Rutin mengejut pagi bermula lagi bila cuti sekolah bermula. Masing-masing menanti mama mengetuk pintu, usap kepala/muka baru bangun. Sudah berkali-kali diingatkan tidur selepas solat subuh menjauhkan rezeki tetapi tidak dapat masuk di minda masing-masing. Berbeza sungguh zaman aku adik-beradik dulu.
Kucing-kucing-kucing. Tidak sudah-sudah menjenguk anak-anak kucing di luar. Boleh pula semuanya membahasakan diri kakak pada si anak-anak kucing itu. Letih melayan kucing, melekat melihat pc. Tahu-tahu saja bersuara pada papa mahu membeli itu-ini. Sehinggakan baju tidur pun mahu dibeli online.
Mama yang sedang mahu terlelap pun tidak senang apabila kedua-duanya datang menunjukkan salah satu instagram yang menjual barang online. Mereka berbincang berdua di depan mama yang sedang sayup-sayup mahu berlayar menganyam mimpi. Bila mama geram mama cabut cermin mata kedua mereka. Gelak-gelak keduanya berlari keluar bilik meninggalkan mama. Datang lagi "Mama tahu kan tengok muka mama pun dapat pahala". Malas melayan aku biarkan saja mereka merenung muka mamanya yang mahu terlena. Masing-masing sudah remaja tetapi kerenah macam budak-budak belum baligh.
Chicken - Ahad semalam kami pergi berbelanja dapur. Singgah sini. Lupa apa nama resepi ini tetapi yg pasti ini juga mereka makan berdua. |
Salad - Ini mama punya sebab sebenarnya singgah untuk minum saja tapi terpesan ini pula |
Kek - Niat asal untuk makan ini saja sebelum terjebak makan dua gambar yang di atas |
Anak dara mama - Inilah mereka yang kini sedang bergembira dek cuti sekolah minggu ini. |
Bila sesekali bertemu banyak yang mahu diceritakan. Sehingga aku lihat jam 12 malam masih bersembang sambil tv masih memancarkan siaran. Buat kerja sekolah pun satu meja tetapi sesekali aku dengar banyak bersembang dari membuat kerja sekolah. Sesekali mama jenguk masing-masing sengih.
~~ Ikatan kasih-sayang adik-beradik eratnya tidak sama dengan sahabat. ~~
38 comments:
masa cuti sekolahlah mereka nak tidor lewat kan kak. comel2 anak akak..
Haha aunty pun dapat idea nak beli baju tido online gak bila baca ni hehe . cantik anak-anak kak zakie. Suka mereka layan kucing ada la pengganti bagi yang tidak gemarkan :) bila duduk apalagi kz order ja kan.. salad kadang dihidang lebih sedap dari menyediakan hehe..
Ha ah la kak..azhan blik masjid mengaji kjp pastu di bntainya tidur...lps tu kjut lgi..asyik mgejutkn org jerlh kerjanya..mmd lps subuh tk tidur,dia bca komik..tekun btul..suruh hafaz mngantuk plkk nasib kecik lgi..tak mau memaksa sgt..iman plk sekolh ada kls tmbhan...
Ginilh suri tk hbis2 urusan
Ye lah kakzakie..
Masa cuti sekolah ni lah mereka adik beradik bersembang..
Hendaknya kak nabilah yg tinggal dimadrasah..
Banyak yg dibualnya dan diceritakan..
Malam sabtu tu hari..
Hampir pukul 12 malam baru mereka tido..
Memang kerja sekolah buat satu muka surat..
Sembang dan gelak ketawa yg lebih budak bertiga tu..
Sedap pula tengok kek tu..
Teringat pula pagi tadi nak pergi kerja..
Najeeha siap2 nak siap bekal air mamanya..
Lepas tu baru teringat mama nya puasa..
Harap mereka bertiga dirumah tu dilindungi Allah jua..
dah siap masak lauk pauk utk mereka utk sarapan dan lunch..
Permintaan Nabil malam tadi nak nasi lemak..
Pagi2 mamanya sudah memasak :)
anak2 moden kak zakie...semua nak beli online...
anak2 manja mamanya...sampai ke tua la manja nya..
amboi menyelerakan...
Singgah pagi...
seronoknya dgr cerita akk pagi nie...
dku masa nieyl zaman sekolah,teringin sangat tau nak ada adik perempuan yg x jauh beza dgn umur nieyl..kita boleh bersembang,bershopping,berjalan sama²... Tapi Allah kurniakan adik lelaki pada nieyl... memang tak pernah bersependapat pun sejak kecil sampai zaman persekolahan. Asyik nak bergaduh je..hihi.. Skrg nie masing² dah dewasa,boleh ngam dahhh :)
alhamdulillah..seronok nyer tgk mereka bebaik macam tu kak..melekat rapat je sama mereka.
bila cuti sekolah memang makanan banyak, sebab anak2 ada kat rumah. minta makan macam2. alhamdulillah itulah kebahagian kita ibu bapa
Seronok melihat anak-anak membesar dengan gembira dan sentiasa berkasih-sayang sesama mereka... :)
tak complete lagi tu kak..mana kak meen?
anak anak memang tunggu sangat kak saat cuti sekolah..cam anak akak dah besar lain caranya..yang kekecik cam anak zee plak lain caranya..huhuu tak bertengkar, meraung memang tak sah!
sama mcm gelagat anak2 dara saya
yg sikakak dok bersilat didapur hingga jam 3 pg
yg siadik menemani sambil menyiapkan kerja sekolah..
Anak2 dara saya kalau cuti saing camtu lah gelagat dorang ,bersembang lah ntah apa2 lagi sampai tengahmlm...
Yang lelaki ni pulak cuti sekolah mulalah xtvti main bola dlm rumah...sakit tekak je marah2'kat dorang buat juga...
Anak anak dara kakzakie yg cantik jelita ni...bhgia sekali kan dapat bersama nak2 di musim cuti persekolahan ni..marah2 syg dlm gurau senda.
Seronok adik beradik dapat berjumpa dan bercerita tu,pandai mereka mengambil hati, tengok muka mama pun dapat pahala, sejuk hati mendengarnya.
Wah sedap tengok salad tu kak,kek tu pun dah lama tak makan.
Biarlah kak..asalkan mereka bahagia berada di rumah..semua di depan mata..
Buatlah apa jua..nampak di mata kita
Biarlah kak..asalkan mereka bahagia berada di rumah..semua di depan mata..
Buatlah apa jua..nampak di mata kita
as-salam kakak
sedapnya..
alahai suwit sangat bila ade saudara perempuan.boleh duduk bersembang. saya perempuan tunggal. so, agak bosan. kalau bsembang pon dgn mak j la...
pandai kan anak2 ambil hati mama mereka.. hihihi
bila cuti skolah, mcm mcm aktiviti nak buat.. hee
lama tak baca kisah adik... yang selalu buat saya ter senyum ...
hihihi...
apa aktiviti cuti sekolah kak?
salam kz ..
masa ni la nak tengok dan layan anak2 tu mencari kita ..
masa umur2 ni semua masih merujuk kt ibu bapa dalam mengharapkan sesuatu..
bila umor meningkat lg nanti , mungkin dah kurang dia share dgn kita ..
sbb dah makin ramai kawan utk mereka berkongsi minat.
iki dino besday hero ku ..
delok meneh arek raiekay besday nay ..
kebetulan cuti sekolah
Salam cuti kzakie, he he,wah..seronok melayan kerenah anak dara berdua ye.
Saya tkde plan kemana2 pun, zaman gawat ni semuanys nk dijimatkan.
Salam cuti kzakie, he he,wah..seronok melayan kerenah anak dara berdua ye.
Saya tkde plan kemana2 pun, zaman gawat ni semuanys nk dijimatkan.
Cuti sekolah peluang mereka nak habiskan masa bersama kak...hihi...moga kemesraan ini terus kekal walau masing2 sudah berkeluarga kelak..
cuti sekolah, cuti bersama anak-anak...masa ni la kena gunakan masa dengan sebaiknya..moga ank2 akak berjaya dunia kahirat..aminn...
Anak2 dah dewasa lain cabarannya, anak kecil2 ni pun lain dugaannya buat ibu bapa...sentiasa berdoa dan berharap agar diberi kekuatan untuk terus mendidik mereka walapun kadang2 terasa sukarnya tugas tu, teringat zaman dilema antara memilih kerjaya di Sirim dengan kerjaya guru dulu2... kalaulah di Sirim, tentu x sesukar sekarang berdepan dengan anak2 di sekolah dan di rumah... betulke .. atau karenah anak2 ni hiburan buat ibu bapa..
Cuti2 camni pepaham jelah kak sume pon cam lembab je...selalu kalau skolah semua nak buat laju2 takut terlambat...kikiki..taman perumahan belakang rumah saya ni time cuti2 skolah camni anak2 bermain sampai lewat malam...riuh rendah suara mereka...
best jer tgk2 anak2 mesra gelak tawa bersama2... anak2 dah besar mudah untuk bergurau senda... semoga anak2 saya begitu juga bila sudah besar nnt... skrg ni masih kecil lagi berjumpa jer gaduh2 manja kak...hehee
selamat bercuti utk anak2 kakzakie
disini belum bermula 1 minggu lagi baru lah cuti sek, comey anak kakzakie mesti ikut mummy ni kan
mudah saja kan sekarang..shopping online..tapi norh sekali pun belum cuba..tak puas kalau tak tengok depan mata..hehhe
Meriahlah rumah cuti sekolah ni :)
Assalamualaikum kak,
Hmm, cuti sekolah pun dah bermula..tentu seronok akak melayan anak-anak bercuti. Anak-anak saya pun semuanya dah balik dari asrama. Seronok, riuh-rendah rumah, terutama 'si kecil Haikal yang istimewa' tu... Anak-anak dah mula bertanya nak jalan-jalan ke mana cuti ni...aduii, heheh..
agaknya begitulah dulu suara hati mak kita melihat kita semasa kita masih di usia mereka...
hehehehe masa cuti ni lah mereka nk bermanja kak... layan kan jelah
mereka nk adik lg tp tak boleh jd bahasakan kucing adik pun jadi la
Assalamualaikum kak zakie..
Saya pun mengalami sindrom mengejut cuti sklh.. Kena bgn seawal 4 pagi sediakan breakfast dan masak lunch sekali sbb anak tinggal kat rmh.. Itulah pengorbanan..
taim cuti sekolah ni le nak berborak memacam kak.... adeh sedapnye makanan tu suma
Teringat masa zaman skolah. Waktu cuti je kami mesti jadi baby sitter anak2 makcik hehehe. Seronok. Upahnya dapat la kelengkapan barangan skolah.
Alamak kek tu sedapnyaa. Baru je makan haritu. paling cuka chocolate brulee tu hehehe
assalamualaikum kakzakie...seronok kalau anak2 ada di masa cuti sekolah inikan...tengok muka mereka pun dah terasa gembira di hati..:)
Dekat Resepi Rahsia ke tu?
Teringin pula nak makan kek.
Post a Comment