Thursday, March 17, 2016

Kos sara hidup

Oleh kerana mata asyik terpaku dengan produk-produk online akhirnya papa bersuara menasihati anak-anak. Walaupun murah seandainya ia bukanlah satu keperluan tidak perlulah membeli. Jangan bila melihat cantik dan murah terus saja pergi bank masukkan duit dan menanti barang tiba di depan pintu pagar. Anak-anak memang setiap bulan bagaikan ada gaji dari kami mama/papa sebagai simpanan dan kegunaan mereka. 

Ada kebimbangan buat kami mama/papa mereka sebab kos sara hidup semakin meningkat dari hari ke sehari. Jika sekarang pun kita sudah dapat merasakan apa lagi masa akan datang. Papa memberi contoh kepada salah seorang yang menyewa rumah kami. Bekerja sebagai kakitangan awam yang baru mempunyai seorang anak bayi tetapi tiga bulan sudah sewa tertunggak tidak berbayar. Prinsip kami tidak akan bertanya sebab masalah mereka kita tidak tahu. Tetapi mungkin dia berasa malu akhirnya keluar dengan baik. Bila keluar hanya perlu membayar sebulan kerana ada duit deposit sebelum masuk dulu. Membayangkan bila jika mereka punya anak dua-tiga dan sudah bersekolah kelak pasti lagi sempit.

Bagaimanapun perit kelangsungan hidup perlu dijalani. Melihat balu yang ditinggal suami bekerja siang-malam juga membuka mata. Anak dititipkan jiran untuk menjaga sehingga malam. Tidak kurang pula ada yang hidup mewah dek kerana bekerja di seberang tambak. Bekerja seminggu empat hari tetapi mampu menjana pendapatan bagaikan gaji seorang pengarah urusan di JB. Dia juga menyewa rumah kami yang harganya dua kali ganda dari harga yang tertunggak hingga 3 bulan tidak jadi masalah buat pasangan ini.
Adik beradik - Lain kisah kittens adik ini. Ibu kittens ini sebulan untuk makanannya saja RM69.90/- satu bag. Bila anak-anak ini sudah mula makan pasti berganda keperluannya. Itu bukan masalah dia tapi jadi tanggungan kita sebagai manusia.

4 ekor - Berdua wrestling satu lawan satu. Kak Meen dan adik siap divideokan pergerakan kittens ini semua. Dari melompat keluar bakul sehinggalah mereka bergumpal sesama mereka untuk bermain semuanya dirakam.

Penat - Makan-menyusu-main tidak berhenti, bila letih masuk bakul tidur. Senang jadi kitten org sayang, masalah tidak ada. Kalau mati pun tidak ada dakwa-dakwi.
~~Semakin jelas di mata kita sekarang mereka yang hidup susah kian perit tetapi yang hidup senang terus senang.~~ 

43 comments:

Sally Samsaiman said...

Sbnrnya mmg terasa sgt kak...Sally yg single ni pun, bila bekerja menyara ibu dan abg mmg rasa sesak nafas...hmmm...tambahan ada kucing di rumah..kalau akak RM69.90 sebulan...Sally kena kali 3...huhuhu...sebab bulanan kena beli hampir 24kg utk mknn kucing shj :)

Qhaifa Nur said...

Betul kak zakie..kini baru betul2 terasa keperitan hidup..nilai duit dh x sma mcm dulu..bisnes online ni bak cendawan tumbuh..smua nk cari income lebih..

Comelnya ank kucing tu..indah hidupnya x perlu fikir apa2..

monalea said...

Terasa sangat dah sekarang kak. Kita pandai menyimpan. Pentingkan dulu keperluan dari kehendak.

saniahibrahim said...

Kehidupan kami sekeluarga juga agak terjejas dgn keadaan ekonomi skg ni kak zakie,apatah lagi abang kerja sorang dengan anak 5 yg masih belajar.Tapi Alhamdulillah anak2 faham ,yg duk u,bila dpt biasiswa saling membantu utk meringankan beban ayah.
Comel nya anak2 kucing tu kakzakie...geram tengok

zmarl (ibu) said...

makin lama makin meningkat kos..
yang mana boleh berjimat cuba berjimat kak..
kita rasa kita susah tapi orang lain? ada yang lagi susah..

Nor Azimah Ali said...

Semakin menggigit..
Semua terjejas.
Merungut pun tak guna kzakie, terima dgn redha di samping terus berusaha, yang tak menjadi keperluan tak perlu beli. Itu bagi saya.

Nor Azimah Ali said...

Semakin menggigit..
Semua terjejas.
Merungut pun tak guna kzakie, terima dgn redha di samping terus berusaha, yang tak menjadi keperluan tak perlu beli. Itu bagi saya.

Malinda said...

gitu la kak sekarang keadaan ekonomi betol2 menghimpit...saya kadang2 mengeluh jugak...tapi selalu tersedar dan cepat2 bersyukur dgn rezeki yg tak pernah berhenti untuk kami sekeluarga...cuma terkesan kalau memikirkan banyak keluarga lain yg lebih susah dan terhimpit...sampai baru2 ni heboh kisah seorang lelaki yg terpaksa mencuri di pasaraya semata2 kerana anak2 nya kelaparan di rumah sedangkan dia langsung tiada wang dan isteri pulak berada di hospital kerana keguguran... :'(

cahayahidupku.blogspot.my said...

Memang kakzakie..
Semakin terasa perit hidup dgn kos hidup semakin meningkat..
Kena beli yg perlu ajer..
Betul dah didikan papa tu.

Seronok pula si kitten tu..
Bergurau senda.. bergomol..
Bila lapar mkn..
Bila penat tido..
Kehidupan yg mudah buat si kitten..

Sweet red cherry said...

Kalau kakak tggal dkt dengan wana..mesti wana nak adobt kucing kaler hitam tu..sbb sma mcm kucing wana yg hilang.

Izwa Kamaruddin said...

alahai kak...seronok nyer ade anak bulu nie! kalau dapat ke adik ni mau dia picit-picit peluk-peluk bawak tido nie!

paridah said...

SEMUA TERJEJAS KOS SARA HIDUP YG TERLALU TINGGI KINI...TERASA SGT TERHIMPIT TAPI DITERUSKAN HIDUP SEADANYA SAMBIL BERJIMAT CERMAT MENGURANGKAN KEMAHUAN YG XTERLALU PERLU...COMELNYA ANAK2 KUCING TU..CUBA2LH KAKZAKIE DEKATINYA..JGN TAKUT SGT HEH..HEH..

adarnadzmie said...

betul tu kak... memang terasa sgt dek kenaikan kos sara hidup skrg ni...semua harga brg naik mendadak.... memang kena beli apa yg perlu je... kurangkan pembelian brg yg tak penting....

Nieyla Nadia said...

Betul tu kak...
skrg ni kita kena beli mengikut keperluan tidak lagi keinginan..
takut tgk keadaan kewangan kita skrg nie..semoga ianya kembali seperti sedia kala..
Nieyl pun kerja bukan sebulem 2 3k..Tapi Allamdulillah..
Skrg ni nieyl bela 4 ekor kucing..makanan sebulan rm200 + pasir + rawatan kesihatan..
sampai kan,ada org ckp..ee.ko nie membazir je la bela kucing sebulan abis sampai 3 4ratus..
tapi nieyl x kisah pun..sbb pada nieyl if kita nak jaga haiwan dgn ikhlas..kita buat la yg terbaik,ibarat amanah Allah..maybe sbb nieyl xde anak lagi.. sepanjang nieyl jaga kucing nie..Alhamdulillah..hidup sentiasa ada rezeki... :)

Kamsiah yusoff said...

coeml2 dan gebu2 anak kucing tu kak Zakie...
pasti anak2 sedih jika salah satunya mati atau hilang..

nurbijen said...

Betul sgt tu kak...
Tiap kali nak berbelanja, kena betul2 pertimbangankan apa yang perlu jer...
Lagi stress bila anak2 duk tanya, "kenapa masa kat UK semua benda boleh dapat?"... huhuhu...
Kalau kat sini, mmg kena catu jer keinginan anak2...
Tak dapat nak tunaikan semua :(

Comel kittens tu semua..
Kalau tgk gaya, mcm sebaya dengan kitten kat rumah saya yg anak2 duk jaga...

Kakcik Seroja said...

Yang kaya, terus kaya...

Allah jugalah tempat pergantungan kita dalam dunia yang kian kejam.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kehidupan makin mencabar.. kena buat dua tiga kerja untuk menampung keluarga dan kucing peliharaan.. hehehehe

babYpose said...

Betul kak zakie, ada yang susah ada yang senang, yang senang tu nampak sangat yang susah mungkin tiada masa nak beronline kut, tak pasti saya pun. Yang penting berjimatla seberapa yang boleh. Untuk si comel tu bertambah rezeki. Masih kittens mereka sangat aktif suka tengok terlompat2. Bagaimana dengan adik dengar tazkirah papa nya mesti cute hehe..macam Faiq terbeliak tercengang kejap hehe.

Bunda_nora said...

Bak kata kiasan...kais pagi makan pagi..kais petang makan petang..
Ukur baju di badan sendiri....

Kalau dah pendapatan kita dah banyak tu, tak payah lah nak belanje berlebih2... Yang mana dah terlebih pendapatan, ingat2lah , simpan2 lah sama untuk hari depan..

Nasib kita belom tentu, malang tak berbau...apa2 pun boleh berlaku..so sediakan payung sebelum hujan.

mayangbakingmadness said...

mmg terasa sgt kak dgn keadaan ekonomi sekarang ni... terima kasih kak atas doa tu yer kak... sgt2 saya appreciate

PeRdU cINta said...

kehidupan mesti diteruskan..keperluan mesti dipeuhi..kehendak??banyak tolak tepi..

kak..kittens adik dah besar kak..mulus-mulus semuanya..suka tengok..berkat kasih sayang akak sekeluarga yang menjaga..jadi saham akak sekeluarga di sana kelak..amin...

aizamia3 said...

Sesekali saya beli jugak tapi lebih kepada sebagai reward untuk diri sendiri. Keperluan keluarga dari penting dari kehendak diri sendiri.

raihanah said...

betul tu kakzakie. saya pun slowly nasihatkan anak2 kalau bukan keperluan tak payah beli. budak2 bawah 8tahun ni tahu je lah kena selalu remind

JunAina said...

Cerita bab penyewa ni kakak rasa macam nak pindah masuk je rumah yg disewakan sebab penyewa lagi tak tanya tak dimasukkannya duit sewa kadang2 sampai 10hb tapi bila tanya pagi petang je terus masuk.

Kat rumah Aina pun ada kucing tapi main course depa ikan berkilo2 lah ikan kena beli + pasir + frieskies juga... Rezeki depa. Kadang-kadang suami bising katanya beban tetapi cepat-cepat pujuk dia. "Abang kucing ni setiap kali kita pergi kerja tengok kita dengan mata penuh pengharapan agaknya depa berdoa agar kita selamat pergi dan bali. Rezeki yg kita ada pun mana tahu sebab kita bela depa Allah tak pernah putuskan rezeki kita anak-beranak"

Uncle said...

Yang penting kita bersyukur, tambahkan sedekah walaupun sedikit walaupun dengan kudrat dan jangan lupa berusaha bersungguh-sungguh...

norhidana said...

anak2 msh tak tau beban kos sara hidup yg semakin tinggi skrg nih kan kak...

geram tgk anak2 kucing akak tuh... walaupun bulu itam tp cantik nampak bulu nya... sedap di gomol nih

wahida said...

mmg zaman kemerosotan ekonomi ni buat ramai yg hilang pekerjaan...yg ada pekerjaan pulak hutang makin meningkat...huhu...

moga kita semua tabah hadapi semua ni...

Aryan azra said...

betul sangat tu kak zakie, ada perbelanjaan yang perlu disekat, kadang2 memang ringan je tangan nak membeli itu ini, tapi perlu dikawal, kena berjimat cermat dengan keadaan ekonomi sekarang ni

Kayu Manis said...

Beruntung sbnrnya anak2 kak..parents berduit dr lahir lgi dpt penuhi semua khndak anak2...betullah ckp ayahnya tu..tak perlu tak pyhlah mmbeli..ikut nafsu smua bnda pun nak..

Mmg kdg mmpu utk mkn,beli itu ini kat luar..slgi boleh ingat kita beringatlah...klu biasa sng susah juga nak biasakan susah tu..tgok aje dunia global hmpir dkt dgn perang dunia ketiga..anak cucu kita enth mcmmanalah nti..

Peringatan utk diri sndiri ni

Unknown said...

Salam kakak.. rindu nak membaca coretan kakak..:)

betol kata kakak. kos hidup skrg semakin tinggi. kalo x pandai uruskan kewangan boleh terhimpit kita nanti.
Semoga rezeki kita semua sentiasa di murahkan oleh NYA. amin~

nohas said...

pengurusan kewangan yg baik sgt penting supaya kita tak pening...mana yg boleh jimat, kita berjimat...kdg2 nk some entertainment in life..

comelnya kittens...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Zaman ekonomi tak menantu ni memag terasa bagi yang kurang pendapatanya. Kena belajar berjimat dan cari kerja sampingan yang mudah nak dibuat dari rumah juga.

Unknown said...

disini pun terasa jugak kakzakie kos sara hidup yg tinggi, sama jugak dengan kaknoor makanan kucing di beli kejab je habis walaupun kucing dah banyak sekarang ni tapi kucing2 mendatang di jamu jugak itulah, sana sini masaalah ekonomi yg sama

Unknown said...

Rasa tahun ini nak reward diri tapi easanya saya reservr reward tu utk beti laluan pada keperluan yang lebih utama.

Zul fattah said...

MACAM saya dulu2 kak.. slalu suka oder barang online.. kadang2 merapu je.. tp skrg ni, slow skit sbb dah dpat apa yang nak.. lebih slesa pergi sndiri ke kedai dan pilih mana yg sesuai.

Unknown said...

Kan kak zakie, dunia makin mencabar, dalam rumah pun nak pakai duit. Nak-nak kalau yang kaki shopping online :P

nhhas said...

Hmmm betul tu, kena kawal shopping online ni.

kita ni kalau bagi chance seisi langit dan bumi kita mau miliki...
huhuhu...
#insaf

fifi said...

takpe kak, kalau tak mampu jaga kucing tu bagi je kat sy, sy nak haha
tbh, you're right again sebab my sis and I pun bela kucing kat umah. The other day mak dia beranak again n tambah a set of kittens kat umah, now nak kena tambaha pulak money set aside for whiskas je. Dengan gaji kecik je, last last nanti hari hari makan megi je jawabnya :D

Normala Saad said...

Kucing saya berdua makan ikan rebus dgn nasi. Sekilo ikan kembung untuk 3 hari ja. Ikan kembung pun time mahal sampai RM12-14 sekilo. Tu duduk tempat laut keliling...masih mahal.Stray cats yg berbelas ekor lagi di luar rumah...harap2 rezeki mereka sentiasa ada...

TukangKebun said...

Oh kittens ni barangkali sama umur dengan anak si Panther.
Nasib juga si Panther ini tak berapa menyusahkan kami, ketika tak berselera makan makanan kucing di kedai, pandai cari tikus sendiri di keliling kebun.
Cuma tak larat tuannya nak bersihkan kalau terlajak dibawa masuk rumah.
Moga anak-anak Panther pun pandai cari makanan fresh sendiri.
Senang sikit tak risau tuannya kalau takde di rumah beberapa hari.

InsyaAllah esok ada kotak sampai ke rumah KakZakie.

OKje said...

Serba serbi mmg mahal sekarang kan kanda. Kekadang nak naikkan sewa mcm kesian sedangkan kanan kiri rumah harga dah mahal. Anggaplah menyewa sambil menolong

OKje said...

Serba serbi mmg mahal sekarang kan kanda. Kekadang nak naikkan sewa mcm kesian sedangkan kanan kiri rumah harga dah mahal. Anggaplah menyewa sambil menolong