Thursday, January 21, 2016

Sandaran kehidupan

Barangsiapa yang bertaqwa pasti Allah memberikannya jalan keluar. Bersandarlah dalam apa pun juga hal kepadaNya. Jangan bersandar selain daripada Allah.  

Daripada google - Terima kasih kepada yang memuat-turun 

Walau merasa diri bijak-pandai, sihat-afiat, berharta-mewah semua tidak mampu kita miliki andai tidak ada izinNya. Usah juga sesekali bersandar hanya kepada doa/ayat tanpa usaha dilakukan. Pantau usaha dengan doa tidak menjadi kesalahan. Mencari dan menggali semampu boleh. Rasulullah juga berusaha tanpa mengenal erti putus asa dan lelah. Baginda tidak pernah terus-terusan memohon kepada Allah walhal baginda boleh meminta apa saja dariNya. Malunya kita kerana dengan iman yang sedikit tapi memohon berbukit-bukit. 

Namun ingatan buat kita bahawa Allah lebih suka kepada hambaNya yang meminta-minta kepadanNya kerana bila seseorang hamba itu meminta/bermunajat jelas sandaran hanya kepadanya yang wahid/satu. Itulah dikatakan iman di dalam diri. Itu lebih baik. Renungkan.

~~ Bersandar kepada doa tidak sama dengan menyerahkan segalanya kepada doa. ~~


38 comments:

saniahibrahim said...

Assalam...selamat pagi kakzakie.
Tazkirah yang menyejukkan hati membacanya.

babYpose said...

Assalamualaikum KZ, berdasarkan berdoa itu dengan harapan Allah memberi jalan yang betul cara yang betul kan..dari itu berusahakan..inshaAllah. ikhtiar pun mesti dalam hati mesti doa Allah mempermudahkan, kadang tu doakan selesaikan terus. Patuh yang disuruh Nys tu utamakan.panjang pula komen

babYpose said...

Nya:)

Kakcik Seroja said...

Usaha dan diikuti doa...

Atau

Berdoa dan teruskan usaha...:)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Betul tu kakzakie..

Berusaha.. berdoa .. bertawakalah kepada Allah..
Berdoa dan bertawakal jer tak boleh kalau tidak disertai dengan usaha kan kak..

paridah said...

BERDOA SEIRING DGN USAHA INSYA-ALLAH JAYA...YAKIN DGN KETENTUAN-NYA

PeRdU cINta said...

Usaha dulu.....doa bersungguh kemudian bertawakkal...atau doa dulu kemudian usaha betul betul dan tutup dengan bertawakkal....persamaannya penghujungnya ada tawakkal...serah semua pada Allah...

lieyalatif said...

mudah-mudahan kite menjadi umatNYA yg takpenah lalai utk bermohon, berdoa dan bertawakal padaNYA kak.....amin

adarnadzmie said...

semoga doa2 kita dimakbulkan Allah...Aaminn....

zmarl (ibu) said...

insya'allah kak..

OKje said...

Betul tu kanda.....doa dan usaha kena seiring. Jangan pernah putus asa untuk terus berdoa walaupun doa kita belum dimakbulkann

OKje said...

Betul tu kanda.....doa dan usaha kena seiring. Jangan pernah putus asa untuk terus berdoa walaupun doa kita belum dimakbulkann

εïзmmyHazaεïз said...

Betul kan kak... Doa & usaha

Ujie Othman said...

insya Allah kak zakie, peringatan utk saya. Jgn dok doa je, tanpa usaha.

Suria Amanda said...

Doa dan usaha perlu seiring kan kak...thanks for sharing

Unknown said...

betul kak zakie..

hidup hanya perlu bersandarkan pada Allah..sebab semuanya bergantung pada Allah..Dia yang izinkan ape2 berlaku pon..huhu..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hanya pada-Mu aku meminta...
sesungguhnya kau pemurah..

Yana Yani said...

terima kasih atas peringatan ni kak zakie
betullah akak cakap tu, doa dah usaha perlu seiring

KyotoBandit said...

Insya allah.Amin!

Fiza Rahman said...

Mekasih atas perkongsian dan peringatan kak.

Malinda said...

mudah mudahan begitu la hendaknye kak....perkongsian yg baik buat peringatan untuk saya dan kawan2 lain

monalea said...

Kena usaha bersama dengan doa. ..Terima kasih kak atas perkongsian ini

Kayu Manis said...

Ye setuju kak,kena doa usaha lps tu tawakal..

Nieyla Nadia said...

Berusaha bersungguh² kemudian baru la kita berdoa dan berserah.. :)

Zaitun said...

Kongsi peringatan terima kasih kakzakie.Berusaha dan berdoalah pada yang Satu.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Perkongsian yang berguna. Semoga kita semua sentiasa berharap kepada Allah SWT sahaja di samping berusaha.

Unknown said...

Assalam Kakzakie.. Terimakasih ingatkan saya.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Kak Zakie....pengkongsiaan dipg khamis yg menyentuh hati

raihanah said...

thanks kakzakie peringatan

Qaseh Suhaida said...

Doa dan tawakal....

JunAina said...

Petik kata-kata seorang ustaz mintaklah sebesar-besarnya dari Allah kerna sebesar-besarnya bagi kita hanya kecil bagi Allah.

Sehari dua ini syarikat tempat Aina bekerja sedang huru-hara sebab harga minyak yg semakin turun. Masing-masing panik takut kena buang kerja. Sebagai manusia biasa tetap ada keluh kesah walaupun penggantungan itu di serahkan kepada Allah...

ini kisahnya said...

insyaallah.. thanks perkongsiannya..

insan marhaen said...

aku selalu terlupa. dari muda hingga tua ginipun masih hambat dunia...uhh..

Ann Ishak said...

inshaAllah...terima kasih kakak, entry ini memberi keceriaan dalam hidup saya

Unknown said...

Assalam kak Zakie. Terima kasih atas perkongsian ini, usaha dan doa perlu seiring, selebihnya tawakal kan kak...

Unknown said...

Assalamualaikum dan salam jumaat kakzakie, terimakasih jugak ingtkan kaknoor yg selalu alpa ini

Mummydearie said...

Kita kena berusaha tapi pada masa yang sama tak putus-putus berdoa pada Allah semoga usaha yang kita lakukan itu tidak sia-sia dan akan mendatangkan hasil yang sepatutnya. Pendekata, usaha dengan doa pada yang Esa ni mestilah seiringan. Jangan pernah rasa putus asa walaupun hasilnya masih tak dapat dilihat.

Nora Karim said...

Terima kasih atas ingatan ini..