Thursday, March 3, 2016

Ikan keli salai masak lemak cili padi

Sama ada makan atau tidak hidangan yang mahu dimasak,  sebagai tukang masak di rumah sendiri kenalah juga memasak apa yang diinginkan oleh ahli di dalam rumah. Begitulah aku. Dari dulu hingga kini aku masih belum pandai makan ikan keli. Walaupun dilahirkan di kampung, bila ada hidangan ikan keli aku akan cuba mencari lauk lain tanpa ada siapa yang sedar sebab bimbang ada yang berkecil hati. Tidak kisahlah ikan bilis goreng kicap sebagai alternatif atau makan saja dengan sayur sebab semua jenis sayuran aku makan.

3 ekor ikan keli - Membersihkan dan menyalai semua dibuat oleh hubby sebab mahu memegang pun aku ada rasa semacam. Aku masak bila ikan sudah kejung-kering dek kena salai. Lemak cili padi pekat-likat ini membuka selera hubby, Kak Meen dan adik. Salah satu jenis ikan yang tinggi beta karotinnya. Sangat baik tetapi entahlah mengapa aku pula tidak mengambil kesempatan kurniaan Allah yang sangat baik ini.

Salad & timun - Ada padanannya sambal belacan dan ayam goreng tetapi tidak sempat diphotokan sebab tergesa-gesa mahu ke rumah kakak di Kota Tinggi untuk menjenguk bapak waktu itu. Set begini kalau di rumah kami sekali lalu licin.

Sambal tumis - Ini juga aku kurang mengambilnya, tetapi anak-anak suka. Bukan tidak suka tetapi dek kerana usia kenalah berhati-hati dalam memilih makanan. Jadi tukang masak saja.
Resepi masakan ikan keli sejak menikah inilah kali pertama ia berada di atas meja hidangan kami. Apa yang aku puji anak-anak tidak menolak bahkan menikmati dengan berselera, walaupun si mama yang menyediakan hidangan ada rasa semacam yang sukar digambarkan.

~~ Lebih baik makanan yang pasti halallan toyyiban daripada makan makanan segera yang belum tentu menjamin kesihatan.~~


51 comments:

Amy Hilmirda Daud said...

nampak sedap masak lemak ikan keli tu kak.
Nenek Amy pun tak makan ikan keli ni... dia jadi tukang masak aje hehehe.

Aryan azra said...

Saya pun suka sayuran..ikan keli saya pun tak makan, ikan2 lain juga, cuma sekarang baru belajar mkn sikit2..

Betul tu kak walaupun kita tak makan tp tetap masak utk ahli keluarga lain

SIQAHIQA said...

Sedapnyaaa ikan keli salai masak lemak cili api. Ikan keli sedap tapi tak pernah masak sendiri. Seram je rasa :D

nurbijen said...

Saya sampai sekarang masih duk pulun makan ikan keli...
lepas gian sbb 4 tahun tak dpt makan ikan keli masa belajar hari tu... hehehe

Khairul Bariah said...

oh baru tahu akak tak makan keli..
kat rumah saya, keli dah jadi hidangan wajib tiap2 minggu
sebab semua suka..tak pernah jemu2
biasa saya goreng cicah air asam, 1kg sekali jalan..
kalau resepi macam akak buat tu, belum pernah cuba lagi

Izwa Kamaruddin said...

Assalam mualaikum kak..

ikan keli rumah saya hanya laku kalau di goreng garing atau masak sambal sahaja. dan segala mak nenek sambal tak kire binatang ape semua menjadi kegemaran kesukaan kegilaan saya ;)

p/s : saya dah edit dah letak nama kawan saya tu kak :(

saniahibrahim said...

Kat rumah ni ikan keli suka goreng garing2 gitu...semua suka,cuma selera saya je yg kurang sikit.
Saya pun sejak berpantang makan ni ,hari2 masak kan lauk2 yang dorang suka tapi sendiri kadang hanya boleh makan ikan bilis bawang je...huhuu

Qhaifa Nur said...

Samalah dgn mak nur..x mkn ikan keli tp rajin beli sbb cucunya suka mkn...

Klau nur smua belasah kakkk..dh salai lg sedapp tp keli skrg de rasa yg kureng enak x tahu ngapa..sedapnya masak lemak tuuu

Nieyla Nadia said...

sedapnya..menu² tu...
nieyl x penah masak ikan keli salai tu..
nnt nak try masak laaa :)
morning kak ♥

lieyalatif said...

ya Allah kak...sedapnyer.... kat umah lieya ni si mia laa berhantu suke ikan keli...ari tu buat keli bakar beli byk...ade lagi dlm 6 ekor dlm esbok tu....plan2 mcm nak masak asam pedas...tp tgk menu akak ni teliur plak.... mcm nak try menu akak....nak buat masak lemak cekur.... tgk le ahad ni kerah en laki salai ikan keli tu heheheehehe

zmarl (ibu) said...

ikan keli..sedap ni kak..zaman sekolah dulu tak reti jugak makan..dah merantau dok ngan kekawan jadi terikut sama..sekarang jadi peberet anak-anak..

babYpose said...

Saya makan ikan keli, ikan haruan pun masa bersalin makan. Sedap tu sambal sotong tapi kak zakie tak makan, saya bersama emak dengan bapa control seafood. Betul ada timun menambah selera. Halal toyiban tu halal dengan kebersihan sekali kan..

Kakcik Seroja said...

Kakcik makan ikan keli. Anak-anak pun suka. Tapi bab hendak menyiang dan memasaknya memang kakcik angkat tangan sebab tak pandai dan tak berusaha nak pandai... :)

paridah said...

SEDAPNYA IKAN KELI SALAI MSK CILI PADI NAMPAK MCM PECALLELE MASAKAN JAWA...KAK SUKA IKAN KELI MSK SAMBAL TUMIS...TAPI KAT BANDAR NI CURIGA JUGA NK MKN IKAN KELI BIMBANG DITERNAK DGN BHN NAJIS BERAT.

Suria Amanda said...

Fav SA ni akak...sedap...x dinafikan ikan keli tinggi dengan zat Beta Karotinnya...

Dkna Abza said...

kna tak pernah makan ikan keli masak salai..biasa masak merah je atau goreng..

PeRdU cINta said...

Betul kak...walau kadang kita tak makan tapi dah kalau ada permintaan...masakkan juga...tengok mereka makan pun dah gembira..keluarga PC pun tak makan ikan keli...tapi lepas berkahwin...PC belajar makan sebab suami suka sangat makan ikan keli...goreng garing in sha Allah PC makan itu pun hujung ekor..hihi...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Baru tahu akak tak suka ikan keli.
Saya suka, mungkin sebab kecik-kecik dulu suka tangkap ikan keli kat sawah agaknya..hehe.

Angah said...

hahaha...akak ni macam mama angah, tak boleh tengok ikan keli apa lagi nak menjamahnya...tapi anak-anaknya semua suka..

nohas said...

sedapnya..

menyiang ikan keli mmg mencabar, apalagi yg masih hidup, dgn badannya yg licin..huhu..dh nk kurangkan mkn ikan keli..

Zaitun said...

Kak Zai pun macam kakzakie lg teruk belum pernah masuk rumah walau anak2 menggemarinya. kak zai makan semeja pun tak boleh.

LYAfrina said...

sedapnya...
mmg feberat la msk lmk ciliapi..lg2 ikan keli salai..mmg ummphh la

Yaya Azura said...

yaya tak pernah masak keli.
tengok keli hidup ada rasa lain macam..
tapi bab makan keli yaya boleh je.hihi..
kalau beli bungkus lauk ambik sendiri, kepala keli yaya patahkan..tinggal kat situ jer..hihi..

Unknown said...

Subhanallah..sedapnyeeeeeeeeer.. :)

Saya selalu masak keli goreng cili api jerk..hehehe !

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...cita rasa akak sama mcm mas...ikan keli mmg x makan...:)

amirah said...

ramai amie pernah dgr cmtu kak...tak mkn ikan keli..tp kalau amie salah satu fav ni...ngeeee

Mar Mansor said...

baca tajuk je dah terliur kak,,
saya suka ikan keli masak lemak cili api cekur..aduhaiii

aizamia3 said...

Memang terbaiklah ikan tu.. fav kami.. ;)
Tapi anak2 lebih suka yang goreng..

norhidana said...

ikan keli tu msk lemak kencur ye kak? terserlah pekatnya... itu feveret dana tuh kak... asal balik kg mmg menu itu yg suh mak buat... siap ckp nk pds2 pekat ek mak

E'in said...

yg selalu e'in mkn ikan keli goreng berlada.. masak lauk nie e'in kureng sikit.. huhu

Nor Azimah Ali said...

Saya segala ikan darat tak reti mkn kzakie, nk pegang pun geli, nasib baik suami pun tak mkn sbb dia takut ikan bela bg mkn usus b..i yg heboh dulu, jadi selamatla saya. Saya pun lebih rela mkn dgn sayur je kalo ada hidangan lauk keli ni.

Nor Azimah Ali said...

Saya segala ikan darat tak reti mkn kzakie, nk pegang pun geli, nasib baik suami pun tak mkn sbb dia takut ikan bela bg mkn usus b..i yg heboh dulu, jadi selamatla saya. Saya pun lebih rela mkn dgn sayur je kalo ada hidangan lauk keli ni.

Rinna said...

Semuanya sedap2 lauk pauk tuh.. menyelerakan sungguh.. :)

wahida said...

saya tak makan ikan sungai sebab ada bau rumput...huhu...
dan saya takkan siang ikan sungai ni kak...geli semacam...huwaaaaaa...darah dia kemain banyak..

sebab tu kalau hubby ngan anak2 nak mkn keli atau ikan sungai yang lain, dorang kena makan kat kedai...namun saya nak masak mmg tak lah...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Masa kecik saya suka..ikan keli.
Lg2 goreng.
Dah tua2 ni bila ramai org tak mkn.. saya pun terikut2.. K.Zakie.

Ibu Lala said...

Pewit. Sedap tu kak

Anonymous said...

sekarang musim keli jugak kat sungai sini.

kalo kat rumah ijok ni, diorang suka masak kencur

NEKCIK said...

Kak..kami pun xleh nak makan ikan keli...tapi anak anak suka..tapi nekcik takkan masak..budak budak tu masak sendiri
Tapi bila ikan sembilang kami mmg hantu...sehingga ke titisan terakhir...sama jer rupanya kan

NEKCIK said...

Kak..kami pun xleh nak makan ikan keli...tapi anak anak suka..tapi nekcik takkan masak..budak budak tu masak sendiri
Tapi bila ikan sembilang kami mmg hantu...sehingga ke titisan terakhir...sama jer rupanya kan

Inani Hazwani said...

Sedapnya kak sambal sotong :)

QasehnyaRania said...

samalah juga dengan saya. sbb saya pon x mkn ikan keli ni. hukhuk.
mak sedara saya lagilah. kalau bau org siang ikan keli, pon blh muntah.

saya sndiri pon x pnh memasak ikan keli ni..

abuikhwan said...

Assaklamualaikum kak,
Tengok memang sedap tapi nak makan hmm..tekak tak lalu. Pelik, dulu masa budak-budak dulu boleh je makan, 'berjeluk' kata orang kampung saya. Tapi dah berusia ni ikan air tawar, ayam kampung, semuanya tekak tak dapat nak terima...lain macam je rasa..hehe

Julia Johari said...

Meletup ikan keli salai tu kak zakie...wauuuu...setahu julia belum pernah makan lagi menu sebegini...nak beli ikan keli tapi tak reti nak persiang...dpt tgk gambar pun dah terliur ni sis

cahayahidupku.blogspot.my said...

Tak pernah lagi masak lemak ikan keli salai tu lagi kakzakie..
Tengok kepekatan kuah akak nampak menyelerakan..
Nak cuba juga nanti..

MasturaDin said...

subhanallah..sedapnye ikan keli tu... akak umah kat mane ek?.. nak pi serbu..heheehe

OKje said...

Dinda semua pun belasah jer kanda. Tak dpt bayangkan camnelah ye, kanda masak tp tak makan....rugi kandaaaaa sedap tau ikan keli tu

Lydia Miza said...

Perghh bau dia smpi sini kak. Lama x mkn keli salai.

Akk rasa garam mcm mana tu? Baru tau akk x mkn ikan keli. Kwn sebilik sy dulu terus x selera mkn klu kami usik letak keli dlm pinggan dia. Mcm ular katanya.

Yelah kak.nk jaga hati org kdg2 kenalah berlapik kan? Dulu kat umah mertua ada org bg budu. Beriya dorang mkn. Bila dh kata sy x reti mkn x blh mkn dorang paksa2 gak. Bila suam ke mulut meremang bulu roma sy jam tu jugak nk muntah. Takkan nk buang nasik dlm pinggan dpn org ramai? Last2 lari ke tandas dan muntah kat situ. Terus x mkn dah. Camne nk tukar nasik dh kat umah org. Demi nk jaga hati org lapar sungguh lps tu. terkenang pula peristiwa tu..dulu br kawen suami mmg suka mkn terung pjg purple tu. saya tak mkn terung. Bila masak main agak2 je rasa ke tak garam ni? Hihi elok je dia mkn bertambah2. Skrg sy dh mkn terung.mudah nk masak utk dia

marhaeink said...

ini namanya posting mengundang.. sedapnya..

iryantyismail said...

ikan keli feveret yan

athir said...

Saya ada menjual ikan keli salai.. Fresh..

norsadira said...

Sedap