Friday, January 15, 2016

Kisah di suatu petang 14-01-2016

Letihnya apabila di usia kian senja ini diuji dengan kerenah anak-anak remaja jalanan. Mereka kian berani berbuat perkara yang melibatkan nyawa. Vroom-vroom-vroom sana-sini, lipat-silat semua aksi dibuat. Belum dengan bunyi motornya yang menderum-derum sementara menanti lampu hijau. Berdesup sebaik lampu traffic berubah hijau. Semua kereta yang cuba memotong akan dipintas kembali. Sengaja memenuhi ke dua-dua lorong jalan. Bunyi hon-hon kereta tidak dihiraukan langsung. Ngeri aku melihatnya. 

Remaja Cina - Mereka masuk dari arah Taman Johor Jaya ke Taman Mount Austin. Aku bertembung dengan kumpulan dalam 10-15 orang ini bermula dari hadapan Hospital Sultan Ismail sehingga Taman Mount Austin menuju ke Taman Daya. Sesak nafas aku dibuatnya.
Di dalam kotak - Balik kerja masuk rumah terlihat dua kotak besar di atas meja. Hilang rasa sesak di dada dibuat dek remaja jalanan sebelumnya. Dapat lagi.! Selagi projek hubby memasang airconditioner belum siap selagi itulah hubby akan membawa balik hadiah percuma seperti ini. 
Kilat - Kuali ini sebenarnya hadiah kerana membeli airconditioner.
Periuk - Satu ini pula adalah periuk. Size dan jenis yang sama dengan sebelum ini. Unit pertama dapat pun belum digunakan lagi. Aku susun semua kotak letak di atas fridge lagi. Entah bila akan digunakan pun tidak tahu.
Kehidupan wanita tidak dapat dipisahkan dengan dapur dan masakan. Biar tinggi mana pun kedudukan rasa ingin mencuba dan menikmati hasil dari resepi dibuat pasti ada. Peralatan di dapur yang beraneka juga tidak kurang menggamit naluri untuk memilikinya. Biar pun menggunakannya mungkin sebulan sekali tetapi naluri untuk melihat alat itu ada di dapurnya tetap ada.

~~ Rencah kehidupan pasti ada yang membuat kita geram, marah, gembira, ketawa dan sebagainya. Bermain dengan emosi sudah menjadi perkara biasa.~~


42 comments:

babYpose said...

Salam Jumaat Kz, penunggang motor makin tidak mengikut undang, terkejut dibuat mereka, menyelit kiri kanan. Tarik nafas lega, senyum lebar la permaisuri rumah nampak periuk baru hehe

saniahibrahim said...

Kat depan rumah saya ni lagilah kakzakie..tempat mereka berkumpul ditengah malam ...vrom2 menganggu tidur kami

Kakcik Seroja said...

Assalamu'alaikum...Salam Jumaat Zakie...

Kakcik pun banyak barang yang masih dalam bekas. Mudah2an nanti pandailah anak menantu menggunakannya... :)

Aisy Nasiha said...

cakap pasal melibatkan nyawa tu, kes semalam di kajang tu alahai sedih sangat kan.. moga ahli keluarga yang terlibat akan tabah menghadapi dugaan ini dan juga moga kita semua dijauhkan daripda kejadian buruk..

wah, seronokla dapat banyak hadiah berguna mcm tu.. kemian lajulah projek masak nampaknya..

paridah said...

SALAM JUMAAT KAK ZAKIE...MENGUMPUL PERALATAN DAPUR NI MMG MENYUKAKAN HATI APALAGI YG DIPEROLEHI SECARA PERCUMA TAPI SGT BERKUALITI...ADA MASANYA MMG KITA PERLU MENGGUNAKANNYA...LA NI SIMPANLAH DULU DLM KOTAKNYA TU...

Mummydearie said...

Walaupun saya jarang memasak (dulu ^_^), saya suka tengok rancangan masakan. Sebabnya - peralatan memasak chef best-best belaka. Masa tulah tetiba rajin nak memasak (dan juga rajin nak shopping peralatan memasak!)

Untunglah kak macam ni. Kalau saya memang senyum aje memanjang sambil berdoa projek tu lambatlah lagi siapnya. Hahaha!

Unknown said...

cam best je tengok kuali & periuk tu...mood nak masak pun melonjak...hehehe

kakrose said...

bila sedang memandu dan bertembong dengan mat motor ni..rasa nak tercabut jantung melihat aksi mereka.huhu

Unknown said...

Assalam. Syoknya dapat piuk piuk tuu.. saya beli aircond tak dapat apa pon.. hehe

zmarl (ibu) said...

salam jumaat kak..lama tak tinggal komen..hehehe..
wahh banyak collect free gift..tak guna takpe kak..nanti ada kenduri kendara boleh bagi gift kat pengantin plak..jimat dah situ..

raihanah said...

salam jumaat kak. oo beli aircond dpt free gift ek. untung kak

Zaitun said...

Kak Zai pulak hubby yang suka membeli pantang Harvey Norman ada sale adalah barang yang akan dibawanya balik.

Selalu juga bertembung dengan budak2 rempit tak serik2.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Bila akak kata merempit ni.. memang kita akan sesak nafas dada dibuatnya..
Dgn bunyi motor mereka yg menderom tu..
Mengingatkan saya masa balik mengambil anak ..
Kelihatan anak muda ni merempit sesama sendiri...
Sekali tu sampai di simpang 3..
Tengok 2 motor telah tergolek..
Saya tak memandangnya.. takut..
Anak2 yg memberitahu..
Mama geng motor tadi lah ..
Yg seorang dah tak gerak..
2 lagi dah terbaring ditepi jalan tu..
Aduhai anak2 melayu ku..
Rupanya anak satu taman kediaman ..
En suami bagi tahu..
Bila dpt info wasap group taman..
Mujur hanya patah tangan dan kaki..

Best lah kakzakie..
Sebab free..
Bertambah koleksi periuk kuali akak ;)

amirah said...

betul kak...oven yang teringin sgt2 konon termimpi2 tu smp skrng duk dalam kabinet aje..hahaha

PeRdU cINta said...

Bila mereka dah mula tunjuk belang..tak kira di mana pun kak..di lebuhraya..jalan kampung..jalan di taman perumahan...tidak dihirau..lagi ramai orang lagi mereka suka..lebih teruja mungkin sebab boleh menarik perhatian...yang sedihnya mereka tidak pernah risaukan orang lain...

Fiza Rahman said...

Biasalah tu kak. kat mana2 ada jer kumpulan remaja mcm ni. Nyampah jugak. Bawak laju plak tu.

Bertambahlah koleksi brg dapur akak ☺

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Cantik dapat hadiahnya. Betul tu kakak. rencah kehidupan. Macam-macam ada. Sabar aje. Tapi kadang-kadang jika terasa, nak juga 'sembur' sikit-sikit bagi reda. Tengok keadaan juga. ;-)

Kayu Manis said...

Kesian remaja skrg ni byk btul msa kentut kt jlnnn....

Cantik periuk blnga tu...dpt kt nor taulh apa nk di buat..haha

Mar Mansor said...

saya pun sama kak, tiap kali balik kerja terserempak dengan remaja macam ni di kawasan perumahan saya. walhal mereka ni bukan tinggal di kawasan kami. buat willy lah, pres minyak, buat bising. kadang tu rasa nak langgar je sebag geram. istighfar banyak2,,
banyak dapat hadiah kak,,,

Unknown said...

Mat2 moto ni kalau dah ramai2 tu lagi tunjuk hebat...saya kalau ada diorang ni atas jalan laju2 jauhkan diri...kadang2 salah dia pon kite gak yg kene...wah!bestnye kak dpt hadiah piuk kuali sume ni...saya kalau cik boss beli minyak hitam kete pon suke gak sebab mesti ada je hadiah...tapi selalu dapat set sudu garpu dgn set cawan je...jadi le rejeki gak...

Sura Mohd said...

budak2 bawak motor ..memang boleh menyesakkan nafas kita..klu kat tempat sura ni..yg tak de lesen bawak mengalahkan org yg ada lesen..geram je rasa..
Untungnya kakZakie..dapat free semua tu..mahal tu jenama ZEBRA..bestnya..memang boleh senyum sampai ke malam dapat camni..:)

Inani Hazwani said...

Selalu jugak jumpa budak2 yang bawa motor macam dah tak sayang nyawa.

Qaseh Suhaida said...

Sy bila dapat barang baru sgt excited nak memasak tp 2@3 hari aje pastu dah start malas ha haa...

Ibu Lala said...

Perempuan dan periuk belanga x dpt dipisahkan. Nak jugak benda tu ada walau pun x guna

Izwa Kamaruddin said...

betul..jadi perempuan nie..kalau tak pandai masak macam mane pun tetap kene belajar buat atleast basic pun harus lepas.

Aziela said...

Saya pernah report polis pasal bebudak rempit ni kak. Tak lama lepas tu kereta peronda sampai. Baru clear. Baru berani nak keluar kereta. Takut sangat.

Kak Wawa said...

alhamdulillah, untung dapat periuk kuali..:)

wahida said...

ya Allah kak...jeles saya tengok akak dapat banyak hadiah periuk dan kuali tu...
saya paling suka kalau dpt hadiah mcm tu kak...dah dua kali family day hubby saya dapat lucky draw periuk...saya happy sangat...saya lagi suka kalau dapat hadiah macam ni dibandingkan dengan gajet2...tak tahu lah kenapa...mungkin sebab saya suka memasak kot...

JunAina said...

Aina ada dua orang anak lelaki, si abang sudah pandai bawak motor ke sana-sini. Setiap kali balik kerja dan ternampak kemalangan terus ingatkan anak, hati berdebar-debar sehinggalah nampak dia kat rumah baru lega. Anak-anak di rumah mampu kita kawal kak bila diluar bersama kawan-kawan mereka mula cabar mencabar dan paling ditakuti malang tu tak berbau.

Naluri wanita kan kak...kalau dapat biar penuh dapur denga periuk belanga walaupun sesekali je guna.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam kak zakie..mmg bahaya klu bdk2 remaja bawak motor...tp klu time diaorg dgn kwn2 mmg berlagak sungguh bwk motor nih!
Suka brlumba2 sesama sendiri...

OKje said...

Pernah jugak terserempak dengan budak budak cenggini kanda. Kita yg tengok ni, jadi naik seram kan. Mereka rilex jer.

Wah bestnya dapat gift kanda....berbaloi tu.

OKje said...

Pernah jugak terserempak dengan budak budak cenggini kanda. Kita yg tengok ni, jadi naik seram kan. Mereka rilex jer.

Wah bestnya dapat gift kanda....berbaloi tu.

Azian Elias said...

bestnya kak..

hantar ke Shah Alam sikit.

Cik Ai said...

Amboi...sambil menyelam minum air lah kiranya ni kan,alhamdulillah dpt periuk lg bertambah rajin lah akak ke dapur,semangat gitew :)
Nti masak lah utk Ai sekali kak..bole juga rs2.hihihi anyway slmat tahun baru kak,moga trs bahagia dan berjaya.AAmiin :)

Qaseh Vee said...

syukur tu dpt periuk dan pan . org lain kena beli ... heheheee ... selalunya remaja melayu yg buat lagu tu . sabar je lah .

Angah said...

remaja sekarang, di jalanraya, di dalam lif, di depan rumah orang...selalu berbuat perkara yang boleh memarakkan kemarahan.. tapi tak semuala kan..ada juga yang masih berrsopan santun

Umialya said...

Ishhhhhhhhhhhh bahaya betul aksi mereka, kita pula yang sesak nafas..

banyaknya akak dapat periuk..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

memang geram kalau jumpa mat2 rempit ni kakzakie, sume bangsa ada group rempit. Kalau kawasan tempat Kakzakie kerja tu mmg kawasan mat rempit chinese kan.. huhu.

sy kat umah byk periuk tapi ada dua tiga biji jer yg suka dipakai. kadang dah siap masak, pindah lauk dalam mangkuk dan basuh untuk pakai semula, hihi.

Normala Saad said...

Kat perumahan saya selalu budak2 merempit di lorong belakang sampai ada yang accident depan mata..takut tengok...

adarnadzmie said...

saya pun risau kak tgk trend anak2 muda sekarang menonggang motor... berlumba-lumba sesama mereka... kita risau kan keselamatan mereka...

wahhh...dpt kuali dan periuk baru... pembakar semangat akak nak memasak lagi nih...hahaaa

Aryan azra said...

Alhamdulillah rezeki

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...cantik periuk2 tu kak...seronoklah memasak nanti...