Monday, March 21, 2016

Hitam itu menawan

Tempat: Pejabat aku bekerja
Masa: Jumaat, 2:30 petang

Sebaik saja melangkahkan kaki masuk ke dalam bilik aku dia mengeluh "Wow! panasnya di luar". Aku alihbahasa apa yang pelanggan aku katakan. Aku senyum sambil menunjuk kerusi di depan meja untuknya duduk. "Awak tidak rasa panaskah dengan baju hitam, tudung hitam, setokin hitam dalam cuaca panas begini?" Sambungnya lagi. Pantas saja aku menjawab "Awak lihat saya berpeluh ke? Atau awak rasa panaskah dalam bilik saya sekarang ini? Kalau perlu dua air-conditioner boleh saya buka tidak ada masalah". Kini giliran dia pula tersenyum. Satu soalan yang sedikit mencalar hatiku kerana sewaktu itu aku berhabaya hitam dan bertudung hitam. Sebenarnya banyak habaya aku berwarna hitam itu aku akui. Tetapi padaku itu soalan yang kurang bijak sebab walau aku berpakaian begitu langsung kepanasan tidak aku rasai dek sejuk hawa aircond yang ada. Mustahillah kalau aku keluar jogging berpakaian begitu.

Sebelum keluar bilik untuk pergi kerja rutin aku adalah menutup aircond langsung menuju ke kereta. Pemanduan aku di dalam kereta tidak kiralah waktu apa pun aircond pasti terpasang. Membuka tingkap sekadar untuk membayar toll. Tiba di pejabat terus saja tangan mencapai remote aircond dan pasti akan terpasang sehinggalah balik baru aku tutup aircond. Turun balik masuk dalam kereta semula juga beraircond sehingga tiba ke rumah. Adalah seketika waktu memasak di dapur peluh pasti membasahi badan. Waktu di dapur sudah pasti aku dalam keadaan seksi (senyum malu). Selesai masak dan mandi sudah menjelang maghrib masuk bilik semula juga beraircond hatta ketika mengajar anak-anak mengaji sehinggalah pagi (kalau sejuk sangat ada kalanya jam 2 atau 3 pagi tutup juga). 

Benar bahang panas sejak gerhana matahari tempohari kini kita rasai. Allah mahu kita bermuhasabah mengukur di mana letak iman diri kita. Jika mahu ditarik nikmat olehNya bila-bila masa pun boleh. Cuaca panas kita masih bertahan kerana ada aircond. Tetapi cuba kita bayangkan andai tenaga elektrik tiba-tiba terputus apa akan jadi pada kita semua? Allahuakbar!

~~ Ada juga yang berwarna buat sakit mata kerana buat diriku hitam itu menawan kalbu haha...~~

* Sebenarnya aku tertinggal telefon bimbit yang mana semua gambar untuk dijadikan entri hari ini belum aku buat draf lalu jadilah entri ini. Serba tidak kena bila telefon bimbit tertinggal.


42 comments:

Kakcik Seroja said...

Abaya hitam dan tudung hitam seolah-olah jadi pakaian wajib kakcik waktu tahun-tahun akhir bekerja dulu... slesa dan tak pening kepala nak fikir tentang warna. Lagipun boleh terus di bawa bersolat tanpa perlukan telekung...

Sekarang pun bila keluar ke kenduri, jubah hitam juga jadi pilihan dan Suami pun menyukainya...

Izwa Kamaruddin said...

saya cuma ada abaya dan jubah hitam sehelai sahaja. cuma skrg belajar2 menambah bilangan labuh kain dan tudung dan jugak stokin yang kadang-kala saya akui dalah sangat culas memakai nyer..(malu!)

setiap hari saya cuba muhasabah diri yang dunia ni adalah panas sedikit sahaja berbanding kat sana..uhuuu..takut.

Yaya Azura said...

kalau kita kerja bawah terik mentari lain lah kan.
ni duk dalam aircond.Yaya pun jubah, abaya banyak warna hitam.

Ann Ishak said...

samalah kita kak, saya kalau memasak di dapur memang bermandikan peluh...seksi jugak la hihihihi.

sekarang ni panas lain sangat rasanya. habanya tu sampai ke pagi tak hilang. risau sangat dengan kucing2 dekat rumah, takut panas jugak. itupun tinggalkan mereka dalam cage sambil pasangkan kipas sampai 2 penjuru utk nak mengelakkan panas.

Aryan azra said...

hitam itu warna kesukaan saya juga kak, memang nampak menawan sahaja warna hitam ini, ye kita bekerja dalam aircon, walau berbaju hitam takkan terasa kan kak..tapi soalan orang buat kita terasa hehehe

nurbijen said...

Setuju tu kak, hitam itu menawan :)
Saya pun ada kawan yg suka sgt berabaya hitam...
Kalau material kainnya selesa, memang selesa jer tgk dia memakainya :)

Malinda said...

saya pon suka baju2 kaler hitam kak...best la akak keluar masuk sume dalam tempat beraircond...kat rumah saya ni kawasan ruang tamu adalah kawasan yg paling nyaman dalam rumah...tak tau la kenapa tapi kalau lepak kat situ buka kipas terus rase cam tenang je...sejak musim panas ni time siang memang saya banyak lepak kat situ je...akak jgn risau sebab kalau time masak tu saya pon kekadang seksi gak...hahahaha

Qhaifa Nur said...

Minat gak hitam kakzakie...nk pakai ikut mood
panasnya mmg lain macam, adakalanya tak tahan..

babYpose said...

Time memasak seksi tu la sweet :), saya pun suka kerja ada meja sendiri, tetamu duk kat depan tu, maksud saya ada bilik mmacam kak zakie. saya pernah teman kawan shopping untuk biliknya, beliau dipilih menjadi guru kaunseling di sekolah. Eh terlebih pulak.. saya pun suka hitam. Material abaya sejuk tetamu tak tahu tu.

TukangKebun said...

Dugaan seketika untuk umatnya mengingatkan bahang api neraka yang lebih panas :).

Aziela said...

Sekiranya yg bertanya itu non muslim, saya akan menjawab dlm gurauan tetapi akan tembak juga sedikit. Sekiranya yg bertanya itu muslim, biasanya saya tembak habis habisan. Bukan defensive, tapi nada soalan seolah2 sinis.
Lagipun, saya mmg peminat hitam tegar. Dan.suami saya x pernah komplen warna hitam saya. Cuma stokin saja saya dah banyak tukar ke warna coklat sekarang..

Lydia Miza said...

Soalan bangsa lain ke kak? Huhu sedikit mencalar kan hati kena tarik nafas baru jawab. Hehehe

Saya dpt gak soalan cepu mas tu baru2 ni sbb dia tgk sy ambik anak ke shopping ke kedai mamak ke pakai abaya. Dia tny x panas ke? Dah la warna hitam. Sy suruh dia rasa kain tu.. Ni bkn material biasa yg buat peluh melepek basah satu jubah. Nak test bagi tau saya.. Saya bg pinjam. Dia rasa, pegang2 abaya terus angguk2 senyum. Kdg2 yg tengok org bertutup litup tu yg rasa lbh panas berbanding yg memakai . Camne tu?

paridah said...

Biasalah manusia kan...ada saja yg mrk fikir xsesuai fgn citarasa mrk tanpa dpt menerima sesuatu kejadian Allah tersirat hikmah yg langsung xterduga..hendaknya bersabarlah kita dgn takdir-Nya yg mampu dilepasi hari demi hari...comelnya kakzakie seksi sendirian di dapur heh..heh..

Nieyla Nadia said...

Pagi td nieyl di uji jgk akk...
pagi nie agak kelam kabut jugak..
kejar punch card...dgn kereta start byk pulak dah mula sekolah kan...
biasa pagi² nieyl mmg akan buka aircond kete..sbb pagi nie asap kereta,bas banyak...udara tak bersih pun...skali on aircond..keluar angin je...
adoiii...rasanya nie mesti kes gas aircond kereta abis.. :( sabar je laaa....
lepas tu park kereta jauh..kena jalan kaki g pejabat...panas jugak..
berpeluh juga laaa..nasib opis dah pasang aircond..sejuk jugak laaa..

saniahibrahim said...

Warna hitam sesuai juga pakai tudung dgn warna2 lain kan ...cantek.
Sekarang waktu petang angin agak kuat ,saya biasanya duk kat beranda untuk kurang kan kepanasan duk dalam rumah..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Abaya warna hitam pun kegemaran saya kakzakie..
selalunya saya regukan dengan tudung yg berbunga-bunga..
Sebab abaya tu warna kosong ajer kan..

Betul tu kak kalau ditarik nikmat elektrik tu..
Baru tahu terasa membahang kepanasan..

Hihihi sama lah dengan saya ..
Gambar semua dalam henfon..
Kalau tertinggal memang tak bergambarlah entri..

Dkna Abza said...

kalau bekerja kat pejabat, rasa relax je kak. duk bayangkan mereka yang kerja buruh binaan tu. Allahuakbar, berpanas terik mencaari rezeki tak kira warga asing atau rakyat malaysia. semoga kita semua sentiasa bermuhasabah diri.

Unknown said...

Salam kakak..
memang terasa bahang panas skrg.
rumah Zura x de ekon. mlm2 tido pasang 2 kipas. kipas atas dan kipas meja. mlm tadi terasa panas yg tak tertahan. trus bangun mandi pada pukul 1.30 pagi. baru lah badan selesa nak tido. hehehehe

PeRdU cINta said...

antara ujian dan nikmat...ujian bagi kit semua tapi secara tidak langsung nikmat kepada pniaga juga waktu-waktu begini...terutama yang berniaga air ais...
hitam itu menawan...hitam itu eksklusif..hihi..

JunAina said...

Aina pun banyak jubah hitam kak. Pandangan orang beragama lain dari kita tu memang tak dapat nak elak sebab mereka tidak berada didalam situasi kita.

Unknown said...

Hitam jugak mampu menyelindungkan 'spare tyre' di sana sini. kikiki

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...dugaan Allah bila kita berada di keadaan cuaca begini..alhamdullilah semlm bumi Johor disirami dgn air hujan yg membasahi...kurang sedikit rasa kebahangannya.. kita sebagai manusia ini tidak pernah mensyukuri akan nikmat dan dugaan yg diberikan oleh Allah kepada umatnya di muka bumi ini...:)

PetakBunga said...

ingt ada penceramah masa sekolah dulu..

apa yg kita fikir.. kalau fikir panas, panaslah..

Mimie_Zatun said...

cuaca panas. kena banyak minum air kakzakie..

Unknown said...

Kebanyakan jubah saya pun banyak yang berwarna hitam, Setiap hari Jumaat tak sah tak mengenakan jubah hitam di badan. Tidak terasa kepanasan di situ.

Eye_nee said...

Hitam dan saya sebati kak...saya berkulit hitam...saya sukankan warna hitam...jgn pandai2 nak berkata ttg Hitam...saya mudah melenting...

Suria Amanda said...

SA dan hitam memang tak boleh dipisahkan..kata orang hitam kan manis..hehehe..memang bahang kian terasa..suhu kl ari ni pun 40 darjah dh...

norhidana said...

abaya hitam lebih mudah rasanya kak... sbb menutup segalanya

yelah kalau dh pakai hitam di tengah pns mmg lg membahang tp kalau duk dlm ekon baju hitam 2 lapis pun tak terasa panasnya...

raihanah said...

mak saya pun minat abaya hitam. memang cantik2 je kak

Khairul Bariah said...

saya pun suka hitam. kalau beli jubah pilihan pertama mesti hitam.
kalau ditanya soalan mcm tu...saya akan jawab 'tak panas, saya dah biasa, lgpun menutup aurat.'kalau muslim..mesti dia akan terasa.

Unknown said...

Assalam. Saya selalu terfikir bahang panas hari ini adalah permulaan tandanya hari kiamat bakal berlaku. Tanda akan keluarnya dajjal setelah dikeringkontangkan Allah swt tanah yang subur ini. Takutnya.. hari itu pasti akan datang.

Normala Saad said...

Kat negeri kak sekolah dah dapat 2 hari cuti sebab panas yg melampau...

Eray Majid said...

hitam itu kan menawan. tulah, panas ni ujian buat kita semua. minum air secukupnya ye kawan-kawan, jaga diri.

Inani Hazwani said...

Nani kalau pakai jubah hitam tudung emsti coklat. hehhe. Memang panas sangat kan sekarang

NEKCIK said...

Nekcik ada sehelai jer jubah hitam..nekcik suka yng berbunga..he. He
Di dunia masih ad jugak kipas klau airkon xde..klau di sana cmna tu ye

NEKCIK said...

Nekcik ada sehelai jer jubah hitam..nekcik suka yng berbunga..he. He
Di dunia masih ad jugak kipas klau airkon xde..klau di sana cmna tu ye

kakrose said...

Ky pula bila berabaya hitam..lebih suka tudungnya berwarna warni..

Zul fattah said...

sabar la kak.. ujian hidup. tapi hitam tu warna pakaian sahabiah.. u should proud of it.

p/s : msj @ wasap saya kak.

OKje said...

Hitam tu faveret dinda jugak kanda....
Sekarang ni mmg panas sungguh. Dinda lepas masak dah mcm orang mandi kanda, basah lokos.....

OKje said...

Hitam tu faveret dinda jugak kanda....
Sekarang ni mmg panas sungguh. Dinda lepas masak dah mcm orang mandi kanda, basah lokos.....

iryantyismail said...

hitam itu menawan

Kak Wawa said...

ye betul, hitam itu menawan..")