Friday, February 19, 2016

Sesal kemudian tidak berguna

Pasangan yang brutal. Ganas. Garang.  Bila semua itu ada di dalam diri masing-masing, penyesalan pasti menjadi berganda-ganda apabila salah satunya pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya. Setiap kali terjadi pertelingkahan bukan saja jiran turut takut sehingga menutup pintu, tetapi polis pun sudah letih mahu melayannya. Siapa menduga apabila tiba-tiba Allah perintahkah Izrael mencabut nyawa salah satunya. Innalillah. Kami jiran-jiran semua terpempan. Masih terlalu muda bagi pasangan ini yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 2 tahun dan pagi itu sah anak tersebut menjadi yatim. Isteri terkedu. Hilang semua brutal, ganas dan garang yang selama ini bersarang. Airmata yang luruh membuat kami jiran-jiran turut sama bersedih. 

Kunfayakun Allah tidak siapa mampu membendung. Bayangkan baru beberapa jam bertelingkah hingga cebisan-cebisan tilam yang dicincang masih belum berkemas salah satunya sudah pergi buat selama-lamanya. Tidak perlu lagi lari meninggalkan rumah seperti selalu dengan berkaki ayam tanda protes dari apa yang terjadi. Kini ternyata Allah mahu melihat betapa tidak berkuasanya kita sebagai hamba. Mati tidak perlu dibunuh atau diterajang. Mati itu milik Allah. Sihat-segar-bugar kalau Izrael sudah mendapat perintah maka tercabutlah nyawa.

Lebih sadis apabila berlaku perebutan jenazah pula. Biar sewaktu hidup sering bertelingkah tetapi apabila pasangan sudah terbujur kaku tetap mahu pasangan dikebumikan di tempat berhampiran dengan rumahnya. Namun keluarga si mati berkeras mahu membawanya pulang ke tanah tumpah darahnya memandangkan si isteri juga bukan warga Malaysia. Aku sebagai jiran sebaik mendapat berita kematian terus tutup komputer balik untuk tujuan ziarah. Namun sebaik tiba di rumahnya, kosong tidak ada satu pun manusia. Setelah diberitahu salah satu kakak jiran tahulah jenazah terus dibawa ke lapanganterbang dan dibawa balik ke tanah tumpah darahnya atas arahan keluarga. Si isteri yang tidak mampu apa-apa akur turut terbang ke sana.

Pengajaran sebagai pasangan suami-isteri, bertolak-ansurlah dalam apa pun juga hal. Tidak ada gunanya penyesalan bila begini jadinya. Sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari tergigit lidah tetapi ingatlah besar mana pun silap cuba cari kelebihan yang ada bukan mencari kekurangan. Kullunafsin zaa iqotulmaut. Setiap yang hidup pasti merasai mati. Jadi jangan beranggapan kita dan pasangan kita yang sihat ini pasti akan hidup lama. Mati tidak semestinya dek kerana tua atau sakit.

~~ Hidup di dunia ini sementara saja. ~~



40 comments:

Khairul Bariah said...

terima kasih kak, saya ambil ini sebagai pengajaran pada diri saya.

babYpose said...

Ya Allah jiran yang mengalaminya, bukan dalam news ke apa kan.. kadang terjadi sekelip mata, berbanyak bersabarkan bersuami isteri ni kan, bila berlaku tiba-tiba dah terlambat. Nauzubila..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Allahu Akhbar..
Terkedu saya membaca entri akak ni..
Adakah suaminya meninggal ketika sedang bergaduh kak..
Aduhai .. bila kesabaran dan iman semakin kurang kan..
Kesian pada anak2 yg tiada tahu apa itu..
Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi..
Dan buat pasangan memperolehi pengajaran dari perkara ini..

Benar kak ajal tidak menunggu tua dan sakit...
Sihat pun jika hendak dijemput dan sampai masanya..
Pergi jua kita ini..

HeNRieTTa JoSe said...

sedeynye....btul...kdg kdg orang xsedar ttg keberuntungan memiliki seseorang, tapi penyesalan sebegini sudah terlewat....

monalea said...

dalam kehidupan berkeluarga tolak ansur tu penting. terima kasih kak atas perkongsian ini. Sebagai pengajaran untuk kami...

Izwa Kamaruddin said...

Allahurabbi! terkedu saya kak baca..

Paling saya takut ialah mati sebelum saya sempat minta ampun maaf pada Eady!
Semoga urusan mereka dipermudahkan.

Nieyla Nadia said...

Terima kasih akak...
memceritakan kisah ini dan banyak pengajaran yg nieyl dapat...

saniahibrahim said...

Betul2 menjadi pengajaran pada peristiwa ini kan kakzakie..alangkah sesal nya seumur hidup bila pasangan telah tiada setelah pertelingkahan camtu.Sebenarnya tahun2 awal perkahwinan ni memang perlu kesabaran sebab baru saling mengetahui sikap sebenar masing2.

Unknown said...

bila marah sampai hilang kewarasan inilah akibatnya..
nak menyesal pon dah tak berguna lagi..

Zul fattah said...

salam. benar kak. pasangan kena sentiasa bertolak ansur dlm setiap perhubungan. dulu abg sy dgn bekas kak ipar pun macam ni la, bergaduh je keje. masing2 keras kpala. sampai bercerai berai.. sekarang masing2 buat haluan masing2, yg susah anak2 r.

Lydia Miza said...

Ajal maut datang tanpa tertangguh walau sesaat pun.

Hebatnya gaduh smpi kerat2 tilam? Mati sbb sakit jantung ke atau pergelutan kak?

norhidana said...

huhuhu terkedu kak.... dana brutal jgk tp takat bebel je biasa lah kt edy ngn aiyan tak penah lah sampai nk cincang tilam bagai huhuhu...

yelah... bila yg kita marah kita hamun dh takde, nk minta maaf pun tak blh

Puan Kutu said...

Innalillah..kisah yg sgt terkesan dihati..begitulah kehidupan...waktu ada tak dihargai..dah kehilangan penyesalan pun dh tak berguna..tq kak zakie atas ingatannya.tolak ansur tu memang tunjang utama dalam rumahtangga

Malinda said...

Allahuakbar takut saya dengo kisah mereka ni...inshaa Allah akan ambil sebagai pengajaran...

Sura Mohd said...

Assalamualaikum KakZakie..cerita yg penuh pengajaran..amik ikhtibar buat kita semua..bg sura, sebagai pasangan..kita jgn terfikir untuk meninggalkan pasangan kita..walau apa jua dugaan..kerana suatu hari pasti kita atau dia akan pergi jua..:(

amirah said...

Allahu Akhbar...pengajaran tuk kita ni..kalau mati tak kenal masa

paridah said...

SECEBIS KISAH KEHIDUPAN DI SUATU SISI YANG LANGSUNG KITA TIDAK JANGKA AKAN BERLAKU...KEHENDAK ALLAH SEGALANYA N PERLU DJADIKAN IKTIBAR...INNALILLAH SALAM TAKZIAH KPD STERI/KELUARGA ARWAH.

PeRdU cINta said...

Sakit...tua...bukan faktor utama ajal...kerana nyawa Allah punya...

Unknown said...

Izin nyimak gan? Salam kenal, semoga sukses AMIIIN!!!

Aryan azra said...

banyak pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini, sepatutnya kita lebih bersabar dalm menghadapi apa jua kan.

sedih membaca kisah ini, kalau saya tentu menyesal sangat

Kayu Manis said...

Oh kak nor bca mcm harian metro plk...berita pnssss bak goreng pisang pnssss..

Dunya..dunya...iktibar

Fiza Rahman said...

Sedihnya... Kalau dah ajal kan. Peringatan dan pengajaran buat kita.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Mungkin ada hikmah disebalik semua perkara ni. Sekarang ni kejiranan kakak kembali tenang tanpa kedengaran pergaduhan lagi.

Nieda Ramly said...

macam cerita surat khabar pula...semoag boleh dijadikan pengajaran

OKje said...

Mati mengejut ke kanda?
Adat berumahtangga, mestilah ada perselisihan, tp bila masing masing tak dpt mengawal emosi, gitulah jadinya.
Mesti ada sedikit terkilan kat hati isteri tu kan kanda...

seri said...

mane lebih senang anak2 dtg tu pun ok...
tp kalo makmentua yg nak...ikutkan je


hihi menyibuk plak

insan marhaen said...

suami perlu banyak bertolak ansur sebenarnya...

QasehnyaRania said...

innalillah.
kita semua diuji.
semoga kisah ini mjdi pengajaran buat kite.

Lya Amie said...

Sesungguhnya kepada Dia juga tempat kembali.

Nor Azimah Ali said...

Pasangan warga asing ye kzakie?
Itu yg pasangan suami/ isteri..
Yg tak kawen mggugurkan anak pun bersepah..
Oh tanah air ku..
Inilah jadinya bila Allah diketepikan..
Allah berlepas tangan..

aizamia3 said...

Jadikan iktibar dalam kehidupan kita.

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak zakie.... Memang sedih apabila tragedi sedemikian berlaku. Suami isteri harus saling memahami dan penuh pengertian. Apa ertinya cinta dan perkahwinan jika sudah tidak seiya sekata, tidak senada dan sejiwa. semua atas rasa kasih sayang dan tanggungjawab, pasti bahagia akan kekal selamanya. Didoakan akak sekeluarga sihat. Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

Normala Saad said...


Selalu fikir begitu kalau gaduh dgn suami dulu2..takut apa2 jadi menyesal pula...sebab tu tak berani marah lama2..

Azian Elias said...

YA ALLAHH.. sedihnya.. penyesalan tiada guna lagi..

dwatyKNY said...

Tamparan hebat buat si isteri... pengajaran buat kita... kunyafakun... maka jadilah...

Inani Hazwani said...

Allahuakbar.

Julia Johari said...

Bila baca cerita kisah benar...teringat kisah benar lain yang di lalui...cuma jalan cerita sahaja yg lain...risau bila Allah tarik nyawa ni tak sempat minta maaf, seksaan didalam kubur lagi maha dahsyat...Allahukakbar.

Cik Lily Putih said...

dua-dua nak tunjuk ego so jadilah cam tu kan.. ya allah.. tolak ansur tu penting

raihanah said...

thanks kakzakie. banyak pengajarannya

Mummydearie said...

Saya pernah menyaksikan sendiri kes seperti ini, kak. Semasa hidup, bergaduh sahaja waima demi sebab yang kecil. Bila salah seorang pergi menghadap Ilahi, masa itulah si isteri yang ditinggalkan nak melalak meraung, nak berebut-rebut dengan keluarga suami di mana seharusnya jenazah dikebumikan. Sampai sanggup berjanji berkerat jarilah merayu jenazah suaminya ditempatkan di kawasan perkuburan berhampiran supaya senang dia nak melawat selalu. Padahal, tak pernah sekali pun dia pergi melawat kubur suaminya. Berebutkan harta peninggalan adalah!