Tempat: Kilang Bateri (dulu tempat ini adalah kilang pengeluaran bateri tetapi sudah dijadikan seperti shopping mall - tiada pendingin hawa, sekadar kipas angin saja)
Masa: Malam 23-01-2016
Memenuhi sedikit ruang masa bersama anak-anak sebelum salah seorangnya akan pulang ke sarang kuliahnya pada keesokan harinya. Menyusuri malam dengan melangkahkan kaki, mengikutlah mama/papa setiap langkah mereka bertiga. Bila mereka berhenti mama/papa pun turut berhenti. Mereka berbincang sesama mereka apa yang menjadi pilihan tetapi bila mahu membayar dengan senyum-senyum akan bertanya mama/papa juga.
Malam itu masing-masing membeli dua pasang pakaian dan perfume. Orang lain yang mahu menyambut CNY anak-anak mama pula sibuk membeli baju baru. Sebaik puas hati semua konon mahu singgah mengisi perut tetapi baru teringat di dapur mama ada ketam masak lemak cili padi. Tidak jadi singgah makan di luar seperti biasa, jam 11:30 malam mereka makan dan menonotn tv. Mama sudah tidak sanggup mengikut rentak mereka, masuk bilik, cuci mana yang perlu dan tukar baju terus tidur.
~~ Selagi ada ruang masa dengan anak-anak gunakanlah. Tiba masa kita akan ditinggalkan atau kita akan meninggalkan mereka.~~
27 comments:
kak tak makan aiskrim magnum..hehe..
glaner kilang bateri ni kan
Dah jadi shopping mall rupanya kilang bateri ni ye. Sebelum keluar dah masak ketam sedap tu :) bincang adik beradik bila nak bayar apa lagi baru bincang dengan mama papa haha..
saya pun sama kak zakie..pantang nampak ular..laju ja kaki ni melangkah menjauhi..
Kak,,kila bateri ni famous jugalah setelah diubah jadi tempat riadah...kawan kawan PC kata best..hihi...
Wah meriah kak dapat berkumpul 3 beradik tu..
Samalah dengan saya kak, geli weyhhhh tgok ular.
Anak2 saya susah nak bawa berjalan..
sy suka pergi sini Kakzakie.. ni tmpat org2 muda.. hipster katanya.. hehehe
Diana hari tu first time nampak orang minum dari packaging macam ini Kak.
saya pon geli ular dan haiwan yg sebangsa dengan beliau kak...kalau nampak ular walau pon dalam kandang kat zoo...laju2 saya cabut dulu...geli bebeno pastu kembang je tekak saya lepas tu...kalau kat tv cik boss dgn anak2 dah tahu sangat dah...cerita bab ular2 ni memang tak la saya nak tengok...cam best je kak tempat ni dah banyak kali saya baca n3 pasal kilang bateri nanti2 kalau balik kampong nak jugak try jalan2 ke sini...
Saya suka tgk ular tapi yg dlm kandang je sbb tau dia dh jinak, jgn yg merayap kt rumput tu, melompat tak cukup tanah la jawabnya.
Bole sakit lutut jln dgn ank2 ni kan, tapi demi keberadaan bersama mereka digagahkan jua ye kzakie.
Ketam masak lemak cili api dah tentu win anytime, kak. Tapi yer lah, saya pun sekarang dah x mampu nak stay up macam dulu. Cepat aja mengantuk dan penat.
amboiiii ketam masak cili api yang paling win buat air liur tertelan-telan! ;)
Sama la .. otomatik menjauhkan diri bila ada spesis darah sejuk tu meliuk-liuk dibahu penjaganya..
Sama la .. otomatik menjauhkan diri bila ada spesis darah sejuk tu meliuk-liuk dibahu penjaganya..
plastik air tu cute. pandai marketing dia.
saya juga suka shopping masa offer CNY . banyak pilihan blause ...
Ular tengok gambar pun saya geli geleman kakzakie..
Kekadang boleh terbawa dlm mimpi..
Itu lah.. kalau boleh dielakan tengok..
Memang tak nak tengok..
Sedap pulak bila akak sebut ketam masak lemak tu..
Betul tu kak sementara ada waktu kita bersama..
Kita cuba sedaya upaya bersama dgn anak2 ni..
air air dalam gelas besar macam tu memang sedap/. Hehehe
home-cooked ketam masak lemak lagi best..nyum, nyum..
saya pun ular2 ni memang geli-geleman walaupun jinak mcmana pun, tetap seramm..
assalamualaikum kakzakie...betul la kak...dulu kilang bateri skg dah jadi lain...menarik juga la...salah satu tempat yg boleh disinggahi...akak x pi ke kedai mawi ke..ari tu masa mas n family pi mmg ramai sgt org yg singgah ke sini...
over dosed tu pun glemer kat melaka ni kak...amie pun suka.. : )
hihihi....
akak dengan cerita anak2 dah membesar.
saya masih berjuang dengan anak2 baru nak belajar besar.
Belum pernah try air overdose tu. Macam menarik.
Kak Zai pun takut pada semua makhluk reptiles memang panjang langkah Klau jumpa. Ketam gulai lemak sedapnya.
Kak Zai pun takut pada semua makhluk reptiles memang panjang langkah Klau jumpa. Ketam gulai lemak sedapnya.
memang trendy sekarang anak2 muda cual air cam tu kan. jadi faveret betul
Saya ni dah tak muda lagi makanya kuranglah mengikuti citarasa anak-anak muda sekarang. Nampak macam unik aje packaging untuk minuman Overdose tu. Memanglah teroverdose lepas merasanya ek!
Kilang bateri ni sebenarnya jual apa, kak? Macam-macam ada ke kat situ?
Anak-anak jalan window shopping tapi masa nak membayar kenalah ikut rentak kaki makpak. Manalah tahu dengan sekali jelingan manja, ayah terus keluarkan wallet ^_^
hhaha. alhamdulillah remaja2 ni nampak lubuk perniagaan. bagus jugak diorang buat mcm n
Post a Comment