kita terjah..tak pernah lagi baca hasil garapan dia..sekalung tahniah di diucapkan,,

lieyalatif said...

alhamdulillah..tahniah buat penulis...moga karya beliau diterima ramai dan seterusnye suskes dlm bidang yg diceburi...

Inani Hazwani said...

Wahh menarik ni !

nohas said...

tahniah kak PI..sedap tajuknya..

norhidana miswan said...

Menarik nih kak... nk jd kwn jgk lah ngn kak paridah nih... dana pun suke baca novel...

kulit depan nyer cantik... dlm nya jgk lawa

saniah ibrahim said...

Sungguh berbakat...semoga PI akan terus berkarya.

dorsett pink said...

waahhh! hebatla kak paridah.. tahniah kak paridah

seraa rose said...

kagum dngan org yg ada bakat dalam penulisan.. tahniah kak PI..

Puan Wawa said...

Tahniah kak PI..")

Kak Nieyl said...

Alhamdulillah..tahniah... kak PI..

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah tahniah...PC nak pergi ziarah...

Uncle said...

Bukan senang nak menulis/mengarang cerita. Maka oleh itu, saya amat "salute" dengan yang mempunyai cerpen tertera nama sendiri! Well done..

idzwa kamaruddin said...

alhamdulillah..

saya terjah ke sana.

Raihanah Ahmad said...

tahniah kak paridah ishak, awesome!

iryanty ismail said...

tahniah kak paridah....wah cantik bila diprint keluar

Mummydearie said...

Tahniah pada Kak Paridah ni. Semoga sukses selalu. Kakzakie sekeluarga tentu gembira dapat antologi cerpen macam ni. Keluarga kakak rajin membaca!

Fiza Rahman said...

Tahniah kak Paridah. Selalu juga baca blog dia.

aizamia3 said...

Kak Paridah selalu singgah ke blog saya.. Saya pulak yang malu sendiri.

wahida said...

tahniah kak PI...semoga terus berkarya..

Diana Rashid said...

kak PI jual ke atau dia memang bagi percuma kat semua..rasa macam nak jugak..hehehe(muka tak malu)

Qaseh Vee said...

alhamdulillah . PI dah ada koleksi sendiri ...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Rindunya nak baca cerpen dan novel Melayu.

Tahniah buat teman blogger Kak Zakie tu. Moga terus Berjaya.

Bunda_nora said...

Tahniah buat Paridah Ishak... sungguh teruja dengan tajuknyer..

nhhas said...

Fuhhh hebatnya kak paridah ...

LYAfrina said...

tajuk dia amat mdalam..

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...tahniah buat beliau...mmg terbaiklah...

TukangKebun said...

Tahniah kepada penulis.

Mar Mansor said...

hebat sungguh kak Paridah